Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11. PENYESALAN

seperti biasa, arman menunggang motorsikalnya dengan laju sekali. Dia memberhentikan motorsikalnya tidak jauh dari bangunan maybank yang sibuk itu. Matanya melilau ke sana ke mari . Dia sedang memerhatikan mangsa yang seterusnya untuk di kerjakannya. Tak lama kemudian dia lihat ada seorang wanita separuh baya sedang melangkah keluar dari dalam bangunan maybank yang berdekatan. wanita itu sedang melintas jalanraya yang ada di depan matanya. tanpa berlengah lagi dia pun terus menghidupkan enjin motosikalnya menuju ke arah wanita tersebut.

beg tangan wanita itu di rampasnya. Kemudian dia terus memecut laju motorsikalnya. wanita tersebut terus jatuh di atas jalanraya. dia di langgar pula oleh sebuah kereta dari arah belakang. dia menjerit kesakitan. tubuh wanita itu remuk akibat di langgar oleh kereta tersebut. darah merah mengalir membasahi tubuhnya.

sementara itu kelihatan arman tiba di belakang sebuah bangunan yang jauh dari tempat kejadian itu. dia terus membuka beg tangan yang di rampasnya sebentar tadi. sebaik saja dia membukanya dia segera mengambil dompet yang ada di dalam beg tersebut. dia tersenyum riang. dia tahu pasti ada banyak duit di dalamnya.

tiba tiba matanya terpandang akan kad pengenalan wanita yang di ragutnya sebentar tadi. senyuman di bibirnya hilang serta-merta. "ini kan kad pengenalan mak saya!... ya allah!... saya telah meragut beg tangan mak saya sendiri... oh, tidaakkk!...", dia pun terus memecut motorsikalnya kembali ke tempat kejadian.

Dari jauh lagi, dia lihat begitu banyak orang sedang berdiri di tepi jalanraya yang di lumuri darah itu. arman tahu emaknya masih terbaring di atas jalanraya tersebut. dia segera menghampirinya emaknya itu. dia lihat darah merah mengalir membasahi wajah emaknya. "mak, maafkan man!... sebab man lah mak jadi begini...", dia menjerit, menangis dan meraung macam orang gila. dia merasa sungguh menyesal kerana meragut beg tangan emaknya sendiri. namun segalanya sudah terlambat. penyesalannya sudah tidak bererti lagi. emaknya telah pergi menghadap ilahi buat selama-lamanya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro