Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15. PERTENGKARAN

suzana sedang minum bersama-sama dengan kawannya rita ketika dia terdengar suara orang bertengkar tidak jauh dari kantin sekolah itu. "eh, apa yang bising bising tu? ada orang bertengkar ke?", soal suzana kehairanan. "entahlah...", rita menjawap sambil memakan kuih popia di tangannya. Sewaktu mereka sedang duduk di situ tiba tiba fikri muncul di depan mereka.

"zana!, cepat... badrul dan azmi tengah bertengkar tu. diorang bertengkar pasal kau...", kata fikri termengah-mengah. suzana terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan fikri itu. "bertengkar pasal aku? apa kaitan aku dengan diorang pula?", soal suzana kehairanan. "jangan banyak tanya lagi.... jom kita pergi tengok diorang", kata rita di sebelahnya. mereka pun bangun lalu beredar dari situ

Di luar kantin sekolah kelihatan semua pelajar yang lain sedang berdiri menyaksikan pertengkaran yang hebat itu. masing masing nak tengok siapa yang kuat dan siapa yang lemah dalam pertengkaran tersebut. suzana dan rita pun sampai di situ. kelihatan badrul dan azmi bertengkar sambil bertolak-tolak bahu. "eh, kau ingat kau tu handsome sangat ker nak tackle si suzana tu? handsome lagi wajah atuk aku dari wajah kau tu", kata badrul. "eh, cakap tu baik baik sikit, ye.... wajah aku ni kira okay juga tau. Jangan jangan wajah kau tu yang tak handsome. Wajah kau macam wajah atuk kau yang dah berkedut sana-sini. kalau suzana tengok pun nak termuntah dia...", ejek azmi pula.

"wei, kau jangan nak naikkan darah aku, eh.... sekali aku tumbuk wajah kau tu, terus bengkak seribu wajah kau tu nanti...", kata badrul dengan berang sekali. "Kalau kau berani kau tumbuklah wajah aku. Lepas tu aku sepak wajah kau pula...", balas azmi pula. "Eleh... kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu... aku tak takut lorh... anyway, kau jangan mimpi nak tackle si suzana tu. dia milik aku...", kata badrul lagi. "Wei... siapa cakap dia milik kau, hah? jangan perasanlah kau akan dapatkan dia... by the way, dia milik aku bukannya milik kau...", giliran azmi pula bersuara. "dia milik akulah...", kata badrul pula sambil menarik kasar kolar baju sekolah azmi. "bukan!... dia milik aku...", kata azmi pula. Mereka berbalas pandangan marah.

suzana merasa sungguh marah apabila dia melihat 2 orang rakannya itu bergaduh kerana dia. dia juga merasa malu pada semua pelajar pelajar yang ada di situ. "azmi, badrul... sudahlah tu!.. tak baik korang bertengkar kat sini. malu di lihat orang....", tegur suzana sambil berdiri di depan 2 orang pemuda tersebut. "zana, cuba kau cakap siapa di antara kami ni yang akan jadi boyfriend kau. dia ke atau aku?", soal badrul ingin tahu. "sebenarnya aku tak ada hati nak bercinta sekarang. Aku cuma anggap korang sebagai kawan biasa saja. Tak lebih daripada itu...", kata suzana perlahan lahan.

badrul dan azmi terdiam sebaik saja mereka mendengar perkataan gadis itu. "jadi selama ni kami bertepuk sebelah tangan lah?", soal azmi separuh jengkel. "nampak gayanya macam tulah. buat masa ni aku nak tumpukan perhatian aku pada pelajaran. Tentang cinta tu lain kali saja aku fikirkan... aku harap korang akan faham...", kata suzana perlahan-lahan. "Aku faham", balas badrul. "Aku pun faham", celah azmi pula. "kalau macam tu korang bersalam dan berdamailah... tak baik korang bermasam muka kerana perkara ini...", kata suzana dengan lembut. Perlahan lahan badrul dan azmi pun bersalaman tanda berdamai. "kita kawan saja, ya?...", kata suzana sambil tersenyum. badrul dan azmi terpaksa menganggukkan kepala mereka...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro