Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

MR. RIGHT sangat!

Jadi menyampah Hanna dengan apa yang Hadi katakan itu. Apa selama ini, memang nasib malang dirinya yang selalu dapat Mr. Wrong!

Entah apa yang disembangkan oleh mereka. Hanna nak sangat tahu. Jangan-jangan ibunya nak jodohnya dengan Umar. Adiknya itu telah memberitahu tentang kepribadian Umar dan serba sedikit tentang latar belakang kehidupan lelaki itu. Umar sebenarnya lebih muda daripada Hanna. Jika Hanna kini sudah 31, maka Umar pula baru 29 tahun.

Kalau dapat suami muda, risau juga. Takut tak matang saja perangainya. Lagi-lagi lelaki. Manalah tahu, perangai remaja masih melekat pada Umar. Suka main permainan video. Suka melepak di kedai mamak. Ah, takut!

Namun, apa yang boleh Hanna simpulkan, lelaki itu kedengaran matang berdasarkan apa yang adiknya telah cerita. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Tiada langsung berita liar tentangnya. Akan tetapi, Hanna masih berat untuk menerima sebarang lelaki untuk menghiasi hatinya.

Hatinya seakan sudah tertutup, dan dia sendiri tidak tahu mana letak kuncinya.

"Kalau dia boleh terima, akak nanti. Akak terimalah juga. Lagipun akak dah semakin tua!" Hadi ketawa berdekah selepas itu.

Cubitan Hanna jugalah yang dapat hentikan gelak Hadi.

"Sakitlah, kak!"

"Padan muka. Siapa suruh cakap akak tua?"

"Ya, akak masih cantik walaupun nampak tua sikit."

Belum sempat Hanna memberi lagi cubitan manja, Hadi terlebih dahulu keluar dari bilik.

Maka setelah itu, Hanna pun termenung sendiri. Akalnya mula memikirkan nasib dirinya selepas ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro