Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14. KEMENANGAN

suasana di kawasan kolej angsana pagi itu begitu sibuk sekali. Kelihatan joana, benji dan rakan rakan mereka yang lain baru saja sampai di kawasan kolej tersebut. mereka turun dari atas motorsikal masing masing sambil berbual bual dengan riangnya. ketika mereka sedang lalu di hadapan notis board utama, tiba tiba langkah kaki joana terhenti di situ juga. "apa yang awak baca tu jo?", soal benji di sebelahnya. "Ini, hah... ada pertandingan ratu cantik pada malam gala minggu depan", kata joana. "apa awak nak masuk pertandingan ratu cantik tu ke jo?", soal benji. "Tidaklah. Saya cuma nak baca notis ni aje. buat apa masuk pertandingan macam tu? buang masa aje...", kata joana.

tiba tiba muncul pula sekumpulan gadis yang seksi di situ.bitulah fina dan kawan kawannya. mereka bergaya habis bagaikan gadis modelling pula. "baguslah, kalau kau tak masuk pertandingan ni. kalau kau masuk tentu semua orang akan ketawa besar apabila tengok tomboy macam kau ni naik pentas, tak pandai bergaya langsung... hahaha...", sindir fina sambil ketawa. "apa kau cakap?... aku tomboy yang tak pandai bergaya?... eh, perempuan perasan sebenarnya aku pandai bergaya juga tau tapi aku tak mahu bergaya habis habisan macam korang yang seksi tak ubah seperti pelacur murahan. Terdedah sana... terdedah sini... Tak cukup kainlah tu", sindir joana pula.

"wei, cakap tu baik baik sikit, ya... kami bukannya pelacur, tau... kalau betul kau pandai bergaya aku cabar kau... kau mesti masuk dalam pertandingan ratu cantik ni. siapa yang jadi juara dalam pertandingan ini nanti dialah yang paling pandai bergaya...", tutur fina dengan berang sekali. "oookay, aku terima cabaran kau tu. aku akan masuk dalam pertandingan ni", balas joana dengan pantas. "baiklah. by the way, jangan mimpilah kau akan menang, tomboy perasan", kata fina lagi. "whatever, bitch!", joana bersuara dengan geram. fina menjuihkan bibirnya lalu beredar dari situ. "betul ke awak akan masuk dalam pertandingan tu nanti,jo?", soal benji. "yep, just wait and see who will be the winner...", jawap joana tegas.

Malam gala pun tiba. joana bersiap dengan di bantu oleh ibunya sendiri. dia nampak cantik malam itu. rambut panjang yang selalu di ikat dan di sembunyikannya dalam topi di biarkan terhurai kemas di belakangnya. bibir yang tak pernah di calit dengan gincu sebelum ini kelihatan sangat cantik di saluti warna merah jambu. wajah yang tak pernah di bedak nampak cerah dengan bedak yang di gunakannya. dia kelihatan sangat cantik dalam gaun yang di pakainya. setelah siap berpakaian kemas mereka pun terus pergi ke dewan besar kolej angsana itu.

Begitu ramai orang yang datang pada malam itu. ini termasuklah benji dan kawan kawannya. fina dan geng gengnya pun sudah sampai awal di situ. mereka sibuk dengan hal masing masing. joana merasa sangat gementar tapi dia cuba untuk bertenang.

Acara pertandingan pun di mulakan. Satu demi satu peserta tampil ke depan untuk memperagakan pakaian cantik masing masing. ini termasuklah fina dan joana. benji dab kawan kawannya terkejut bila melihat penampilan joana malam itu. mereka tidak sangka gadis tomboy itu telah bertukar menjadi seorang gadis yang cantik jelita.

selepas acara memperagakan pakaian, para penonton di hiburkan dengan lagu dikir barat sementara menunggu keputusan dari pihak juri yang mengadili pertandingan tersebut. Setelah persembahan dikir barat itu, "baiklah, saya akan mengumumkan para pemenang pertandingan ini. tempat ke tiga di menangi oleh sara ibrahim", kata pengacara tersebut. sara pun tampil ke depan dengan di iringi tepukan dari para penonton. "Tempat ke dua di menangi oleh fina mohd ali...", kata pngacara itu lagi. fina melangkah lalu berdiri di sebelah sara. joana menggetapkan bibirnya. dadanya berdebar kencang.

"pemenang pertama pertandingan ratu cantik gala ini di menangi oleh...", drum di ketuk bertalu-talu. "...joana johari!...", kata pengacara itu. joana merasa terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan dari mulut pengacara tersebut. namun dia merasa sungguh gembira sekali dengan pengumuman itu. Dia pun terus tampil ke depan dengan di iringi tepukan gemuruh dari para hadirin. benji dan kawan kawannya bersorak keriangan. fina merasa sungguh terkejut apabila dia mendengar pengumuman tersebut. dia terus jatuh pengsan di situ juga. joana tersenyum gembira sebaik saja dia menerima tropi dan mahkota yang kini tersemat indah di atas kepalanya. akhirnya dia berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro