💣33
Langkahku terhenti di hadapan pintu kondominium ini.
"Aku marah ke tadi? Kenapa aku nak kena marah? Aku dan dia bukannya berkahwin atas dasar cinta pun" aku ketawa sendiri dan masuk ke dalam rumah.
Punggung aku labuhkan di atas sofa di ruang tamu. Kadang-kadang, aku terfikir sama ada dia serius atau tidak dengan kata-katanya sewaktu kami bercuti di kampung halmeoni.
"Cantik gila! Badan pergh meletup! Pinggang ramping, kulit cerah, tinggi lampai, cantik orangnya. Pakej lengkap. Rasa macam nak kahwin lagi satu"
Tanpa aku sedar, jarum jam telah berganjak ke angka 4. Jungkook masih belum pulang. Mungkin masih sibuk melayan kemanjaan perempuan tak tahu malu itu. Baru sahaja aku hendak masuk ke bilik, daun pintu dikuak dari luar. Baru kali ini aku lihat dia tersenyum setelah pulang dari sekolah.
Ah! Dia bukan pulang dari sekolah. Pulang dari berjumpa kekasih hati. Mana tidak gembiranya.
"Dah lama balik?" soalnya sambil membuka sarung kaki dan melonggarkan tali leher.
"Baru saja balik. Saya ingat nak singgah minum petang dekat kafe hujung simpang sekolah sana. Tapi, terbantut selera bila ternampak merpati dua sejoli sedang bermadu asmara" Jungkook yang sedang membuka butang bajunya itu terkedu seketika.
"Awak pergi sana tadi? Maksudnya, awak nampak saya dengan Hwa--"
"Jadi, betullah dugaan saya selama ni. Nak dapat madu dah saya ni. Tak sangka saya dah membesar dengan pantas" beg sekolah yang berada di tangan aku genggam kemas.
"Hara, sayang" Jungkook bangun dari duduknya dan menyapaku. Tangannya mencubit pipiku.
"Awak nampak comel bila marah. Saya minta maaf sebab tak berterus-terang dengan awak. Hwayoung tu adik angkat saya. Dah lama kami tak jumpa" anak mataku menikam anak mata redupnya.
"Baguslah kalau setakat adik dan abang. Manalah tahu tetiba 'terangkat' dengan adik angkat sendiri" kata-kata berbaur sindiran itu aku ucapkan sebelum masuk ke dalam bilik.
'Kau ingat zaman sekarang ni masih boleh percaya dengan istilah adik dan abang angkat ni? Abang dan adik kandung sendiri pun boleh terjebak dengan sumbang mahram. Inikan pula sekadar adik dan abang angkat? Dunia ni kejam, Jungkook. Aku tak nak jadi mangsa kebodohan lagi'
🕷🕸🕷
Yoongi dan Hoseok singgah ke Taman Memorial Seoul, tempat di mana mendiang bapa dan ibu Yoongi disemadikan. Sejambak bunga carnation putih di letakkan di hadapan kotak kaca yang menempatkan abu jenazah kedua ibu bapanya.
"Eomma, appa. Yoongi datang ni. Yoongi dah berjaya jalankan hidup yang lebih baik. Yoongi dah tak menangis macam dulu. Sekarang, Yoongi dah jadi lelaki kuat. Sama seperti apa yang appa harapkan. Eomma, Yoongi korbankan cita-cita Yoongi untuk jadi seorang juruterbang. Sekarang, Yoongi berjaya jadi seorang cikgu. Eomma gembira tak dengan pencapaian Yoongi?" airmata yang jatuh di pipi dilap kasar dengan lengan baju kemejanya. Hoseok yang memerhati dari jauh turut terbawa-bawa dengan emosi.
"Kalau Yoongi berkesempatan, Yoongi akan bawa isteri dan anak-anak Yoongi ke sini. Doakan supaya Yoongi mendapat jodoh yang baik dan mampu jaga Yoongi macam mana eomma dan appa jaga Yoongi dari kecil sampai besar. Yoongi minta diri dulu" kotak kaca itu dikucup sekilas. Airmata yang masih bersisa ditepis segera. Senyuman dipasang pada wajahnya sebelum menyapa Hoseok.
"Hei, kenapa kau yang menangis. Dasar lelaki cengeng" bahu Hoseok ditumbuk sebelum tawanya berderai. Hoseok segera memeluk Yoongi.
"Kau tak payah pura-pura gembira dengan aku, Yoongi. Aku tahu kau sedih. Tapi, kita yang hidup ni perlu teruskan hidup. Kita kena berusaha jadi yang terbaik sebab mereka sedang melihat kita dari atas sana"
"Baru hari ni kau ada otak, Seok" Hoseok segera menarik rambut perang hazel milik Yoongi. Mereka berdua berjalan menuju ke tapak parkir yang menempatkan kenderaan milik Yoongi. Satu nota kecil yang dilekatkan pada cermin hadapan kereta itu dicabut oleh Yoongi. Sempat lagi Hoseok mengambil gambar nota tersebut.
"Orang hodoh macam kau pun ada peminat. Siap lekat nota bagai" sinis Hoseok.
♡*:.。..。.:*♡
Bagai melepaskan anjing tersepit,
Bagai melepaskan batuk di tangga,
Hari ini, kau datang melawat,
Esok lusa, engkau dilawat.
✧*:.。..。.:*✧
"Harini, engkau datang ke sini sebagai pelawat. Mungkin, kau yang akan diratapi esok. Aku dapat hidu bau kematian kau, Min Yoongi. Euw, apa semua ni? Gila ke apa tiba-tiba nak hantar surat layang macam ni pada aku. Dahlah pantun tak ada ritma langsung. Nasib baik ada hiasan comel. Bengap betul orang yang cipta pantun ni. Mungkin anjing yang dimaksudkan dalam pantun ni adalah diri dia sendiri? Hahaha" Yoongi segera merenyukkan nota itu dan dibuang ke dalam tong sampah.
"Oongi--"
"Kau panggil macam tu sekali lagi, memang aku tampar bertubi-tubi"
"Hish! Kau tak rasa ke yang nota tu macam amaran. Meremang bulu roma aku. Walaupun pantun yang dia tulis tu lawak, tapi maksudnya sampai. Kau tak risau ke?" Hoseok menggosok-gosok lehernya yang terasa merinding ketika itu.
"Tak ada apalah tu. Mungkin budak-budak saja yang bermain di sekitar sini tadi. Jangan fikirkan sangatlah hal-hal macam tu" Yoongi segera masuk ke bahagian pemandu dan memandu pulang ke Gangnam.
Hoseok menyanyi ria di dalam kereta. Yoongi pula hanya menganggukkan kepala melayan rentak muzik yang memenuhi corong radio itu. Kegelapan malam membuatkan Yoongi tidak dapat melihat keadaan jalan dengan baik. Mujurlah dia memakai kaca matanya.
Yoongi cuba untuk memperlahankan kenderaan apabila tiba di selekoh. Namun, brek keretanya langsung tidak mencengkam tayar untuk mengurangkan kelajuan.
"Hoseok! Kenapa tak boleh brek ni!"
"Yoongi! Ada lori dekat depan!"
BANG!
Kenderaan yang dipandu Yoongi terus menghentam bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di tepi jalan. Mungkin, lori tersebut mengalami sebarang kerosakan sehingga terpaksa menangguhkan perjalanan.
Hoseok yang terpelanting ke belakang itu menarik Yoongi keluar daripada tekupan beg udara. Darah yang mengalir di belakang kepalanya dibiarkan begitu sahaja. Telefon pintarnya dicapai sebelum seseorang dihubunginya.
║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║
Telefon milik Jungkook tidak henti-henti berdering sejak 5 minit yang lalu menyebabkan aku hilang fokus untuk menonton televisyen.
"Lama lagi ke dekat tandas?" gumamku sendiri. Skrin telefonnya aku intai sedikit.
Hoseok Hyung
calling...
📞 ☎️
Aku mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut. Kalau perkara tidak penting, mana mungkin Cikgu Jung beria-ia membuat panggilan tanpa henti.
Hello, selamat malam.
H-hara ke tu?
Eo? Cikgu Jung. Cikgu okay ke? Suara cikgu--
P-panggil Jungkook.. Sstt.. Saya dan Cikgu Min kemalangan
Hah? Baiklah. Saya akan beritahu Jungkook. Cikgu Jung dan Cikgu Min bertahan ya. Kongsikan lokasi cikgu
Tut tut tut..
Talian dimatikan. Tidak sampai beberapa saat, Cikgu Jung berkongsi lokasinya melalui aplikasi KakaoTalk milik Jungkook. Aku segera berlari ke tandas dan mengetuk pintu sehingga hampir roboh.
"Jungkook! Jungkook! Keluarlah! JUNGKOOOOOOOOK" suaraku naik beberapa oktaf sehingga lelaki itu menjengulkan muka dari belakang pintu.
"Cikgu Jung dan Cikgu Min kemalangan! Jomlah cepat!" aku menarik tangannya supaya keluar dari tandas. Tuala yang terikat di pinggangnya hampir melorot namun tidak aku hiraukan.
Jungkook menyarung baju dan seluarnya sepantas kilat dan berlari ke kereta. Aku turut berlari dan masuk ke dalam perut kereta secepat mungkin.
Jungkook memandu dengan kelajuan tinggi sehingga membuatkan aku terpaksa memegang tali pinggang keledar dengan erat.
"Jungkook! Perlahanlah sikit. Nanti tak pasal-pasal kita pula yang masuk hospital" kata-kataku langsung tidak dihiraukan. Kelajuannya konsisten sehingga kami tiba di lokasi berkenaan.
"Eh, macam kenal kereta tu" aku mengecilkan mataku apabila kelibat kereta yang aku kenali berlegar-legar di kawasan berhampiran tempat kejadian.
"Itu kereta Daniel kan? Kawan sekelas awak tu?" aku mengiyakan kata-kata Jungkook. Tak salah lagi. Memang betul itu kenderaan miliknya. Kereta itu mengekori kenderaan kami sehingga kami tiba betul-betul dibelakang kenderaan Cikgu Min.
Daniel keluar dari kereta itu dan berjalan ke arah Jungkook. Aku hanya membatukan diri di dalam kereta. Aku mencuri dengar perbualan mereka dengan menurunkan sebahagian cermin tingkap.
"Awak buat apa di sini malam-malam macam ni?"
"Saya baru balik dari rumah nenek saya. Sir buat apa di sini?"
"Tak ada apalah. Kereta kawan saya rosak. Tu yang saya datang ke sini. Awak baliklah--"
"Sir perlukan bantuan? Saya boleh hubungi kereta tunda"
"Tak perlu. Saya dah uruskan"
"Baiklah, saya balik dulu" setelah Daniel beredar, aku keluar dan berlari ke bahagian penumpang kereta Cikgu Min. Cikgu Min dan Cikgu Jung sudah tidak sedarkan diri.
"Jungkook! Sini! Tolong saya keluarkan mereka"
Jungkook memapah seorang demi seorang ke dalam kereta yang kami naiki sebentar tadi.
Sebaik masuk ke dalam kereta, Jungkook mengarahkan aku untuk melaporkan kemalangan tersebut pada pihak polis. Kami sendiri yang menghantar kedua-dua mereka ke hospital. Kawasan tersebut agak sukar untuk dikesan oleh pihak ambulans kerana tiada sebarang papan tanda.
Wajah Cikgu Jung yang pucat membuatkan aku hampir menangis namun segera aku tahan. Nanti apa pula kata Jungkook. Pihak hospital telah bersiap sedia di zon merah. Kedua-dua mereka diusung di atas strecer sebelum dipindahkan ke atas katil beroda. Kedua-duanya ditolak masuk ke wad kecemasan untuk diberikan rawatan.
Jungkook memandangku dengan tatapan yang sukar ditafsir.
"Kenapa pandang saya macam tu?"
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro