Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

Bam!

Meja dihentak dengan sekuatnya oleh Bang Sihyuk. Suasana di dalam bilik mesyuarat ini sepi dan jeda.

Dia mencerlung tajam ke arah Taehyung yang sudah beku tanpa emosi. Badannya penuh dengan balutan serta plaster.

Tuhan sahaja tahu betapa marah dan anginnya diri lelaki itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tamatkan riwayat lelaki itu.

Namun, nasib sahaja negara ini masih ada laws. Dan mereka juga tidak dibenarkan membunuh sesuka hati kerana merekalah merupakan sebahagian orang penting untuk menjamin keselamatan negara.

SQ Elite. Kumpulan khas yang terbentuk dibawah jagaan polis negara. Mereka yang terpilih bukanlah calang-calang orang. Dan kesemua yang terpilih mestilah berikrar untuk mengorbankan diri demi negara.

Jikalau mereka mengkhianati, maut menanti.

"Kau tahu betapa pentingnya misi kali ini?" soalnya ke arah Taehyung.

Taehyung mengangguk tanpa riak.

Dia tahu betapa penting dan bermaknanya misi kali ini. Seperti apa yang telah dibincangkan, mereka perlu menangkap Kim Hyung Sik tanpa ada sebarang pertumparan darah.

"Then? Kenapa kau rosakkan suasana?!" Jerkahan dari Bang Sihyuk membuatkan ahli yang lain tertunduk.

Aku menoleh ke arah Taehyung yang duduk disebelah aku dengan satu keluhan berat.

Taehyung mula berdiri. Pandangan tajamnya dihalakan ke arah ketua SQ elite ini.

"Tuan ingat yang Kim Hyung Sik akan ikut kami dengan macam itu sahaja? It's not f*cking easy! Dia akan menyerang kami dan pertumparan darah akan berlaku!"

"Susah sangat untuk kau tunggu dan terima arahan aku?! Aku tahu apa patut buat! Dengan cara menyerang melulu macam tu kau ingat dapat tangkap dia huh?"

Rahang milik Taehyung mula bergerak.

Bang Sihyuk pusing ke belakang ; ke arah board yang telah mencatatkan rancangan mereka.

"Disebabkan tindakan kau yang tidak beretika..."

Bang Sihyuk mengerling tajam ke arah Taehyung.

"Aku gugurkan kau dari misi."

"WHAT?" Taehyung mula menyoal dengan bengang.

"It's not fair!" Taehyung mula membentak, bengang.

Aku meraup wajah aku, kesal.

"Sit down, Kim Taehyung. Atau kau mahu aku gugurkan kau dari SQ Elite?" ugut Bang Sihyuk.

Taehyung memandang tajam ke arah Bang Sihyuk. Ingin sahaja dia menembak tepat ke arah kepalanya namun, dia masih waras.

Dia melepaskan keluhan berat dan mula duduk semula.

"Kim Namjoon,"

"Ye?" dengan takut-takut, dia menjawab seruan dari Tuannya.

"Panggil dia masuk."

Namjoon mengangguk akur.

"Baik, Tuan."

----

Selang beberapa detik, Namjoon masuk semula ke dalam bilik mesyurat beserta dengan seseorang.

Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya kerana dia mengenakan topeng mulut untuk melindungi wajahnya.

"Welcome to SQ Elite, Jeon Jungkook." sambut Bang Sihyuk dengan senyuman penuh harapan.

Telinga aku dapat menangkap carutan halus dari Kim Taehyung.

Lelaki itu menanggalkan topeng mulutnya dan dicampak ke tepi. Matanya bertentang dengan aku. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Kenalkan, ahli baru yang akan menggantikan Kim Taehyung dalam misi kali ini.. Jeon Jungkook."

Bam!

Taehyung menghentak meja dengan sekuatnya sebelum dirinya mula melangkah keluar dari bilik mesyuarat ini. Sebelum keluar, sempat Taehyung merempuh bahu milik Jungkook. Menandakan lelaki itu kini sudah menjadi persaingnya.

"Abaikan dia." arah Bang Sihyuk. Dia juga mengarahkan Jungkook untuk duduk dihadapan aku.

"So, aku harap. Dengan adanya Jeon Jungkook di dalam pasukan kita, misi kita akan berjalan dengan jayanya. Jadi aku nak..."

Fokus aku mula terganggu. Pandangan 1001 makna dari Jungkook menganggu akalku. Mata kami masih lagu bertaut. Senyuman sinisnya diukirkan buat aku.

Jeon Jungkook...

He is full of mysteries.

-----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro