Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣15

Aku mengheret bagasiku keluar dari but kereta. Sir Jungkook hanya memerhatiku dari belakang sambil bercekak pinggang.

"Cepatlah sikit. Saya nak ambil barang saya juga" gerutunya geram.

"Sabarlah! Tak nampak ke saya bersusah payah nak keluarkan beg ni. Dahlah tak tolong. Tolong tengok adalah" bagasi itu aku tarik keluar dari but kereta. Akhirnya! Kemudian, beg galas berwarna merah muda yang berada di tempat duduk belakang aku capai dan sandangkan di kepala bahu. Aku tinggalkan Sir Jungkook dan mula berjalan ke arah lif. Biar kau mereput seorang diri dekat bawah.

Setibanya aku di hadapan unit kondominium mewah bernombor 101, mataku menangkap kewujudan sebuah kotak seperti kiriman dari seseorang. Alamat pengirim aku tilik seketika.

'J. E. D Photography Studio'

Bukankah ini dari studio Halmeoni Jeon? Tak salah lagi. Aku membuka pintu kondominium tersebut menggunakan salinan kad akses yang sir berikan. Semua barang aku letakkan di ruang tamu sementara waktu. Aku lagi teruja untuk melihat isi kiriman itu berbanding bilik tidur baru aku.

Kotak itu aku usung dan letakkan di atas meja kaca di ruang tamu. Kelibat sir yang baru tiba aku abaikan. Sebuah album perkahwinan terselit di dalam timbunan bijirin foam.

Aku tak nafikan. Suntingannya memang cantik dan terbaik. Tapi, riak wajah aku dan sir kelihatan sangat kekok dan tersenyum paksa. Aku terasa sofa di bahagian kiriku sedikit tenggelam.

"Oh, album perkahwinan kita. Dah sampai rupanya. Cantik tak?" dia merampas album dari tanganku. Hanya senyuman manis tercalit di bibirnya.

"Hmm. Cantik juga sayang saya ni" aku sedikit tercengang mendengarkan perkataan itu terpacul dari belahan bibirnya.

"Tak payahlah buat muka Tarzan. Baru panggil sayang, belum panggil babygirl lagi" aku menampar pipiku perlahan bila imaginasi tak sepatutnya muncul di mindaku. Tak guna betul.

"Kita memang tak sepadan langsung kan? Kita tak sesuai berdua" tanganku meramas bantal gebu berbentuk Pikachu.

"Tak apalah. Kalau awak nakal dekat sekolah, dendanya saya bagi dekat rumah"

"Sir, kita ni macam langit dengan Marikh tahu tak? Saya murid bermasalah disiplin. Sir pula guru disiplin. Ianya satu kombinasi yang boleh membawa kebinasaan"

"Kalau awak bermasalah, tanggungjawab sayalah untuk betulkan awak. Betul tak apa yang saya cakap?"

"Suka hati sirlah. Cakap dengan sir bukan pernah menang pun. Baik saya masuk tidur" aku mula melangkah ke bilik tidurku. Mulai sekarang, aku dan dia sudah tidur berasingan untuk menghormati privasi masing-masing memandangkan kami masih belum menerima sepenuhnya perkahwinan ini. Apatah lagi untuk berhubung sebagai suami isteri. Itu jauh sekali.

Baru sahaja aku nak membaca komik, iPhone 8 Red milikku bergetar. Ada panggilan video dari Taehyung. Rasa gembiranya seperti mendapat panggilan dari kekasih hati. Tanpa berlengah aku menjawab panggilan itu. Mod pembesar suara aku hidupkan.




Woi, budak hingus! Sorry aku tak dapat datang majlis perkahwinan kau hari tu. Ni, aku nak tengok muka suami kau. Kalau dia buat apa-apa, boleh aku tumbuk biar berdarah hidung dia.

Kau ni! Aku nak sembang dengan kau. Kau pula sibuk nak tengok dia buat apa?


Alolo, merajuk pula dia. Ya, aku tahu kau rindu aku. Aku pun rindu dengan budak yang suka merajuk seorang ni. Cepatlah! Mana suami kau?


Aku membawa telefon pintar itu ke ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya  dan menghalakan skrin ke mukanya.

"Sir, ada orang nak cakap dengan sir"

"Siapa?" dia mengambil telefon dari genggaman aku. Aku dapat lihat Taehyung memasang muka ketatnya. Jungkook pula tersenyum kekok melihat wajah dingin Taehyung.



Ouh, aku lebih kacak. Aku Taehyung. Abang ketiga Kim Hara. Walaupun kau lagi tua dari aku, tapi aku ni abang ipar kau. Jadi, aku nak nasihat kau sikit. Kau sakitkan Hara, hidup kau tak selamat tahu?


Jungkook masih tersenyum dan mengangguk kecil.



Tae, tak payahlah nak gertak orang macam tu!

Ya, Kook faham wahai hyung tak cukup umur.


Tak lama lagi cuti sekolah kan? Nanti kalau cuti sekolah dah mula, korang datanglah Ilsan. Alu dah dapat rumah sewa yang selesa.

Kenapa tak guna rumah yang appa beli?


Aku nak berdikari. Eh, aku nak kena putuskan talian. Aku sibuk sikit ni. Nanti aku call lagi kalau aku free. Bye, aku sayang kau budak nakal.




Panggilan ditamatkan. Ah, terubat juga rindu aku yang menebal pada dia.

"Patutlah awak ganas. Abang awak pun ganas" selorohnya sambil menyengir senyum.

"Eh, mestilah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke ramen. Betul tak, Jeon Jungkook?"

"Saya rasa, saya lagi suka kalau awak panggil saya dengan nama. Panggilan sir tu simpan untuk lakonan awak di sekolah nanti. Kalau nak lebih manis, panggillah abang" aku bingkas bangun dan menghayun langkah ke dapur. Ada-ada saja usikannya untuk membuatkan aku tak tentu arah.

"Sayang, buatkan abang kopi. Pekat dan kurang manis" bancuhanku terhenti. Dapat aku rasakan pipiku memanas. Sedaya upaya aku mengawal riak wajahku supaya kekal tenang. Kopi dan biskut aku letakkan di atas meja kopi di ruang tamu.

"Rumah kita tak ada barang lagi. Itu saja yang saya jumpa dalam almari dapur. Makan sajalah, ya?"

"Kalau macam tu, petang nanti kita pergi ke pusat membeli-belah. Saya pun nak beli keperluan peribadi. Sekarang awak pergi rehat dulu. Sebab malam ni saya ada aktiviti nak buat dengan awak" idea-idea jahat mula muncul dalam benak Jungkook. Aku hanya menelan air liur kasar.

Seram.

Perkataan terbaik untuk terangkan situasi aku pada masa ini.

Setelah 10 tahun cahaya perjalanan, kami tiba di Coex Mall, Gangnam-Do. Keluasan dan kemegahan pusat membeli-belah ini mengagumkan diriku.

Troli ditarik dari kawasan penyimpanan. Jungkook menyerahkan kad pengenalan di kaunter sebelum dibolehkan mengambil troli. Rupa-rupanya, troli pun sangat berharga di sini.

Aku membuka aplikasi Notes yang terdapat pada telefon pintarku. Aku telah menyenaraikan kesemua bahan keperluan. Ini semua berdasarkan apa yang Mak Cik Yoo beritahu. Membeli barangan dapur bukanlah kepakaranku.

"Awak nak ke bahagian mana dulu?" soal Jungkook sambil menolak troli.

"Kita pergi bahagian barang kering dululah. Lepastu kita beli barang basah. Kami memilih kesemua barangan yang telah tersenarai dan mendapatkan tag harga dan kod bar bagi setiap barangan.

Setelah selesai memborong keperluan dapur, kami ke kaunter pembayaran di aras bawah. Aku mengeluarkan Platinum Card yang appa hadiahkan semasa hari perkahwinan aku baru-baru ni. Tiba-tiba, Sir Jungkook menghulurkan Black Cardnya.

"Cik, pakai kad sa--" kad itu direbut dari tanganku dan disimpan di dalam poket kemeja hitamnya. Aku mencerlungnya tajam lalu membuka dompetku untuk mengambil kad yang lain. Namun dompetku segera dirampas.

"Awak dah kenapa?" soalku separa berbisik.

"Saya bayar. Jangan degil. Jangan sampai saya buat adegan tak sepatutnya dekat depan kaunter ni" dia juga berbisik di telingaku.

"Erk, Encik? Puan? Boleh tolong cepat sikit tak? Barisan dah semakin panjang tu" Jungkook meletakkan kadnya pada alat pengimbas dan memasukkan kod keselamatan.

"Awak nak pergi mana lagi lepas ni?"

"Olive Young" jawabku acuh tak acuh. Marah ni!

"Alah, merajuk ke? Saya belanja awak aiskrim nak tak?"

"Saya bukan perempuan yang boleh dilemahkan dengan makanan. That's not my style"

"Okay, saya belanja awak Converse High-cut Limited Edition BT21. Tapi, bulan depan" alamak! High-cut? Limited edition? BT21? Aku menelan liur mendengar tawaran tersebut. Bukannya aku tak mampu, tetapi kod keselamatan yang terlalu ketat di laman web membuatkan pelajar sekolah sukar untuk mengaksesnya.

"Ha, tak payah nak merajuk sangat. Saya tahu awak nak. Dahlah, jom kita ke Olive Young" kami menaiki lif ke aras 4 Coex Mall. Seksyen kesihatan dan kecantikan menjadi

Sebaik aku masuk ke dalam gedung Olive Young, mataku menangkap barang yang aku cari. Aku mengambilnya dan memasukkan ke dalam bakul yang disediakan. Tapi,--

"Eh, eh! Kenapa ambil yang tu?"










{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro