💣18
Jungkook memarkir Kia Telluride S90 miliknya di garaj kereta rumah agam keluarga Kim atau lebih tepat lagi, rumah keluarga aku. Aku segera turun dari kenderaan utiliti sukan itu setelah brek tangan ditarik.
Aku menjenguk kolam ikan di tepi rumahku. Rindu dengan ikan-ikan koi aku. Dah gemuk semuanya. Nasib baik Seokjin bagi diorang makan. Kalau Namjoon, mati mereputlah anak-anakku ini.
"Ada orang tak dekat rumah?" Seokjin yang masih berapron menjenguk dari dapur. Siapkan juadah minum petang agaknya. Aku ada memberitahu Namjoon sebelum datang ke sini. Tapi, dia tu mulut tempayan. Belum apa-apa lagi, semua berita dah tersebar. Dasar mulut bontot ayam.
Aku melihat kelibat Namjoon yang berlari anak menuruni tangga. Tiba-tiba, dia berhenti di tangga terakhir dan menilik aku dari atas hingga bawah. Matanya dibulatkan, mulutnya ternganga sedikit.
Aku agak terkejut dengan reaksinya yang begitu tercengang melihatku. Aku membelek setiap inci baju dan seluarku. Mungkin ada sesuatu yang pelik atau hodoh. Tapi, semuanya biasa saja pada pandangan aku.
"Hara, kau ke tu?" Namjoon mendekatiku dan mencuit pipiku kecil. Jungkook yang berada di muka pintu hanya tersengih melihat gelagat aneh Namjoon.
"Wah! Kau cantiklah kalau rambut warna hitam" ah, itu saja sebabnya? Aku tersenyum nipis sebelum menumbuk bahunya perlahan.
"Terima kasih. Walau pun aku tahu kau tak ikhlas puji. Awak! Jom pergi meja makan" aku memanggil Jungkook yang baru saja melabuhkan punggung di atas sofa. Tawa Namjoon meletus sehingga air matanya berkumpul di tubir mata kerana ketawa terbahak-bahak. Aku dan Jungkook hanya mampu melihat kelakuannya.
"Ya Tuhan, kau ni! Tak sweet langsung tahu tak? Orang yang bercinta pun ada panggilan manis untuk pasangan masing-masing. 'Awak-saya' ni untuk pelajar sekolah saja, tahu?" aku mengunci lehernya dengan lengan sadoku.
"Kau jangan nak menganjing dekat si-- Aduh! Aduh! Sakit! Ampun!" Jungkook memulas telingaku. Telinga kananku terasa berdenyut ketika ini.
"Awak ni kenapa?! Sakitlah!" aku menghentakkan kaki ke atas lantai marmar asli di ruang tamu. Boleh tahan bisa juga tangan lelaki ini.
"Kenapa telinga kau merah Hara?" tegur Seokjin sambil menatang sebuah dulang berisi milo dan biskut cip coklat.
"Ada bab-- Huwargh! Okey, okey tak cakap dah" aku menutup kedua-dua belah telingaku dengan tapak tangan apabila tangan Jungkook mendekati telingaku untuk kesekian kalinya. Siapa tak takut kalau nak kena pulas telinga?
"Padanlah dengan muka kau. Mulut tu asyik mencarut saja. Segala jenis binatang sekebun nak disebutnya. Kau piat saja telinga dia, Kook. Biar sedar sikit budak ni. Kalau aku, memang aku goreng terus budak ni" dengan selamba badaknya dia menghirup milo hasil tangannya.
"Korang berdua datang kenapa? Kalau tak ada hal, memang sampai tahun depan pun tak nampak batang hidung"
"Hara nak ambil uniform sekolah dengan barang dia sikit katanya, Joon hyung. Kook temankanlah. Hara, jom ambil barang awak" Jungkook yang sudah berdiri dengan bersemangat itu aku tahan.
"Awak duduk sini. Jangan ikut"
"Alah, kau ni. Dengan suami sendiri pun nak malu. Cis, mengada! Ikut saja dia, Kook. Entah-entah dia nak ambil CD pornografi" aku mengendahkan bicara Seokjin dan melangkah ke bilikku. Jungkook melabuhkan bontot comelnya ke atas katilku.
Dua pasang uniform lengkap aku capai dan masukkan ke dalam beg galas yang aku ambil dari almari Taehyung. Tidak lupa juga beberapa helai jaket berhud, seluar pendek dan alatan kelengkapan diri yang lain.
(Jungkook POV)
Aku memerhati gerak-gerinya yang sibuk menyelongkar kesemua laci dan almari. Sekali-sekala, aku mencuri pandang segenap ruangan biliknya. Dek kebosanan, aku melangkah ke meja solek berhampiran pintu. Meja tersebut penuh dengan lip tint, kanta lekap pelbagai warna dan perhiasan. Malangnya, aku belum pernah melihat barangan ini diperagakan oleh Hara.
Tanganku yang tidak tahu diam ini menarik sebuah laci yang agak tersembunyi di bawah meja solek. Sebuah buku seperti diari yang berwarna hitam aku capai. Nama Hara yang tertera di bucu halaman pertama meyakinkanku bahawa buku ini miliknya.
"Jom! Saya dah siap" aku segera menyembunyikan diari itu di belakangku. Kata-katanya hanya aku balas dengan anggukan kecil. Diari itu aku masukkan ke dalam bajuku lalu berjalan dengan selamba ke ruang tamu seperti tiada apa yang disembunyikan.
"Seokjin. Aku nak ambil motosikal aku boleh tak? Nanti tak adalah Jungkook kena ulang alik ambil aku. Aku nak--"
"Tak payah. Aku tak percayakan kau. Nanti kau merayau tak ingat dunia kalau kau bawa motosikal kau balik"
"Tak apalah, hyung. Kasihan dia asyik terperuk dekat rumah saja. Lagipun Kook memang sibuk kebelakangan ni. Kalau dia ada motosikal sendiri, tak adalah dia bosan seorang diri dekat rumah"
"Ha, dengar tu! Suami aku bagi. Bagi kunci motosikal aku" Seokjin hyung menghulurkan kunci yang sentiasa disimpannya di dalam saku seluar.
"Pastikan dia tak melanggar peraturan jalan raya. Kalau dia keluar dari rumah, pastikan dia balik rumah sebelum pukul 10 malam. Kalau dia buat perangai, Kook ambil saja kunci motosikal dia. Biar insaf sikit" aku tergelak kecil lalu mengangguk dengan pesanan penaja dari Seokjin hyung. Aku meminta izin dari dua orang abang iparku sebelum beredar dari rumah itu.
Aku hulurkan sebuah topi keledar kepada Hara. Menurut Seokjin hyung, topi keledar ni sememangnya kepunyaan Hara tetapi gadis ini tidak pernah menggunakannya. Sebagai suami, Seokjin hyung menyuruhku untuk bertegas dengan Hara.
Dia tahu, Hara akan mendengar nasihatku. Apatah lagi, dia telah menganggap diriku sebagai gurunya. Tapi tak tahulah sama ada formula itu masih berkesan atau tidak pada budak pendek ni.
Lambat-lambat dia menyambut huluranku. Topi keledar itu disarungkan ke kepalanya. Terpapar muka cemberutnya kerana ketidakselesaan. Kalau aku naik motosikal pun, aku tak pakai. Sayang kepala isteri punya pasal, aku kena paksa dia pakai.
Kami memulakan perjalanan. Aku mengarahkan Hara untuk mengikutiku perlahan-lahan dari belakang. Dia pun tidak mengingati sepenuhnya jalan untuk ke rumah kami. Aku berhenti di lampu isyarat pertama. Tetapi, Hara memecut laju dan melanggar lampu isyarat merah. Sekelip mata sahaja, kelibat Hara hilang dari pandangan.
Ya Tuhan, jantung aku berdegup sangat laju hingga dadaku terasa seperti dihimpit. Tanganku juga berpeluh. Itulah kebiasaan kalau aku terlalu runsing atau risau. Setelah lampu merah bertukar hijau, aku meneruskan perjalanan.
Setibanya di rumah, Hara sudah pun sampai. Sempat dia membelek telefon pintarnya. Kedua-dua kad akses ada padaku. Jadi, terpaksalah dia duduk di atas kerusi batu yang terletak di hadapan unit kondominium mewah kami. Sebaik aku membuka pintu rumah, Hara masuk dan menghempaskan punggungnya ke atas sofa di ruang tamu.
"Bagi kunci motosikal awak pada saya" Hara lantas mengangkat wajahnya memandangku. Keningnya bercantum rapat.
"Eh, kenapa pula. Tadi awak cakap saya boleh ambil motosikal dan pergi mana-mana kalau bosan. Jadi, kunci motosikal ni sayalah simpan" Hara berdegil dan berkeras untuk tidak memberikan kunci tersebut padaku.
"Saya ubah fikiran selepas tengok dengan mata kepala saya sendiri. Kalau awak tunggang motosikal selaju tu, jangan harap awak dapat sentuh lagi motosikal awak"
"Bertenanglah, saya baik-baik saja"
"Boleh tak sekali ni saja awak dengar cakap saya"
"Tak nak dengar" Hara tetap berkeras dengan keputusannya. Kunci motosikal itu digenggamnya erat.
"Aku buat macam ni sebab aku sayang kaulah!" kami berdua terkaku. Aku sudah meluahkan apa yang aku rasa ke tadi? Hara memandangku dengan tatapan tidak percaya.
Sama ada tentang....
Luahan aku tadi,
Atau tengkingan aku terhadapnya.
Hara menghentakkan kunci motosikalnya ke dadaku sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Aish, adakah aku terlalu berkasar dengannya?
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro