Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

"HANNA, cuba tengok cincin ni. Cantik tak?" soal Puan Su. Dia sejak dari tadi membelek-belek kotak yang berisi cincin berlian pemberian Puan Zai'mah.

Hanna sudah sedar kewujudan cincin itu selepas tetamu yang datang ke rumahnya pulang. Namun dia hanya diam. Tidak mahu bertanya apa-apa. Takut nanti nampak dirinya pula yang teruja lebih.

"Biasa-biasa aje." Hanna jawab, acuh tak acuh

"Mak cakap terus sajalah, ya. Sebenarnya tadi ada orang datang merisik kamu. Mak tak ada masalah. Mak setuju saja dengan calon menantu tu. Baik orangnya. Boleh tahan tampan macam ayah kamu walaupun ayah kamu tu lagi tampan orangnya. Jadi sekarang ni, terpulang pada kamu, nak terima atau tak."

Kali ni Puan Su berterus terang saja dengan anak perempuannya. Nak berkias-kias tak ada masa. Umurnya pun dan makin tua. Walau dah pernah rasa ada cucu. Tak sampai hati pula hati tuanya nak biarkan anak yang seorang ini hidup sendiri.

"Hanna tak tahu, mak. Lagipun, hati ni perlukan masa." Sayu saja nada suara Hanna.

"Kamu buatlah solat istikharah. Minta petunjuk. InshaAllah datanglah pertolongan untuk buka hati kamu tu."

"Tapi mesti susah nak bersama dengan orang yang kita tak cinta."

"Kamu mungkin tak cintakan dia. Tapi dia cintakan kamu. Biar cinta dari seorang lelaki tu lebih kuat daripada seorang perempuan. Sebab lelaki kalau dah cinta, susah nak dipisahkan."

"Macam mana mak tahu?"

"Ayah kamu tu, lebih cintakan mak dulu daripada mak cintakan dia. Tengok sekarang, kekal bahagia, kan?"

"Habis mak tak cintakan ayah sangatlah ni?"

"Mestilah masih cinta..."

"Eee... Sweet sangat!"

Hanna mengambil kotak cincin di tangan ibunya. Mereka berdua saling tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro