Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣17

Aku mengelap rambutku setelah keluar dari bilik air. Seharian bermain dengan Jungkook, penat satu badan aku dibuatnya. Baru sekarang berkesempatan untuk mandi dan segarkan semula tubuhku.

Entah syaitan apa yang merasuki tubuhnya petang tadi. Dari jongkat-jongket, papan gelongsor sampailah buaian, semuanya dia main. Aku menyisir rambutku yang masih basah. Daun pintu bilikku terkuak dari luar. Kelibat Jungkook kelihatan di muka pintu.

Aku melihat kelibat Jungkook yang masuk ke dalam bilikku sambil membawa satu botol hitam, sikat, berus pewarna rambut dan mangkuk plastik.

"Sayang dah mandi?" aku mengangguk kecil. Mujurlah jubah mandi sudah tersarung elok pada tubuhku. Jika tidak, sudah tentu dia mendapat tayangan perdana secara percuma. Aku mencapai botol hitam tersebut lalu meneliti labelnya.

Black Hair Dye.

Aku mengangkat kepala dan menjenguk rambut Jungkook.

"Rambut awak dah hitam kan? Buat apa nak hitamkan rambut lagi? Atau pun awak ada uban?" dia hanya mendiamkan diri sambil tangannya ligat memicit botol itu. Sedikit perapi dicampurkan dengan pewarna rambut itu di dalam sebuah mangkuk plastik.

"Awak nak buat dalam bilik saya ke? Jangan kotorkan cadar dan tilam saya. Kalau tak, saya botakkan kepala awak. Dah malam ni awak~ Kenapa nak buat dalam bilik saya~~!" kataku dengan nada manja. Sesekali terasa geli-geleman apabila bercakap dengan nada sebegitu.

"Saja, nak suruh awak teman" seperti yang dijangkakan, ada roh gedik telah merasuk mindanya.

"Lagipun, ni bukan untuk saya. Ni untuk---"

"--sayang!" belum sempat aku melarikan diri, rambut ungu lilac milikku digenggam oleh Jungkook.

"Awak, saya tak naklah! Janganlah macam ni" dia menghiraukan permintaanku dan terus mengadun pewarna rambut tersebut dengan sebelah lagi tangannya.

Berus dicapai lalu campuran itu diratakan di seluruh bahagian rambutku. Aku cuba untuk meronta namun genggamannya semakin kuat.

"Janganlah bergerak. Saya cuba buat selembut yang boleh ni. Saya tak nak sakitkan awak. Kalau awak bagi kerjasama, prosesnya akan jadi lebih mudah" aku membatukan diri aku. Walaupun hatiku sudah banjir dengan tangisan, aku kuatkan hati. Tak apa, esok aku warnakan lagi. Aku nak buat warna cyan. Ah! Cantiknya.

"Jangan mengada-ada nak warnakan rambut lagi lepas ni. Kalau awak warnakan juga, saya akan ambil tindakan disiplin dekat sekolah" aku mencebikkan bibir. Tahu-tahu saja aku nak buat apa.

"Tak payahlah merajuk. Sayang saya nampak tak cantiklah. Saya akan tunggu dengan awak sampai 45 minit. Jangan basuh sekarang"

Setelah masa 45 minit berlalu, Jungkook mencuci rambutku. Jubah mandi yang baru sahaja aku beli sudah dikotori sisa pewarna rambut. Aku minta ganti rugi 10 kali ganda untuk jubah mandi putih aku ni.

🍨🍨🍨

Hari ini merupakan hari ketiga cuti persekolahanku. Kebosanan melanda diriku apabila berseorangan di rumah. Tak mungkin aku memberitahu Jungkook tentang rasa bosanku.

'Saya dah cetak latihan banyak-banyak untuk awak'

'Kalau sibuk, jomlah pergi gimnasium dengan saya'

Itulah ayat-ayat yang akan aku terima darinya. Aku membawa diri ke dapur untuk mencari makanan. Malangnya, hanya ada beberapa keping roti tawar dan teh yang Jungkook sediakan pagi tadi. Perutku yang sudah meragam itu aku usap perlahan.

Aku mencapai tepung naik sendiri, serbuk coklat, mentega dan beberapa peralatan serta bahan untuk menyediakan kek coklat mini. Bukan selalu Hara nak jadi rajin. Aiskrim vanila aku capai dari bahagian sejuk beku. Aku akan sediakan kek coklat aku seperti yang pernah aku tonton di saluran Youtube.

Baking adalah salah satu minatku. Dulu, aku dan Seokjinlah yang bertugas bagi menyediakan biskut untuk hari Krismas. Itulah kenangan manis aku semasa zaman kanak-kanakku. Kalau memasak, maaflah. Bendera putih aku angkat setinggi mungkin.

Aku mengambil mangkuk kaca yang berukuran sederhana besar dan mula mengadun bahan-bahan kering bersama susu segar sementara menunggu cip coklat dengan mentega mencair dalam ketuhar gelombang mikro.

"Eh, Hara. Kenapa hidupkan ketuhar ni? Kalau meletup macam mana?" baru saja Jungkook hendak menekan butang merah pada panel kawalan, aku mengetuk tangannya menggunakan senduk.

"Awak pergi main jauh-jauh. Shuh~ shuh~" halauku sambil menggaul kesemua bahan di dalam mangkuk.

"Tak nak. Saya nak duduk sini, tengok awak buat kerja. Nanti kalau meletup susah pula" dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di kitchen counter sambil menongkat dagu.

Sedang aku mengacau adunan kek coklat itu dengan kaedah folding, ketuhar gelombang mikro berdenting menandakan cip coklat dan mentega sudah cair.

"Jangan kacau adunan saya kalau tak nak kena penggal kepala"

Aku mengeluarkan kedua-dua mangkuk kecil tersebut dan di bawa ke kitchen counter. Yang anehnya, adunan kek aku sudah berubah posisi. Tiba-tiba saja ada lubang di tengah-tengah adunan membuatkan kepalaku berasap seketika.

Aku merenung wajah mulus Jungkook. Dia masih mengekalkan muka tak bersalahnya.

"Awak buat apa dengan adunan saya" dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku mengeluh dan mula memasukkan cairan mentega dan coklat ke dalam adunan. Harap-harapnya kek coklatku tak senget sebelah apabila siap dibakar nanti.

S

K

I

P


Aku memerhati setiap inci kek coklat itu. Jungkook renung kek, kek renung aku, aku renung Jungkook.

"Kenapa tak makan?" soalnya sambil membuka cawan kertas di sekeliling kek coklat mini itu.

"Awak rasakan, kek coklat ni ada rasa kek tak kalau dah runtuh sebelah ni?" aku menguis bahagian yang telah 'roboh' kerana adunan mendap. Semua ini angkara Jungkook. Adunan mendap di bahagian bawah menyebabkan kek ni tidak stabil. Segala kegigihan dan kerajinanku punah begitu saja.

"Kalau awak nak makan, awak makanlah. Tengok pun dah hilang selera"

Aku membawa semua peralatan membuat kek ke sinki dan mula mencuci kesemuanya. Jungkook datang dan berdiri di sebelahku. Kedua-dua jari telunjuknya ditemukan berkali-kali seperti kanak-kanak yang baru saja memecahkan pasu antik ibunya.

"Hara, saya minta maaf. Saya tak sengaja" aku mendiamkan diri. Api amarah dalam hati aku masih belum reda! Sudahlah aku bersusah payah berperang di dapur ni. Bukan sekejap tahu tak? Ikutkan hati mahu saja aku menghumban lelaki ini ke dalam trak sampah.

"Maaflah. Nanti saya beli yang baru" satu keluhan kecil terlepas dari bibirku.

"Yalah, saya maafkan. Petang nanti kita balik rumah saya sekejap. Saya nak ambil uniform sekolah" matanya bersinar-sinar apabila aku berbicara dengannya.

"Awak tak marahlah ni?"

"Awak nak saya marah ke?" segera dia menggeleng laju. Rambut kelapanya beralun seiring gelengan kepalanya. Alahai, comelnya.

"Petang ni kita pergi ya? Saya nak keluar sekejap. Jangan rindu tahu?" aku mengherotkan mulut sebagai balasan kepada usikannya. Sedikit sebanyak hatiku terasa hangat dengan layanannya. Adakah aku sudah jatuh cinta. Atau aku hanya rindukan layanan mesra yang sangat jarang aku peroleh jika bersama keluargaku sendiri?





































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍






















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro