(6)
Klinik Veterinar.
BEN seperti biasa menghabiskan masa di klinik veterinar miliknya. Ada apoiment yang sudah dia selesaikan. Sedang dia duduk sambil melayan internet, tiba-tiba dia mendapat satu panggilan daripada ibunya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam..."
"Ben apa khabar?"
"Khabar baik. Mak macam mana? Haritu yang sakit kaki tu dah sembuh?"
Memang beberapa hari lepas ibu Benji mengadu kepada tentang keadaan ibunya yang tidak berapa sihat disebabkan kaki terseliuh semasa memetik ulam di belakang rumah. Mujur tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius. Sudahlah si ibu itu tinggal bersama adik perempuannya yang masih bersekolah. Kalau jadi apa-apa memang susah.
"Dah makin baik. Alhamdulillah. Ni, mak nak bagitahu sesuatu pada Ben."
"Ada apa mak?"
"Esok kalau kamu datang rumah boleh ya, nak?"
Ben melihat kalendar dan buku catatannya. Kebetulan esok tiada apa-apa perkara yang memerlukannya untuk berada di klinik. Kalau ada pelanggan datang dengan haiwan peliharaan pun, staff yang lain boleh uruskan.
"Boleh je, mak. Tapi ada apa ya?"
"Nanti mak bagitahu. Mak letak dulu. Assalamualaikum."
"Okey baik. Waalaikumusalam."
Panggilan dimatikan. Ben terdiam. Entah apa agaknya yang ibunya mahu beritahu. Keadaan seperti ini seperti dejavu. Dulu dia pernah melalui perkara yang sama. Selalunya bila terima panggilan sebegini, disuruh pula untuk pulang ke rumah. Memang hanya ada satu perkara saja yang ingin dicakapkan.
Pasal kahwin.
Sudahnya Ben mengeluh perlahan.
🧍♂️🧍♂️🧍♂️
AROMA kopi semacam memberi aroma teraputik kepada Uddin. Kopi baginya semacam muse yang meransang rohnya untuk tetap hidup walau selalu kecewa macam nak mati disebabkan cinta.
Ah, pergi jahanam! Monolognya.
"Hai, saya nak pesan..."
"Set Kopi Bujang, betul tak?" pantas Uddin meneka. Dan tekaannya itu tepat. Wanita bertudung satin di hadapannya itu tersenyum. Berona merah pipinya. Entah kenapa wajah manis perempuan yang ditatapnya saat ini mampu menghilangkan perasaan gundah dalam hati.
Ah, sewel dah kau ni, Uddin! Bisik hatinya.
"Macam mana awak tahu?"
"Sebab saya memang tahu. Kan menu tu dah tertulis. Lagipun, ini kan kafe saya dan awak pelanggan setia saya," seloroh Uddin. Bibirnya menguntum senyum. Kalau dulu semasa zaman sekolah memengah, senyuman Uddin sentiasa mencairkan hati para gadis.
Tapi sekarang mungkin senyuman tu nampak jengkel di mata orang lain.
Wanita itu membuat pembayaran. Setelah beberapa hari mereka bersua muka, tak teringat untuk bertanya nama. Maka pagi ini, Uddin tanpa segan silunya bertanya.
"Nama awak siapa?"
"Sofia..." Sambil tersenyum, wanita itu berpaling menuju ke meja. Bagaikan ada setanam bunga yang sedang mekar dalam jiwa Uddin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro