Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

Kata laluan telah diakseskan. Maka terbukalah pintu rahsia yang hanya diketahui oleh SQ ELITE.

Sebaik sahaja kami menapak masuk, pandangan kami diganggu dengan keadaan department yang kucar-kacir.

Segala kertas bertaburan dilantai.

"Apa yang telah terjadi..."

Aku melihat dengan harian ke atas lantai yang bertaburan dengan kertas.

Langkah aku terhenti apabila aku terlanggar belakang Jungkook. Lelaki itu dengan tiba-tiba sahaja berhenti melangkah.

"Awak kenap--" kata-kata aku terhenti apabila aku menoleh ke arah tempat yang dipandang oleh Jungkook.

"K-kim Seokjin!"

Aku mendapatkan tubuh Seokjin yang sudah kaku diatas lantai. Aku menepuk pipinya dengan harapan lelaki itu akan sedarkan diri. Harapan masih ada apabila Seokjin masih lagi bernafas.

"A-afi.. sha.. uhuk!" lelaki itu mula terbatuk hingga termuntah darah.

"Apa yang telah terjadi?"

"M-mereka sudah tahu..."

Aku mula cemas apabila Seokjin mula tidak sedarkan diri.

"Kim Seokjin!"

BURGHK!

"KURANG AJAR!"

Jeritan dari Jungkook membuatkan aku bergegas menghampirinya. Kelihatan dia sedang bergelut dengan Kim Taehyung.

Aku tidak dapat mentafsir dengan baik apa yang telah berlaku.

"JUNGKOOK! TAEHYUNG!" aku cuba untuk memberhentikan mereka. Namun, tenaga seorang wanita seperti aku tidak mampu mengawal tenaga dua orang lelaki.

Entah mana silapnya, Jungkook dengan secara tidak sengaja menolak aku hingga aku jatuh terduduk.

"KIM TAEHYUNG! JEON JUNGKOOK! ENOUGH!" jeritan Tuan Bang Sihyuk membuatkan Taehyung dan Jungkook berhenti bergaduh.

Mereka melepaskan diri masing-masing dengan rengusan geram. Aku bingkas bangun dan memandang ke arah mereka berdua dengan keliru.

"Tuan!" Namjoon berlari anak menghampiri Tuan Sihyuk.

"Tuan. Saya sudah periksa CCTV. Dan kesemua CCTV sudah digodam oleh seseorang." ujarnya.

"Ini semua gara-gara kau kan?" Jungkook mencekak leher Taehyung.

Taehyung menolak kasar lengan milik Jungkook dan memberi pandangan tidak puas hati.

"Bukan aku yang buat semua ini!" tegas, Taehyung. Menafikan segala tuduhan Jungkook.

"Memang kau tak buat! Tapi kau dalang semua ini bukan?" salah seorang pasukan kami, Min Yoongi mula melemparkan tuduhan.

"Aku? Dalang semua ini?" Taehyung menyoal dengan tidak percaya.

"Bukan aku tapi dia!" Taehyung mula menunding jari ke arah Jungkook. Wajahnya kelihatan benar-benar tidak berpuas hati.

"Korang tak rasa ke yang dia ni something fishy? Macam mana dia boleh ada dekat tempat dimana aku dan Afisha diserang? Siap bersenjata lagi? Kebetulan? Huh."

"Kim Taehyung.. enough." Tuan Bang mula bersuara tenang, namun masih lagi kedengaran tegas.

"Memang kau yang dalang semua ini! Selepas sahaja kau join masuk dalam SQ Elite ini, semuanya jadi kucar-kacir! Hanya selepas kau masuk sini, musuh dapat mengetahui kubu rahsia kita. Sebab kau--"

"ENOUGH!" jeritan lantang dari Tuan Bang Sihyuk membuatkan semua terdiam.

Aku menolak kasar rambut yang menutupi dahi aku.

"Kim Taehyung.. kau buat apa dekat sini sedangkan aku sudah gantung kau dari tugasan?"

Soalan dari Tuan Bang Sihyuk membuatkan Taehyung terdiam. Aku memerhatikannya dalam diam. Dari anak matanya, dapat aku lihat satu keresahan yang tidak dapat dibendung olehnya.

"A-aku--"

"Aku tidak mahu melihat wajah kau selagi kes ini tidak selesai. Kemas semua barang kau dan kembali semula ke pejabat polis kelas bawahan."

Tuan Bang Sihyuk serta anak buahnya, Kim Namjoon mula beredar meninggalkan kami bertiga.

Taehyung mencerlung tajam ke arah Jungkook.

"Are you satisfied?"

Jungkook mula mengukirkan senyuman sinis.

"Kau dengar sini baik-baik, Jeon Jungkook. Aku akan pastikan kau jatuh tersungkur dihadapan aku."

-----

Taehyung menendang dengan geram tong sampah yang berada dibawah meja kerjanya. Sesekali dia mencarut dan menyumpah seranah Jeon Jungkook serta Tuan Bang Sihyuk.

Kotak berisi barang-barangnya diangkat dan dia mula mengatur langkah keluar dari bilik kerjanya.

Sebaik sahaja dia melintasi bilik kerja yang ditempatkan oleh Jungkook, telinga mula menangkap sesuatu suara yang menarik.

"Semuanya seperti apa yang dirancangkan, Tuan."

Taehyung mengintai sedikit ke dalam bilik kerja milik Jungkook. Kelihatan Jungkook sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Tuan jangan risau. Aku akan pastikan Bang Sihyuk itu mati didalam tangan aku."

Jungkook mula tertawa suka.

"Fasal Kim Taehyung itu, aku sudah lakukan sama seperti yang kau suruh. Tunggu masa untuk aku jatuhkan Afisha sahaja ketika ini."

Taehyung mengepal buku limanya.

Memang benar tekaannya. Jungkook memang bukan orang biasa. Malah dialah musuh didalam selimut.

Taehyung mula bergegas mendapatkan Afisha yang berada di bilik kerjanya.

Dia perlu beritahu Afisha sebelum semuanya terlambat.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia terus menerjah masuk ke dalam.

"Kau buat apa lagi dekat sini, Kim Taehyung?"

"Aku ada sesuatu perkara yang harus aku beritahu kepada kau."

"Tentang apa?"

Taehyung terdiam seketika sebelum mengatakan dengan yakin akan sesuatu.

"Tentang sesuatu yang kau tidak jangka."

-----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro