Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

PROJEK calla lily Kak Yan menjadi juga akhirnya. Aku pun dengan tak semena-mena terjatuh cinta dengan bunga nan satu ini. Nanti-nanti, aku nak minta jadi tukang kebun saja. Malaslah nak kerja di homestay. Banyak masalah kalau berurusan dengan manusia ni. Macam-macam perangai. Buat sakit hati saja.

Calla lily pula tak pernah beri masalah lagi setakat ni. Cukup air, cukup cahaya matahari, hiduplah benda alah ni. Kalau manusia, selagi tak puas hati, memang ada saja yang tak kena.

"Apa pasal nak kerja kat kebun pula?" Pak Saad tanya.

"Saja, tukar angin!" balasku nak tak nak.

"Tukar angin ke, sebab buat salah kat homestay?"

Inilah salah satu masalah manusia. Dia dah tahu aku ada masalah, lagi nak tanya. Aku ingat Pak Saad ni orang tua saja, kalau setakat sebaya Azrai memang tak menang mulut aku sembur.

"Pak Saad memang suka cari pasal, kan?" Aku marah sekali.

"Taklah. Pak Saad bukan nak cari pasal, tapi tadi Pak Saad pergi homestay. Ada sorang guest tu mengamuk cari Rissa. Si Adibah cakap, Rissa dah berhenti kerja. Itu yang Pak Saad hairan sikit." Pak Saad ketawa perlahan. Ketawakan akulah tu.

"Orang tu mengamuk?" soalku sambil pandang muka Pak Saad yang suka buat lawak.

"Ya. Habis semua staf homestay dia marah. Suruh cari Rissa sampai dapat."

"Memang gila betul orang tu." Geramnya.

"Pasal baju dia saja, kan?" soal Pak Saad.

"Itulah pasal."

"Tadi Pak Saad tengok dia marahkan Ema. Menangis jugalah Ema lepas tu."

Wah, kenapa aku suka sangat dengar berita ni? Boleh tak kalau aku tepuk tangan? Baru dia rasa apa yang aku rasa.

"Kak Ema pun kena? Apa kes pula?"

"Dengar cerita salah bagi hidangan."

Memang peliklah lelaki tu. Aku rasa macam dia baru terlepas dari mana-mana hospital bahagia saja.

"Entah-entah lelaki tu gila tak?" soalku.

"Ada la yang tak kena tu sampai dia boleh buat perangai. Tapi Pak Saad rasa, mesti dia cari Rissa ni. Ke dia dah suka pada Rissa? Apa orang cakap, jatuh cinta pandang pertama?" Pak Saad usik lagi. Dah dua orang sebut perkara yang sama.

"Merepek saja Pak Saad ni. Suka-suka hati cakap macam tu." Bengang juga aku mendengarkan kata-kata Pak Saad.

"Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Dari cerita Adibah, Pak Saad rasa..."

"Pak Saad ni memang suka bergosip, kan?" Aku potong cakap Pak Saad. Suka sangat dengar cerita Adibah. Lepas tu cakap macam-macam.

"Bukan bergosip. Siapa lagi orang tua di sini kalau bukan Pak Saad? Jadi, dengan Pak Saadlah mereka meluah rasa, minta pendapat." Pak Saad bela diri. Itu memang betul. Aku pun mengaku, Pak Saad saja tempat kami mencurah rasa, berkongsi pendapat dan minta pandangan. Masalahnya kadang-kadang bab bawa cerita pun boleh tahan juga orang tua ni.

Aku senyap selepas tu sehinggalah Azrai datang kacau.

"Apa pasal ni?" soal Azrai. Tak tahu dia tanya siapa, dia tanya aku atau tanya Pak Saad. Jadi, aku ambil keputusan untuk diam saja. Sah-sahlah aku jadi bahan sekejap lagi.

"Ada orang nak larikan diri," balas Pak Saad.

"Siapa?" soal Azrai.

"Ada la. Dengar cerita, kecoh pasal T-shirt salah seorang VVIP istimewa hilang." Pak Saad sambung bercerita.

"Saya pun ada dengar juga cerita ni. Tapi tak tanyalah siapa yang tukang bagi hilang. Dengar cerita nak saman homestay. Betul ke?"

"Macam tu la ceritanya."

"Takkanlah sampai nak saman bagai. Tak logik langsung. Kalau betul kaya, tak menginap kat sini. Bukan tak ada hotel taraf lima bintang kat Cameron Highlands. Tapi kenapa menginap kat homestay Kak Yan?" Macam selalu, Azrai mula buat andaian sendiri. Tapi memang betul juga kata Azrai. Kalau dah kaya sangat kenapa tak menginap di hotel mewah saja?

"Mungkin dia suka homestay kita. Dekat dengan kebun bunga. Lagipun kat sini lebih tenang."

"Kalau macam tu, janganlah buat masalah. Duduk sajalah diam-diam."

"Tapi, kan. Pak Saad rasa ada sebab kenapa dia buat perangai."

Pak Saad mula dah.

"Sebab apa?" soal Azrai.

"Manalah tahu dia berkenan kat seseorang. Untuk tarik perhatian seseorang tu, mulalah dia buat perangai yang bukan-bukan."

Rasa macam nak lari saja. Aku memang tak suka nak dengar benda-benda macam ni. Merepek saja yang lebih.

"Mungkin juga. Tapi kita tengoklah betul ke tidak," kata Azrai.

"Betul dah tu. Pak Saad tahulah. Sekilas air dalam sungai, Pak Saad dah tahu jantan betinanya. Tak payahlah nak tipu Pak Saad."

"Cayalah, Pak Saad."

Kemudian dua-dua gelak jahat. Macam tahu saja mereka berdua ni sedang gelakkan aku. Sabar sajalah aduhai hati.

PETANG, masa hujan turun renyai-renyai aku menyusup masuk homestay. Nak tengok keadaan dan yang sebenarnya kalau boleh nak cari pasal sama. Nak sangat tengok muka Kak Ema. Bila Pak Saad cakap Kak Ema pun teruk kena marah dengan lelaki tu, aku memang rasa nak buat kenduri, gembira bukan main lagi.

"Woit!" Adibah kejutkan aku waktu aku terintai-intai.

"Kau ni, mati juga aku kat sini!" Aku urut dada. Terkejut habis.

"Mamat bajet bagus tu dah balik ke belum?" Aku tanya perlahan. Tadi aku tengok di kawasan tempat letak kereta, memang tak nampak kereta dia.

"Tadi belum. Aku rasa dia pergi cari kau."

Adibah ni memang. Sengaja nak panaskan perasaan aku. Aku datang sini nak tengok keadaan Kak Ema, bukannya nak cari pasal.

"Apa hal pula dia cari aku?" soalku.

"Eh, buat-buat lupa pula. Kes kau dengan dia masih belum selesai." Adibah ketawa-ketawa. Karang ada juga yang kena dengan aku. Tak dapat koyak mulut lelaki tu, mulut Adibah pula yang aku koyak.

"Gila betul!"

"Teruk dia mengamuk tadi. Suruh kami cari kau sampai dapat. Dengan Kak Ema sekali kena."

Ini yang aku nak dengar. "Teruk ke?"

"Teruklah. Sampai menangis Kak Ema. Dia mana pernah kena marah dengan pelanggan lagi. Inilah julung-julung kalinya dia kena marah."

"Padan muka!" Dengan tak sengaja, terkeluar perkataan tersebut. Memang padan dengan muka Kak Ema. Selalunya bukan main lagi. Sekarang baru dia rasa. Dia ingat senang nak uruskan lelaki bajet bagus tu?

"Satu lagi yang aku pelik, dia ada tanya betul ke suami kau kerja pemandu lori sayur."

"Hah?"

"Aku pun pelik, kenapa dia boleh tanya soalan tu. Aku jawab, kau mana kahwin lagi. Jangan kata kahwin, boyfriend pun tak ada!"

Memang habis aku kalau macam ni. Salah aku juga sebab tak beritahu Adibah tentang ni. Itulah, nak menipu tak kena gaya. Sudahnya makan diri sendiri.

"Aku tipu lelaki tu, aku bagi tau yang aku dah kahwin dengan harapan dia tak buli aku. Mana tau dia hormat perempuan dah kahwin." Satu keluhan aku lepaskan. Nampaknya aku bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar. Kali ni bukan setakat dituduh mencuri, bahkan penipu sama. Jadi betullah kata orang. Mencuri dan menipu itu berkait rapat.

Ah! Di mana aku nak letak muka ni?

"Padanlah. Kenapa tak cakap dengan aku awal-awal? Manalah aku tau."

"Aku tak sempat nak bagi tau ke? Tak apalah, nak buat macam mana lagi. Nak tak nak, terpaksalah hadap."

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," kata Adibah selepas itu.

Memang betul pun. Sekarang ni, aku kenalah fikir cara lain nak selamatkan diri pula.

"Hurm, datang dah," kata Adibah sebaik sahaja terpandang Kak Ema.

Aku pun toleh pandang Kak Ema yang berjalan menghampiri kami berdua. Aku menyorok di sini pun dia boleh jumpa.

"Sebab kaulah aku kena marah!" tengking Kak Ema sebaik sahaja dia menghampiriku.

"Apa pula pasal Rissa? Tadi Kak Ema kena marah sebab Kak Ema yang memandai sendiri. Orang tu minta benda lain, Kak Ema bagi benda lain. Dapatlah dengan orang tu." Adibah menjawab.

"Tu aku tahulah salah aku. Tapi semua masalah ni berpunca daripada Rissa. Kalau Rissa tak hilangkan T-shirt kesayangan dia, benda ni tak jadi panjang macam ni. Sebab Rissa la kita semua kena marah sama."

Nampaknya Kak Ema memang tidak mahu mengaku kalah. Masih juga mahu salahkan aku.

"Memang betul, Rissa ada masalah dengan lelaki tu. Itu masalah lain. Kak Ema kena marah tadi tu sebab salah Kak Ema sendiri. Jangan nak salahkan Rissa pula." Adibah masih menjawab.

"Memang betul pun. Masalah saya dengan dia, itu masalah saya. Tak ada kena-mengena dengan masalah Kak Ema. Kak Ema yang cari pasal dengan mamat tu, saya pula yang kena." Aku juga menjawab.

"Puncanya semua daripada kau. Kalau tidak, dia tak mengamuk sampai macam tu sekali!" marah Kak Ema.

"Suka hati akaklah nak cakap apa. Yang penting sekarang ni saya tak terlibat dengan kerja-kerja di dalam homestay. Jadi, jangan nak salahkan saya."

"Amboi, sedapnya mulut kau bercakap. Dah kau tinggalkan masalah pada kami, kau nak lepas tangan pula?"

"Dahlah. Malas nak cakap dengan akak. Bukannya faham bahasa." Aku tak tunggu lama lagi. Kalau aku tunggu, makin sakit hati. Baik aku blah saja dari sini.

"Rissa!" Kak Ema panggil aku, tapi aku terus tidak peduli. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #romance