Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1. BERMIMPI

adam melangkah dengan penuh bergaya di atas pentas. semua mata tertumpu ke arahnya. lampu spotlight menerangi setiap langkah kakinya. dia nampak rockers habis malam itu. dia mula menyampaikan lagu ciptaannya sendiri dengan penuh semangat. semua penonton ikut menyanyi bersamanya. dia lihat amy search pun ada di situ menyanyi bersamanya.

Tiba tiba dia rasa macam penyanyi terkenal pula. maklum le dia dapat menyanyi dengan amy search pula tu. kira gempaklah tu. ramai penonton yang datang menonton konsertnya malam itu. Lepas nyanyi lagu ciptaannya mereka mula menyanyi lagu isabella pula.

bukan main seronoknya adam sebaik saja dia menyanyikan lagu tersebut dengan bintang idolanya itu, tiba tiba, "adam!... oh!... adam...", pekik satu suara di telinganya. dia terkejut sebaik saja dia mendengar suara itu. oleh kerana terlalu terkejut, dia terus terjatuh dari atas pentas tersebut.

"adoi!!!...", jeritnya kesakitan. "adam!... kenapa dengan awak ni?", soal satu suara di sebelahnya. dia terus membuka matanya. rupa rupanya dia terjatuh dari atas kerusinya sendiri. dia lihat cikgu haidar dan classmatenya yang lain sedang memerhatikannya.

"kenapa pula saya ada di sini? mana amy search? kami menyanyi bersama sama tadi?", katanya kebingungan. "amy search kepala otak awak!... hoi!... adam, awak masih tak sedar lagi ke?... awak bermimpi di siang hari lah!", kata cikgu haidar dengan geram sekali. "Hahahaha...", classmate adam yang lain ketawa terbahak-bahak. barulah adam sedar bahawa dia bermimpi sebentar tadi.

"oleh kerana awak tidur ketika cikgu mengajar maka cikgu akan menghukum awak. Awak harus berdiri di atas meja sampai habis waktu belajar. cepat!... naik ke atas meja tu sekarang juga", kata cikgu haidar padanya. "baiklah cikgu...", katanya perlahan-lahan. dia pun terpaksa berdiri di atas meja studynya dengan hati yang sebal. Dalam diam dia berazam untuk tidak tidur lagi ketika belajar...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro