Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣12

"Sir nak buat apa ni?" aku cuba melarikan diri dari lelaki di hadapanku ini. Imaginasi tak sepatutnya mula muncul di ruang pemikiranku.

"Jomlah masuk dalam. Nanti awak tahulah" dia menggenggam pergelangan tanganku erat. Panic alert mula memberi isyarat supaya aku meronta.

"Lepaskan saya! Saya budak sekolah lagi. Sir janganlah macam ni" aku mengilas tanganku supaya terlepas dari genggamannya tapi aku hanya insan yang lemah. Dia mendukung aku di atas bahunya. Walaupun aku menampar dan menumbuk belakang badannya, dia tetap berdegil untuk membawa aku masuk ke dalam hutan itu.

Dia meletakkan tubuhku perlahan-lahan ke atas sesuatu yang empuk. Bulu di sekitar leherku mula menegak. Mata aku masih terpejam rapat. Tangan masih disilangkan pada dada. Aku masih menggigil ketakutan.

"Bukalah mata tu"

"Tak nak. Sir manusia paling kejam dekat Bumi yang pernah saya jumpa" jeritku yang berselang seli dengan esakan. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

"Eh, apa bising-bising ni Tuan Jeon?" suara seorang wanita membuatkan aku berhenti menangis. Rupanya aku tidak 'berdua' dengannya.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Dua orang gadis yang muda dan cantik tersenyum ke arah aku. Seorang lagi wanita yang agak berusia datang ke arah kami.

"Kamu buat apa dengan dia, Kook?" bahu Jungkook ditampar kuat oleh wanita itu. Dia kemudiannya duduk di sebelahku.

"Kasihan kamu" rambut serta pipiku diusap. Dia kemudiannya mencerlung ke arah Sir Jungkook.

"Kamu ni kan! Patutlah tak ada perempuan nakkan kamu. Tak habis-habis dengan perangai menyakat dia tu. Buatnya Hara ni lari, baru padan dengan muka kamu" bebel wanita itu sambil bercekak pinggang. Aku pula hanya berdiam diri dan memerhati keadaan sekeliling.

"Hara, kenalkan inilah nenek saya. Jeon Hansoo, pereka fesyen terkenal  J.E.D Couture" aku memandang ke arah Halmeoni Jeon. Tak salah lagi. Dialah pereka fesyen terkenal di Korea Selatan ni. Wajahnya selalu terpampang sebagai pereka terbaik di acara karpet merah. Nampaknya, banyak benda yang aku tak tahu pasal pak cik tua ni.

Airmata yang melekat dipipi aku tepis dengan belakang tangan. Aku bersalaman dengan Halmeoni Jeon sambil memasang senyum nipis.

"Halmeoni masuk sekejap ya? Nak sediakan sut perkahwinan kamu berdua. Sekejap lagi dah boleh mula fitting session. Kook, jangan nak sakat bakal isteri kamu. Halmeoni cubit kamu nanti" sir hanya menganggukkan kepalanya pada Halmeoni Jeon. Wanita itu beredar dari ruang menunggu.

Pandangan helangnya tertumpu pada aku. Tanpa segan, dia melabuhkan punggung di sebelah aku. Tubuhnya sengaja dirapatkan denganku sehingga tiada ruang pemisah antara kami. Terlalu rapat.

"Lain kali jangan asyik melayan slot Akasia dekat TV3 je. Kan dah terbawa-bawa dengan drama Melayu" dia mengekek disebelahku.

"Sir ingat saya ada masa ke nak ambil tahu pasal butik yang ada dalam hutan. Saya pun tak faham macam mana nenek sir boleh ada idea sampai macam ni sekali. Tak pernah terlintas di fikiran sesiapa pun" aku menggulingkan bebola mata geram.

"Memanglah tak tahu. Asyik pakai seluar terkoyak, baju besar, Converse. Macam mana nak tahu kalau awak tak ikut perkembangan fesyen? And one more thing, I like your wild dream just now. Sabar dulu.
Nanti, I'll treat you like a queen" dia berbisik di telingaku dengan nada yang rendah dan

Seksi? Bulu roma di bahagian leherku masing-masing berdiri tegak saat ini.

"Jom, bilik dah siap" aku segera membontoti langkah Halmeoni Jeon. Halmeoni, andalah wira seorang Kim Hara yang telah menyelamatkan saya dari seekor raksasa tua.

Aku memakai sehelai gaun yang agak seksi pada pandangan aku. Tak tahulah sama ada ni cuma pandangan aku atau gaun ni memang seksi. Terdedah di bahagian atas dada, bahu, betis dan terbelah di bahagian sisi paha.

Aku melangkah keluar dari bilik persalinan. Aku terlihat sosok tubuh Sir Jungkook mengenakan tuksedo hitam. Aku tak nafikan, dia terlalu kacak untuk menjadi suami aku. Dia menoleh ke belakang dan menilikku dari kepala hingga ke kaki. Mulutnya sedikit terlopong membuatkan aku terasa segan dipandang sebegitu.

"Ehem. Okey tak?" aku berdehem kecil untuk mematikan lamunannya. Kepalanya diangguk laju.

"Cantik. Sesuai dengan awak" dia mengangkat kedua ibu jarinya ke arah aku. Dia masih tersengih-sengih walaupun kami sudah menukar sut perkahwinan tersebut ke pakaian asal kami.

"Sir baik-baik saja, kan? Kenapa sengih sendiri ni?" dia tak melayan soalanku malah menumpukan perhatian dekat jalan raya. Jalan hitam itu lebih menarik perhatiannya berbanding aku yang serba cantik di sebelahnya ini.

Sampai saja di rumah, aku membuka tali pinggang keledar dan bersedia untuk keluar dari perut kereta. Sebelum sempat aku keluar dari perut kereta, tanganku ditarik lembut.

"Lusa, perkahwinan kita akan berlangsung. Jangan cuba-cuba nak lari, faham?"

"Ish, saya tahulah. Sir tu pun. Kalau tak sukakan saya, cakap awal-awal. Jangan cuba nak malukan keluarga saya. Saya sumpah hidup sir takkan aman sampai bila-bila" aku merenung ke dalam matanya. Dia menggulingkan bebola matanya sambil mulut terkumat-kamit. Mengata akulah tu.

Aku keluar dari kereta dan mula membuka pagar utama banglo milik keluargaku. Sir Jungkook memecut laju meninggalkan aku. Ceh, langsung tak ada flying kiss or what. Dasar manusia kelat.

Mulai saat ini, aku kena belajar untuk menjadi 'wanita idaman' semua orang. Ahli skuad aku semua tak boleh diharapkan. Ya, hidup aku sedih. Jadi, aku hanya mampu meminta nasihat dan bantuan dari Uncle Google.

Tablet jenama Apple yang berada di meja solek aku capai. Pelbagai lama sesawang aku layari. Baik dari laman sesawang fesyen, masakan sampailah laman web kecantikan.


"Yah! Seriously, this is not for me. Ergh, aku boleh jadi gila kalau terus macam ni. Sumpah! Aku tak boleh tipu diri aku" tablet Apple itu aku lempar ke tepi. Rambut yang berjuntaian di dahi aku tiup kasar.

"Biarlah apa pun nak jadi. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia, kan? Dia yang setuju dengan keputusan tak siuman ni. Jadi, dia kena terima aku seadanya dan aku tak perlu hipokrit"


💍💍💍


Hari yang ditunggu-tunggu oleh keluarga Jeon dan keluarga Kim telah pun tiba. Masing-masing tersenyum manis meraikan hari penyatuan antara aku dan Jeon Jungkook, guruku sendiri.

Aku memaut erat lengan appaku. Pancaran lampu denyar kilat atau flash lights dari jurugambar handalan yang ditempah khas memenuhi segenap ruang. Aku kagum dengan tatarias yang perancang perkahwinan dah aturkan. Tanpa aku sedari, aku sudah tiba di hadapan altar yang dipenuhi bunga-bungaan segar. Appa meleraikan pautan tanganku.

Kini, Sir Jungkook pula yang memaut tapak tanganku. Aku naik ke altar dan berdiri sangat hampir dengan Sir Jungkook. Untuk pertama kalinya, aku rasa berdebar apabila berdekatan dengan seorang lelaki. Hatiku diserang rasa menyesal apabila sudah berdiri di sini. Kenapalah aku lahir dan berada di sini?


"Tak perlu menyesal berada di sini dengan saya. Kalan ini takdir kita, saya terima awak dengan hati terbuka. Tak ada siapa boleh halang takdir. Saya tahu, impian awak ingin menjadi seorang Jung. Tapi, menjadi seorang Jeon taklah teruk sangat kan?" dia berbisik di telinga kananku. Janganlah diungkit kisah lama. Memang aku nak kahwin dengan Cikgu Hoseok. Tapi, dah aku ada dekat sini dengan kau.

"Pengantin lelaki dan perempuan dah bersedia?" kami berdua saling berpandangan. Betulkah keputusan yang aku buat ni? Bahagia ke aku lepas ni? Takkan ada konflik kan dalam rumah tangga kami?




















{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍





































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro