Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣34

🎯 Contains harsh words and psychopathic scene. Read at your own risk.

◈ ━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━ ◈

Hwayoung mencelikkan mata apabila telefon pintarnya tak henti-henti berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Ish, entah siapalah yang tak ada otak ni. Hubungi orang malam-malam buta macam ni, gila ke? Tak tahu ke orang nak tidur" omel Hwayoung sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello, sweetie. Nyenyak ke tidur lepas buat cubaan membunuh?"

Hwayoung membuntangkan mata apabila mendengar kata-kata lelaki di corong telefon itu.


"Engkau siapa hah? Kau tak payah nak sibuk hal aku. Kita tak saling kenal pun. Kau tak tahu siapa aku, aku pun tak tahu siapa kau"

"Oh my lord, sweetie. Kita akan saling kenal tak lama lagi. Aku suka cara kau nak hapuskan halangan di hadapan kau. Cepat dan tangkas. Tapi, kalau kita boleh berjumpa dan bekerjasama, pasti lebih baik"

"Aku tak kenal kau dan aku TAK NAK KENAL KAU! Jauhkan diri kau dari aku kalau kau tak nak menyesal"



Hwayoung mematikan panggilan dari lelaki tak dikenali itu. Dia menggosok batang lehernya yang sedikit meremang akibat perbualannya dengan lelaki sebentar tadi.

"Tapi, siapa dia? Macam mana dia boleh tahu rancangan aku? Aku takkan senang-senang biarkan kau hidup. Kau, akan ikut jejak langkah Yoongi lepas ni" Hwayoung tersenyum puas sebelum merebahkan kembali tubuhnya.

📌📌📌


"Seronok ke boleh jadi heroin? Selamatkan buah hati" terkebil-kebil aku memandang wajah Jungkook yang terhias dengan senyuman sinis dan tatapan yang sukar aku tafsir.

"Apa maksud awak ni, Jungkook? Tolonglah, kita di hospital. Jangan cakap benda tak masuk akal boleh tak? Saya tak ada apa-apa dengan Cikgu Jung. Dia senior awak di sekolah, hormatlah. Dalam masa genting macam ni pun awak nak cemburu ke tak tentu pasal?" aku melipatkan tanganku ke dada. Panas hati melihat lelaki di hadapanku ini. Dia dengan Hwayoung lagi parah rasanya. Berpegang tangan bagai.

Dia meninggalkan aku seorang diri di ruang menunggu. Mahu saja aku rosakkan muka kacaknya dengan kaki mulus milikku ini. Kenapa dia perlu bangkitkan isu aku dan Cikgu Jung sedangkan aku hanya berdiam diri apabila isu dirinya dan Hwayoung timbul?

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarku lalu menghubungi Nara untuk menemaniku di sini. Ada suami pun tak boleh harap. Tiba-tiba saja nak cemburu tak tentu pasal. Rakan sekerja sendiri terlibat dalam kemalangan pun masih nak bertekak dengan aku. Gila!

⏭️ ⏭ ️⏭ ️⏭️

Jungkook menyisip sedikit kopi panas yang baru dibelinya dari kafeteria hospital. Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengomel seorang diri.

"Kenapa aku marah dia? Hormon tak betul agaknya" Jungkook mengekeh ketawa sendiri sebelum berjalan ke ruangan menunggu yang diduduki Hara. Kelibat Hara dan Nara yang bergelak ketawa itu menyapa deria penglihatannya.

"Eh, Nara pun ada. Maaflah, saya beli kopi secawan saja untuk Hara. Kalau awak nak, saya boleh belikan?" pelawa Jungkook pada Nara. Gadis itu hanya menggeleng kecil.

"Tak apa, saya dengan Hara boleh kongsi"

"Siapa nak kongsi dengan kau?"

"Aku tumbuk kau ni, masuk ICU nanti" Jungkook menggelengkan kepala apabila dua gadis itu bertengkar kerana secangkir kopi.

"Kalau macam tu, saya nak ke tandas. Jagakan Hara untuk saya" kata Jungkook sebelum berlalu pergi meninggalkan dua makhluk itu. Sengaja dia memberikan ruang agar mereka dapat berbual dengan lebih selesa. Kalau dia turut serta, bukankah hal itu akan membuatkan situasi menjadi janggal?

"Ish, rasa nak kahwin cepat bila tengok kau dengan Sir Jeon bersemut macam tu" Nara menekup kedua belah pipinya yang sedikit memerah pada ketika itu. Hara hanya menggulingkan bola matanya apabila mendengarkan ocehan Nara.

"Kau tahu tak tadi dia marah aku? Dia cakap aku simpan perasaan pada Cikgu Jung sampai aku beria-ia nak tolong Cikgu Jung dan Cikgu Min. Entah-entah yang kau nampak tadi cuma lakonan semata-mata, tak lebih dari itu"

"Uish, bahaya betul suami kau ni. Kecelaruan identiti ke apa? Alang-alang ada dekat hospital ni, elok sangat kau bawa dia jumpa doktor" cadang Nara bangga. Cawan kopi yang berada di tangan Hara diambil lalu disisip kopi itu.

"Kalau kau berani, kau buat. Sekejap lagi, tak pasal-pasal aku kena sepak dengan dia" perbualan mereka berlanjutan sehingga jarum jam menunjukkan angka 4 pagi. Mata yang semakin kuyu itu menanti masa untuk terpejam rapat.

"Hara, saya dah pergi jumpa doktor. Pembedahan Yoongi hyung berjalan lancar. Esok kita datang melawat, ya? Sekarang, kita balik rumah dulu. Rehat" Hara mengangguk dah berjalan terhuyung-hayang ke kereta mereka.

"Nara, awak nak saya tumpangkan?"

"Tak apalah sir. Saya datang dengan kereta saya. Sir dan Hara baliklah dulu. Saya boleh balik sendiri"

"Bahaya kalau awak balik waktu macam ni. Jalan masih gelap. Awak pun tak tidur dari semalam. Jomlah singgah rumah kami dulu. Siang nanti kita datang sini ambil kereta awak" Nara mengangguk lalu membontoti langkah Jungkook yang semakin maju di hadapan. Pesanan ringkas yang diterima semalam terimbas di mindanya.

'Patutkah aku bertindak macam ni? Dia dah banyak tolong aku. Tak apa ke kalau aku jadi macam ni' lamunannya terhenti apabila seorang pemandu membunyikan hon kerana Nara menyeberangi pintu utama hospital tanpa berhati-hati.

"Nara, kau tak apa-apa? Mesti kau mengantukkan? Jomlah balik rumah aku" Nara mengangguk dan berganding tangan dengan Hara ke tapak parkir. Semakin menebal rasa bersalahnya ketika ini.

S

K

I

P

Daniel memerhati lama bangunan kediaman elit di mana letaknya teratak Hara dan Jungkook. Daniel menggenggam stereng keretanya erat. Tak sangka bahawa gadis idamannya terlebih dahulu disambar orang.

"Encik! Encik tak boleh hentikan kenderaan di sini. Perbuatan encik ni menghalang lalu lintas" teguran dari seorang pengawal keselamatan memaksa Daniel untuk beredar dari tempat tersebut.

"Kau ingat senang-senang ke nak bahagia. Selagi aku hidup, tak semudah itu, The Jeon's" Daniel mengeluarkan sebilah pisau dari papan pemuka keretanya.

"Aku akan pastikan kau mati, Jungkook! MATI! MATI! MATI!HAHAHAHA!" dia menikam papan pemuka itu beberapa kali sehingga berlubang. Kenderaannya dipandu laju ke sebuah kawasan perumahan yang dikhususkan untuk guru Sekolah Tinggi Starlite di wilayah Songpa.

Daniel menghidupkan pengesan lokasi yang disambungkan pada telefon pintarnya. Pengesan itu dipasang pada kenderaan milik Hwayoung. Hwayoung hanya tersenyum sinis sambil memerhati dari lot parkir apartmennya.

"Jadi, kau yang hubungi aku semalam, I guess" Hwayoung berdiri tepat di belakang Daniel.

"Ya, aku yang hubungi kau semalam"

"Hei! Tak ada rasa hormat sikit ke untuk cikgu kau ni, hm? Apa kau nak?"

"Aku nak kita bekerjasama. Aku tahu kau mahukan Jeon Jungkook. Tapi, adakah kau tahu yang Jungkook dah berkahwin" Hwayoung seakan terpempan apabila mendengar kenyataan dari mulut Daniel itu. Tangannya segera menggenggam penumbuk kosong. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah yang semakin memuncak.

"Aku pula mahukan isteri Jungkook, Kim Hara. Kalau kita bekerjasama, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Adil, kan? Jadi, apa kata kau? Deal?" Daniel menghulurkan tangan untuk berjabat tangan sebagai tanda persetujuan antara mereka berdua.

Hwayoung tergelak sinis melihat tangan Daniel. Dia kemudiannya menilik wajah kacak Daniel.

"Aku tak mahu bekerjasama dengan budak hingusan macam kau. Aku selesaikan ikut cara aku, kau selesaikan ikut cara kau" sebelum Hwayoung sempat beredar, tangannya dicengkam kuat oleh Daniel.

"Berlagak betul kau ni, kan? Tak payah berlagak dengan aku. Aku kenal siapa kau, perempuan murah. Apa pun rancangan kau, jangan sentuh sehelai pun rambut Hara. Aku takkan teragak-agak--" Daniel mencengkam rahang Hwayoung erat.

"--untuk cacatkan rupa paras kebanggaan kau ni" Daniel mengelus kecil pipi Hwayoung yang sedikit menggentarkan wanita itu. Tangan Daniel segera ditepis lalu Hwayoung meloloskan diri ke kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

"Kau takkan sempat tengok matahari pagi pun, Kang Daniel" Hwayoung menekan butang lif dengan kasar untuk ke lot apartmennya.

































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍






























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro