Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 7

BEBERAPA pucuk pistol dimasukkan ke dalam beg sandang yang ingin dibawa ke dalam hutan. Tidak ketinggalan pisau pisau kecil yang turut dibawanya dari sekolah. Saki baki ruang yang tinggal di dalam beg, dipenuhi dengan coklat dan beberapa alatan kimia seperti ubat dan lain lain.

"Err... Rine... Kau tak rasa ke yang..." Isya mengetap sedikit bibirnya apabila dipandang dingin oleh gadis bernama Rine itu.

"Takpelah, silakan lah bawa. Sila sila."

Aina menepuk dahi perlahan melihat Isya tidak lagi melarang. Malah menggalakkan pula. Ingin sahaja dia menegur Rine itu namun tidak berani pula mulutnya untuk berbicara.

"Dah siap ke belum? Aktiviti kita dah nak mula ni."

Beg sandangnya terus digalas oleh Rine apabila mendengar kata kata Fiqa itu. Isya dan Aina hanya mampu pasrah melihatnya.

"Risau aku dengan dia ni..."

Aina mengangguk mengiyakan. "Tulah kan?"






"HUSNA, tangkap gambar aku boleh?" Belum sempat Husna menjawab, jejaka itu sudah berposing di sebuah pokok.

Husna membuat muka datar. "Berikan sebab kenapa aku kena tangkap gambar kau?"

Apabila melihat Husna masih lagi tidak mengambil gambarnya, Solar membuat muka tidak puas hati. "Ala... Banyak songeh lah kau! Kau jugak kan yang untung dapat gambar lelaki hensem," ujar Solar dengan angkuhnya.

"Hensem? Celah mana?"

Husna yang sudah dihadiahkan dengan jelingan tajam milik Solar itu menggulingkan anak mata. Phonenya dikeluarkan sebelum dia memfokuskan kamera ke arah Solar yang sudah membuat gaya acah hensem.

Hensemlah sangat--

"Kamu bawa phone?"

"Ya Allah!" Husna tersentak apabila bahunya dipegang dari belakang. Puan Elaina yang sudah berada dibelakangnya itu dipandang. Cepat cepat gajetnya itu diselukkan ke dalam poket. Manakala Solar sudah lama melarikan diri dari situ.

'Tolonglah jangan kantoi... Tolonglah jangan kantoi..." Doa Husna berkali kali di dalam hati.

Namun apabila Puan Elaina sudah menghulurkan tangan untuk meminta phone, wajahnya bertukar muram. Phonenya dikeluarkan semula sebelum diserahkan kepada wanita itu.

"Sudah ditetapkan yang gajet elektronik tak dibenarkan di sini. Kenapa degil sangat?!"

Husna memejamkan mata saat dijerkah. Tidak habis habis hatinya mengutuk Solar ketika itu.

'Tunggulah kau mamat lampu, aku buat kau jadi sup lepas ni.' getus hati Husna geram.

Dan secara kebetulan, ketika itu Rine melalui kawasan tersebut dengan dua pucuk pistol di tangan. Kelihatan dia sedang membersihkan alatan tersebut dengan selambanya.

Namun yang peliknya, Puan Elaina masih kekal statik memaparkan wajah marah ke Husna. Rine yang sudah berlalu pergi pula bukan sahaja langsung tidak dimarahi malah ditegur pun tidak.

"Puan..." Baru sahaja Husna ingin bertanya, bunyi jeritan wisel tanda berkumpul memotong ayatnya. Dengan lajunya dia terus berlari ke tempat berkumpul apabila Puan Elaina sudah menjerit ke arah semua murid supaya cepat.




"PAGI ini kita semua akan menjalankan aktiviti jungle tracking. Namun kita akan berpecah mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kompas, peta dan empat walkie talkie. Diingatkan supaya setiap peserta membawa air dan makanan segera sendiri. Bagi yang muslim pula, pakaian sembahyang wajib dibawa."

Semua pelajar dan para guru mengangguk faham apabila mendengar kata kata daripada Tuan Kaizo itu. Alatan yang disebut lelaki itu turut diedarkan kepada semua pihak sekolah oleh Tuan Hayder.

Buat pengetahuan pembaca, ayatnya semua di dalam bahasa Inggeris tetapi author malas nak translate. Agagagaga.

"Aktiviti kali ni akan menguji kemahiran membaca kompas dan peta kamu semua. Diingatkan supaya tiada yang bermain berpecah dari ahli kumpulan sendiri. Kami tidak mahu ada kes kehilangan pelajar di tengah tengah hutan ni," sambung Tuan Kaizo lagi dengan nada tegas.

"Peserta SMK Dreamer, datang ke sini sebentar." Automatik semua pelajar dan guru SMK Dreamer memandang ke arah Puan Elaina yang sudah melambai dari suatu tempat.

"Kenapa kita berpecah dari sekolah lain?" Kay membuat muka hairan apabila menyedari hanya mereka sahaja yang berpisah dari sekolah dan negara negara lain.

Puan Elaina tidak menjawab. Sebaliknya, beberapa kertas diedarkan kepada semua murid. Para guru terkebil kebil melihatnya. Ada yang mengambil kertas tersebut daripada murid sendiri apabila mereka tidak mendapat satu helai pun.

"Di kertas yang kamu semua dapat itu, tertulisnya peraturan peraturan yang harus kamu patuhi sepanjang aktiviti berjalan. Dan diwajibkan untuk semua peserta menjawab soalan yang diberikan," ujar Puan Elaina tegas.





KERTAS tersebut dibaca sebaik sahaja Aina mendapatnya. Satu persatu ayat dihadam sehabis baik.

RULES

1. PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIBERIKAN ATAU DENDA YANG BERAT AKAN DIKENAKAN.

2. TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENARIK DIRI SEBAIK SAHAJA AKTIVITI BERMULA.

3. GUNAKAN SEMUA KEMAHIRAN YANG ADA DI DALAM SETIAP AKTIVITI.

4. SEGALA JENIS SENJATA DIBENARKAN...

Aina mengerutkan dahi apabila membaca peraturan tersebut. Senjata? Apa benda--

"Kenapa peraturan peraturan ni..."

Dan apabila peraturan keempat dibaca, air liurnya ditelan kasar. Serta merta bulu romanya naik.

5. CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK KEKAL HIDUP DAN SELAMAT.

"Astaghfirullah..." Aina beristighfar perlahan apabila membaca semula kesemua peraturan tersebut.

"Pelik... Kan?" Haiz yang berdiri di sebelahnya dipandang. Jelas gadis tersebut turut berasa keliru dengan perkara yang dibacanya.

Aina mengangguk mengiyakan. "Peraturan dia..."

"Soalan tu kau tak baca lagi kan." Haiz menunjuk ke arah ruang di mana beberapa soalan berada.

QUESTION

Semua peserta WAJIB menjawab soalan soalan di bawah.

1. Survive atau putus asa?

2. Ditinggalkan atau dibenci?

3. Kehilangan atau kematian?

4. Nyawa atau kawan?

SILA JAWAB SOALAN SOALAN BERIKUT.

"Apakah..."

"Baik semua, saya harap semua soalan sudah siap dijawab."

Apabila menyedari Puan Elaina ingin mengambil semula kertas jawapan, cepat cepat Aina menulis jawapannya. Argh, hentam sahajalah!

"Okay, semua. Pastikan alatan sembahyang dan sebotol air mineral dibawa. Kita nak mulakan aktiviti sekarang. Jangan lupa kompas semua tu," kata Puas Elaina selepas selesai mengutip semua jawapan.

Aina melihat sekeliling, jelas kebanyakan murid dan guru gurunya sudah membuat muka tidak selesa dan curiga.

Namun apabila mendengar nada tegas dari si tentera, kesemua mereka terus masuk ke dalam hutan yang tebal itu.

"Jangan sekali sekali kita berpecah."

TBC

AUTHOR'S NOTE

Mengarut ya saya malam ii ni <3

Aktiviti jungle tracking ni memang ditunggu-tunggu oleh kedua author sebenarnya. Hehehe

Dan soalan soalan di atas tu sila jawab ya. Harap peserta boleh bagi kerjasama.

Btw, say hi to miss sweet nightmare!

Goodnight and sweet dream!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro