Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Julai #1: Dia Sang Kancil Dan Buaya

"Wey, Kancil. Kau tahu cara nak jawab soalan tu?"

"Tahu. Kau nak jawapan kan?" Mata Kancil melirik menyampah ke arah Buaya.

Buaya membuat gaya gedik lalu berpusing-pusing di keliling Kancil. Wey, sapa tak nak jawapan? Soalan susah kot. Buaya tak rajin nak serabutkan kepala otak untuk berfikir. Baik tidur, lagi bagus.

"Hehe, tahu pun. Share la jawapan dengan aku," Buaya mencucuk-cucuk pipi Kancil dengan jari tembamnya.

Ada kawan pandai macam Kancil, tanya dia la terus. Ala, macam tak biasa je. Kita kalau ada member pandai, minta tiru jela. Tipu la kalau tak pernah buat macam tu. Kan, kan?

"Eh, eh, auch!" Buaya menjerit kemudian tersengih melihat jelingan tajam milik Kancil.

Kancil cubit kita! Katanya jangan ajar benda bukan-bukan kepada pembaca, huhu! Mana ada benda bukan-bukan, benda betul kot! Sekejap, macam mana dia boleh baca fikiran aku pasal tu?

"Menggedik la kau, Buaya," kata Kancil lalu berjalan meninggalkan Buaya.

Buaya hanya tergelak lalu mengejar langkah Kancil. Semakin galak pula dia mengganggu Kancil. Bukan kawan la kalau tak mengganggu antara satu sama lain, betul tak?

Kancil menepis tangan Buaya yang galak mencucuk-cucuk di bahagian yang sensitif pada tubuhnya. Tak dapat cucuk pipi, pinggang pula dicuitnya. Tak dapat pinggang, belakang lutut ditekan menyebabkan lututnya Kancil fleksi ke bawah.

Terus Kancil melompat ke tepi akibat terkejut dan memandang geram kepada Buaya. Buaya elok sahaja berguling-guling di atas lantai lalu ketawa. Dah macam nangka busuk jatuh dari pokok pun ada.

Mata-mata di sekeliling hanya memerhatikan Buaya dengan pandangan keliru dan geli. Dengan suara tertahan-tahan akibat geram dan malu, Kancil menutur kata-kata berunsur ugutan.

"Kau, bangun sekarang! Kalau tak... Kau tahu apa yang aku nak buat," sengihan sinis muncul di bibir Kancil.

Apalagi? Terus bangun si Buaya daripada dok terguling-guling atas lantai.

Kancil yang melihat hanya merengus perlahan. Euw, kotorlah! Dia memasang muka jijik melihat Buaya yang sudah bangun daripada terus berbaring di lantai kotor itu.

Kancil meneruskan langkahnya ke hadapan manakala Buaya terkedek-kedek mengejar Kancil. Sedaya upaya si Buaya mengejar langkah Kancil yang semakin besar itu.

"Eh kau ni, Kancil! Tahulah kaki panjang, JANGANLAH TINGGAL AKU, WEY!" Laung Buaya, kuat dengan nada mengusik.

Bergema suaranya.

Kancil hanya menahan geram dan berhenti berjalan. Pelik Buaya dibuatnya. Kenapa dengan Kancil? Buaya menghampiri Kancil lalu menegur, "Asal, Kancil?"

"Asal kau tanya?" balas Kancil dengan suara tertahan.

"Erm... Ye?"

Mata yang penuh dengan api kemarahan memandang ke arah Buaya. Menggeletar tubuh Buaya dibuatnya. Hati Buaya berkata, "Alamak..."

"Kau... Menjerit macam gorila tadi kau boleh tanya, 'ASAL'?"

Penduduk di sekitar tempat mereka berada itu hanya mengelilingi mereka berdua. Kejadian ini sudah biasa berlaku macam drama percuma in real life, Buaya akan sentiasa cari masalah dengan Kancil dan akhirnya elok kena hentam balik dengan Kancil menggunakan strategi bernasnya.

"Kancil!" Empunya suara memanggil dari kejauhan.

Kancil yang ura-ura ingin mencekik sahabat yang sungguh minta kena kaki minta kena maki itu terbatal niatnya apabila namanya dipanggil. Terus Kancil menoleh kepalanya mencari-cari si empunya suara itu.

Buaya? Menghela nafas lega. Terlepas dia daripada kemarahan Kancil. Kancil memang jarang marah, kalau marah pun comel. Tapi kalau dia marah betul-betul... Kejap, Kancil comel? Macam tak straight je bunyinya?

Menggeletar badan Buaya dibuatnya apabila difikirkan balik. Kancil melirik ke arah Buaya yang menggigil lalu bertanya, "Dah kenapa kau tiba-tiba menggigil ni?

Pertanyaan Kancil hanya dibalas dengan gelengan kepala oleh Buaya.

"Kancil!" Akhirnya Kancil berjaya mencari susuk tubuh yang memanggil namanya.

Kancil menghadap si empunya tubuh yang memanggilnya lalu bertanya, "Eh? A..."

Namun kata-katanya dipotong pantas oleh Buaya. Urat-urat timbul di dahi si Kancil akibat geram tapi ditahan marahnya daripada meletus. Fuh, sabar itu separuh daripada iman. Dugaan nak tambah pahala je. Sabar je sabar...

"Eh, Kerbau? Asal?" Buaya menegur pemilik suara yang memanggil Kancil itu.

"Hik!" Kerbau menjerit terkejut apabila melihat Buaya lalu menyorok di belakang Kancil.

Berkerut dahi Kancil dibuatnya. Dah apahal dengan Kerbau ni?

Buaya dengan suara serak-serak basah berkata, "Kerbau, kau takut dengan aku lagi ke? Sorry la pasal dulu, weyh..."

"Grr..."

Sejurus selepas Buaya menghabiskan kata-katanya, dia terus menyorok di belakang tiang kerana takut melihat Kancil yang marah. Kancil menjeling tajam ke arah Buaya lalu bertanya, "Apa yang kau dah buat dengan dia ni, ha? Baik kau jujur, Buaya."

Peluh menitik di dahi Buaya kerana takut dengan kemarahan Kancil. Jangan main-main, Kancil sudahlah bijak, sekali dia buat strategi balas dendam, menyesal seumur hidup weyh! Sengihan besar ditunjukkan ke arah Kancil dengan harapan supaya dia tidak dimarahi.

"Err, kita bagitau esok jela... Hehehe... Takpe kan?"

"Tak payah nak senyum macam kerang busuk. Bagitau aku... Se. Ka. Rang."

•••

"Kenapalah aku je yang kena denda, huhu..." luah Buaya dengan rasa sedih.

Mana tidaknya, Buaya elok kena denda berdiri di koridor sekolah. Penangan si Kancil punya akal yang panjang itulah. Bak kata Buaya, strategi balas dendam Kancil boleh buat kau menyesal seumur hidup.

Kancil pergi letak lipas yang sudah mati berdekatan dengan tempat duduknya ketika Singa sedang berleter kepada semua yang ada di sana. Diingatkan sekali lagi, LIPAS MATI. Bukannya LIPAS PLASTIK.

Kemudian, nak dijadikan cerita, Buaya pun terjumpalah lipas itu lalu menjerit dengan highnote seperti Papazola. Sudahnya, Singa mendenda Buaya berdiri di koridor sepanjang masa kelasnya kerana membuat bising ketika kelas berlangsung.

Kawan-kawan lain? Semua sudah tahu angkara siapa. Mereka sudah lali dengan love-hate dan frenemies relationship yang Kancil dan Buaya ada. Bukan sekali dua, hampir setiap hari benda ini berlaku. Tak Kancil, Buaya yang buat and vice versa. Buku kawan-kawan lain sahaja tahu, satu sekolah tahu. Boleh bergegar sekolah kalau mereka buat hal.

Kini, masa Singa sudahpun tamat. Jadi, Singa sudah meninggalkan kelas itu. Senang kata, Buaya sudah boleh masuk ke kelas.

Kancil? Ada di tempat duduknya di tepi tingkap, elok ketawa seperti puntianak yang mengilai. Kasihan tangan kanannya, duk ketuk-ketuk dan tampar-tampar meja akibat menahan tawa daripada meletus sepanjang kelas Singa berlangsung.

"Haih, perangai kamu berdua memang sama seperti Kancil dan Buaya dalam kartun Pada Zaman Dahulu tu. Sampai nama panggilan pun duk Kancil dan Buaya. Elok sangatlah tu," tegur Devita, penolong ketua kelas 5 Alamanda.

"Haha, dah terbiasa la. Kau biarkan je Ariff si Buaya ni. Suka sangat kacau orang. Suka hati je panggil Arash ni Kerbau. Buli orang pula tu."

Budak bernama Arash yang digelar sebagai Kerbau menayangkan muka acah berani padahal elok menyorok di belakang Kancil. Buaya yang melihat perlakuannya hanya memasang muka toya dan menyampah.

Buaya atau nama sebenarnya Ariff mencebik. Mulut laju sahaja menjawab, "Kau mana tau apa-apa, Ariss! Arash sama je kot macam Kerbau dalam Pada Zaman Dahulu. Lurus bendul. Badan tegap macam Kerbau tapi penakut."

Devita yang mendengar balasan Ariff hanya menepuk dahi. Ariff dengan lidah setajam gigi buaya memang sukar untuk dipisahkan. Main lepas je segala benda, tak sedar diri yang dia takut dengan Ariss atau gelarannya Kancil yang kurus dan berbadan kecil itu walaupun dia bertubuh lebih sasa daripada Kancil.

Kancil hanya menjeling Buaya tajam sebelum membalas pedas, "Sekurang-kurangnya dia bukannya buaya tembaga abadi macam kau. Dasar kasanova durjana yang terdesak nak banyak kawan."

Ya, sesuai dengan gelaran Ariff sebagai Buaya. Jejaka itu merupakan lelaki yang dahagakan perhatian dan rakan baharu dengan cara menjadi popular dan menjadi playboy.

Sekiranya Buaya seorang yang sangat famous di sekolah melalui title sebagai seorang kasanova yang sungguh memikat, extravert dan aktif dalam kokurikulum, berbeza pula dengan Kancil yang mendominasi kurikulum dan kokurikulum serta merupakan seorang yang introvert.

Mereka merupakan pelajar terbaik di sekolah. Juga, merupakan sepasang kembar tidak seiras yang sama jantina. Tapi tak rupa kembar, macam kawan, member gitu ada la. Chill gitew.

Sungguh, nickname mereka sangat accurate dengan sifat mereka.

"Tu menyakitkan, Kancil..." Ariff mencebik bibir tanda merajuk.

Sengihan sinis muncul di bibir Kancil.

"Thanks me later."

"WHY WOULD I?" Terus, tanpa berlengah lagi budak berdua ini bergusti kalah WWE.

Kelihatan Devita dan Arash yang berada di samping kembar itu perlahan-lahan menjauhi Ariss dan Ariff yang elok bergusti sesama sendiri. Berterabur juga meja, kerusi dan barang-barang yang berdekatan dengan mereka.

Kedua-dua lelaki yang bergelar Kancil dan Buaya hanya memandang hairan kepada mereka. Apabila ditanya, Devita dan Arash hanya menunjukkan sengihan yang agak luntur. Kelihatannya seperti takut dan risau.

Sehinggalah...

"Muhammad Ariff Hakimi dan Muhammad Ariss Harithah. Mind to tell me, about this mess?"

Gulp!

•••

Sudahnya, elok mereka berada di bilik disiplin. Bersama-sama ibu mereka.

"Saya minta maaf sebab masalah yang dah ditimbulkan oleh anak-anak saya..." kata Puan Hasyimah sambil membongkokkan badannya 90° kepada guru disiplin.

Guru disiplin iaitu Puan Zarina hanya memicit dahi. Budaknya pandai dan hebat tapi nakalnya tak boleh bawa bincang. Bukan sekali dua budak-budak lelaki ini masuk ke bilik disiplin tetapi terlampau banyak tidak terkira banyaknya. Seakan-akan bahawa bilik disiplin ialah tempat persinggahan mereka di sekolah ini selain kelas mereka.

"Tidak mengapalah, puan. Puan boleh keluar sebentar, saya mahu bercakap sedikit dengan anak kembar puan."

"Baiklah, cikgu."

Sejurus selepas itu, Puan Hasyimah keluar daripada bilik itu. Jelingan garang sempat dihadiahkan kepada kedua-dua anak kembarnya. Nakal sungguh! Dari sekolah rendah sampailah sekarang sudah berada di sekolah menengah. Tak berubah langsung!

Puan Zarina pernah menjadi guru ketika di sekolah rendah mereka dan kini dia dinaikkan pangkat untuk menjadi guru disiplin di sekolah menengah. Tidak sangka dia akan bertemu semula dengan pelajar-pelajar yang paling bermasalah suatu ketika dahulu.

Nasiblah nakal mereka tidak menjurus kepada perkara-perkara buruk seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok. Kalau tidak, lagi teruk akan jadi.

Buaya dan Kancil yang mendengar kata-kata sang guru disiplin mula berbisik sesama sendiri. Perkataan 'bercakap sedikit' yang disebut oleh guru disiplin membuatkan muka mereka yang tidak berpuas hati kerana dipanggil ke bilik disiplin untuk kali ke-50 pada tahun ini semakin suram.

Kenapa?

Kerana walaupun guru itu berkata beliau hanya ingin bercakap sedikit, ketahuilah bahawa maksud beliau adalah sebaliknya. Tipikal wanita, asalnya nak cakap sikit je, sedar-sedar terus lari topik lain. Penulis sendiri merupakan seorang wanita dan penulis mengesahkan bahawa maklumat ini adalah benar.

Okay, itu memang lari dari topik.

"Kau rasa kali ni cikgu nak bagi ceramah berapa jam?" tanya Buaya lalu mendapat jelingan tajam daripada Kancil menyuruhnya diam.

"Kau agak-agak dia akan buat sambungan ceramah selama tiga hari berturut-turut?" Pertanyaan Buaya sekali lagi tidak dilayan oleh Kancil.

Wey, cikgu depan mata kot. Menyempat bercakap pasal tu. Kalau cikgu dengar naya sahaja dibuatnya. Kancil tak mahu jadi mangsa keadaan. Buaya buat hal, sendiri tanggunglah!

"Aku rasa ceramah kali ni 5 jam. Agak-agak cikgu akan lari topik sampai topik mana pulak? Haritu topik BTS. Kelmarin topik BoBoiBoy dan semalam topik Barbie..."

"Ehem..." Nampaknya Puan Zarina mendengar kata-kata Buaya yang sememangnya menggali kubur sendiri.

"Eh...? Err... Hai cikgu? Apa khabar hari ni...? Hehe..."

Seketika, Puan Zarina menghela nafas lelah. Layankan sahaja anak-anak muridnya itu. Nak tengok sampai mana boleh dia tambah denda kepada mereka. Penat nak melayan karenah kembar nakal itu.

"Tak baik, sebab ada anak murid yang perangai sama macam buaya kat sungai sana..."

"Oh, tu sangat menyakitkan."

"Terima kasih, wahai pelajar."

Kancil memasang muka poker apabila menyaksikan Buaya dan Puan Zarina berbalas-balas kata. Hmm, layankan sahaja si Buaya tu. Entah bila nak habis. Kancil tahu apa sebabnya, Puan Zarina sengaja buat begitu supaya ada sebab lebih nak denda Buaya.

Kalau nak dibandingkan antara Buaya dan Kancil, Buaya lagi banyak hadir ke bilik disiplin. Memang muak Puan Zarina dibuatnya kerana perlu berleter kepada orang yang sama sahaja.

Walaupun begitu, Puan Zarina dan Buaya sebenarnya agak rapat. Almaklum, cikgu itulah yang melayan karenah mereka ketika di sekolah rendah. Apa yang pasti, Buaya la yang paling selalu kena bertemu dengan Puan Hasyimah akibat kenakalannya. Tu yang senang kamceng dengan Buaya.

Kancil teringat sesuatu lalu muncul di tengah-tengah di antara Puan Zarina dan Buaya dengan reaksi kosong, "Cikgu jangan denda saya pulak. Buaya je yang mengumpat cikgu depan-depan. Saya tak. Jangan naikkan denda saya pula. Risau saya, asyik dilupakan je."

"..."

"..."

"Apa? Betul la, takde kerja saya nak jadi mangsa keadaan."

•••

"Baiklah kamu berdua, Ariss dan Ariff. Pasang telinga, tolong pinjamkan telinga untuk dengar kata-kata saya."

"Huhuhu, baik cikgu..." kata budak-budak lelaki itu serentak.

Haih, elok dua-dua kena tulis karangan mengenai sekolah mereka sebanyak 5000 patah perkataan dalam tujuh perenggan di hadapan Puan Zarina sambil perlu menadah telinga mendengar leteran guru disiplin itu. Tambah lagi, Puan Zarina memang seorang guru subjek Bahasa Melayu. Selagi tidak menepati ciri-ciri karangan yang cemerlang, selagi itu kena tulis karangan yang baharu. Memang menangis kedua-dua lelaki itu.

Puan Hasyimah?

Puan Zarina sudah menyuruh Puan Hasyimah untuk pulang sahaja ke rumah. Kasihan melihat sang ibu itu tidak henti-henti mengurut kepala. Pening mungkin. Kalau di sekolah pun nakal begini, apatah lagi kalau di rumah?

Selepas tamat waktu persekolahan...

"Huhuhu... Bengkak tangan aku dibuatnya," rungut Buaya yang sedang berjalan beriringan dengan Kancil.

Merah tangan mereka hasil daripada menulis sejumlah lima karangan 5000 patah perkataan secara berkali-kali itu. Kenapa lima? Mereka perlu membuat karangan yang menepati kriteria karangan cemerlang.

Kancil hanya menjeling lalu membuat muka menyampah. Tak pasal-pasal dia kena sekali, padah sebab Buaya punya mulut macam longkang.

Bak kata satu lirik lagu ni...

Mulut macam longkang bah
Busuk tak terkata seperti sampah

Siapa tahu, dia tahulah. Lagu ini bukan dicipta oleh penyanyi terkenal, sebaliknya dicipta oleh seorang gadis berumur 17 tahun yang sedang menulis kisah Sang Kancil dan Buaya yang tiada tujuan utama akibat terlampau bosan. Gadis itu masih baharu dalam dunia muzik.

"Wey, malam ni ada AJL..." kata Buaya.

"So?"

"Ismail Izzani confirm menang."

(Ismail Izzani)

"Ah, takdenya! Haqiem Rusli yang patut menang!" balas Kancil, huh apalah sangat lagu Ismail Izzani tu acah-acah K-pop je.

(Haqiem Rusli)

Jangan contohi ini Kancil, stereotaip sungguh. Dah ramai orang minat K-pop, kita bagilah sikit vibe K-pop dalam lagu melayu. Macam Dolla, lagu Raya Raya Raya tu. Ada vibe K-pop plus dangdut. Lagi satu, pop ni ada banyak jenis, Malaysian Pop (M-Pop), Chinese Pop (C-Pop), Japanese Pop (J-Pop), Korean Pop (K-Pop), English Pop (E-Pop) dan lain-lain.

Perbezaan ketara is language yang digunakan je. Tapi kalau kau perasan, J-Pop, E-Pop, K-Pop and M-Pop, kesemuanya adalah Pop songs tapi vibe dia berbeza dan bukan sekadar perbezaan bahasa sahaja. E-Pop banyak guna electric kind of music. J-Pop banyak yang bunyi dia bising macam band rock seperti lagu Hatsune Miku. K-Pop yang paling unik (pada pandangan penulis) sebab kau perasan tak lagu mereka mesti ada yang Pop plus Jazz, Pop plus badass dan kombinasi lain. Then ada lagi concept girl crush, elegant, cute dan banyak lagi. Tak campur lagi fan service dan merch!

"Ismail tu buat apa, tiru K-Pop!" kata Kancil, ingat nak cakap dalam hati tapi alang-alang nak bagi Buaya marah.

"Habis, lagu Haqiem Rusli kau tu BUKAN POP KE?"

"Pop je, bukannya K-Pop."

"Sama je, adik beradik dia jugak!"

Hmm... Elok la tu, pasal penyanyi pun bergaduh dua ekor manusia bertopengkan haiwan ni.

"Lagu Bidadari is better!"

"No, lagu Jatuh Bangun lagi best!"

"Jom buat deal, kalau Bidadari menang... Kau kena belanja aku McDonald!"

"Kalau lagu Jatuh Bangun menang, kau kena belikan aku kad Animal Kaiser dekat kedai Pak Samad!"

•••

"Pemenang bagi Anugerah Juara Lagu tahun 2021 jatuh kepada..." kata pengacara pada hari itu iaitu Jihan.

Kembar lelaki itu kini berada di hadapan televisyen di rumah mereka. Menantikan kemenangan idola masing-masing.

"Ismail, Bidadari!"

"Shhh! Diam, diam. Jatuh Bangun is the champions!"

"Eh kau, perasan!"

"Drum roll sikit!" laung Nabil dengan kuat.

Terus diam mereka berdua apabila menanti drum roll yang sungguh panjang itu tamat. Bedebah sungguh, dekat seminit drum roll yang dimainkan! Naik urat-urat bengang Kancil dan Buaya dibuatnya.

"Cepatlah umum!" jerit Kancil dan Buaya serentak akibat bengang.

"Uish, dekat seminit drum roll tadi. So dah buka kad tu, akak Jihan kita?" tanya Nabil.

"Ready! Baiklah, pemenang pada tahun ini jatuh kepada..."

"Lagu Sindir You, by TheRg Official!" umum Nabil dan Jihan serentak.

"APA? Tak mungkin!" Berdiri terus Buaya dan Kancil akibat tidak puas hati.

Selepas kembali tenang, mereka berdua duduk kembali kerana ingin melihat artis yang bakal dibenci itu. Confirm, haters sampai mati!

Seorang gadis naik ke pentas lalu tersenyum kecil. Seketika kemudian senyumannya hilang kerana itulah rupa mukanya ketika rest.

"Wah, comel saje awak ni! Boleh bagi sedikit ucapan?" kata Jihan.

"Ehehe, terima kasih bagi mereka yang menyokong saya. Bagi yang mengharapkan artis lain untuk menang, saya minta maaf. Tapi... Saya akan cuba yang terbaik supaya saya boleh surpass mereka untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik! Nama pun artis yang masih baru, jadi dengan cara itu je dapat membolehkan saya untuk di notice dan di recognise oleh orang ramai. Itu sahaja, terima kasih!"

Buaya bangun kembali dengan perasaan geram. Suka hati kau je berhasrat nak surpass artis kegemaran aku!

"Pale dia surpass! Aku sumpah akan jadi haters kau sampai bila-bila, urgh!"

"Sabar Buaya, sabar!"

"Mari kita mainkan lagunya!"

(Bagi siapa yang tahu, nanti lepas aku siap record and post ke YouTube, aku akan attach di sini)

Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai TheRg Official pergi ke tengah pentas bersama-sama sebuah mikrofon di tangannya. Jihan dan Nabil pula pergi ke tepi pentas bagi memberi laluan kepada gadis tersebut untuk melakukan persembahan.

Pakaian gadis itu all black dan nampak badass. Sesuai dengan lagunya.

"Sebelum ini, lagu hanyalah lagu. Tetapi kini, saya ingin tunjukkan dance moves saya kepada anda semua. Hope you guys enjoy!" Lalu gadis itu mula menyanyi dan menari.

Intro

Sindir you, sindir you
Sindir you, sindir you
Sindir you, sindir you
Sindir you, sindir you

Ah!

Chorus A

Sindir you, eh terasa ke?
Tak kata nama you, triggered ke?
Mulut macam longkang bah
Busuk tak terkata seperti sampah
Eh terkilan ke? (Gelak)

Tiada adab, tak pernah belajar ka?
Otak penuh fungsi, biar berkarat sahaja
Mulut acah pedas macam cili padi
Tapi diri itu sebenarnya penakut asyik menyendiri

Ay!

Verse A

Kesian lihat kamu, jalan seperti tiada tuju
I pity tengok you, look megah tapi sebenarnya goyah
Nampak cam banyak supporter, but actually a loner
Mungkin kesan mulut celupar, habis hilang segala hormat

Eh!

Verse B1

Baru komen sikit, dikatanya menyalak
Baru tegur sikit, reaksinya sungguh galak
IDK la bengap ataupun tolol
Lu luka sikit tapi dah over betul

Pre chorus A

Kalau salah sendiri, sila tanggung sendiri la
Kalau masih tak erti, sila buka dictionary la
Kau sudah dewasa bukan lagi remaja la
Annoying betul la, perangai cam terbantut saja

Yeah!

Chorus B

Sindir you, eh terasa ke?
Tak kata nama you, triggered ke?
Mulut laser, acah sahaja
Tapi sebenarnya pengecut yang nyata
Eh sakit hati ke? (Gelak)

Rendahnya akhlak, tak ada yang ajar ka?
Akal telah diberi, Down syndrome jauh sekali
Pelik kenapa lidah jenis bercabang dua
Tapi baru usik sikit reaksinya sungguh gabra

Verse C

Tegur sopan-sopan, tapi cam curah air ke daun
Tegur nice-nice, tapi eardrum cam dah pecah
Tak pasti jenis telinga kuali atau hidung tinggi
Apa yang pasti, egonya sampai ke langit tinggi!

Verse D

Berjalan acah ketua berwibawa
Tapi sebenarnya dia gila kuasa
Hanya kami yang belakang tabir
Tahu, setiap gerak langkah si dia yg licik

Hey!

Verse E

Penat la wey!
Malas nak layan!
Puas dah tegur
Tapi lu still degil, huh?

(Ulang chorus A)

Verse B2

Aku komen sikit-sikit, digelar menyalak
Aku tegur elok-elok, lu sendiri menyalak
I don't know la bengap ataupun tolol
Lu tersadung sikit tapi dah koyak betul

Bridge

Aku tak tahu apa masalahmu
Ayat kalau boleh bagi orang muak
Hey kau ayat takde filter
Sekali terkena diri sendiri
Pandai pula sakit hati yer?

Tanya apa masalahmu?
(Tak nak tahu pun)
Nak beritahu kau sesuatu?
(Just go die, hah!)

Sindir you
Sindir you
Sindir you
Eh terasa ke?

(Ulang chorus B)

"Sekian daripada saya, TheRg Official, The Rapper Girl, your Rapper Girl!"

"Berikan tepukan gemuruh kepada..."

Televisyen ditutup.

"Aku rasa lagu dia best..." kata Buaya perlahan.

"Erm... Samalah." balas Kancil.

Tatkala itu, kata-kata sumpah ingin membenci gadis itu kerana memenangi anugerah itu dan bukannya artis idaman mereka hilang tanpa jejak.

Haih, dasar melayu. Tadi punyalah bersumpah bagai. Inilah serba sedikit kisah kehidupan mereka. Nampak seperti tiada tujuan utama, memang pun. Tapi ada la selit-selit pasal beberapa perkara seperti pop songs dan bagaimana orang yang berlagak haters pada mulanya dan sekarang mereka jadi fans.

Well, sama dengan dunia realiti. Sebab dapat anugerah je, tapi dah dengki. Salah sangat ke kalau artis idaman kau tak menang? Ish, ish, ish! Bila dah jadi haters, sekali ditunjukkan dengan talents terus terdiam. Tukar fikiran, jadi fans.

Haha, memang terbaik!

Saya Cik Mimpi yang perasan jadi penyanyi ingin menutup tirai. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen pertama pada bulan ini walaupun tiada fokus utama. Maaflah, memang tiada idea.

Sekali lagi, terima kasih!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro