Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ejen Ali Misi PKP

Tajuk: Ejen Ali Misi PKP

Genre: Fanfiction

Tema: Family, friendship. Mengisahkan Ejen2 MATA ketika menghadapi situasi Covid 19 ini setelah PM mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia dan adanya pengalaman seperti Swab test, kuarantin, dan sebagainya

Nota penulisan

Tarikh mula menulis: 15 Januari 2021, Jumaat

Tarikh selesai menulis sehingga target:

Tempoh menulis yang ditetapkan: 2 minggu

Target perkataan mesti cecah: 10 000 patah perkataan

Tarikh wajib berhenti menulis dan publish chapter ini: 28 Januari

Jumlah Chapter: 1 Chapter

- CM Official presenting -

• Ejen Ali Misi PKP •

15 Mei 2020

Ali pulang ke rumah dengan rasa gembira. Masakan tidak, hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester pertama. Para pelajar di seluruh Malaysia akan bercuti selama seminggu dan tertakluk kepada pihak sekolah itu sendiri.

Ada sesetengah sekolah, masa cuti begitu ada dibuat sekolah ganti, tak pun aktiviti-aktiviti lain. Orang lain cuti, mereka-mereka ini perlu ke sekolah, kah kah kah!

Kasihan mereka, gelak je yang mampu.

Bagi Ali pula, ini merupakan satu peluang keemasan untuk bermain permainan video. Kata Victor, game Detektif Jebat telah mengeluarkan siri baharu!

Fuh tak sabarnya!

Misi?

Harapnya tiada.

Yelah bukan apa, dulu Ali pernah dapat panggilan daripada MATA betul-betul ketika dia bermain game Mobile Legend. Wah memang naya jadinya!

Pasal kes Ali belot MATA sebab tolong Niki tu, dah lama selesai. Alhamdulillah, tiada ejen-ejen muda yang memusuhinya. Semuanya seperti memahami. Ada juga yang melopong. Lama pula tu. Terkejut, siapa sangka Ali merupakan anak kepada Ejen Aliya yang merupakan pencipta IRIS.

Semua ejen mula memahami mengenai Overide Mode milik IRIS Ali yang tidak stabil. Yang pernah membenci, mula meminta maaf.

Mana mungkin tidak merasa bersalah, ketika Ali cuba menerangkan mengenai Overide mode tiada sesiapa mahu mempercayainya. Betullah kata orang, lama-lama kebenaran akan terbukti juga.

Pasal Satria? Oh, Ali masih tidak tahu pasal itu. Ejen Dayang benar-benar mempercayai kebolehan Ali. Tergelak pula apabila mengingati semula perbincangan Ejen Dayang dan Ejen Ganz mengenai hal itu.

Ejen Ganz dah nampak fade up di situ. Namun, tidak mengapa. Bakat boleh digilap, kemahiran boleh dipraktikkan tidak mustahil Ali dapat menjadi Super Ejen seperti yang diimpikan olehnya sebelum ini.

Masih jauh lagi penulisan, mana pagi perlu dikupas dan dihuraikan? Perjalanan 10 000 patah perkataan masih jauh. Ah, pandai-pandailah aku uruskan. Aku punya masa selama dua minggu.

Ali pulang dari sekolah ke rumahnya menggunakan skuter miliknya dengan gembira. Siap menyanyi-nyanyi lagi.

Tiba-tiba...

"Ali!"

Satu suara yang cukup dikenali memanggil Ali. Ali memandang kepada empunya suara. Suara itu daripada arah kirinya.

Alicia.

"Apa?" Jawab Ali.

"Kau silent kan fon kau ke? Ada panggilan MATA masuk tahu!" Marah Alicia.

Gadis itu bercekak pinggang. Mesti happy sangat nak cuti kan? Ah, dia sudah kenal Ali sejak lama! Walaupun pelajarannya sudah meningkat, sifat gila game masih melekat dalam dirinya.

"Apa? Yeke!" Ali terus bergegas pulang ke sekolah semula untuk pergi ke akademi.

"Menyusahkan!" Rungut Alicia.

Alicia sebenarnya sudah lama sampai di akademi. Namun begitu disebabkan ketiadaan Ali di sana, Alicia telah diarahkan oleh General Rama untuk mencari Ali.

Mana tidak marahnya.

Jauh Alicia cari Ali. Gadis itu mencari Ali di seluruh sekolah. Kemudian mencari pula di hadapan pintu pagar sekolah. Rupa-rupanya, Ali sudah pun berada dalam lingkungan 100 meter daripada rumahnya!

Penat tahu tak?

'Ah ye, kamu semua pembaca mana rasa apa yang aku rasa,' monolog Alicia di dalam hati.

Aku tak tahu nak tulis apa lagi.

Maka hendak dijadikan cerita, Ali dan Alicia akhirnya tiba di akademi.

Ali agak gementar kerana selepas peristiwa pembelotan Ali dalam membantu Niki, Ali masih belum berjumpa dengan rakan-rakan ejen muda. Risau juga.

"Kau risau pasal tu? Biarkan mereka. Kawan yang baik merupakan kawan yang sentiasa setia walaupun apapun yang berlaku. Mereka mungkin tidak menyokong pilihan kita sekiranya pilihan itu pilihan yang salah. Sekurang-kurangnya mereka ada bersama-sama kita untuk membantu kita memperbetulkan semula kesilapan kita."

Ali tergamam. Wajah Alicia dipandang beberapa saat. Tekaan Alicia sangat tepat. Seketika, Ali merasa tenang.

Ali dan Alicia melangkah masuk ke dewan tempat mereka berlatih. Haha, maaf aku tak hafal namanya. Bagus juga, boleh tambah perkataan! Hehe.

•••

"Pembelot dah sampai."

"Mak dia pejuang, anak pembelot. Memalukan."

"Mak Ali hebat kan! Sayang sekali, kenapa Ali belot?"

"Dahlah, dengarlah daripada mulut dia sendiri. Mengumpat je kerja. Best ke sedekah pahala kat orang? Pahala sendiri pun entah cukup atau banyak."

Terdiam semua orang apabila mendengar ayat yang penuh sinis dan pedas. Lebih mengejutkan apabila manusia yang mengatakan ayat sebegitu rupa merupakan gadis ayu bernama Iman.

Memang sentap habis!

Ali dan Alicia melopong dalam diam mendengar balasan pedas yang terbit daripada mulut Iman. Namun, mereka hanya mengabaikannya kerana mereka perlu berjumpa dengan barisan mentor.

Ali dan Alicia menuju ke arah barisan mentor yang berada di hadapan dewan latihan iaitu Ejen Geetha, Ejen Bakar, Ejen Leon dan Ejen Karya. Ali berdiri di hadapan Ejen Geetha. Ada sesuatu yang perlu dikatakan olehnya dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

"Ejen Geetha, saya..." Ali ingin memohon maaf tetapi dipotong.

"Sekiranya kamu meminta maaf sebab lambat, tidak mengapa. Sekiranya kamu meminta maaf atas sebab kesilapan kamu sebelum ini juga tidak mengapa. Siapa sahaja tidak akan berbuat begitu? Kami, para ejen-ejen amat mengenali arwah Aliya. Dia dan Niki mencuri hanya untuk membantu Mak Jah dan kawasan pinggiran."

Ejen Geetha berhenti seketika sebelum menyambung kata-katanya.

"Walaupun kamu sudah melakukan kesalahan, tetapi saya masih bangga. Orang di pinggiran amat gembira dengan bantuan kamu itu. Kamu juga telah membuka mata hampir semua orang untuk membantu mereka. Syabas Ali."

Ali tertunduk. Dirinya sedikit sebanyak berasa terharu.

"Saya juga mahu meminta maaf bagi pihak MATA. Disebabkan oleh kami meminta Aliya yang kami lihat akan kebolehannya untuk menyertai MATA, kamu sudah tidak mempunyai ibu. Malah, kamu kehilangannya pada usia yang sangat muda." Suara perempuan berumur dalam lingkungan 30 tahun mengejutkan semua ejen-ejen yang sedang berkumpul terutamanya para ejen muda.

Itu suara Ejen Dayang.

Pemilik suara itu yang telah membawa Aliya masuk menyertai MATA.

"Eh... Ejen Dayang!"

"Ambil ini." Suara Ejen Ganz muncul pula.

Sesuatu dibaling ke arah Ali. Ali agak lambat, oleh itu Alicia telah menangkap benda itu lebih pantas daripada Ali.

Alicia sengaja ingin mengenakan Ali. Tangannya diangkat tinggi-tinggi. Memandangkan Alicia lebih tinggi, Ali menghadapi kesukaran untuk mengambil benda yang berada di dalam genggaman Alicia.

"Alicia, bagilah!"

"Jap bagi aku tengok apa bendanya."

Alicia melihat benda di dalam genggamannya. Mukanya kelihatan terkejut sebelum tersenyum.

"Peninggalan mak kau, pencipta IRIS yang paling sempurna."

Alicia menunjukkan IRIS.

"Wah! Ala tapi data mak aku dah hilang. Takde gunanya kan?" Ali sedikit sedih.

"Apa takde gunanya? Ni peninggalan mak kau. Itu masih lagi sebuah memori. Benda ni masih berharga sebagai sebuah kenangan untuk kau dan Ejen Bakar," balas Alicia sambil memalingkan kepalanya menghadap Bakar lalu mengukir senyuman kecil.

"Apalagi? Pakailah. Kau saja yang layak. Sebab kau pewarisnya." Kata Alicia lagi.

Ali memakai IRIS. Kemudian membukanya kembali. Perbuatannya menyebabkan Alicia mengerutkan dahi tanda keliru.

"Apasal kau ni?"

"Mama aku kata IRIS ni untuk menambah kekuatan seseorang ejen. Kekuatan yang sebenar adalah daripada diri sendiri. Jadi kalau kena berlatih, aku kena berlatih tanpa IRIS la kan?"

Kata-kata Ali membuatkan mentor, Alicia dan Ketua Teras tersenyum. Ali semakin matang!

"Ehh!" IRIS yang dipegang oleh Ali terlepas daripada tangannya lalu terjatuh dan dikutip oleh Bakar.

Senyuman yang ada pada mentor-mentor, Alicia dan Ketua Teras serta-merta hilang dan digantikan dengan poker face.

'Walaupun masih lagi kebudak-budakan dan cuai,' bisik hati masing-masing.

"Terpaksalah kau jalani latihan daripada zero, haha! Tanpa IRIS kau bukanlah super ejen!" Alicia tergelak.

"Hmm... Biarlah! Uncle kata, dia dulu pun tak kuat sekarang elok je duduk kat kombat! Kuat tu."

"Biasalah. Ini uncle kan? Mestilah kuat!" Dah mula dah terlebih bangga, confident lebih.

"Erm..."

Muka poker dipaparkan oleh Ali dan Alicia.

•••

"Hari ini, saya mengumpulkan semua di sini kerana ada beberapa orang besar MATA ingin melihat perkembangan kamu. Dipersilakan untuk masuk!" Ejen Geetha mengalu-alukan tetamu untuk masuk.

Dato' Othman masuk, diikuti Ejen Fit dan Ejen Bobby kemudian beberapa ejen-ejen daripada HQ MATA seramai kira-kira 10 orang.

"Dipersilakan, tiga orang tetamu jemputan kita. Mereka bukanlah ejen MATA tetapi masih berkerja di bawah MATA untuk urusan berkaitan dengan kebolehan mereka. Dipersilakan masuk, peneraju-peneraju Cyberaya!"

"Apa!" Jerit Bakar dan Ali serentak.

Jeritan mereka membuat semua orang memandang ke arah mereka selama beberapa saat.

Alicia sudah terdiam akibat terkejut. Gadis itu tidak pernah tahu menahu pasal ini. Peneraju Cyberaya juga sebahagian daripada MATA? Ini berita yang amat mengejutkan! Dahulu mereka menyelamatkan para peneraju daripada serangan Dr. Aaron secara senyap-senyap agar identiti tidak terbongkar tapi kini? Rupa-rupanya mereka juga sebahagian daripada MATA!

"Mungkin ada yang tahu dan tidak tahu. Anak salah seorang daripada ketiga-tiga peneraju ada di sini. Malah, anak peneraju itu juga tidak pernah tahu akan identiti sebenar ayahnya." Ejen Geetha menyambung kata-katanya yang terhenti akibat jeritan Ali dan Bakar.

Mikrofon di tangan Ejen Geetha dihulur ke arah salah satu daripada peneraju.

"Assalamualaikum. Mesti kamu semua kenal saya, merupakan salah satu daripada peneraju Cyberaya bahagian teknologi dan komputer. Maaf sebab berahsia dengan kamu berdua, Aliya yang suruh!" Peneraju yang memakai baju hijau gelap itu tersengih lalu tergelak.

Mata Ali terkelip-kelip lalu memandang Bakar. Bakar juga seperti Ali.

Ejen-ejen muda lain? Semuanya terlopong mendengar nama Ejen Aliya. Ejen yang telah meninggal dunia akibat ingin menyelamatkan Cyberaya daripada diletupkan. Satu-satunya anak Ejen Aliya merupakan...

Ali.

"Tak sangka seluruh keluarga saya boleh terlibat dalam MATA. Patutlah kadangkala ada luka, kaki sakit. Berlawan dengan orang jahat rupanya. Betul tak, Ali dan Bakar?"

Mata semua orang di sana mula tertumpu kepada Ali dan Bakar. Alicia yang berada berdekatan pula perlahan-lahan menjauhkan diri daripada mereka berdua. Gadis itu tidak mahu menjadi tumpuan semua orang dan juga tidak mahu Ghazali melihatnya.

"Kamu juga, Alicia. Saya dan General merupakan rakan baik ketika di sekolah dahulu. Jadi saya tahu pasal kamu." Ghazali menambah sambil ketawa kecil melihat bahu Alicia yang sedikit terhenjut akibat terkejut.

Alicia mematikan langkah untuk menjauhkan diri daripada Ali dan Bakar. Maka, mereka semua menjadi tumpuan tanpa diminta. Bolehlah tu, famous untuk beberapa minit.

"Kami semua turun padang ingin melihat perkembangan kamu semua. Segala berita, kamu sudah tahu. Walaupun kesalahan yang besar, kami berterima kasih kepada Ali. Kamu telah menyedarkan kami semua. Selama ini, penduduk pinggiran tidak pernah dipandang seakan tidak wujud. Sebagai ejen, kita  bertanggungjawab untuk mempertahankan Cyberaya termasuklah pinggiran, kita melebihkan misi daripada rakan sepasukan tetapi pada masa yang sama kita juga perlu mementingkan rakan daripada misi."

Ghazali berhenti sebentar untuk meneguk air. Panjang sungguh hujahnya. Dahaga pula jadinya.

"Tiada gunanya membiarkan protokol gegas dilakukan kalau hasilnya menyebabkan berlakunya dendam. Belajar daripada kesilapan. Ambil tahu hati semua orang. Kita perlu mempertahankan Cyberaya, maka perlu semat dalam hati untuk sanggup menyelamatkan orang berbanding misi."

"Saya bukan kata misi tidak penting. Tetapi nyawa jauh lebih penting. Musuh terlepas, masih boleh dikesan. Nyawa yang hilang tidak boleh dikembalikan semula. Fikir balik, apakah tujuan kamu menyertai MATA. Saya, Ali, Aliya dan Bakar memegang prinsip yang sama. Kami mahu membantu orang lain. Itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih."

Tepukan bergema. Ucapan Ghazali terkesan dan sampai di hati semua ejen muda.

"Jom jumpa ayah?" Ajak Ali kepada Bakar.

"Jom. Banyak benda uncle nak tanya ni!"

"Nak ikut."

"Buat apa kau nak ikut, dia bukan ayah kau." Ali mencemik.

"Aku pun nak bertanya juga. Selama aku hidup dengan MATA aku tak pernah tahu pasal ini."

"Oklah jom!"

•••

Sudah genap seminggu ejen-ejen muda berlatih dan diperhatikan oleh para tetamu. Hari ini merupakan hari terakhir tetamu akan bersama-sama dengan mereka.

"Tahniah saya ucapkan kepada kamu semua. Yang kurang, tingkatkan usaha. Yang bagus, jangan merendahkan mereka yang lemah tetapi bantulah mereka. Tahniah kepada Ali kerana sudah naik ke satu peringkat yang baharu. Agak sukar melakukan sesuatu tanpa IRIS, benar bukan? Begitu juga dengan ejen-ejen muda lain. Tahniah kerana tidak terlalu berharap terhadap gajet masing-masing. Ini akan membantu kamu untuk terus melakukan misi dan berlawan walaupun tanpa gajet. Ingat, gajet hanya untuk membantu sahaja. Kekuatan sebenar terletak pada diri kamu sendiri. Sekian daripada saya, Dr Ghazali."

Ghazali turun ke bawah ingin bertemu anaknya, Ali dan adik iparnya, Bakar. Mereka berdua kelihatan mengantuk.

"Nampak mengantuk je." Usik Ghazali.

Ghazali tahu latihan selama seminggu amat sukar. Malah, mentor-mentor juga perlu menyertai latihan-latihan tersebut.

"Ha memang pun. Penat lah!"

"Betul tu uncle... Siap dapat latihan free daripada ayah malam tadi sampai pukul 3 pagi..." Ali berkata sambil menguap.

"Latihan free? Malam tadi?" Tanya Alicia yang entah dari mana dia muncul.

"Mana ada... Selama seminggu ayah train aku, huargh!" Ali menguap lagi.

"Train apa?"

"Benda pasal teknologi. Apa lagi kalau  bukan itu?"

Ghazali yang mendengar perbualan Alicia dan Ali hanya ketawa kecil. Lucu melihat Ali yang masih mengantuk.

"Ayah, baru ingat nak tanya. Memang peneraju selama ini memang ada kaitan dengan MATA ke?" Tanya Ali.

Eh kenapa Ali nak bertanya sekarang? Bukankah pada hari pertama pertemuan ejen-ejen dan tetamu jemputan telah lama berlalu?

Sebenarnya, selepas sahaja habis ucapan Ghazali para ejen diarahkan untuk terus berlatih. Disebabkan itu, Ali, Alicia dan Bakar tidak sempat bertanya mengenai identiti MATA kepada Ghazali.

"Haah. Tapi kewujudan mereka memang dirahsiakan daripada kebanyakan ejen."

Jawapan yang terbit daripada mulut Ghazali mengejutkan mereka bertiga. Alicia ligat berfikir. Ini bermakna, General pun tak tahu la yang peneraju ini ahli MATA?

"General tahu pakcik bekerja dengan MATA. General cuma tidak tahu pasal lagi dua peneraju. Macam pakcik pernah kata, kami satu sekolah sebelum ini."

Terkejut Alicia. Biar benar, ayah Ali ni boleh baca fikiran orang ke apa? Seriau pula jadinya.

"Ohh..." Balas Alicia.

"Ayah, mama masuk MATA dulu ke ayah masuk dulu?"

"Ayah."

Jawapan ringkas lagi mengejutkan. What? Ghazali yang terdahulu masuk? Satu kejutan yang besar!

"Masa mama kamu mula-mula masuk MATA ayah tak tahu pun. Selepas beberapa hari sebelum kematian Aliya baru ayah tahu dia juga daripada MATA. Terserempak tanpa sengaja."

"Wah macam drama," Bakar menyampuk lalu tergelak.

Ali dan Alicia turut tergelak sama.

Ghazali menyuruh Alicia dan Bakar pergi ke tempat lain kerana Ghazali ingin bercakap dengan Ali secara berdua.

Ghazali mengajak Ali ke suatu bahagian yang agak lengang dan tiada orang supaya tiada yang mendengar perbualan mereka.

"Ali."

"Err... Ye ayah?"

•••

Aku hanya melihat pemergian uncle dan Alicia. Ayah juga mengajak aku untuk mengikutinya.Apa yang ayah nak cakap dengan aku ni? Seriau pula huhu!

"Ali."

Uish asal sepatah je? Lagi seram.

Tanpa berlengah masa aku menjawab, "err... Ye ayah?"

"Lain kali fikir baik-baik. Kan dah tak pasal-pasal."

Selepas habis ayat itu, ayah tergelak. Aku mula rasa geram akibat diusik sebegitu rupa. Aku membuat muka pasrah lalu berkata, "gelak la lagi. Ha gelak je."

"Relax Ali. Gurau je. Tidak mengapalah, benda sudah terjadi. Nasi sudah jadi bubur, bukan boleh diundur semula."

Nasi sudah jadi bubur? Ha? Apa kaitan? Aku rasa aku sepatutnya tumpukan perhatian kepada subjek bahasa Melayu dengan lebih lagi. Peribahasa mudah pun sudah tak tahu apa maksudnya.

Apa boleh buat...

Mengantuk tau belajar subjek tu. Menulis dan membaca. Semua benda sama je dari darjah 1 sampai darjah 6. Bosan la.

"Ada dia kata subjek BM bosan," suara CM dapat aku dengar sedang berbisik dekat dengan telinga aku.

'Tak payah sibuk! Ni cerita aku! Dahlah pemalas! 5 ribu patah perkataan pun tak sampai lagi!' Aku membalas kata-kata CM dalam hati.

"Eh, suka hati aku la nak sibuk ke nak buat apa. Aku cuba nak tambah patah perkataan kot. Takde idea. Lagipun tak payah nak acah sangat, yang penat jari menaip tu aku bukannya kau!" CM mula membebel.

'Ish, yelah!'

"Ali, apa yang kamu menungkan tu?" Panggil ayah aku.

Eh? Aku termenung ke tadi? Oh ya, aku berdebat dengan CM tadi. Melayan dia, tak memasal aku dicop termenung.

"Dicap. Cop tu potong. Tolong tingkatkan mutu bahasa Melayu anda," CM menegur kesalahan bahasa aku.

'Ah, janganlah sibuk! Kau sambung je buat kerja!'

Aku memandang ayah aku. Kini, dia sedang menyiapkan kerjanya sebagai seorang peneraju.

"Ayah."

"Ya?"

"Ceritalah pasal ayah jadi MATA. Cerita dari mula." Pinta aku.

Aku lihat ayah hanya tersenyum. Ayah duduk menghadap aku lalu berkata, "baiklah ayah akan cerita. Tapi jangan menyampuk. Boleh?"

"Baik!"

"Ayah mula terlibat dengan MATA sejak berumur...."

Aku mendengar dengan penuh khusyuk apabila ayah mula bercerita mengenai sejarah kemasukannya ke dalam agensi MATA. Kantuk yang ada tadi terus hilang tanpa dijejak. Cerita ayah lebih seronok untuk didengari berbanding tidur!

Tamat.... Maaf...

•••

Author notes: aku nak cakap sesuatu aku mengalah kali ini huhu. Mmg aku dah takde idea langsung dah. Habis dah aku korek idea Hiks.

Takpelah, kalau ada masa aku akan sambung lagi tulis mende ni sampai cukup 10k.

But ini satu pencapaian baru. Aku tak pernah menulis melebihi 2k malah menghampiri 3k.

Wah tahniah for me *tepuk tangan kat diri sendiri.

For yg req tajuk ni iaitu alilicia4U2C , CM di sini ingin memohon maaf😅😂😂😂🙏🙏weyh aku dah takde ideaaaaaa sorry AHAH

Ada masa aku sambung lagi sampai cukup 10k Insyaallah. Esok dah start kelas online pertama sekolah aku, yep sekolah aku lambat start kelas online 🤣🤣🤣

Ok tu je, bye

Rasa kecewa lak tak dapat tulis sampai 10k. 5k pun tak cecah huhu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro