9. TAKDIR ILAHI
rozita melangkah dengan penuh berhati-hati. dia takut tersalah jalan pula. maklumlah dia kan buta. dia menjadi buta sejak dari umurnya 6 tahun. dia terlibat dalam kemalangan di jalanraya. Sejak dari hari itu, dia menjadi buta. seperti biasa dia duduk di serambi rumahnya sambil termenung panjang.
ketika dia sedang termenung seorang diri di situ dia di sapa oleh sesorang. "apa yang di menungkan tu? teringatkan kekasih ke?", soal satu suara. dia tahu itu suara azman jiran sebelah rumahnya. "ah!... orang buta macam saya ni mana ada kekasih. siapa yang hendakkan saya? dahlah buta tak cantik pula tu... orang pandang sebelah mata pun tak nak...", tutur rozita perlahan-lahan. "jangan cakap macam tu. Tak baik tau. manalah tau masih ada orang yang suka dengan awak...", balas azman.
"ah!... saya rasa tak ada siapa pun yang sukakan saya... buat pengetahuan awak, saya tak akan berkahwin buat selama-lamanya sebab saya ni buta. siapa nak kahwin dengan orang buta macam saya ni, kan?", rozita bersuara dengan penuh emosi. "nanti dulu... lebih baik awak jawap soalan saya ni dulu. Jikalau di satu hari nanti ada seorang insan yang mendermakan matanya pada awak dan awak dapat melihat keindahan dunia ini, apakah awak akan berkahwin selepas itu?", soal azman perlahan-lahan. "ya... saya akan berkahwin... itu pun jika saya bertemu dengan jodoh saya...", jawap rozita penuh yakin. selepas itu, azman meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Sebulan kemudian rozita mendapat berita gembira dari pihak hospital yang dia telah di pilih untuk menerima pendermaan organ mata dari seseorang. ini bermakna dia akan dapat melihat dunia ini semula. dia merasa sungguh gembira sekali. tanpa banyak soal, dia pun terus menjalani rawatan di hospital tersebut.
pembedahan berjalan dengan lancarnya. di sepanjang proses pembedahan tersebut azman jirannya yang selalu berbual dengannya tidak ada di sisinya. dia tidak tahu ke manakah pemuda itu menghilangkan diri. beberapa bulan kemudian balutan di matanya di buka oleh doktor yang bertugas. pada mulanya dia tak dapat melihat dengan baik tetapi lama-kelamaan dia dapat melihat dengan jelas sekali. dia merasa sungguh gembira. Tak sangka pula dia dapat melihat dunia yang indah ini semula. Bukan itu saja dia kini dapat melihat wajah orang tuanya dan juga adik adiknya.
Ketika dia tersenyum gembira, tiba tiba matanya terpandang akan seorang pemuda yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. Dia lihat pemuda itu buta. "siapa dia ni, mak... ayah?", soal rozita ingin tahu. "hai, zita sayalah azman. Tak kanlah awak dah lupa dengan saya pula. dulu awak ada berkata yang awak akan berkahwin kalau awak dapat melihat semula? nah... sekarang awak dah dapat melihat dunia ini, so saya nak tanya awak 1 soalan. adakah awak sudi berkahwin dengan saya?", soal azman sambil tersenyum lembut. rozita merasa sungguh terkejut. dia tidak menyangka pula azman jiran sebelah rumahnya itu buta. "Tidak!...", jawapnya dengan pantas sekali.
azman terdiam seketika. "memang betul apa yang awak cakap dulu tu. siapa nak kahwin dengan orang yang buta macam saya ni, kan?... mungkin inilah takdir ilahi yang harus saya terima... hm... tak apalah awak simpan dan jaga baik baik mata saya tu, ya... itu saja pemberian terbaik yang mampu saya berikan untuk awak. ok, bye!", azman terus beredar dari situ. tinggallah rozita di situ dalam keadaan yang terkejut....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro