Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

Mata aku melilau melihat sekeliling di kantin.

"Yah, mana Jay ni?" Kata aku seraya meminum air sirap limau yang dipesan olehnya tadi.

"Weyh, kajja ke kelas jelahh." Kata yujin. Kawan baik aku sejak dari kecil lagi.

"Tunggulah jay—"

"Weyh! Jay confess kat heejin!" Kata seorang pelajar perempuan sambil menunjuk-nunjuk ke arah rooftop.

Aku mengerut dahi.

"Apa yang diaorang mengarut ni?" Aku mula mengatur langkah ke rooftop diikuti Yujin.

Sesampainya aku disitu. Dan benar kata gadis itu tadi. Jay sedang melutut di hadapan seorang gadis. Tak lain dan tak bukan, heejin. Gadis ini cukup terkenal di sekolah sama seperti Jay.

Mata aku mula berair.

Yujin melihat ke arah aku dengan perasaan risau. Lalu dia menarik tangan aku pergi dari situ.

"Yahh! Kenapa kau tarik tangan aku?" Tanya aku sambil menepis tangan Yujin.

"Aku tak nak kau sakit hati!"

Aku mengesat air mata yang sedikit keluar dengan kasar.

"Dah lah!" Aku berlari masuk ke dalam kelas.

Sunyi. Hanya aku dan yujin sahaja didalam kelas ini sekarang. Mereka yang lain, ada yang masih makan di kantin dan ada yang melihat situasi Jay dan heejin.

Aku menyembamkan muka ke meja.

"Heekyung..." Panggil yujin.

Aku menoleh.

"Apa?"

"Ish, kau janganlah macam ni!" Kata yujin dan menyilang tangannya.

"Apa-apa lah." Heekyung kembali menyembamkan kepalanya ke meja.

BUK!

Bunyi itu menarik perhatian aku dan yujin. Kami segera menoleh ke pintu, dimana bunyi itu berasal.

"YAH!"

"Heejin?" Aku berdiri.

Heejin mendekati aku dan terus menampar wajah aku dengan cukup keras.

"Aghh!!" Aku mengerang kesakitan.

"Berani-beraninya kau dekat dengan boyfriend aku!" Kata heejin.

Aku mengerut dahi.

Masa bila aku dekat dengan Jay?

"Masa bila saya dekat dengan Jay?"

"Tch, jangan buat buat tak ingatlah!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro