Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Episod 1

"Kentut Padu Maut!"

Dua orang budak sekolah sedang melepak hisap rokok di mamak belakang Supermarket Cheras Perdana, seorang sedang mengupas telur rebus, seorang lagi sedang angkat jari dan memanggil mamak yang sedang sibuk membancuh teh.

"Mamak, teh ais satu, kau nak apa, doh?" tanya kawan.

"Limau ais, panas pulak hari ni. Weh, kau sure ke Cikgu Rahim tak nampak kita tadi?" tanya kawan yang mengupas telur.

"Manalah aku tahu, si Rafi lembab celaka tu panjat pagar tersangkut-sangkut. Tapi aku rasa tak la, kau ingat dia ada spy macam alaaa, siapa dalam cerita Matrix yang panggil Neo "Mr Anderson tu..."

"Agent Smith?"

"Haaa!"

Mamak datang lap meja. Lepas tu tanya order balik.

"Makan mau apa?"

"Tak mau. Makan telur saja."

"Roti canai, kuah banjir ayam. Air teh ais, kau limau ais kan?"

Si pemakan telur hanya hangguk-hangguk sebab tak nak telur rebusnya berterabur.

"Eh, Nizam, kau dah hafal chord lagu Redline.." si pemakan telur cakap kuning telur sepah-sepah.

"Woi Adli, habis makan dulu la baru tanya, kimak! Sepahlah kau makan telur!"

Adli pun menelan telur rebus tadi. Diambil satu lagi telur rebus.

"Apa jadahnya kau makan telur rebus banyak-banyak macam ni?" tanya Nizam mahu mengetahui niat si Adli.

"Jap lagi, rehat. Loceng kelas berbunyi."

"Ha, lepas tu?"

"Aku nak kentut kat orang ni, biar dia rasa kepekungan kentut aku," kata Adli membongkar rancangan babinya.

"Apa lancau kau ni sial? Kau tak ada kerja lain ke cibai?"

"Ni pertandingan, Zam. Siapa paling ramai buat awek menyampah, dia menang."

"Menang dapat apa?"

"Zaidi nak payung KFC."

"Jadi, kau buat ni sebab kau nak makan KFC?"

"Siapa tak nak doh, member nak payung KFC."

Nizam dah mati idea nak cakap apa lagi. Patutnya dah masuk abad ke-21 macam ni orang dah maju ke hadapan. Ada ke sanggup makan telur semata-mata sebab nak menang pertandingan kentut?

"Babi, Ail dengan Rafi mana doh? Takkan dah kantoi dengan Cikgu Rahim kot?" kata Adli yang dah masuk telur keempat.

"Dorang cakap dorang nak ambik barang, kau tunggu je la kejap," kata Nizam, yang mula menyedut air teh ais.

"Ney, tak nak sambal. Sambal kau buat aku cirit teruk hari tu, doh!" kata Nizam memberi arahan spesifik tentang penyediaan roti canainya.

"Barang apa? Ada boh ke?"

"Buto! Budak-budak tu miskin, beli boh sepuluh ringgit, sekali hisap, dah laa! Dorang pergi ambik gitar, kita nak prektis petang ni!" Nizam terus capai roti canai dengan tangan kanan.

"Ha, tu budak-budak dah sampai!" kata Adli yang sudah telur kelima.

"Adli adlo Adli makan telo," tiba-tiba Rafi menepuk bahu. Ail mengekori dari belakang.

Buat pengetahuan korang, Ail dan Rafi adalah dua orang sahabat baik type-type 90an.

Jenis macam, Beavis and Butthead. Macam Jay and Silent Bob. Jenis hakuna matata punya member. Diorang ni buat lawak yang diorang sendiri je faham, kadang-kadang bercakap dalam bahasa yang diorang sendiri je faham.

Di mana ada Ail, di situ ada Rafi.

"Apasal lambat, doh?" Nizam tanya suara tegas.

"Babi, acah bagus sial. Kau ingat senang ke nak lepas tembok tu sial?" Rafi mempertahankan diri.

"Sebab senang la kitorang lepas," Nizam membalas, sedikit angkuh.

"Weh, Adli, kau masuk pertandingan kentut tu ke?" tanya Ail.

"Ha'ah. Apasal?"

"Aku pun masuk gak!" Ail terus tergelak.

"Ah, semua orang jadi bodoh ni dah kenapa?" Nizam cuba menyedarkan mereka kebodohan ini.

"Tak bodoh, sape nak belanja KFC doh?" kata Rafi, menyampuk.

Dalam hati Nizam menyumpah, sia-sia je diorang ni mengaku diorang ni peminat Rage Against The Machine. Kena pancing dengan KFC pun dah goyang.

--

"Bodoh!"

Mereka berempat masuk sekolah balik sebab rehat. Sebab mereka berempat bersama Zaidi bermain pertandingan kentut.

Di kantin ada ramai-ramai orang sedang membeli makanan, membeli minuman, ada yang hanya melepak, ada yang hanya nak main kejar-kejar. Ada yang jenis macam Kamelia ni melepak tepi longkang tepi pokok sorang-sorang.

Kamelia ni budak baru sekolah. Dah la budak baru, tak kenal sesiapa pulak tu. Lepas tu introvert pulak. Jenis malas nak bercakap. Jenis yang akan kata, "orang lain semua neraka."

Dia ni baru je pindah. Abah dia buka kedai jual rekod muzik serta ada studio jamming. Abang dia belajar kat oversea. Mak dah lama meninggal. Dibesarkan oleh ayah seorang diri.

Abah dia pindah ke sini sebab, well, dia ada sikit fonding dengan bandar Kajang. Macam ni cerita dia. Abah dia ni asalnya orang Kanchong Darat.

Kamelia ni anak jati Selangor. Abah orang Kuala Langat, mak orang Kajang, dia lahir di Petaling Jaya.

Mak Kamelia, orang Kajang. Orang Simpang Balak. Jadi mak dan ayah mereka berkenalan semasa zaman Woodstock di Cheras, sekitar tahun 60an, ketika zaman pop yeh-yeh dan Jimi Hendrix jadi style. Mereka berkenalan, menghantar surat-suratan, sampailah abah dia dapat kerja di Petaling Jaya. Pegawai Felda.

Dekat la sikit nak jumpa makwe. Kalau naik pakai motor pukul berapa kau nak sampai, kalau dari Kanchong Darat. Mata air dah la ada curfew.

Adapun demikian, mereka pun berkahwin dan tinggal di Petaling Jaya. Biasalah, anak Melayu kelas pertengahan zaman DEB. Hidup senang la sikit. Subang Parade baru bukak. Ada Toy's R Us.

Mak Kamelia meninggal tahun 1991, sehari selepas Freddie Mercury mati. Masa-masa tu muzik muram beb. Selang dua bulan lepas tu, Sudirman pulak meninggal.

Tapi layan la masa tu suara Jamal lagu Takdir Penentu Segala.

So, abah dia ni dah retired dari jadi pegawai Felda, abah dia nak buat apa yang selama ini abah dia nak buat, buka studio muzik dan kedai rekod.

Jadi tahun 2000 abah dia pindah. Kamelia tak minat duduk Cheras. Biasalah, dah biasa duduk PJ.

Tiba-tiba ada seorang pengawas skema menghalau Kamelia ke kantin.

"Sila ke kantin. Sila ke kantin."

Dalam hati Kamelia menyumpah, "kau ingat aku lembu?"

Kamelia pun tension la duduk dalam kantin yang memekak tu. Bodoh punya pengawas. Dah namanya pun waktu rehat. Dia nak berehatlah. Bukannya waktu rehat kena wajib makan.

Bangang.

Macam mana la kriteria orang jadi pengawas ni? Kena bangang dan mengikut arahan je ke?

Tu apa yang Kamelia fikirkan sorang-sorang dalam kantin yang serba memekak.

"Eii, apaaaaaa ni!" jerit seorang budak perempuan apabila Rafi melepaskan bom.

"Eeeeeeee!"

"Sial lah kau, Adli!"

Kedengaran carutan dan kejian dari para budak perempuan kesan dari pertandingan bodoh tu. Nizam hanya duduk tepi, sumbatkan telinga dia dengan walkman, sambil menghafal lirik lagu Descendants album Everything Sucks.

"Berani dia bawak walkman?" detik hati Kamelia, yang memandang Nizam yang tekun menghafal lirik lagu dari lebaran cover kaset.

Kamelia pandang Nizam. Nak menegur, tapi malas lah. Biar la dia nak layan lagu sorang-sorang. Kenapa pulak nak kacau.

"OK, ada orang layan Descendants kat sini."

Tapi rasa nak tegur.

Ah malas lah.

Alaaaa...

Tak payah, dah dah tak payah.

Kamelia malas nak cerita cinta-cinta ni. Lagipun Cheras Perdana ini terlalu asing untuknya. Di hatinya masih merindui Petaling Jaya.

Tiba-tiba Adli melepaskan kentut pada Kamelia dan kawasannya.

"Fuck," terpetik mulut Kamelia. Dia terus tangkap wajah Adli. Adli ni memang lelaki yang harus dia anti.

Pertandingan kentut itu akhirnya dimenangi sendiri oleh Zaidi yang berkata dia payung diri sendiri sebab dia pun masuk bertanding. Bodoh gila nak bagi orang lain menang, kan?

--

"Bangla Hendrix"

Nizam pakai baju Pearl Jam Ten, masuk dulu sambil seluk poket untuk capai wallet No Fear di belakang punggungnya yang terikat dengan rantai bulat-bulat. Dia salam ibunya sebelum keluar gerak keluar dari rumah. Ambil berkat. Rambut pacak-pacak a la Billie Joe Armstrong sambil memakai sweater Adidas macam Jonathan Davis dari KoRn, dia terus berjalan menuju ke studio jamming - Studio Underground.

Ail dan Rafi macam biasa, dua kembar Siam yang tak mampu dipisahkan, sudah standby depan pintu grill bawah studio jamming.

"Mana Adli?" tanya Nizam.

"Aku telefon rumah dia tadi, mak dia cakap dia tak sihat. Sakit perut katanya."

"Bodoh, tadi bukan main kentut kat orang," Nizam mula menyumpah.

"Macam mana, kau nak main takde lead ke?"

Nizam dah kekalutan. Dalam hati dia masih mencarut dengan Adli. Perut 'local' nak main kentut.

(pada zaman ini, 'local' adalah perkataan derogatif, sehinggalah iklan Petronas Hari Kebangsaan 'kasut Cap Gombak' menjelma, barulah timbul kesedaran untuk respek barang buatan Malaysia)

 "Dah tu, macam mana? Aku dah tak sabar nak jamming ni!" Nizam mengeluarkan gitarnya dari sarung. Siap ada bermacam-macam sticker, dari sticker Green Day, sticker smiley Nirvana, sticker =w= Weezer, Descendents, dan bermacam-macam lagi.

"Dah, jom naik atas. Kita layan orang layan jamming sementara tunggu turn kita," kata Nizam sambil memimpin bandnya Mangkuk Hayun ke dalam studio.

Ketika mereka naik ke atas, mereka terlihat Aboo, seorang tukang kebun berbangsa Bangladesh sedang jamming bersama rakan-rakannya.

"Peh, terror gila Bangla tu main. Lagu Jimi Hendrix siot!" Nizam terkesima melihat bakat Aboo yang power gila. Selama ni nampak dia hanya potong rumput dan memotong ranting pokok di kawasan taman sahaja.

"Kau jangan main-main dengan Aboo ni, dia kat sini dah tahap bero-bero," kata Dam Ganjaran dengan mata setengah merah yang menjadi penunggu dalam Studio Underground. Dia ni sebenarnya penganggur, tapi selalu melepak kat studio. Tauke studio, Jamal Tongko sedang melepak minum teh tarik di kedai mamak bersama kumpulan Jelmol yang nak test studio jammingnya.

"Dam, berapa lama lagi diorang main?"

"Ada lagi 20 minit lagi kot, ala korang lepak la dulu. Sedap doh Bangla ni main lagu Purple Haze," Dam sedang balut daun.

Sementara Aboo dan rakan-rakannya sedang berjamming, Nizam sedang melihat chord lagu yang dia print dari internet, sambil menghafal lirik lagu. Ail dan Rafi pula sedang berbual pasal rancangan TV realiti Survivor yang disiarkan di NTV7.

"Jenna yang team Pagong tu kena keluar kan semalam?" tanya Ail.

"Tu la, sial lah. Aku dah la suka Jenna tu, hot gila!" Rafi sambung cerita.

Tiba-tiba pintu dibuka. Rafi dan Ail terkejut. Ada awek pakai baju hooded masuk dalam studio.

"Dam, ni barang kau. Bak dua puluh ringgit," awek pakai baju hooded bertulis FBI Fucking Bitch Idiot dari jenama CrazeeCousa terus minta duit, tanpa banyak soal.

"Cakap dengan bos kau, hutang dulu la," Dam Ganjaran merayu pada awek tadi.

"Sial la kau, kau dah berapa kali hutang ni? Malas la jual dengan kau."

"Aku ada sepuluh ringgit je ni."

"Dah tau takde duit jangan la beli, babi!"

Awek tu terus keluar menuju ke pintu.

Aboo dan rakan-rakan terus berjamming, kali ini mereka bermain lagu Joy Division "Ceremony".

Awek baju hooded tu berhenti seketika, dan memandang Nizam yang sedang tekun berlatih. Kemudian dia terus meninggalkan Studio Underground.

Nizam yang dari ralit dengan gitarnya tadi, baru terpandang awek tadi, tapi hanya nampak kelibatnya sahaja. Kemudian dia pandang muka Dam Ganjaran yang keseganan.

Nizam bagi signal angkat dagu kat Dam Ganjaran sebagai bertanya 'apa cerita'. Dam Ganjaran hanya tunjuk segumpul boh ke Nizam. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro