Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣22

"Saya naik atas dulu, nak rehat" aku mula mengatur langkah ke bilik tidurku setelah pulang dari rumah keluarga Kim. Seluruh badanku terasa seperti ditumpang oleh makhluk lain dek kepenatan yang teramat sangat.

Aku melonggarkan ikatan rambutku sebelum merebahkan tubuhku di atas tilam bersaiz king itu. Terasa seperti segala bebanan di bahu terlepas seketika.





(Jungkook POV)

Aku merehatkan diri di atas sofa yang terletak di hadapan katilku. Beg bimbit yang terletak elok di dalam laci aku capai. Diari hitam milik Hara yang aku ambil dari bilik lamanya tempoh hari aku selak satu persatu. Langsung tiada catatan menarik. Hanya ada cerita yang biasa kanak-kanak perempuan catatkan. Jatuh cinta dengan pelajar senior, crush senyum dekat dia dan bergaduh dengan rakan baik sendiri sebab teman lelaki. Menyampah aku baca.

Sehelai muka surat yang terlipat kemas di tengah-tengah diari itu menangkap perhatianku. Lipatan itu aku buka dan imbas buat kali pertama. Gambar seorang budak perempuan dan dua orang abangnya. Gambar itu aku pusingkan. Terdapat sedikit catatan di hujungnya.

Photograph taken by : Seokjin Kim
From left : Namjoon Kim, Hara Kim, Taehyung Kim

"Takkan mereka berempat saja? Mana eomma dan appa mereka? Takkanlah sejak mereka kecil lagi kedua orang tua mereka sudah sibuk bekerja?" aku meletakkan gambar itu di poket hadapan diari. Catatan yang agak panjang itu aku teliti baris demi baris.




25/1/2014

Hari ini, hari yang amat menggembirakan untukku. Hari ulang tahun kelahiranku sendiri yang ke-15. Malangnya, ulangtahunku pada kali ini masih suram seperti tahun-tahun sebelumnya.

Yalah, tiada apa-apa yang istimewa pada tarikh lahirku.  Lainlah macam abang-abangku yang lain. Kelahiran mereka ibarat hadiah teristimewa untuk eomma. Sudah tentu eomma ingat tarikh tersebut kerana mereka dilahirkan semasa peristiwa penting.

Jin lahir semasa hari ulangtahun perkahwinan eomma dan appa yang kedua. Hari ulangtahun perkahwinan sudah tentu tidak akan dilupakan.

Namjoon lahir semasa hari jadi eomma. Untunglah dapat raikan hari jadi sama-sama.

Taehyung lahir betul-betul di ambang tahun baru. Masa tu, eomma dan appa sedang bercuti sempena perayaan Krismas dan tahun baru.

Aku? Tiada apa-apa yang menarik untuk diingati. Aku selalu mendengar rakan-rakanku bercerita tentang sambutan hari jadi mereka di Menara Namsan bersama ibu bapa masing-masing. Kalau nak pergi Menara Namsan bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Tapi, kalau bersama eomma dan appa. Mustahil, mungkin?





Catatan itu terhenti setakat itu sahaja. Catatan ini belum cukup kukuh untuk Hara jauhkan diri dari eomma dan appanya.

"Aku kena cari lagi" muka surat seterusnya aku selak. Catatan tadi merupakan catatan terakhir. Muka surat seterusnya hinggalah helaian terakhir kosong tanpa sebarang coretan. Diari itu aku lempar ke bawah.

"Aku tak habis fikirlah. Kenapa dia selalu rasa yang diri dia anak angkat? Ada rahsia apa dalam keluarga ni yang aku tak tahu?" tangan kananku naik ke pelipis dan mula mengurut lembut bahagian itu.

Aku bangun untuk menghirup udara segar dari balkoni. Langkahku terhenti apabila terpijak sekeping sampul surat yang terletak tidak jauh dari diari itu.

"Mana datangnya kertas ni" mungkin datang dari diari semasa aku melemparnya ke bawah. Sampul surat itu aku buka. Sehelai kertas bercop rasmi Hospital Pakar Seoul IV itu aku buka. 25 Januari 2014. Tarikh yang sama dengan catatan yang aku baca tadi. Surat itu ialah rekod rawatan Hara pada hari kejadian.

"Kecederaan parah pada rahang. Dua gigi geraham dicabut. Pemakaian arch bar dan splinting selama dua bulan" jadi, pada hari yang sama, Hara ditimpa kemalangan parah. Diari itu aku ambil semula. Pasti ada catatan bahagian kedua.

Ternyata benar sangkaanku. Masih ada sehelai muka surat yang dilindungi oleh kertas lain.






Pada hari lahir aku ke-15, aku ditimpa kemalangan kerana kecuaian eomma dan appaku. Semasa dalam perjalanan, mereka bertengkar di dalam kereta. Semuanya kerana perniagaan mereka yang sedang dilanda krisis. Akibatnya, appa hilang kawalan dan bahagian kiri tempat duduk penumpang belakang dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda. Ketika itu, mereka ingin menghantar aku ke rumah nenek kerana tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk menjagaku.





Bahagian selebihnya aku abaikan kerana aku sudah pasti tentang perkara itu. Tidak hairanlah kenapa hubungan Hara dan ibu bapanya serenggang itu.

"Argh, lepaskan aku! Tak gunalah kau ni, jantan tak guna! Lepaslah!" jeritan dari bilik tidur Hara mengejutkanku. Dengan kadar segera, aku berlari mendapatkan sosok tubuh genit itu di dalam biliknya.

"Sayang! Bangunlah, hei!" pipinya aku tepuk perlahan. Hara mendakap erat tubuhku dengan esakan yang masih bersisa.

"T-tadi, diorang datang balik. D-diorang cuba untuk lakukan perkara keji pada saya" belakang badannya aku usap perlahan. Airmata dan peluh yang merenik di dahinya aku tepis menggunakan belakang tangan.

"Diorang takkan apa-apakan kesayangan saya selagi saya ada di sini. Sekarang awak sambung tidur balik, ya?"

"Kalau diorang datang balik macam mana? Awak temanlah saya dekat sini" lenganku disentuhnya lembut bertemankan wajah merayunya.

"Yalah, saya teman awak dekat sini. Tapi, jangan berdengkur tahu" Hara mengangguk dan meletakkan sebuah bantal di atas ribaku.

"Ambillah. Awak kena tidur dengan selesa. Esok nak mengajar, kan?" aku mengangguk lantas menempatkan bantal itu di bawah kepalaku. Tangan mulusnya melingkar di atas perutku.

"Pinjam dada kejap" dia merehatkan kepalanya di atas dadaku sambil tangannya memeluk erat pinggangku. Cahaya rembulan yang menembusi langsir bilik membuatkan aku terpukau dengan kecantikannya.

🔮🔮🔮

Aku terjaga apabila penggeraku berbunyi nyaring di tepi bantal. Jam digital pada layar telefon aku renung.

Jam 05:55

Aku mengalihkan tangan Hara yang masih melingkar pada pinggangku. Namun, dakapannya dieratkan.

"ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ʜᴀʀᴀ" gumamnya dengan mata yang masih terpejam. Ubun-ubunnya aku kucup sekilas.

"Saya tak pergi mana-mana pun. Duduk sini sekejap, ya?" selimut yang menutupi separuh badanku itu aku alihkan.

Misi memberi kasih sayang dan perhatian untuk isteri kecilku bermula sekarang!

Aku masuk ke bahagian dapur rumahku. Dapur kami masih bersih dan rapi macam mula-mula masuk dulu. Sebuah kuali leper dan sudip kayu aku capai dari laci.

"Aku nak masak apa, ya? Nasi goreng kimchi sajalah" sebalang kimchi yang eommaku hantar dikeluarkan dari peti sejuk. Nasi yang aku beli semalam pun masih elok di dalam ketuhar gelombang mikro. Aku pun memulakan proses memasak.

(End POV)

S

K

I

P

Aku terjaga daripada tidur nyenyakku kerana berasa sedikit tidak selesa dan melekit. Aku melorotkan selimut yang menutupi tubuhku. Membulat mataku melihat ada tompokan cecair pada cadar katil.

"Omo! Omo! Omo! Macam mana ni? Aish! Sekarang juga kau nak cari pasal. Kenapa tak dari tengah hari kelmarin hah?" daun pintu bilikku dikuak dari luar.

"Kenapa ni Hara?" aku mengusap belakang leherku dengan tapak tangan. Malunya cuma aku dan Tuhan sahaja yang tahu.

"Emm, saya terbabas" aku menunjukkan tompokan darah di atas cadar katil. Jungkook mengangguk sambil tersenyum nipis. Tangannya ligat melonggarkan getah cadar daripada katil.

"Eh, tak payahlah buat. Seganlah saya kalau macam ni" aku menunduk memandang tangannya.

"Tak apalah. Apa yang nak dimalukan dengan suami sendiri? Awak pergilah mandi dulu lepas tu turun sarapan. Cadar ni biar saya yang rendam" aku mengangguk lalu beredar ke bilik mandi. Hampir menangis aku dibuatnya kerana terharu dengan sikap matang Jungkook.


'Perlu ke aku bagi dia peluang?'
























{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍










































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro