20. NASIB BURUK
pagi itu diana,mei ling dan dewi pergi ke bandar. Sebaik saja mereka sampai di bandar mereka segera melangkah menuju ke sebuah saloon untuk memotong rambut. selepas itu mereka pergi ke sebuah warung yang terletak tidak jauh dari saloon tersebut. Ketika mereka sedang seronok bercerita di situ, tiba tiba mei ling ternampak seorang tukang tilik nasib yang sangat tua sedang duduk di kaki lima tidak jauh dari situ. "eh... korang nak tilik nasib korang tak?... saya rasa saya nak cuba tilik nasib saya dengan lelaki tua itulah...", kata mei ling sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki tua itu.
diana dan dewi saling berbalas pandangan seketika. "Tak payahlah...", balas diana malas. "Oh... janganlah macam tu, ana... marilah kita cuba tilik nasib masing masing. Manalah tahu nasib kita baik hari ni...", pujuk mei ling. "Ya... Betul cakap mei ling tu... tak salah kalau kita mencuba dulu...", sokong dewi pula. "Hm... ikut suka hati koranglah...", diana bersuara separuh hati. "Jom... kita pergi ke sana...", ajak mei ling tak sabar sabar lagi. Dewi pun segera bangun dari atas kerusinya. Mereka mula melangkah pergi dari situ. Mahu tidak mahu diana terpaksa mengekori mereka dari belakang.
Ketika mereka berdiri di hadapan lelaki tua itu, lelaki tua tersebut memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang semacam pula. Tak tahu kenapa dia memandang mereka dengan pandangan mata seperti itu. "pak cik kami datang ni nak tilik nasib kami", kata mei ling dengan lembut. "baiklah, hulurkan tangan kanan korang. biar pak cik tengok tangan korang dulu", kata lelaki tua tersebut. mereka pun berbuat seperti mana yang di suruh oleh lelaki tua itu.
Wajah lelaki tua tersebut tiba tiba menjadi tegang sekali. "nasib korang bertiga memang tidak baik. Korang akan di timpa musibah. korang harus berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapinya, jika tidak korang tidak akan selamat...", kata lelaki tua itu. mei ling, dewi dan diana saling berpandangan seketika. Tiba tiba mei ling dan dewi ketawa terbahak bahak. "hahaha... pak cik ni memang pandai berguraulah. Apa apa pun saya tidak percaya dengan tilikan pak cik tu...", kata mei ling. "Hahaha...", tawa dewi pula. hanya diana seorang saja yang tidak ketawa saat itu. dia diam membisu.
Lelaki tua tersebut memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang marah sekali. "pak cik cakap yang betul ni. Jika korang tidak percaya, itu terpulang pada diri korang sendiri tapi kalau korang dapat susah nanti jangan cakap yang pak cik tak bagi warning pada korang pula!", kata lelaki tua itu dengan marah. "aah!... bohonglah pak cik ni... mari kita pergi dari sini", mei ling bersuara sambil beredar dari situ. dewi pun melangkah pergi dari situ. hanya tinggal diana seorang saja berdiri di situ. "pak cik, maafkanlah mereka. mereka memang begitu", diana meminta kemaafan bagi pihak rakan rakannya itu. "Tidak mengapa. Pak cik harap awak akan terselamat dari musibah itu", kata lelaki tua tersebut. "Musibah apa pak cik?", soal diana ingin tahu. "Awak sendiri akan mengetahuinya kelak...", balas lelaki lelaki tua tersebut. Diana diam lalu beredar dari situ
Malam pun tiba, mereka melangkah masuk ke dalam kereta milik mei ling setelah puas bershopping seharian. mereka ingin balik ke rumah masing masing. Di sepanjang perjalanan mei ling dan dewi berbual panjang. hanya diana seorang saja yang diam membisu. dia teringatkan perkataan lelaki tua itu. ketika mereka sedang melalui satu selekoh yang sangat tajam, tiba tiba mereka lihat ada satu lembaga berjubah hitam sedang berdiri di tengah jalan sambil menggenggam erat parang sabit di tangannya. mereka merasa terkejut sebaik saja mereka melihat lembaga berjubah hitam itu. oleh kerana terlalu terkejut dan takut mei ling hilang kawalan. keretanya meluncur laju lalu menjunam jatuh ke dalam gaung yang berdekatan. mereka menjerit kengerian. kepala diana terhantuk kuat di cermin kereta. pandangannya gelap gulita secara tiba tiba. selepas itu dia tidak tahu apa apa lagi.
*** *** ***
Dia membuka matanya perlahan lahan. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam wad hospital. semua ahli keluarganya ada di situ. kecuali kawan kawannya mei ling dan dewi. "Oh... syukurlah awak dah sedar, diana...", emaknya bersuara sambil menarik nafas lega. Manakala ayahnya pula tersenyum padanya. Diana membalas senyuman orang tuanya itu dalam kepayahan. "mak, ayah... mana mei ling dan dewi?... diorang tak apa apa kan?", soal diana. "diorang tak dapat di selamatkan... diorang meninggal dunia di tempat kejadian...", kata ayah diana perlahan lahan. tiba tiba saja diana teringat akan perkataan lelaki tua di tepi jalan pagi tadi.
memang betul apa yang di katakan oleh lelaki tua tersebut. hanya dia saja yang terselamat dari musibah itu. Namun ada satu perkara yang mengganggu fikirannya saat itu. lembaga apakah yang mereka lihat berdiri di tengah jalan sebentar tadi?... diana sendiri pun tidak tahu apakah jawapan yang tepat bagi soalannya itu. Namun apa yang pasti lembaga tersebut telah menyebabkan mereka di timpa kemalangan di jalanraya. Akibatnya dua orang rakannya meninggal dunia. Diana hanya menangis tatkala dia teringatkan kawan kawannya yang sudah tiada itu....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro