Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2. LARI

Cincin pertunangan di jari manisnya di perhatikannya. munirah tidak pernah pun terfikir hendak berkahwin di usia yang muda tiba tiba saja orang tuanya menyuruh dia bertunang dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Segala galanya berlaku tanpa di duga. mereka memaksanya bertunangan dengan lelaki itu kerana orang tuanya telah banyak berhutang dengan lelaki tersebut. demi membayar hutang mereka sekeluarga, munirah di paksa bertunangan dengan lelaki itu.

sebenarnya munirah tidak mahu berkahwin muda tapi orang tuanya beria ia sangat menyuruh dia bertunangan, jadi dia pun terpaksa menurut saja kehendak orang tuanya. berkali kali munirah menerangkan pada orang tuanya bahawa dia tidak mahu berkawin tapi orang tuanya masih juga berkeras tidak mahu mendengar perkataannya. munirah betul betul susah hati bila memikirkan nasib dirinya.

*** *** ***

Hari demi hari berlalu, pesta perkahwinan munirah semakin dekat. mak timah, ibu munirah begitu sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan anak perempuannya. begitu juga dengan pak aman ayah munirah. mereka buat apa yang patut di buat. baju pengantin sudah di tempah. khemah, kerusi, meja, bahan masakan dan peralatan memasak semuanya sudah di sediakan. barang barang hantaran dan sebagainya sudah di siapkan. kad jemputan perkahwinan pun sudah di edarkan. hanya tunggu masa saja munirah di kahwinkan dengan lelaki yang tak di kenalinya itu. maklumlah masa bertunang hanya orang tua pihak lelaki saja yang datang meminangnya. jadi dia tidak tahu siapakah bakal suaminya itu. munirah merasa tidak gembira.

Dalam diam dia merasa menderita kerana orang tuanya memaksa dia berkahwin dengan lelaki yang tidak di cintainya. sebenarnya dia bercita cita hendak melanjutkan pelajarannya di menara gading tapi cita citanya tidak tercapai. ketika dia sedang memikirkan nasib dirinya itu tiba tiba bahunya di tepuk orang dari belakang. "apa yang awak fikirkan tu munirah?", soal suatu suara. kelihatan ibunya mak Timah sedang berdiri di blakangnya. "saya sedang fikirkan tentang nasib diri saya mak...", kata munirah perlahan lahan. "apa yang di fikirkan sangat?... hidup awak pasti akan bahagia dengan calon pilihan mak dan ayah ni... percayalah cakap mak ni, irah...", kata mak Timah dengan penuh yakin.

"tapi mak macamana saya nak hidup bahagia sedangkan saya tak kenal dan tak cinta lelaki pilihan mak dan ayah tu?...", soal munirah dengan hati yang sebal. "korang boleh berkenalan dan bercinta selepas berkahwin kelak... mak dan ayah dulu pun macam awak juga. di paksa berkahwin di usia yang muda tapi kami bahagia sehinggalah ke hari ini...", kata mak Timah. "tapi mak...", kata kata munirah di potong pantas oleh ibunya. "dah... dah... dah... jangan banyak bertapi lagi. awak mesti ikut cakap mak dan ayah ni. kalau tidak kami tidak akan anggap awak sebagai anak kami lagi...", kata mak Timah. munirah terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan emaknya itu. dalam diam dia mengatur rancangan untuk dirinya sendiri.

*** *** ***

Hari perkahwinan munirah sudah pun tiba. begitu ramai sanak saudara dan jiran tetangga yang datang untuk meraikkan perkahwinan munirah. rumah munirah penuh dengan para tetamu yang datang. Semuanya nampak gembira. munirah duduk di dalam bilik tidurnya dengan hati yang gelisah. kata mak Timah mak andam akan datang tak lama lagi. dia harus bertindak sebelum terlambat.

"irah... irah... buka pintu ni... mak andam sudah sampai ni...", kata mak Timah sambil mengetuk daun pintu bilik tidur anak gadisnya itu tapi pintu tersebut masih juga belum di buka walaupun di ketuk berulang kali. "irah... irah... buka pintu ni...", kata mak Timah namun pintu itu masih juga tidak di buka. mak Timah terpaksa membuka pintu tersebut dengan kunci spare di tangannya. perlahan lahan pintu di buka. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat munirah sudah tidak ada di dalam bilik tidurnya.

dia terus pergi check almari pakaian anak gadisnya itu. semua pakaiannya sudah tidak ada di dalam almari tersebut. mak Timah tahu yang anaknya sudah pun melarikan diri dari situ. "oh... tidak!.... munirah!!!!!!....", jeritnya histeria. Dia terduduk di atas lantai sambil menangis teresak esak. dalam diam dia merasa sungguh menyesal kerana memaksa anak gadisnya berkahwin dengan lelaki pilihan hati mereka. namun penyesalannya itu sudah tidak berguna lagi. anak gadisnya sudah melarikan diri entah ke mana...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro