Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 (TAMAT)

Beberapa bulan kemudian...

SEMALAM merupakan hari yang penuh bermakna bagi Hanna. Juga merupakan hari yang bersejarah baginya kerana kali ini, tak mungkin pokok pisang berbuah sekali lagi. Dia sudah berjumpa Mr. Right yang sebenar.

Dan lelaki itu adalah Umar.

Hanna masih ingat, setelah dia pulang semula ke bandar, entah bagaimana dia selalu saja terserempak dengan Umar. Walhal , selama ini dia tidak pernah pun berjumpa dengan bayang lelaki itu.

Umar pernah juga meminta nombor telefon Hanna, tetapi yang diberinya hanyalah nombor pejabat. Jadi setiap kali Umar menelefon, maka pembantu Hanna yang akan menjawab panggilan. Bagi Hanna, lelaki itu memang tak mudah mengalah. Ada saja taktiknya. Pernah juga Hanna tertipu, kononnya dia perlu berjumpa dengan seorang ahli perniagaan yang ingin menjalankan kerjasama dalam perniagaan produk Hanna Beauty.

Ternyata Umar yang menyamar menjadi ahli perniagaan itu, semata-mata untuk membuat temu janji dengan Hanna. Dan selepas dari kejadian itu, cinta mereka mula berbutik.

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Hanna tersentak. Dia yang sejak dari tadi mengelamun tentang peristiwa lalu mula tersedar. Hanna berpaling memandang sang suami yang melangkah menuju ke katil.

"Dah habis borak dah?" soal Hanna, sambil menyikat rambutnya.

"Sayang tunggu abang ke dari tadi? Kenapa tak cakap?" Umar tersenyum.

Berona merah wajah Hanna saat memandang wajah manis suaminya. Ah, malunya. Tapi dah tak boleh nak sorok.

"Sayang... Sinilah," panggil Umar, lembut.

Hanna yang sudah selesai menatap wajahnya di meja solek melangkah menuju ke katil. Dia duduk di sebelah Umar. Tak lama selepas tu, Umar mendakapnya lalu mereka berdua berbaring. Hanna yang tidak menyangka akan tindakan itu terjerit kecil.

"Apa abang ni!" Sekali lagi berona merah wajah Hanna. Umar yang melihat hanya tergelak.

Mereka berdua saling bertatapan. Sesekali jari-jemari Umar menyelak rambut Hanna. Dalam keadaan begitu, kedua-dua mereka terasa debaran yang luar biasa.

"Hmm. Sayang... Abang nak tanya."

"Tanya apa?"

"Sayang masih simpan surat yang abang pernah bagi?"

Surat? Hanna terkebil-kebil mendengar soalan itu. Sejak bila pula Umar pernah bagi dia surat?

Ah, jangan-jangan!

"Abang dulu, junior sayang. Takkan tak ingat?"

Hanna terus bangun dari pembaringan dan mengambil kotak yang terisi kenangan masa lalunya. Satu sampul surat diambil dan ditunjukkan kepada Umar.

"Ini, surat dari abang ke?" soal Hanna sambil menunjukkan sampul itu.

Umar senyum sebelum membalas. "Ya. Sayang masih simpan rupanya."

"Jadi selama ni, abang kenal Hanna la? Kenapa tak pernah cerita pun!"

"Saja nak bagi kejutan."

Hanna membawa surat kepada Umar.

"Selama ni, abanglah Mr. Right untuk Hanna. Lama Hanna tunggu."

Hanna hanya tersenyum.

"Jadi sekarang ni, apa kata kita..." Umar sengaja jeda di hujung bicaranya.

"Apa?" Hanna memandang wajah suami disebelah. Kening Umar sudah terangkat-angkat. Gaya bila dia sudah bawa aura nakal.

Tak perlu dicerita apa yang berlaku selanjutnya. Hal laki-bini. Sekarang yang penting, Hanna dah jumpa Mr. Right dia.


TAMAT.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro