💣26
Aku mengeliat kecil kerana merasakan ada sesuatu yang berat di atas bahuku. Kepala Jungkook yang tersadai di bahuku itu aku tilik seketika. Rambut dia macam gula-gula kapas. Tangannya pula elok direhatkan di atas pinggang aku. Nasib baik tangan tu tak nakal nak pergi mana-mana.
Kedudukan kami sekarang ni betul-betul macam pasangan suami isteri. Hakikatnya, kami belum terfikir apatah lagi ingin menuju ke fasa itu. Mungkin aku seorang saja yang belum bersedia. Siapa tahu apa yang ada dalam hati dan minda lelaki di sebelahku ini?
Aku alihkan badannya jauh dariku dan membersihkan diri. Sebaik turun ke dapur, eomma sudah menyisip secawan teh chamomile. Dapat aku teka dari baunya yang lembut dan beraroma.
"Eomma, maaf sebab tak sempat sediakan sarapan. Terlajak tidur pula sampai pagi. Eomma nak makan apa-apa? Hara masakkan" dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu betapa gelisahnya aku. Kalau dia suruh aku masak makanan yang susah, mati aku. Masak pancake pun keras.
"Tak payah. Eomma dah buat puding roti pukul 6 pagi tadi. Kalau nak, ada lagi dalam ketuhar. Jus oren pun eomma dah sediakan" tersipu sendiri aku dibuatnya. Esok kena bangun awal. Buat malu depan mertua saja.
"Hello, everybody! Good morning world!" teriak Jungkook di dalam bilik. Aku naik semula ke tingkat atas untuk memastikan barangan peribadiku di dalam tandas tidak terusik.
Daun pintu aku kuak sedikit. Terlihat kelibat tubuhnya yang bertelanjang dada sedang memeriksa otot-ototnya.
"Nak masuk ke tak? Kalau tak masuk, nanti dia curi tilik barang aku. Kalau masuk, dia kata aku nak ambil kesempatan"
"Kalau nak masuk tu, masuk sajalah. Tak payah mengintai. Bukannya puas kalau tengok dari jauh" panas punggung aku dibuatnya. Dengan muka yang ditebalkan, aku melangkah masuk ke dalam bilik.
"Saya cuma nak bagitahu-- Kenapa guna tuala saya ni? Saya tak suka berkongsilah. Ish, buka cepat!" tuala yang membaluti pinggangnya itu cuba aku tarik namun ditepis.
"Saya lupa nak keluarkan tuala dari bilik air semalam. Bagilah saya pinjam sekejap. Huh, kedekut! Nak sangat? Nah, ambik" dia berjalan menuju ke arahku. Badanku dikunci dengan tangan sasanya pada dinding bilik.
"Awak ingat saya akan-- Argh! Janganlah buka!" aku menunduk sambil memejam mataku rapat. Tangan juga aku gunakan untuk menekup mukaku yang sedang galak membahang. Aku berlari keluar dari bilik serta-merta setelah bahang tubuhnya menjauh dariku. Dekahan tawanya dapat aku dengar dari koridor.
"Tak guna kau! Suatu hari nanti aku akan kenakan kau balik! Tunggulah!"
S
K
I
P
"Kamu berdua tak merancang nak berbulan madu ke? Kook, cubalah bawa isteri kamu ni keluar sekali sekala. Kalau tak nak ke luar negara, dekat Seoul pun banyak tempat menarik. Janganlah pentingkan kerja tu sangat" eomma memecah kesunyian dengan soalan yang agak menakutkan bagiku. Kerepek kentang yang berada di atas meja disuapkan ke dalam mulutnya.
"Kook sibuk. Lagipun Hara ada peperiksaan penting tahun ni. Kook nak dia fokus betul-betul"
"Kalau itu kata kamu, terserahlah. Orang tua-tua kata, dekat rumah pun boleh berbulan madu asalkan ada katil. Lagi satu, dalam ketuhar dah ada roti ke belum?" eomma tersenyum sumbing begitu juga dengan Jungkook.
"Adunannya dah lama siap. Acuannya tak siap lagi. Lambat lagilah nak dapat hasil" apa ni? Korang sembang apa ni? Aku tak faham!?!?
"Err, abang ada buat roti ke?" mukanya sedikit terperanjat apabila perkataan 'abang' keluar dari mulutku. Namun, dia kembali tenang setelah memahami bahawa eommanya ada di situ.
Mereka berdua saling berpandangan. Riak wajah mereka jelas menunjukkan bahawa mereka redha dengan IQ aku yang tak tinggi. Dah aku tak faham, nak buat macam mana? Aku meminta izin untuk keluar bersama skuad aku ke pusat hiburan di pusat kota.
Nasib baik eomma menyebelahiku. Kalau ikutkan Jungkook, memang pangkah besar-besaran akan diberinya.
®©
Jungkook memerhati gerak-geri ibunya yang sedang mengemaskini profil di media sosial miliknya. Rasa ingin tahu membuak dalam dirinya.
"Eomma nak tanya sikit boleh? Perempuan kalau datang bulan memang berubah 360 darjah ke?"
"Lain macam mana maksud kamu? Tumbuh mata lagi satu?" sikap tidak serius Pn. Jeon itu sedikit sebanyak membuatkan hati Jungkook sebal.
"Bukan macam tu. Maksud Kook, Hara jadi manja. Manja yang manjalah. Faham tak macam mana?" Pn. Jeon meletakkan komputer riba miliknya di atas meja kopi di hadapannya.
"Perempuan kalau asyik nak berkepit dengan kamu tu, maknanya dia sayangkan kamu. Kalau dalam keadaan biasa, perempuan akan pura-pura kasar dan tak ambil peduli tentang keadaan sekeliling. Tapi, kalau datang bulan, hormon dan emosi tak stabil. Masa tulah dia nak bermanja dengan orang yang dia sayang. Hormon perempuan datang bulan hampir sama dengan hormon wanita mengandung" tekun Jungkook mendengar penerangan dari Pn. Jeon sehingga ternganga mulutnya.
"Masa nilah kamu nak tunjuk sikap ambil berat dan penyayang. Masa ni, kamu akan rasa yang dialah manusia paling squishy dalam dunia" Jungkook hanya mampu meng'oh'kan saja.
Telefon yang bergetar di dalam saku seluar menandakan ada pesanan yang masuk.
Tuan Pengetua
Ahad ini sekolah kita akan menerima seorang guru sandaran dari Ilsan. Jadi, @JungkookieJeon @Hoseok hyung dan @Yoongi hyung yang akan jemput beliau dari lapangan terbang.
Hoseok hyung
Baik, bossku 😉
Yoongi hyung
👌
Ok, noted 👌
"Perlu ke nak bagitahu dalam Telegram sekolah. Bagitahulah secara personal" omel Jungkook seorang diri. Laman Instagram sekolah disemak. Satu gambar yang dimuat naik oleh pihak sekolah telah menarik perhatiannya.
💟 liked by yoonglez.min and 37,960 others
starlite.high Can't wait to have you in our school, Miss Hwayoung Park @hwypark_jn
view 9692 comments
Nama yang tertera pada caption itu membuatkan dia tertanya-tanya.
"Hwayoung Park? Takkanlah dia, tak mungkinlah" tangan gatalnya mengetik username pemilik akaun yang disebut di dalam caption.
💟 liked by kingseokjin and 36291676 others
hwypark_jn Taking some break before starting my duty in @starlite.high
view 9658312 comments
Jungkook terkedu seketika. Benar sekali jangkaannya. Perempuan yang hilang dari hidupnya selama 13 tahun kini muncul kembali. Tanpa dia sedar, dia telah tertekan butang follow tanpa sengaja.
(Someone's POV)
Aku memeriksa akaun Instagram milikku untuk meneroka sesuatu yang baharu. Dentingan notifikasi menandakan ada pengikut baharu sedang mengikuti akaun ini. Hatiku tergerak untuk memeriksa akaun tersebut.
@jeonggukjeon97 is following you
Berdegup kencang hati ini semasa melihat nama pengguna itu. Aku memeriksa laman utama akaun tersebut. Ya, ternyata benar. Dia jejaka idaman yang pernah terlepas dari jerat aku 13 tahun lepas.
"Jeon Jungkook~ Jeon Jungkook~ Betul kata orang. Kalau jodoh tak ke mana. Takdir aku sedang berjalan, Kook. Takdir kita sedang menunggu. Kau bukan milik sesiapa kecuali aku. Aku akan dapatkan kau sama ada hidup atau mati"
💟 liked by SeolhaJeon and 196388 others
jeonggukjeon97 Akhirnya selesai sesi fotografi untuk @JED.Couture
cc : @PJim's__
view 69838 comments
Skrin telefon yang terpapar wajah Jungkook itu aku kucup sepuasnya. Kita akan bertemu, Jungkook Jeon. Pasti!
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro