💣28
Aku menutup semula mulutku setelah doktor kacak itu selesai melakukan pemeriksaan. Sakit-sakit pun sempat lagi nak menggatal.
"Puan Muda Jeon tak apa-apa. Cuma bahagian dalam mulutnya ada sedikit luka mungkin disebabkan geseran dengan gigi. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Saya dah tulis preskripsi untuk gel penyejuk. Esok pagi, bolehlah tebus di hospital atau klinik berhampiran. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu, Tuan Jeon" appa mengiringi kepulangan Dr. Ong dan meninggalkan bilik kami.
Sedari tadi, aku menggengam tangan Jungkook. Tatapannya terhadap harabeoji amat tajam bagaikan pedang yang boleh menembusi dinding. Aku memandang Jungkook dan menggeleng kecil seraya mengusap lengannya lembut. Barulah dia mengendurkan tatapan mautnya.
"Hara sayang. Harabeoji minta maaf, ya? Harabeoji betul-betul tak sengaja. Harabeoji tak dapat kawal amarah tadi"
"Tak apalah, harabeoji. Bukan salah harabeoji sepenuhnya. Jungkook pun salah. Kalau dia tak berdegil tadi, semua benda ni tak jadi"
"Kenapa saya pula yang degil? Semua orang tak nak hormat keputusan saya. Salah ke saya nak tegakkan pendirian saya?"
"Sudahlah, Kook! Appa, masalah ni dah berlarutan terlalu lama sampai naik rimas Minjoo dibuatnya. Jungkook pun dah boleh berdiri atas kaki sendiri sekarang. Pasal syarikat tu, biarlah Minjoo usahakan selagi Minjoo dengan Seobyul mampu. Kalau kami dah tak mampu, kami akan serahkannya pada Jimyeon. Jimyeon pun ada hak atas syarikat tu. Appa janganlah hukum dia disebabkan kesalahan papa dan mama dia. Lagipun, Jimyeon tu dah hidup sebatang kara sekarang" keluhan panjang dan berat terlepas dari bibir nipis milik harabeoji.
"Kalau itu kata kamu, appa ikutkan saja" harabeoji yang ingin melangkah keluar itu ditahan oleh eomma Jeon.
"Minjoo minta maaf kalau cara Minjoo terlalu kasar dan mengguris hati appa. Tapi, sebagai menantu, Minjoo kena betulkan balik apa yang kita dah lakukan dulu. Minjoo, Seobyul dan appa dah sama-sama berusia. Biarlah anak-anak ni mewarisi apa yang mereka sepatutnya terima tanpa ada konflik. Minjoo percaya, keluarga ni akan bersatu semula. Macam kali pertama appa dan eomma bina keluarga ni dulu" eomma mencium tangan tua milik harabeoji. Eomma turut memberi isyarat mata kepada Jungkook agar meminta maaf kepada harabeoji.
Dengan langkah malas, Jungkook bergerak ke arah harabeoji. Tangan milik lelaki itu dicapai lalu dikucup sekilas.
"Harabeoji, Kook minta maaf. Kook tak sepatutnya berkasar dan berkecil hati dengan apa yang harabeoji pernah cakap pada Kook dulu. Kook tahu yang harabeoji nak yang terbaik untuk Kook. Tapi, ego Kook yang halang Kook daripada mengakui semua tu. Maafkan Kook, harabeoji" tubuh tegap milik Jungkook dipeluk erat oleh harabeoji. Sesuatu telah dibisikkan ke telinga Jungkook namun gagal untuk aku dengari.
Setelah segala ketegangan terlerai, Jungkook menutup pintu bilik dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Pipiku yang sedikit bengkak diusap lembut.
"Sakit lagi ke?" aku hanya mengangguk. Plaster yang tertampal pada pipiku menyukarkan aku untuk bercakap apatah lagi untuk ketawa. Ubun-ubunku diusap sedikit.
"Lain kali, janganlah nak jadi hero. Lelaki kalau nak pukul lelaki, kekuatan dia berbeza dengan cara nak pukul perempuan"
"Mana saya tahu. Tu tindak balas luar kawal, tahu? Tiba-tiba saja saya berdiri di depan awak. Nanti kalau rosak muka kacak awak ni, habislah peminat awak lari" Jungkook ketawa kecil dan mencubit hidungku manja.
"Tidurlah. Esok pagi kita pergi jalan-jalan dekat kaki gunung. Dekat sana ada pesta esok" mataku membundar apabila mendengarkan adanya pesta esok hari. Telefon pintarku dicapai dan penggera ditetapkan.
Sebaik aku merebahkan badan, terkejut beruk aku apabila Jungkook sudah bertelanjang dada di sebelahku. Jantungku berdegup kencang tapi aku mencuba sedaya upaya untuk bertenang. Untuk mengurangkan debaran, aku mengiring ke kanan dan membelakangi Jungkook.
"Nak peluk sikit, boleh tak? Tak boleh pun nak peluk juga" terus tangan sasanya melingkar pada pinggangku. Tubuhku ditarik hingga tersandar pada dadanya.
S
K
I
P
"Selamat pagi harabeoji, halmeoni, eomma, appa!" sapa Jungkook riang. Kerusi untukku ditarik seperti di dalam adegan filem Inggeris.
"Morning. Bahagianya pengantin lama kita ni. Ada apa-apa yang menarik jadi ke semalam?" berderai tawa lima orang penghuni meja itu kecuali aku. Aku hanya diam dan menyisip teh panas yang telah terhidang di hadapanku. Kelihatan tiga orang pembantu rumah tersipu malu mendengar pertanyaan appa Jeon.
"Sudahlah, yeobo. Kesian Hara tu. Malu dah budak tu. Lainlah Jungkook ni, tak tahu malu" Jungkook mencebik sebelum sebiji pancake mini disumbat ke dalam mulutnya.
"Eomma, Kook ingat nak bawa Hara pergi Pesta Musim Luruh dekat kaki bukit tu petang ni"
"Eh, bukan ke Hara ni tak berapa sihat lagi. Esok-esok kan boleh?"
"Ala eomma. Hara teringin sangat nak pergi. Jungkook kata dekat sana ada macam-macam. Bolehlah eomma. Hara tak pernah pergi lagi pesta tu. Boleh ya?" aku memandang eomma dengan mata yang sengaja dibundarkan.
"Ha yalah. Pergilah tapi jaga keselamatan. Jaga barang berharga elok-elok sebab dekat sana ramai penyeluk saku" aku mengangguk gembira sebelum menyuap nasi goreng kimchi ke dalam mulut.
Setelah selesai sarapan, aku masuk ke dalam bilik untuk mengecas telefon pintarku. Sejak aku melangkah masuk ke bilik ni, notifikasi dari telefon pintar Jungkook masuk secara bertalu-talu. Aku menjawab satu panggilan iaitu dari pengetua.
"Yeoboseyo, Cikgu Jeon. Maaf mengganggu. Cikgu Park akan sampai ke lapangan terbang pada pukul 5 petang nanti. Saya tak sangka dia akan sampai secepat ini. Kalau diikutkan jadual, Cikgu Park sepatutnya tiba pada minggu hadapan. Saya harap cikgu tak keberatan untuk menjemput beliau di lapangan terbang"
Aku diam tak berkutik. Cikgu Park? Sir Park Jimin ke? Tapi, kenapa Sir Park tak hubungi Jungkook terus? Kenapa kena melalui pengetua pula?
"Cikgu Jeon masih ada di talian ke?"
"Ouh ya, maaf. Saya sepupu Jeon Jungkook sebenarnya. Nanti saya akan sampaikan pesanan encik pada Jeon Jungkook secepat mungkin"
"Ouh maaf. Saya ingatkan Cikgu Jeon yang jawab panggilan ni. Maaflah kalau menyusahkan cik. Terima kasih atas kerjasama cik. Saya letak dulu ya. Have a nice day"
Aku memutuskan panggilan. Sejak bila pengetua ni beradab? Selalu ada saja benda yang tak kena dengan dia. Aku menjenguk ke arah pintu apabila daunnya dikuak dari luar.
"Emm, Jungkook. Tadi pengetua hubungi awak. Katanya Cikgu Park akan sampai ke lapangan terbang pukul 5 nanti"
"Hah? Takkanlah hari ni? Ish, merosakkan rancangan betullah diorang ni. Nak juga aku yang ambil perempuan tu. Hoseok hyung dengan Yoongi hyung dah ada pun tak memadai lagi ke?" omel Jungkook seorang diri. Macamlah pengetua boleh dengar keluhan awak, Jungkook.
"Perempuan? Siapa?"
"Emm-- uh-- dia cikgu baru. Dia akan masuk ke unit hal ehwal pelajar tak lama lagi. Kalau awak buat masalah, awak akan jumpa dia dulu, baru masuk balai disiplin" aku menggulingkan bebola mataku.
"Tak kisah pun kalau setakat perempuan. Tapi, cantik tak?"
"Cantik gila! Badan pergh meletup! Pinggang ramping, kulit cerah, tinggi lampai, cantik orangnya. Pakej lengkap. Rasa macam nak kahwin lagi satu" Jungkook tersengih-sengih seorang diri layaknya orang tak siuman di tepi almari.
Aku hanya diam dan membelek timeline Instagram di telefon pintarku. Terasa bahuku dilanggar lembut dari tepi.
"Marah ke? Merajuk eh? Cemburulah tu"
"Tak ada maknanya nak cemburu. Memanglah dia cantik, body goals. Saya tak ada apa-apa untuk dibanggakan? Sekadar budak hingusan entah apa-apa. Jungkook~ Kalau dia boleh bahagiakan awak, saya tak kisah kalau awak nak kahwin lagi satu"
"Hei, apa cakap macam tu? Saya bergurau sajalah. Janganlah serius sangat. Saya sayang awak saja, betul tak tipu. Awak tak perlulah nak berfikiran terlalu jauh sampai ke situ. Awak amanah dari appa. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tak sia-siakan awak. Jangan risau, saya sayang awak" pipiku ditarik sedikit membuatkan aku tersenyum palsu.
Kenapa aku tak boleh percayakan kata-kata kau, Jungkook. Kenapa hati aku tak yakin dengan kau. Sayang tak semestinya cinta. Kan? Kenapa aku tak sedap hati pasal perempuan ni. Macam ada benda tak kena.
Argh! Lupakan! Semuanya akan baik-baik saja. Dearself, be positive. Tolonglah!
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro