
Part II 'Ank kucing'
"Pulangkan hak aku!"
"Pulangkan apa?"
"Anak kucing tu. Kau ambil anak aku!" jerit aku lagi.
Kawan-kawan aku semua tergamam. Mereka buat keputusan untuk pergi ke rumah aku mencari anak kucing itu. Haikal dan Imran wakil diri untuk ke sana. Mereka pun segera pergi. Sebelum Haikal dan Imran pergi mereka sudah maklumkan kedatangan mereka ke sana. Selepas tiga puluh minit, akhirnya Imran dan Haikal tiba di hadapan rumah aku.
Haikal dan Imran turun dari kereta dan memberi salam. Beberapa saat kemudian, kedengaran pintu dibuka dan salam dijawab.
"Walaikumusalam... dah sampai ya? Jemputlah ke dalam," pelawa En Zikri kepada teman-teman aku.
"Tak apa pakcik. Kami nak terus ambil apa yang di suruh."
Imran menunduk hormat sedikit sambil tersengih.
"Baiklah. Haaa, anak kucing tu dalam sangkar. Ada dekat tepi dinding tu. Kejap pakcik ambilkan."
Pakcik Hakim berlalu meninggalkan dua anak muda itu. Dari luar Haikal dan Imran dengar jelas sekali tangisan seekor anak kucing. Tapi agak pelik macam bunyi orang menangis.
"Nah. Hati-hati. Pakcik susul kemudian bersama makcik ke sana nanti," ujar Hakim pada kawan-kawan anak perempuan dia.
"Baaa... Baik, pakcik. Kami minta diri dulu."
Mereka berdua pantas masuk ke dalam kereta dan bergerak ke tempat kerja dengan segera. Di dalam kereta mereka berpandangan. Yakin ke mereka membawa kucing seseram ini pada waktu tengah malam? Selamatkah mereka? Imran dan Haikal kuatkan semangat demi aku. Dalam sepanjang jalan itu, anak kucing itu tidak berhenti menangis dan terus menangis dengan mendayu-dayu. Meremang bulu roma Haikal dan Imran.
Keadaan bertambah hangat, apabila aku menendang kaki Pak Akob. Jujur waktu itu, bukanlah aku. Kesian pada Pak Akob kerana kaki dia dah la sakit tambah pula aku tendang. Pak Akob seorang yang rajin beribadah dan tak tinggal solat. Dia juga selalu jadi 'bidan terjun' merawat pekerja-pekerja perempuan yang kena rasuk. Pak Akob merasakan dirinya tidak kuat dia meminta mereka memanggil ustaz berdekatan meminta tolong kerana jin yang merasuk badan aku ni, jin kafir yang degil dan susah hendak keluar.
Aku ketawa berpanjangan dan mengejek.
"Pulangkan!" pekik aku membuatkan mereka yang lain terkejut. Aku memandang pak Akob dengan mata yang terbutang luas seolah ingin terkeluar dari songket. Merah seperti biji saga kerana terlalu marah.
"Assalamualaikum," ucap seseorang. mereka yang sedang menyaksikan Pak Akob dan aku terus menoleh ke arah suara yang memberi salam dan menjawab serentak.
"Silakan duduk, ustaz Adli," pelawa Pak Akob ramah.
Ustaz Adli senyum dan akur dengan pelawaan tersebut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Pak Akob yang terdapat ruang kosong itu. Dia terus melihat ke arah aku.
"Mengapa kau tidak mahu keluar? Bukankah dengan cara baik, mereka suruh? Kau mahu kami halau dengan cara kasar?" soal Ustaz Adli nada lembut tetapi tegas.
Aku memandang mereka dengan renungan tajam. Mereka yang lain melihat, rasa takut. Ainul kata pada aku. Mereka kuatkan iman dan semangat walaupun, ketika itu... bulu roma mereka mencanak naik. Mereka bertiga duduk serapat-rapatnya. Jauh sedikit dari lelaki iaitu Farhan, Pak Akob dan Ustaz Adli.
Parking saja kereta mereka berdua terus keluar dari kereta bersama kucing itu. Sangkar di biarkan dalam kereta Imran. Segera kaki dihayun laju ke dalam bilik rehat mall itu.
Skreeekk...
Tap!
Tap!
Kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di sekitar luar bilik rehat mall itu. Mereka di dalam sudah panas punggung tetapi badan menggeletar.
Dum!
"Assalamualaikum!"
Mereka yang terkejut kecuali ustaz Adli dengan bunyi-bunyi tersebut mengurut dada dan menarik nafas lega. Lalu salam dijawab.
"Walaikumusalam."
Imran dan Haikal memandang ke arah anak kucing yang dibawa.
"Eh?"
Mereka berdua kehairanan. Tadi kucing itu menangis tak henti. Sekarang tiba-tiba senyap pula! Kepala tak gatal di garu. Malam yang penuh mendebarkan bagi mereka yang ada di sini.
"Kenapa?" tanya Pak Akob menoleh ke arah Imran dan Haikal. Ustaz Adli juga turut sama memandang dengan senyuman.
"Kembalikan hak aku!" rintih aku sayu dengan oktaf sedikit tinggi.
"Baik. Aku kembalikan dengan bersyarat..."
"Apa?"
"Keluar dari badan dia. Jangan kau merasuk lagi pada sesiapa pun manusia, kalau kau ingkar, binasalah badan kamu. Kerana aku tidak agak-agak nak menghapuskan kau!" Ustaz Adli memberi amaran tegas.
Aku memandang tajam ke arah ustaz Adli. Aku merengus kasar. Perlahan-lahan aku menganggukan kepala.
"Aku keluar. Jangan kau orang ganggu tempat aku!" kata aku tegas.
Setelah ustaz Adli merawat diri dan pulihkan semangat aku. Tetap tubuh aku terasa lemah sekali. Selepas seminggu cuti, aku kembali sihat seperti biasa.
Tamat
726 words
Cover by cutieshinmin tq so much😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro