Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣29

"Hara, jom kita pergi ke vila halmeoni" aku yang sedang duduk di atas sofa itu menoleh ke arah Jungkook.

"Vila? Dekat mana? Nak buat apa?"

"Vila tu dekat saja dengan rumah ni. Dalam 15 minit perjalanan. Vila tu akan jadi tempat bulan madu kita tahun depan. Jomlah pergi tengok-tengok kawasan" aku hanya mengangguk seraya mencapai jaket kulitku. Aku meminta diri daripada eomma manakala Jungkook telah berada di garaj untuk memanaskan enjin kereta.

Vila itu terletak di kawasan yang agak terpencil. Wajahku bertukar mendung apabila kereta kami melalui kawasan kaki bukit yang sedang dibanjiri pengunjung pesta. Aku hanya mampu melihat kemeriahan itu sekali lalu sahaja.

"Tak apa. Tahun depan kita datang lagi, ya? Tahun depan saya pastikan tak ada gangguan. Bolehlah kita bawa Jungkook junior sekali" kecut perutku mendengarkan cita-cita Jungkook untuk membawa anaknya ke pesta ini pada tahun hadapan. Aku boleh saja nak ada anak. Tapi, aku tak nak mengandung. Boleh tak macam tu? Kita peram sperma dengan ovum dalam balang sampai dia jadi bayi. Boleh ke macam tu?

Sedang aku memikirkan cara mendapatkan anak tanpa perlu mengandung, brek tangan ditarik oleh Jungkook. Aku melihat sebuah rumah agam tersergam gah di dalam taman bunga.

"Tunggu apa lagi? Jomlah turun. Ke nak saya dukung?" tanpa aku sedar, Jungkook telah membuka pintu kereta di bahagian penumpang hadapan.

Kami disapa oleh seorang butler dan seorang wanita yang aku sendiri kurang pasti dengan statusnya

"Tuan Muda Jeon" kedua-duanya menunduk hormat kepada Jungkook. Jungkook menumbuk kecil bahu lelaki kacak itu. Kenapa setiap hari aku berjumpa dengan lelaki kacak? Adakah keluarga Jeon hanya memilih yang kacak-kacak saja untuk dijadikan pekerja?

"Tak payahlah formal sangat. Baru 4 tahun Kook pergi. Takkanlah semuanya dah berubah"

"Kalau tak salah, ini Puan Muda Jeon?" soal wanita itu. Aku teragak-agak untuk mengangguk.

"Ya, isteri Kook. Hyung dengan Yingying ni memang setia dengan keluarga Kook kan? Hara, kalau awak nak tahu, adik-beradik Xiao ni dah macam adik-beradik saya. Ini, Xiao Lu, butler keluarga saya. Panggil dia Lu oppa. Ini, Xiao Ying, pengawal peribadi saya. Panggil Yingying eonnie. Okay?" aku hanya mengangguk faham.

"Saya ada tali pinggang hitam dalam taekwondo dan juara karate antarabangsa wakil China" celoteh Xiao Ying sambil berjabat tangan denganku.

"Eh Ying ni. Sibuk saja nak bercerita tentang pencapaiannya pada Puan Muda. Oh ya, Puan Muda. Saya pun ada pencapaian hebat. Saya juara menembak, memanah dan equastrian 7 tahun berturut-turut. Hebat kan?" aku tergelak kecil dengan gelagat dua orang adik-beradik itu.

"Awak berdua mengingatkan saya pada abang saya, Taehyung. Kalau Lu oppa dengan Yingying eonnie panggil saya Hara je, boleh? Saya tak selesa dengan panggilan Puan Muda tu. Dari kelmarin mereka panggil Hara sebagai Puan Muda. Hara tak suka" aku tersengih pada kedua-duanya. Mereka hanya mengangguk.

"Eh, kenapa kita bersembang di luar? Jomlah masuk ke dalam. Keadaan rumah ni memang terbaik. Kami jaga dengan sepenuh kudrat kami dengan bantuan pasukan kami. Kalau ada apa-apa, Jungkook hubungi hyung. Kami pergi dulu untuk beri kamu berdua lebih privasi. Kami pergi dulu" kelibat dua beradik berdarah campuran Korea-Cina itu beredar dari halaman rumah.

Tanganku ditarik oleh Jungkook untuk masuk ke dalam vila itu. Mataku tertarik pada dua ekor ikan koi emas di dalam akuarium berhampiran pintu masuk.

"Hai! Debabnya awak berdua" jariku mengacah ikan-ikan tersebut dari kaca akuarium. Riak muka marahnya dan mulut ternganga membuatkan aku geli hati.

"Sudah-sudahlah tu. Ikan tu tak ke mana pun. Jomlah saya tunjukkan kawasan sekitar dekat awak. Tak adalah awak terkucil kalau cari tandas tak jumpa" aku membontoti langkah Jungkook. Yalah, dia tuan rumah. Takkan aku pula yang nak jalan di depan.

"Ni bilik air utama" sebaik Jungkook membuka pintu bilik air, bau lilin aromaterapi menerpa hidungku. Tab mandinya dilengkapi dengan penyangkut botol dan gelas wain. Tidak lupa juga pelbagai jenis bath bomb berjenama Lush tersusun rapi di dalam almari kaca.

"Sebelah sana tu dapur. Dekat atas ada ruang istirehat, bilik bacaan, pejabat saya, bilik tidur utama dan dua bilik tetamu. Semuanya dah dilabelkan, jangan risau. Jom, saya nak bawa awak ke bilik kegemaran saya"

Butang bernombor 3 ditekan pada panel kawalan lif. Dentingan lif menunjukkan bahawa kami telah tiba di rooftop. Rooftop vila ini tidak sama seperti yang kebiasaannya aku lihat di Seoul. Rooftop ini tertutup dengan dinding serta bumbung kaca. Pendingin hawa turut tersedia.

Jungkook mengimbas cap jarinya pada sebuah panel yang berada berhampiran pintu masuk. Pintu kaca yang menuju ke sebuah bilik telah terbuka. Aku terpukau dengan simpanan wain dan minum beralkohol lain yang terdapat di dalam bilik itu.

"Awak punya ke semua ni?" Jungkook mengangguk dan sebotol wain merah serta dua gelas berkaki tinggi dicapai dari raknya.

"Masa saya belasan tahun, saya suka buat pelancongan solo. Saya akan bawa balik sebotol arak istimewa dari setiap negara. Semuanya yang eksklusif dan 100% buatan tangan" aku meneliti harga-harga arak tersebut sambil mendengar celoteh Jungkook.

🍾 Dalmore 64 Trinitas Single Malt Whiskey
160,000 USD

🍾 Dalmore Scotch Whiskey
200,000 USD

🍾Tequila Ley
1.5 Million USD

🍾 Henri IV Dudognon Heritage Cognac
1.9 Million USD

Aku menjauhkan diri dari almari kaca tersebut setelah meneliti tag harganya.

'Harganya segila namanya'

"Hara, sini!" aku melihat Jungkook sedang bersantai di tepi kolam renang bersama wainnya. Aku melabuhkan punggung bertentangan dengan kedudukannya. Gelas berisi wain disuakan padaku.

"Saya tak minum. Seokjin tak bagi saya minum" aku mencerlung ke arah Jungkook yang sedang mengekek ketawa.

"Comellah isteri saya ni. Macam bayi. Minum susu ya? Nak susu? Saya buatkan" Jungkook meneguk habis wain itu dengan sekali teguk. Mahu saja aku melemparkan botol wain itu ke kepalanya. Sedap-sedap saja kau perli aku ya?

Perincian pada botol wain itu aku teliti seketika.

Cabernet Sauvignon
Dark fruit taste with savouriness taste from black pepper.

Cecair dari botol itu aku teguk sehingga tinggal separuh. Kerongkongku terasa berapi. Berkerut mukaku kerana kepahitan dan sensasi wain itu yang kuat untuk seseorang yang baru mencuba sepertiku. Berair mataku kerana rasa pijarnya pada lidah dan bahagian dalam mulutku.

"Sedap?" aku menggeleng laju. Air mineral yang tersedia di atas meja aku teguk pantas. Isi perutku bergelojak tetapi cuba aku tahan. Pandanganku mulai kabur dan aku menongkatkan kepala pada meja.

"Sweetie, are you okay? Huh?" aku membiarkan soalan Jungkook sepi begitu saja. Tubuhku terasa melayang. Rupa-rupanya, Jungkook memapahku ke lif dan mula bergerak ke bawah.

"Eh, Kook. Hara kenapa?" dari suaranya, aku dapat meneka ianya milik Lu oppa.

"Kook bawa dia ke Golden Cellar. Dia marahkan Kook sebab cakap dia macam bayi yang minum susu. Jadi, dia teguk sampai separuh botol. Tulah, degil, berlagak hero" nasib baik aku tak boleh angkat tangan, Kook. Kalau tak, aku siku perut kau.

"Kalau macam tu, jomlah hyung hantar korang balik. Takut jadi apa-apa di jalan nanti"

"Tak apalah, hyung. Kook nak balik Seoul terus ni. Nak singgah ambil bagasi je dekat rumah halmeoni"

"Seoul? Lagilah bahaya. Hyung takkan biarkan korang balik dalam keadaan macam ni. Biar hyung hantar, jangan bantah. Nanti hyung suruh Yingying pandu kereta Jungkook ke Seoul" Jungkook memasukkan tubuhku ke dalam tempat duduk bahagian penumpang kereta tersebut. Seterusnya, aku telah tidak sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku.

🎩🎩🎩

"Awak tahu tak? Hari tu saya nampak awak guna filter arnab dekat Snapchat. Hihi awak comel" kata Hara diselangi dengan sedu. Jungkook hanya mampu mengurut pelipisnya. Risau pula dengan Hara yang suka bercakap perkara bukan-bukan.

"Jungkook saya nak-- uwerk"

"Argh! Kenapa tak bagitahu nak muntah?!" jeritan Jungkook bergema di dalam kenderaan utiliti sukan itu. Xiao Lu dengan pantas memberi isyarat membelok ke kawasan Rehat dan Rawat berhampiran.

"Kook boleh pergi tukar baju dekat tandas. Ambil baju hyung dekat belakang. Sekejap lagi, Yingying sampai. Dia boleh tolong cucikan mulut dengan tangan Hara" Jungkook mengangguk dan berlari ke tandas secepat mungkin kerana tidak tahan dengan bau yang menyengat itu.

Sementara itu, Xiao Ying dan Xiao Lu bertungkus lumus membersihkan Hara serta tempat duduk yang telah 'terjejas'.

Selesai sahaja menukar baju, minyak wangi disembur sedikit di pergelangan tangan dan lehernya. Tanpa dia sedari, seseorang yang mengenalinya sedang memerhati dari belakang.

"Eh, Sir Jeon! Buat apa dekat sini?" sapa Kang Daniel, si psikopat yang terlalu obses dengan Hara.

"Eh, kamu Daniel kan? Saya ke sini sebab melawat halmeoni dengan harabeoji saya. Kamu datang sini bercuti atau ada urusan?"

"Bercuti sementara tunggu sekolah bermula"

"Dengan buah hati, ya?" sakat Jungkook. Daniel hanya tergelak kecil.

"Kalaulah dia terima saya, sayalah manusia yang paling beruntung di dunia ni kalau sir nak tahu" bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Tak apa. Kalau betul-betul suka, pikatlah. Jangan berputus asa, mesti dia cair punyalah. Oh, Daniel. Saya nak kena pergi dah ni. Saya nak balik Seoul, ada urusan. Enjoy your holiday" Daniel mengangguk dan turut keluar dari tandas bersama Jungkook.

"Eh, tu bukan Hara ke? Kenapa dia boleh ada di sini?" disaat ini, Jungkook mati kata-kata. Lidahnya mula kelu dan otaknya tidak mampu memproses ayat untuk menafikannya.

Selamatkah rahsia mereka berdua daripada pengetahuan si psikopat?






















































































Nantikan episod seterusnya 😂😂






















{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍











































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro