Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣30

"Eh, Hara? Maksud awak, kawan sekelas awak tu? Mana dia?" soal Jungkook seperti orang dungu. Berpeluh telapak tangannya apabila Daniel melangkah menghampiri kenderaan utiliti sukan yang dipandu oleh Xiao Lu tadi.

Daniel meluru dan membuka pintu di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Namun, segalanya hampa apabila dia hanya menemui sebuah beg pakaian.

"Eh, kau ni siapa? Kenapa tiba-tiba kau nak buka pintu kereta aku ni" Xiao Lu mencengkam bahagian leher Daniel.

"M-maafkan saya. Saya ingatkan encik ada bawa kawan saya. Mungkin cuma imaginasi saya saja. Maafkan saya sekali lagi" Xiao Lu melepaskan cengkaman tersebut lalu Daniel segera menunduk di hadapannya. Setelah Daniel berlalu pergi, Jungkook berlari ke arah Xiao Lu.

"Hyung! Mana Hara? Budak lelaki tadi ada jumpa Hara tak? Dia ada apa-apakan H--" mulutnya segera ditekup oleh Xiao Lu.

"Kamu ni kalau bertanya memang bertubi-tubi ke? Satu-satulah. Mati kalau hyung kena jawab semua sekali gus. Pertama sekali, Yingying dah bawa Hara balik Seoul terlebih dahulu. Dah mengarut sangat budak tu. Tiba-tiba dia nak pandu kereta ni tadi. Nasib baik Yingying sempat halang. Sebelum dia buat perkara lebih pelik, hyung suruh Yingying hantar dia dulu ke kondominium korang. Yang kedua, budak lelaki tadi tu siapa?"

"Budak tu sekelas dengan Hara. Tapi, kami belum dedahkan status kami pada khalayak ramai. Sebab tulah Kook risau kalau rahsia kami terbongkar. Habislah Kook nak kena menjawab soalan daripada guru-guru dan pelajar sekolah tu" Xiao Lu mengangguk faham. Dua orang lelaki itu kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke Seoul yang tergendala sebentar tadi.

S

K

I

P

"Terima kasih, hyung sebab hantarkan Kook. Terima kasih Yingying sebab dah tengok-tengokkan Hara" adik beradik Xiao itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Xiao Lu memeluk Jungkook sebelum mereka berdua bertolak pulang ke Jeollabuk-do.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nama seorang kenalan diketik sebelum talian diisi dengan suara seorang gadis.


"Nara, lama lagi ke kamu nak sampai? Saya dah kena bertolak ke lapangan terbang. Sir Jung dan Sir Min dah lama menunggu"

"Kami dalam perjalanan, Sir Jeon. 15 minit lagi sampailah"

"Kalau macam tu, saya tinggalkan kunci di peti surat bernombor 101. Beritahu pengawal keselamatan yang kamu ialah tetamu saya. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon saya. Okay?"

"Baik, sir. Tak ada masalah"


Panggilan ditamatkan sebaik perbualan selesai. Kelibat kereta Hyundai Palisade milik Hoseok sudah kelihatan memasuki kawasan kediamannya.

"Sorry, hyung. Susahkan hyung saja sebab terpaksa ambil Kook sampai sini. Kook dah tak larat nak memandu kereta. Kalau tak disebabkan amanah Tuan Pengetua, Kook takkan ikut ke lapangan terbang"

"Tak apa. Bukan susah sangat pun. Tapi, kalau hyung tanya satu soalan, boleh tak Kook jawab dengan jujur?" Hoseok memandang Jungkook melalui cermin pandang belakang sambil tangannya ligat mengawal stereng. Kening lebat milik Jungkook bertaut lantas dia hanya mengiyakan permintaan Hoseok.

"Emm, sebenarnya hyung nak tanya--"

"Betul ke kau dah kahwin? Dengan salah seorang pelajar sekolah kita?" sampuk Yoongi yang mencelah secara melulu. Perbuatannya mendapat jelingan maut daripada Hoseok.

"Apa pandang-pandang? Nak gaduh?" ujar Yoongi kerana tidak berpuas hati.

"Ha, jomlah gaduh. Sekejap, nak berhenti di bahu jalan"

"Eleh, setakat kau tu aku letak cicak dalam seluar pun pengsan"

"Eleh, kau tu nampak perempuan seksi sikit sampai nak pitam bagai"

"Eh, sudahlah! Macam budak-budaklah hyung berdua ni. Dekat sekolah bukan main cool lagi. Dekat luar, macam budak-budak" Jungkook merengus di bahagian penumpang belakang. Terdiam kedua-dua jejaka kacak itu.

"Kau tak jawab lagi soalan hyung" Hoseok bersuara sekali lagi.

"Siapa yang sebarkan cerita ni? Siapa lagi yang dah dengar pasal perkara ni selain hyung berdua?"

"Selain kami, tiada sesiapa yang tahu. Aku dengar perkara ni masa aku gantikan Pn. Song sebab dia cuti sakit. Aku masuklah kelas 5 Galaxy. Tiba-tiba aku terdengar Hooligans Squad tengah 'mengisar bawang' dalam kelas. Dari situlah aku tahu" terang Yoongi panjang lebar.

'Tak boleh harap langsung skuad tu. Tunggu masa aku lepuk kepala seorang demi seorang. Yoongi hyung pun, kaki bawang rupanya. Pak cik bawang!'

"Hahaha. Jadi hyung pun kenallah skuad tu?"

"Orang gila je tak kenal skuad tu. Skuad pelajar perempuan yang hot tapi nakal semua. Kalau ikutkan, ramai saja pelajar lelaki yang mahukan mereka. Tapi, semuanya ganas-ganas belaka. Tambah-tambah isteri kau tu. Naik gila si Hoseok ni uruskan masalah disiplin dia. Hampir setiap bulan kami berdua dan pengetua perlu menghadap Jabatan Pendidikan Seoul sebab masalah dia"

"Erm, kalau macam tulah kata hyung, ya memang Kook kahwin dengan Hara. Tapi, itu pun sebab eomma kami berdua yang aturkan. Kook dan Hara ikutkan saja. Mulanya, dia membantah juga sebab dia menaruh harapan dekat Hoseok hyung. Tapi, Kook pujuk dia. Itu pun untuk masa depan dia. Akhir-akhir ni, nampaklah sikit perubahan" sengaja dia menekankan perkataan 'sikit' itu. Hoseok pula tersengih-sengih di hadapan.

"Tak sangka pula dia sukakan aku. Laku juga aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang sebelah aku ni"

"Perahsantan betul kuda padi ni. Jangan sampai aku ikat kau dekat pokok kelapa nenek aku"

Kerancakan perbualan mereka terhenti apabila brek tangan ditarik oleh Hoseok. Mereka telah tiba betul-betul di hadapan balai ketibaan penerbangan domestik untuk menjemput guru baharu yang diperkatakan oleh Tuan Pengetua.

"Kalau Kook tunggu dalam kereta boleh tak?"

"Hah! Tak payah nak mengada! Tak pasal-pasal aku sepak budak ni naik kapal terbang. Jom keluar" Jungkook keluar dengan langkah longlai setelah digertak oleh Yoongi.

"Ya Tuhan! Kaca mata hitam, topeng muka bagai. Kau kenapa ni Kook?" tangan Yoongi sudah berada di udara. Bersiap sedia untuk mencepuk kepala bulat milik Jungkook.

"Selamat sejahtera! Cikgu Jung?" sapaan seseorang menghentikan pergaduhan kecil mereka.

"Ya, saya Cikgu Jung. Kalau tak salah saya, cik ni Cikgu Park Hwayoung?" Hoseok berjabat tangan dengan wanita itu sambil tersenyum sumbing. Pantang nampak perempuan dahi licin, kegedikannya akan terserlah serta-merta. Yoongi hanya memasang wajah jengkel kepada Hoseok.

Hwayoung menghulurkan tangan kepada Yoongi namun lelaki itu hanya membongkokkan tubuhnya sebanyak 90 darjah.

"Maaf, jiran saya kata, tak baik kalau salam dengan perempuan lebih-lebih lagi yang kita baru kenal. Nama saya Min Yoongi. Boleh panggil Yoongi atau Cikgu Min. Ini, Jeon Jungkook" terkebil-kebil wanita itu menurunkan tangannya yang dihulur ke arah Yoongi sebentar tadi. Jungkook pula hanya mampu menepuk dahi. Sia-sialah penyamarannya kerana mulut tempayan si Yoongi.

Wanita itu dengan lancangnya melucutkan kaca mata hitam yang tersarung pada batang hidung mancung Jungkook. Topeng mukanya juga diturunkan sehingga ke bawah dagu. Terkejut beruk Jungkook, Yoongi dan Hoseok dibuatnya.

"Kenapa sembunyikan wajah kacak awak di sebalik kaca mata hitam lebar dan topeng muka ni, Cikgu Jeon?" Jungkook hanya tersenyum paksa dan membongkokkan badannya di hadapan Park Hwayoung.

"Mari, cikgu. Kami akan hantar cikgu ke kuarters Sekolah Tinggi Starlite" Hoseok mengiringi Hwayoung ke keretanya.

Sepanjang perjalanan, Jungkook membatukan diri di bahagian paling kiri penumpang belakang. Mahu saja dia mengecilkan dirinya menggunakan pemampat. Hwayoung pula memerhati Jungkook dengan pandangan yang mencurigakan sambil menggigit kaki cermin mata hitam milik Jungkook yang dilucutkannya sebentar tadi.

Panas.

Itulah keadaan Jungkook walaupun penghawa dingin sudah berada pada tahap 4. Yoongi yang menyedari perbuatan Hwayoung mula bersuara.

"Kenapalah Seoul hari ni panas sangat. Rasa macam ada neraka berhampiran" sindirnya sambil mengibaskan tangan di bahagian tengkuk. Hoseok hanya menggelengkan kepala sambil mulutnya terkumat-kamit merungut tentang sesuatu.

📸📸📸


"Sunny. Kau tahu tak, kalau orang mabuk ni selalu bercakap pasal perkara sebenar. Kau nak cuba?" Nara tersenyum jahat ke arah Sunny.

"Hara! Jom main truth or dare" gadis itu hanya mengangguk sambil matanya terbuka separuh. Kemerahan pada pipinya semakin berkurang berkat air lemon buatan Sunny.

"Okay, Hara kena! Sekarang kau pilih truth or dare" Sunny dan Nara menekup mulut. Tiada sebarang botol diputarkan untuk menentukan giliran. Mereka sengaja ingin mengenakan Hara. Hara hanya mengangguk tidak jelas.

"Aku anggap itu sebagai truth. Sekarang, kau jawab jujur. Apa perkara paling berdosa yang kau rasa kau pernah" Hara hanya ketawa kecil.

"ʜⁱʰⁱ. ᴀᵏᵘ ᵖᵉʳⁿᵃʰ ⁱⁿᵗᵃⁱ ᴊᵘⁿᵍᵏᵒᵒᵏ ᵐᵃⁿᵈⁱ. ᴅⁱᵃ ˢᵉᵏˢⁱ ʰᵃʰᵃʰᵃ. ᴛᵃᵖⁱ, ᵈⁱᵃ ᵐᵃⁿᵈⁱ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ⁱᵗⁱᵏ ᵍᵉᵗᵃʰ ʷᵃʳⁿᵃ ᵏᵘⁿⁱⁿᵍ. ᴅⁱᵃ ᶜᵒᵐᵉˡ ᵐᵃˢᵃ ˢʸᵃᵐᵖᵘ ʳᵃᵐᵇᵘᵗ ˢᵉᵇᵃᵇ ᵃᵈᵃ ᵗᵃⁿᵈᵘᵏ ᵃᵗᵃˢ ᵏᵉᵖᵃˡᵃ ᵈⁱᵃ. ᴛᵃᵖⁱ, ᵈⁱᵃ ʰᵒᵗ" memerah telinga kedua gadis itu mendengarkan 'dosa' yang pernah Hara lakukan.

"ʜᵃ! ᴀᵏᵘ ᵖᵉʳⁿᵃʰ ⁿᵃᵐᵖᵃᵏ ʰᵃʳᵗᵃ ᵏᵃʳᵘⁿ ᵈⁱᵃ. ᴘᵃⁿ--" Sunny dan Nara menekup mulut Hara.

"Ergh, bahaya budak ni. Memang berdosa betul perangai dia ni. Sudah-sudah. Tanya benda lain. Aku tak nak dengar kemungkaran" getus Sunny yang sudah terkebil-kebil menahan malu. Sempat lagi dia menjentik dahi Hara.

"Baiklah, soalan lain. Kau sayang Jungkook?" Hara yang tadinya menunduk terus mengangkat wajahnya. Ditenungnya kedua gadis itu sedalam Lautan Hindi. Meremang bulu roma Sunny dan Nara melihatkan tenungan Hara. Hara meletakkan tangan Nara dan Sunny di dadanya.

"ᴋᵃᵘ ʳᵃˢᵃ ᵗᵃᵏ? ᴊᵃⁿᵗᵘⁿᵍ ⁿⁱ ᵇᵉʳᵈᵉᵍᵘᵖ ᵏᵉⁿᶜᵃⁿᵍ ˢᵉᵗⁱᵃᵖ ᵏᵃˡⁱ ᵃᵏᵘ ᵈᵉⁿᵍᵃʳ ⁿᵃᵐᵃ ᵈⁱᵃ, ⁱⁿᵍᵃᵗᵏᵃⁿ ʷᵃʲᵃʰ ᵈⁱᵃ, ʰⁱᵈᵘ ᵇᵃᵘᵃⁿ ᵐᵃˢᵏᵘˡⁱⁿ ᵈⁱ ᵇᵃᵈᵃⁿ ᵈⁱᵃ ᵈᵃⁿ ˢᵉᵗⁱᵃᵖ ᵏᵃˡⁱ ᵈⁱᵃ ᵗⁱᵈᵘʳ. ᴊᵃⁿᵗᵘⁿᵍ ⁿⁱ. ʙᵉʳᵈᵉᵍᵘᵖ ˡᵃʲᵘ. ᴜⁿᵗᵘᵏ ᵈⁱᵃ" Hara terus rebah dan tidur nyenyak di atas katil bersaiz King di dalam bilik perkongsiannya dengan Jungkook.

"Kyaa!! Hara kita dah besarlah! Dah jatuh cinta!" Sunny dan Nara melompat riang di atas katil empuk milik pasangan bermarga Jeon itu.

"Aku dah berjaya besarkan dia. Tak sangka, Hara kita dah besar" Sunny berpura-pura mengelap matanya seperti seorang ibu yang berbangga dengan kejayaan anaknya.





Do follow my collab acc, quantrelledream-










{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍





















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro