10. KEJUTAN
"cikgu anita sangat cantik orangnya. kalau lah aku jadi boyfriend dia sudah tentu aku lelaki yang paling bertuah dalam dunia ni", bisik hati kecil azri. Memang sudah lama dia menyimpan perasaan cinta pada guru bahasa melayunya itu. Di sekolah dia selalu berangan angan hendak bercinta dan berkahwin dengan guru tersebut. Walaupun dia tahu impiannya untuk bersama cikgu anita adalah mustahil sama sekali namun dia masih juga berharap bahawa di suatu hari impiannya akan menjadi kenyataan. Di mana dia akan bercinta dengan guru itu dan berkahwin dengannnya. Malah dia sempat berangan angan nak ada anak dengan guru tersebut. Begitu tinggi sekali angan angannya. Dan petang itu juga, dia melayan angan angannya sambil tersenyum seorang diri. Dia seperti orang gila pula. Tersenyum tak tentu fasal. tiba tiba, "apa yang awak fikirkan tu sehingga awak senyum sampai ke telinga?", soal satu suara. azri terkejut dari angan angannya. dia lihat papanya berdiri memerhatikannya.
"oh... papa, tak ada apa apalah... er, papa dari mana ni?", soal azri ingin tahu. "papa dari rumah kawan tadi. guess what? papa ada kejutan untuk awak", tutur papa azri dengan gembira sekali. "kejutan?... kejutan apa pula ni, papa?", soal azri ingin tahu.
"awak pun tahu papa dah lama hidup menduda, kan?...", soal papa azri. "Ya...", jawap azri sepatah. "guess what?... papa sudah bertemu dengan jodoh papa... papa rasa papa nak berkahwin dengannya...", papa azri bersuara sambil tersenyum lebar. "Oh, syukurlah... akhirnya papa nak berkahwin juga. siapa wanita yang bertuah tu, pa? bila papa nak kenalkan dia pada saya?", soal azri ingin tahu. Papa azri semakin tersenyum lebar. "You know what?... Today is your lucky day... papa ada bawa dia ke sini untuk berjumpa dengan awak. nanti dulu, ya... papa pergi panggil dia sekejap...", papa azri pun terus beredar dari situ.
Tidak lama kemudian, dia kembali ke situ dengan seorang wanita di sebelahnya. "azri, perkenalkan. inilah kekasih papa dan bakal isteri papa. namanya cikgu anita binti junaidi. nita, ini anak tunggal abang, namanya azri bin musa...", papa azri bersuara sambil tersenyum riang. sebaik saja azri terpandang akan wajah wanita itu, dia terkejut bagaikan terkena renjatan elektrik pula. Wanita itu tersenyum padanya. "itu kan cikgu anita? betulkah apa yang aku lihat ni? Aku tidak bermimpi, ke?", soal azri tanpa di sedarinya. Dia mencubit pipinya berulangkali. Pipinya terasa sakit pula. rupa rupanya dia tidak bermimpi. itulah kenyataannya. Papanya akan berkahwin dengan guru bahasa melayunya. "oh... tiiiddaakkk!!!...", jeritnya histeria.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro