Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6. SERIBU KELUKAAN

malam itu hujan turun dengan lebatnya. idayu tak dapat melelapkan matanya. dia asyik teringatkan haikal boyfriendnya itu. dia terlalu merindui lelaki tersebut. sudah lama haikal tidak mnghubunginya. "agaknya dia sibuk dengan assignmentnya kat kolej tu, tak? entahlah...", bisik hati kecilnya sedikit resah. setelah lama berfikir dia pun mengambil keputusan untuk menelefon boyfriendnya itu. "hello...", kata idayu. "hello... siapa ni? awak nak bercakap dengan siapa?", soal satu suara tapi suara itu suara perempuan dan bukannya suara haikal. dia memerhatikan nombor handphone yang di dailnya. itu nombor handphone haikal tapi kenapa ada perempuan lain yang menjawap panggilannya pula. ini membuatkan idayu merasa tidak sedap hati.

"haikal mana? aku nak bercakap dengan dia. by the way, siapa awak ni?"
"oh... haikal pergi ke tandas sekejap. saya ni isterinya. awak siapa? kawan sekolej haikal ke?"

Idayu merasa sungguh terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan perempuan itu. seluruh dunianya terasa begitu kelam sekali. Cepat cepat dia mematikan handphonenya. Dengan hati yang kecewa, dia terduduk di atas kerusi sofa yang ada di situ sambil menangis tersedu sedan.

dia tidak menyangka haikal sudah berkahwin. kalau dia tahu lelaki itu sudah berumahtangga sudah tentu dia tidak akan bercinta dengan lelaki tersebut. namun apa yang membuatkan dia merasa sakit hati ialah lelaki itu tidak jujur padanya. malah haikal berbohong padanya dengan mengatakan bahawa dia masih bujang. "lelaki memang macam tu. Tak guna betul...", desis hati kecilnya dengan marah.

Keesokan harinya idayu pergi ke pusat bandar seorang diri. Semasa dia sedang bershopping di shopping mall yang sibuk itu tiba tiba bahunya di cuit orang dari belakang. dia pun terus menoleh ke belakang. kelihatan haikal sedang berdiri sambil tersenyum mesra padanya. "jalan seorang nampak. Awak tak nak saya temankan awak ke?", soalnya dengan lembut. Idayu mencebikkan bibirnya. "Tak payah!.... lebih baik kau pergi temankan isteri kau kat rumah tu daripada temankan aku kat sini. aku tak ada masa nak layan kau lagi. aku pergi dulu", bentak idayu. dia melangkah pergi dari situ tapi dia di halang oleh lelaki tersebut.

"Nanti dulu, ayu... dari mana awak tahu yang saya sudah ada isteri ni?"
"aku tahu sendirilah. semalam aku call kau tapi isteri kau pula yang menjawp panggilan aku tu. So, aku rasa lebih baik kita putuskan saja hubungan kita ni sebab aku dah benci dan muak dengan kau!", bentak idayu tegas. haikal terdiam seketika. dia menarik nafas berat lalu menghelakannya perlahan lahan. "maafkan saya sebab saya berbohong pada awak tentang status saya... memang betul saya sudah berkahwin. sebenarnya saya nak tunggu masa yang sesuai untuk bagitahu awak tentang perkara ni tapi awak dah tahu status saya, nak buat macamana lagi kan? tapi ayu, i really love you... saya tak nak kehilangan awak...", kata haikal perlahan-lahan. idayu mencebikkan bibirnya. "simpan saja cinta kau tu untuk isteri kau. lupakanlah aku dan jangan ganggu hidup aku lagi. cintaku pada kau sudah lama mati. Aku pergi dulu. selamat tinggal haikal asmadi", kata idayu sambil beredar dari situ. airmata mula mengalir perlahan membasahi pipinya. Dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan seribu kelukaan...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro