23. BUDAK REMPIT
malam itu seperti biasa johan bersiap-siap hendak keluar dengan kawan kawannya. pak tuah memandang anak lelakinya itu dengan pandangan mata yang marah. "awak nak pergi ke mana tu, johan?", soal pak tuah. "saya nak keluar sekejap ayah...", jawap johan selamba. "kalau awak keluar dengan tujuan hendak merempit bersama budak budak rempit yang tak guna tu lebih baik awak tak payah keluar. ayah tak izinkan awak keluar malam ni...", kata pak tuah dengan tegas. "alah... ayah ni...saya keluar sekejap aje, bukannya lama...", balas johan lagi. "Tidak boleh... ayah tak mau awak bergaul dengan budak budak rempit yang tak guna tu. lebih baik awak tidur atau mengulangkaji pelajaran awak daripada merempit sepanjang malam dengan diorang tu...", kata pak tuah dengan agak keras. "tapi ayah...", kata kata johan di potong pantas oleh pak tuah. "sudah, jangan melawan cakap ayah ni. pergi masuk dalam bilik tidur awak!", perintah pak tuah keras.
Mahu tidak mahu johan pun terpaksa masuk ke dalam bilik tidurnya. johan tidak dapat melelapkan matanya. dia berfikir nak keluar saja malam itu. ketika dia rasa orang tuanya dah masuk tidur dia pun melangkah keluar dari bilik tidurnya. Perlahan lahan dia membuka pintu rumah untuk keluar dari situ. pintu di tutup dengan rapat. dengan langkah kaki berhati-hati dia pun menarik keluar motorsikalnya dari kawasan rumah orang tuanya itu. sebaik saja dia berada jauh sedikit dari rumahnya, dia pun naik ke atas motorsikalnya dan terus memecut laju ke tempat yang di tujuinya. sampai saja di sana semua geng gengnya sudah lama menunggunya.
"Haiya... apasal lu selalu lambat datag aaa?... kitaorang dah lama tunggu lu ni... ingatkan lu tak dapat datang tadi...", kata fai long kawan cinanya itu. "sorry lah... ayah aku marah dengan aku tadi. dia tak benarkan aku keluar tapi aku berjaya juga menyusup keluar masa diorang tengah tidur...", balas johan selamba. "Oh begitu... sekarang giliran lu pula. lu masuk dengan diorang tu. diorang dah ready nak race ni. diorang tunggu lu lah tu...", kata fai long sambil menghisap rokok di tangannya. "eh, berapa wang taruhan malam ni? banyak tak?", soal johan. "Huiiii... banyak ooo.... lu mesti menang malam ni, kalau tidak kita akan rugi besar...", fai long bersuara lagi. "ok, wish me a good luck...", kata johan. "Haiya... tak payah wish wish pun lu pasti menang maaa.... lu kan terrer dalam bidang ni...", bodek fai long pula. "yelah tu", johan ketawa kecil lalu beredar dari situ.
Kelihatan para pelumba yang lain sudah siap duduk di atas motorsikal masing masing. mereka sedang bersiap untuk memulakan perlumbaan itu. masing masing kelihatan tidak sabar lagi hendak memulakan perlumbaan. Bunyi deruman motorsikal bergema di sana sini. johan turut mengambil bahagian dalam perlumbaan itu. seorang gadis yang seksi berdiri di hadapan barisan para pelumba. di tangannya ada bendera kecil berwarna merah. sebaik saja gadis tersebut menggerakkan benderanya ke bawah, semua pelumba motorsikal pun terus memecut laju motorsikal mereka.
Di sepanjang perlumbaan itu bermacam macam aksi bahaya yang mereka lakukan. ada yang baring di atas kerusi motor sambil racing, ada yang mengangkat roda depan ke atas sambil racing dan macam macam lagi. johan pun buat skillnya yang tersendiri. ketika dia tengah syok memecut motorsikalnya itu tiba tiba dia ternampak seekor kucing berwarna hitam lalu di hadpan motorsikalnya. dia terkejut sebaik saja dia melihat kucing hitam itu. dia hendak brek tapi tak dapat sebab dia membawa motorsikalnya terlalu laju. Akibatnya dia mula hilang kawalan lalu motorsikalnya merempuh besi penghadang jalan yang ada di situ. dia jatuh terpelanting dari atas motorsikalnya. Johan cuba bangun tapi kaki kirinya terasa sakit sekali. pandangan matanya gelap secara tiba tiba. Dia jatuh pengsan di situ juga.
*** *** ***
Dia tersedar sebaik saja tangannya terasa di pegang orang. Perlahan lahan dia membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah wad hospital. pak tuah & mak limah, orang tuanya ada di situ menemaninya. dia cuba untuk bangun tapi dia tidak dapat berbuat demikian. kaki kirinya terasa berat sekali. dia pun terus membuka kain selimut yang menutupi kaki kirinya itu. Kelihatan kakinya sudah siap di simen. "mak, ayah kenapa dengan kaki saya ni?..."soalnya mulai risau. "kaki awak patah johan... itulah ayah dah cakap jangan ikut merempit tapi awak tak mahu dengar cakap ayah. nasib baik kaki awak yang patah. kalau nyawa awak melayang macamana? Memang tak dapatlah awak melihat dunia ini lagi... apa apa pun, awak memang degil, johan... awak langsung tak dengar nasihat ayah. Inilah akibatnya... terlantar di hospital dengan kaki yang patah...", tutur pak tuah dengan marah.
johan terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan ayahnya itu. memang betul juga apa yang di katakan oleh ayahnya. nasib baik dia tidak mati dalam kejadian tersebut. kalau dia mati sudah tentu dia tak dapat melihat dunia ini lagi. Tiba tiba saja dia merasa menyesal sebab tidak mendengar perkataan orang tuanya. "maafkan saya, ayah... kali ini saya tidak akan lagi merempit. ini janji saya dengan mak dan ayah... saya kini sedar di atas perbuatan saya yang sia sia itu... mak...ayah", kata johan perlahan-lahan. "baguslah kalau awak dah sedar... ingat!... jangan merempit lagi kalau awak dah sembuh... kalau tidak ayah akan panggil polis untuk tangkap awak dengan geng geng awak tu...", pak tuah memberikan amarannya. "baiklah ayah...", kata johan perlahan-lahan. Dalam diam dia berazam untuk tidak merempit lagi buat selama-lamanya...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro