Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 9

"SEKOLAH terbiar."

"Apa?" Miss Kay yang sudah terlopong itu dipandang mereka berdua.

"Gila ke nak pergi ke sana? Kita dalam hutan ni kan?"

Glacier mengeluh kecil. Sudah dia sangka yang akan adanya reaksi sebegitu. Tanah dipandang, cuba untuk mengelak pandangan risau daripada kedua orang guru perempuannya itu.

"Tapi kita dah takde pilihan lain dah, miss. Hari dah nak gelap, lagi bahaya kita tidur kat luar. Dahlah sehabuk alat perkhemahan pun kita takde."

"Dan tu sekolah terbiar tu tak bahaya?" Soal Hana dengan nada dingin. Anak anak muridnya yang lain dilihat sekilas.

"Sir Erald dan Sir Iane dah cek tempat tu. Ada tempat yang selamat untuk kita menginap... Apa kata kita pergi ke sana cepat? Saya takut kita akan tersesat je kalau jalan dalam gelap." Cadangan Glacier itu dibalas dengan anggukan lemah daripada dua orang wanita itu.

Kay menoleh ke arah murid-muridnya yang sedang menunggu arahan daripada mereka. "Jom ikut Glacier pergi ke tempat berteduh."





"AKU dengar Cier kata 'sekolah terbiar' ke tadi?" Soal Ika sambil menyorok di belakang Rine. Rine yang melihatnya pula hanya membuat muka datar sambil berjalan mengikuti rakan rakannya yang lain.

"Aina rasa Ika silap dengar ni..." Aina tersenyum nipis cuba untuk menghilangkan rasa takut di hati.

"Betullah dia sebut sekolah terbiar tadi." Supra yang sedang berjalan di sebelah mereka menyampuk. Aina dan Rine membuat muka datar.

Wajah Ika mula memucat. "Tak bahaya ke?"

"Kalau bahaya lah seronok!" Kata Haiz dan Blaze serentak. Terserlah riak teruja di wajah mereka berdua. Lagi lagi apabila mereka sudah semakin dekat dengan bangunan tersebut.

Ika menelan air liur kelat. Bangunan tersebut dipandang dengan wajah takut. "Seronok apanya?"

"Seronok sebab boleh prank orang."

Sekali lagi, Haiz dan Blaze berkata serentak. Kedua mereka memandang sesama sendiri dengan wajah pelik.

Ika turut berkerut hairan. "Aww, korang! Nak buat moment sweet pun agak agaklah! Aku tengah takut ni!" Ujar Ika geram sebelum dua belah kasut tepat mengenai mukanya.

"Sweet pala otak kau!"

"Aduh!"

Aina yang melihat reaksi serentak oleh Haiz dan Blaze itu sudah menggelengkan kepala perlahan. "Ship sungguh ni..."

Rine memandang kawasan sekeliling mereka yang sudah dikelilingi dengan bangunan sekolah. Rasa pelik mula bertandang apabila melihat bangunan sekolah di kirinya dibina dengan gaya mewah dan sebelah lagi dibina dengan gaya lama.

Cumanya yang mewah kelihatan seperti hampir runtuh manakala yang lama pula masih kukuh berdiri dan lebih kemas.

"Kenapa dengan tempat ni?"







SKREEET...

"Tak payahlah main seret seretkan kaki kau! Jalan elok elok boleh tak?"  Nuura menjeling tajam wajah acuh tak acuh Ice itu.

Skreeet... Skreeet...

"Ya Allah..." Nuura memejamkan mata erat, cuba menahan geram dengan sikap lelaki yang berjalan di sebelahnya itu.

"Rilekslah, bukan aku kacau kau pun," ujar Ice tenang.

Nuura mengetap gigi. Kiri kanannya dipandang. Cuba mencari sahabat baik sendiri iaitu Nana. Apabila melihat Nana sedang mengacau Halilintar dan Taufan, wajahnya bertukar datar.

Skreeet... Skreeet...

Buk!

"Aduh!" Ice mengaduh sakit apabila kakinya ditarik sehingga tubuhnya tersembam ke lantai.sedaya upaya dia cuba untuk bangun namun apabila kakinya yang tersarung dengan kasut sudah diangkat dan ditarik ke hadapan, dia terbeliak.

"Woi Nuura! Tangan kau sakit tu kan?!"

"Lantaklah! Janji takde bunyi menjengkelkan tu lagi!" Kata Nuura dengan nada geram. Tanpa mempedulikan pandangan rakan rakannya dan tangannya yang bengkak, dengan selambanya dia mengheret Ice yang terbaring itu.

"Hurm... Ikut kaulah, aku boleh tidur," ujar Ice sebelum melelapkan mata. Memang ambil kesempatan sungguh ya ni.

"WOI POLAR BEAR! KAU BUAT APA PADA KAWAN AKU TU!!"

"YA ALLAH,MURID MURID!! BOLEH TAK BEHAVE?!"





HUSNA tersenyum senget untuk menahan tawa apabila melihat pergaduhan yang sedang berlaku di antara Ice, Nana dan Nuura itu.

Beberapa saat selepas itu, dia mula bertukar muram semula. Telefon pintarnya yang dirampas masih dibayangi sehingga sekarang. Wajah Solar yang berjalan agak jauh darinya dijeling tajam.

Melihat wajah tersebut sudah memerah teruk kerana digigit kerengga, Husna tergelak nakal. Masih dia ingat bagaimana Solar terjerit kesakitan apabila tubuhnya dipenuhi dan digigit dengan beribu ekor kerengga itu.

Ya, dia tahu dia kejam... Ngehehe~

Lepaskan kuasamu! Mereka akan tahu!

Mendengar lagu yang mirip dengan nada dering phonenya, automatik Husna menoleh ke arah sekeliling. Punca bunyi yang datang dari sebuah kelas dihampirinya perlahan.

Skreeet...

Pintu bilik kelas itu dibuka. Semakin kuat bunyi tersebut kedengaran, semakin laju langkahnya diorak ke tempat tersebut.

Tanpa disedarinya, dia sudah terpisah jauh dengan ahli kumpulannya ketika itu...





LENGAN dan wajah yang sudah merah kerana digigit kerengga tadi digaru kasar. Tidak habis habis mulutnya memaki gerangan yang membuatnya begitu walaupun dia tidak sempat nampak wajah mereka.

Yang dia tahu, dua dua perempuan.

"Habis lah aku macam ni... Peminat aku hilang macam mana?" Gerutu Solar geram bercampur risau.

"Kau mana ada peminat." Nadz yang menyampuk secara tiba tiba itu dijeling tajam.

"Kau tak tahu apa apa, jadi baik kau diam." Jawab Solar dengan nada tidak mesra. Tempat di mana kebanyakan pelajar perempuan dilihat.

"Kau cari siapa?" Soal Nadz yang masih lagi tidak diam. Eh---

"Jurukamera aku... Mana ek dia?" Soal Solar hairan. Matanya masih lagi kekal melihat sekeliling untuk mencari gerangan yang digelar jurukamera nya itu.

Nadz mengangkat sebelah kening. "Siapa?"

Solar tidak menjawab. Saat menyedari gerangan gadis tersebut langsung tidak kelihatan berdekatan, dia terus berlari ke arah guru guru perempuannya.

"Miss Hana!"

Hana yang sedang melepaskan pegangan Nuura pada kasut Ice itu menoleh. Wajahnya bertukar hairan apabila melihat wajah kerisauan anak muridnya itu. "Kenapa ni?"

"Husna... Husna hilang!"

Miss Kay yang berada dihadapan sekali bersama Glacier tersentak mendengarnya.

"Biar saya pergi cari Husna," ujar Kay sebelum berlari ke arah di mana mereka masuk tadi. Hana yang ingin menghalang rakannya itu, terpaksa membatalkan niatnya apabila menyedari keselamatan anak anak muridnya lebih penting.

"Kenapa tu?" Soal Fiqa kehairanan melihat Miss Kay yang sudah pecut menjauh.

Isya menoleh ke arah Fiqa. "Kau... Kau tak sedar ke kawan kau hilang?"

"Astaghfirullah..." Fiqa menggelengkan kepala perlahan untuk menjawab soalan Isya itu. Wajahnya ketika itu sudah memucat kerana risau akan rakannya itu.

"Kau pergi mana tadi, Fiqa? Aku ingatkan kau dengan Husna?" Soal Isya lagi. Terserlah juga riak risau di wajahnya.

Fiqa terdiam. Wayar di dinding yang dibeleknya sebentar tadi dikerling sekilas.

'kenapa ada wayar kat tempat ni?'

"Aku termenung sekejap tadi..." Jawab Fiqa dengan nada perlahan. Wayar dan pertanyaannya di dalam hati tadi dirahsiakan dulu daripada yang lain.

TBC

AUTHOR'S NOTE

maaf kalau serabut gaya penceritaan Harini, Ika takde idea dan mood mana TvT

Assalamualaikum bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro