💣20
"Eh, apa ni?! Lepaslah! Sakitlah, janganlah macam ni" aku meronta minta dilepaskan. Sudahlah badanku tersandar pada tubuhnya. Aku langsung tidak dapat melihat mukanya. Tangannya kini menekup mulut serta hidungku. Kalau ikutkan bau, ini tangan Jungkook.
Aku sedaya upaya memusingkan badanku. Sangkaanku tepat. Memang Jungkook yang akan buat kerja macam orang tidak berotak.
"Tangan tu dahlah berbau. Ada hati nak tekup mulut orang" aku menyapu mulutku menggunakan tapak tangan.
"Oops, maaf. Awak ni nampak tenang saja. Memang awak ni jenis tak ada perasaan. Atau awak ni tak tahu malu" membulat mataku mendengar tohmahan yang dia lemparkan ke atas diriku.
"Apa maksud awak ni? Awak baru kenal saya, jadi jangan nak buat apa-apa kesimpulan pasal diri saya" jari telunjukku aku halakan ke arahnya.
"Habis tu, tak rasa apa-apa ke bila nampak benda ni?" skrin telefon pintarnya dihalakan ke arahku. Jelas terpampang video aku dan Jimin sedang melakukan amali bantuan pernafasan sebentar tadi. Sah, ini kerja skuad Hyeji.
"Video ni dah tersebar meluas. Sampai dah masuk ke laman Telegram sekolah. Sir Park dah jelaskan kepada semua guru. Dia kata ini hanya bantuan pernafasan. Tapi, apa perasaan saya? Apa ni Hara Jeon?! Awak dah berkahwin dan tolong sedar dengan status awak. Awak bukan lagi bujang yang boleh berasmara dengan mana-mana lelaki" ujar Jungkook sambil anak matanya mencerlung ke arahku.
"Sir Park dah jelaskan, betul tak? Jadi, kenapa masih nak tanya? Sudah terang-terangan kami tak lakukan perkara yang salah. Itu cuma amali yang berguna untuk masa depan" aku melarikan pandanganku ke arah lain. Jantungku seperti hendak meloncat keluar dari badan apabila dia tidak putus-putus merenungku.
"Berguna di masa hadapan? Saya pun nak bagi sesuatu yang berguna di masa hadapan. Bibir ni kan yang Sir Park awak tu sentuh" ibu jarinya dilarikan pada bibir bawahku. Lembut dan penuh sensual. Tatapan matanya turut berubah kelam dan mendalam.
"A-apa ni? L-lepaslah" belakang leherku ditopang dengan tapak tangannya. Aku cuba mengalihkan wajahku namun gagal. Bibirnya dibenamkan secara kasar di atas bibirku. Semakin lama, semakin dalam ciuman itu sehingga aku loya.
Dada bidangnya aku tumbuk apabila dadaku terasa sesak kerana himpitannya. Airmataku mula jatuh apabila oksigen untuk aku hirup sudah tidak mencukupi. Dengan kudrat yang masih bersisa, aku menolak kepalanya hingga ciuman berbisa itu terputus.
Aku segera membuka pintu dan melarikan diri dari manusia puaka itu.
S
K
I
P
"Woi, siapa suruh padam?! Aku tak habis tulis lagi!" jerit Hana. Pen ditangannya dihempas ke meja.
"Siapa suruh kau lembap sangat Cik Kura-kura? Pandai-pandailah kau pinjam buku kawan kau" Daehwi memadam tulisan pada papan putih itu dengan lenggang-lenggok mautnya. Aku masuk melalui pintu belakang kelas. Untunglah sekarang ni tiada mana guru di dalam kelas.
"Kau kenapa, Hara? Muka kau merah ni?" soal Sunny. Rambutku yang agak serabai itu aku betulkan sedikit.
"Tak ada apalah. Aku lari dari tandas tadi. Takut terserempak dengan guru disiplin" bukan sekadar terserempak, dia telah mencabul kehormatan bibirku.
"Ouh, baiklah kalau macam tu. 10 minit lagi dah rehat. Kita keluar awal nak tak?" Nara tersengih jahat. Begitu juga dengan rakanku yang lain.
"Korang pergilah dulu. Aku ada perkara yang perlu aku selesaikan" mereka mengangguk dan meninggalkan aku di dalam kelas sendirian. Kelas kami sememangnya terkenal dengan perangai nakal. Tapi, mereka cuma tak patuh masa rehat sahaja. Yang lain, semuanya baik-baik saja kecuali aku.
Aku duduk di tempatku. Baru pukul 10 pagi. Mesti Jungkook ada di kantin sekarang ni. Jadual milik Jungkook yang berada di dalam galeri aku tekan. Lambat lagi dia nak masuk kelas. Hari ni, dia ada kelas pukul 10.15 pagi. Ish, terpaksalah aku berlapar dulu.
"Woi, sotong! Tak keluar rehat lagi ke?"
"Dah keluar tadi tapi aku masuk balik. Suho sunbaenim nak jumpa kau dekat blok tepi taman" oh, Suho. Dia kawan mendiang Chanyeol. Aku kenal dia pun sebab Chanyeol yang selalu bawa aku melepak bersama mereka. Tapi, tak boleh ke jumpa dekat kafeteria je? Kenapa nak jumpa dekat sana.
Aku mula mengatur langkah. Mungkin dia ingin berjumpa sekejap saja. Sementara tu, sempatlah Jungkook masuk kelas. Tak adalah aku terserempak dengan dia.
®©
"Sunbae! Suho sunbae! Sunbae dekat mana?" mana orangnya? Sunyi saja blok ini. Meremang pula bulu romaku dibuatnya.
"Hara! Sini kejap" aku berjalan pantas ke arah Suho sunbaenim. Apalah yang dia nak bincangkan sampai tak boleh bincang dalam WhatsApp saja? Aku lihat Jongdae sunbae dan Baekhyun sunbae juga berada di belakangnya.
"Korang berdua heret dia masuk dalam" serta-merta lenganku dikunci. Mulutku turut ditekup bagi mengelakkan aku menjerit.
(Author POV)
Baekhyun dan Jongdae mengheret tubuh Hara ke dalam bilik rawatan usang itu. Jongdae mengilas tangan Hara ke belakang sebelum Baekhyun melepaskannya. Baekhyun menapak ke arah pintu lalu menguncinya.
"Apa korang nak hah? Apa semua ni sunbae?" Hara mengaduh apabila kilasan Jongdae menyakitinya. Kelihatan kelibat Minseok sedang menghisap rokok elektronik di atas meja di dalam bilik rawatan itu.
"Kau tanya aku apa semua ni? Sepatutnya aku tanya kau, apa yang kau dah buat pada mendiang Chanyeol?!" jerkah Minseok sehingga bahu Hara terhincut. Perkataan 'mendiang' itu sengaja ditekankan olehnya. Rokok elektroniknya dilemparkan dan hampir mengenai kepala Hara.
"A-apa yang saya dah buat pada mendiang Chanyeol. Saya tak faham"
"Kau lupa ke apa nama penuh Chanyeol? Nama penuh dia Chanyeol Park. Jadi, apa kaitannya dengan aku? Nama aku Minseok Park!" kerusi yang berada berhampiran dengannya dicapai lalu dibanting ke dinding. Mujur sahaja Hara sempat mengelak sebelum kepalanya berkecai.
Airmata Hara jatuh satu per satu. Jantungnya berdegup pantas. Tangannya turut menggigil kerana ketakutan melampau.
"Kau nak tahu tak apa yang jadi masa malam tu? Dia ada luahkan perasaan pada kau kan? Kenapa kau tolak?! Kenapa kau tak iyakan saja permintaan dia?! Kenapa kau lukakan perasaan adik aku?" rambut Hara dicengkam erat. Hara sedaya upaya menampar lengan sasa Minseok agar dilepaskan.
"Sunbae nak tengok ke dia bahagia atas kepura-puraan? Sunbae nak dia dipermainkan macam orang bodoh? Sunbae nak ke kalau satu hari nanti dia tahu yang saya tak cintakan dia tapi cuma ingin menjaga hatinya? Soal hati dan perasaan bukannya mainan dan tak boleh dipaksa" tamparan berbisa hinggap di pipi kanan Hara.
Minseok menolak bahagian dalam pipinya menggunakan lidah. Senyum sinis terukir di wajahnya.
"Kau ni memang degil kan, perempuan? Tapi, aku tak dapat apa-apa kalau aku bunuh kau. Lebih baik--" jemari runcingnya dilarikan di sekitar wajah Hara. Pipi Hara dibelai secara paksa.
"--aku rasa kau dulu" ketawa jahatnya meletus. Bibir bawahnya dijilat kasar.
"Baek, Jongdae! Heret katil tu ke sini"
"Sunbae! Jangan buat kerja gila. Tolonglah saya merayu!"
"Ada sesiapa ke dekat dalam?! Buka pintu ni sebelum saya pecahkan!" jerkah seseorang dari luar.
"Jungkook! Tolong saya-- mmmmmphh" Minseok menyumbat sapu tangannya ke dalam mulut Hara.
"Saya kira sampai 3! Kalau kamu tak buka, saya akan pecahkan pintu ni! Saya tahu kamu ada dekat dalam!" Baekhyun dan Jongdae memandang ke arah Minseok.
Ni-semua-kau-punya-pasal!
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro