Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 5

"BANGUN SEKARANG! TAHAJUD! TAHAJUD! CEPAT BERSIAP DAN PERGI KE SURAU CEPAT!"

Halilintar membuka matanya apabila mendengar suara jeritan yang amat kuat itu. Apabila dia menjenguk ke luar khemah, kelihatan seorang lelaki dewasa sedang meronda sambil menjerit untuk mengejutkan semua peserta.

"Ni kenapa tak bangun lagi?!"

Mata Halilintar terbeliak apabila melihat lelaki yang bernama Tarung Hayder itu mengheret keluar beberapa orang peserta dari khemah berdekatan dengan selambanya. Wajah mamai mereka kelihatan terkejut apabila diheret dan dicampak begitu.

"Bersiap SEKARANG!"

Halilintar terhenjut sedikit apabila lelaki itu menjerkah garang. Walaupun jerkahan itu tidak ditujukan kepadanya, tetapi impak dia tu... Fuh, sampai!

Melihat lelaki itu semakin mendekat dengan khemah mereka, Halilintar mula gelabah. Tempat tidur Gempa yang sudah kosong dilihat sebelum dia memandang ke arah Taufan yang masih lena. Tanpa rasa bersalah, dia terus menendang kuat kawannya itu.

"Bangunlah, gila!"

Taufan mengerutkan dahi apabila dikejutkan begitu. Jam tangan yang diletak di tepi dilihat dengan mata kuyu.

3:15 pagi.

"Awal lagi..." Ujar Taufan perlahan sebelum memejamkan matanya semula. Mahu menyambung mimpi indah yang tergendala sebentar tadi.

Halilintar berdecit geram. Kelibat lelaki tadi yang semakin mendekat itu menyebabkan dia memilih untuk terus pergi. Biarlah Taufan tu. Biar dia cari cara nak hidup sendiri.

Eh lain macam ayat ku...

Pintu khemah dibuka sebelum dia terus keluar dengan beberapa alatan mandi. Taufan yang sudah berdengkur halus itu sempat dijeling.

"Aku doakan kau masih hidup..."







"LIMA minit lagi, Haiz... Lima..."

Haiz membuat muka datar melihat Nana yang masih tidur dengan nyenyaknya itu. Nuura yang sedang membaiki balutan di tangan sekali sekala memanggil nama rakannya itu untuk mengejutkannya.

"Lima... Lima... Jangan sampai lima jari aku ni hinggap ke muka kau! Cepatlah bangun Nana! Nuura pun dah give up nak kejut kau!" Ujar Haiz geram. Mananya tak geram, dia sudah lewat ke surau kerana ingin mengejutkan kawannya yang seorang ini.

Nana yang masih lena itu dipandang geram.

Percayalah, kalau dia tidak mengantuk sekarang, dia tak akan teragak-agak untuk mencampak Nana ke dalam laut.

"Kejutkan orang lain dululah... Rine ke... Husna ke... Taufan ke..." Kata Nana separuh sedar.

"Macam mana nama mamat tu boleh keluar dari mulut dia?" Soal Husna yang sedang menyimpan semula alat mandinya itu. Nana yang masih memejamkan matanya dipandang hairan.

Nuura sudah tersenyum nakal mendengarnya manakala Haiz hanya mampu beristighfar.

"Kalau kau tak nak laksanakan kewajipan kau sebagai hamba Allah, tak apalah." Haiz mengeluh perlahan.

"Wajib apanya tahajud je?" Nadz yang baru sahaja masuk ke khemah itu menyoal hairan. Sempat dia tersengih apabila melihat ruang di dalam khemah itu.

Best pula main masuk khemah orang. Hohoho~

Haiz menjeling Nadz. "Shhh... Aku nak kejut dia ni..."

Nadz mengerutkan dahi sebelum menangguk faham. "Ouh... Kenapa tak cakap nak kejut orang? Kalau nak kejut, kita kena buat camniiiiii..."

Sebotol air mineral milik Husna diambil sebelum dia menuangkan segala isinya ke atas muka Nana. Husna terlopong. Manakala Nana yang sudah terduduk itu terus berlari keluar khemah.

Nasiblah Nana tidur sambil memakai tudung ketika itu. Haih...

"Kenapa dia terus lari--" soal Nuura.

"Sah dia mamai..." Haiz menggelengkan kepala perlahan.

"WEYH!! APA BENDA AKU TENGOK NI! QKWYKAHWKQIWJWNWJW!!"

Suara kuat seseorang yang datang dari luar khemah menyentakkan mereka berempat. Terus pintu khemah diselak.

"Masya Allah, siapa yang teruk sangat gelak tu?" Soal Nadz.

Dan apabila mereka berempat melihat keluar, mereka ternganga seketika.

"Apakah--" Husna terkelu. Manakala Nadz dan Nuura sudah tertawa melihat perkara tersebut.

"Rakam woi rakam." Haiz tersenyum nakal sebelum mengambil phone Husna yang berjaya diseludup. Butang ikon kamera ditekan dan dengan jayanya dia merakam perkara tersebut.

Jelaslah di situ Taufan sedang memakai kostum rama rama sambil mengelilingi kawasan khemah

Denda ni denda.







AKTIVITI memasak yang bakal bermula itu sedikit sebanyak menerujakan mereka semua. Walaupun kebanyakan mereka masih penat akibat perlu memasak seawal 4 pagi, namun apa pilihan yang mereka ada?

"Setiap sekolah cuma akan diberikan masa selama 2 jam. Jika makanan tak sempat disiapkan dalam tempoh itu, jangan haraplah nak makan. Tapi lepas siap masak tu, jangan mengada nak makan terus. Tepat pukul 6 pagi, kita solat berjemaah kat surau."

Peringatan dari salah seorang tentera yang bernama Kaizo Izyan itu dibalas dengan anggukan.

"Kenapa dia cakap melayu weyh, kesian negara lain tak faham." Supra berbisik hairan kepada Glacier.

Glacier tersenyum. "Dia translate tu... Kau tak dengar ke yang Blaze asyik ulang 'gak bisa bahasa inggeris, gak bisa bahasa inggeris' dari tadi?"

Supra terdiam sebelum mengganguk faham.

Manakala di tempat cikgu pula...

"Aku cadang kita buat pertandingan di antara kita berempat. Siapa yang menang dapat suruh yang kalah belanja apa apa sahaja yang dimintanya." Cadangan dari Kai itu ditolak.

"Gila, tak pasal pasal ada yang bankrup nanti macam mana?" Hana membantah.

Kai tersenyum senget. "Padan muka lah siapa yang kalah~ ohoho~"

Hana mengambil sebuah botol air sebelum mengetuk Kai berkali kali dengan wajah yang langsung tiada perasaan. Iane yang dari tadi berdiam diri hanya mengeluh melihat kelakuan cikgu berdua itu.

Kay yang turut mendiamkan diri sambil menunduk itu dipandang pelik. Biasanya cikgu yang seorang ni paling bising, ni kenapa senyap je?

"Aip! Jangan pandang kakak aku lama lama!"

Iane membuat muka datar apabila Kai menghempuk mukanya menggunakan botol air milik Hana.

Dahlah botol tu penuh...

"Kau ingat aku berkenan sangat ke dia?"

Kai mendengus geram. "Yalah... Aku tahu kau pelik kenapa dia macam tu. Biasalah, dia yang paling fail bab memasak antara kitaorang bertiga. Tengah fikir mana nak dapat duitlah tu bila nak belanja aku yang menang nanti. Muahahaha."

Hana dan Iane membuat muka apabila mendengar ayat kurang ajar Kai itu. Wajah Kay yang kelihatan risau itu dipandang sekilas sebelum dia tersenyum jahat.

"Jom lah bertanding."

Dan ketika itulah mereka bertiga dapat mendengar Kay sudah menggumam sendu.

Para pelajar yang melihatnya hanya mampu makan popcorn sahaja. :D oho~











"WOI! Api api!!" Blaze menjerit teruja apabila pan di tangannya sudah menjulang api yang amat marak. Ditambah lagi minyak yang ada walaupun tangannya hampir dibakar api tersebut.

Supra yang melihat perbuatan Blaze itu mencuit Sir Iane yang sedang menerangkan resepi kepada Glacier.

"Sir... Sir tak rasa macam kena hentikan dia ke?"

Sir Iane menoleh ke arah Blaze yang menjerit itu. "Astaghfirullah..." Terus dia membuka langkah menuju ke arah pelajarnya yang seorang itu.

Macam manalah dia boleh mula memasak kalau resepi pun tak decide lagi?

Pan yang masih terbakar hebat itu dirampas sebelum dia mencampakkannya ke dalam sinki. Blaze yang sudah memuncungkan mulut tanda tidak puas hati itu dipandang kosong.

"Kalau nak kena masak, silakanlah buat hal," ujar Sir Iane dengan nada tenang. Namun setenang manapun wajahnya ketika itu, aura gelap tetap terasa di sekelilingnya.

Blaze menelan air liur takut.

"Woi, Solar! Kau buat apa tu?!" Suara Glacier menjerit mengalihkan perhatiannya. Solar yang sedang menaburkan gula dan garam ke atas Ice yang sedang tidur dipandang Iane dengan muka...

...Yang sukar digambarkan.

Yang pasti, dia akan bankrup sebab kena belanja yang menang lepas ni.

Sebilah parang dibawa ke tempat Solar dan ice itu.

"Meh sini Solar, aku tolong kau. Sebelum masak kita kena sembelih dulu..."

"HUWAA!! LEPASKAN AKU!!!"

#innalillahpolarbear







SAYUR sayuran yang berada di atas papan pemotong itu dipotong laju. Apabila menyedari mereka kekurangan beberapa bahan, dia memandang ke salah seorang muridnya.

Gempa yang sedang menyiapkan air dipandang. "Mana lobak dan bawang?" Soal Kai sambil cuba menahan gelak. Apron yang dipakai Gempa tu...

Pink pink jambu gituwwww. WKWKWKWKKW.

Gempa membuat muka bosan apabila mendengar sedikit tawa Kai yang terlepas. Sekelilingnya dipandang sebelum dia menggelengkan kepala. "Lupa ambillah tu kut. Minta Frostfire ambil."

Frostfire yang baru sahaja pulang dari tempat bahan dengan dua ekor ikan membuat muka tidak puas hati.

"Aku baru sampai kut, bagilah aku rehat!" Frostfire membuat muka penat.

"Takde takde, kau pergi sekarang."

Mendengar arahan yang datang dari gurunya itu dengan nada yang teramat kejam, dia mengeluh. Akhirnya dia pergi semula ke tempat bahan sambil membuat muka sedih.

Kai melihat kumpulan Iane dan Hana. Melihat beberapa makanan yang kelihatan lazat sedang disiapkan, dia mengetap gigi.

Tak boleh jadi ni!

"Taufan."

Taufan yang sedang menolong Halilintar membersihkan sotong dan udang itu dipanggil.

"Apa, sir?"

Kai tersenyum sinis sebelum menghulurkan dua balang bekas terisi serbuk lada dan garam. "Tambah perasa dalam masakan diorang." Tempat Hana dan Iane ditunjuk.

Taufan turut tersenyum nakal mendengar arahan cikgunya itu. Tanpa banyak soal, balang balang tersebut diambil lalu tempat kumpulan Hana terus dituju.

Gempa dan Halilintar membuat pandangan sadistik ke arah Kai yang sudah tergelak jahat.

"Cikgu apa macam ni?"






KAY merenung jari jemari runcingnya yang sudah bertampal dengan plaster di sana sini. Tisu yang sudah penuh dengan darahnya dibuang ke dalam tong sampah.

"Haih... Kenapalah aku cuai sangat?" Keluh Kay dengan wajah yang muram. Tangannya yang luka kerana terhiris dengan pisau tajam dibelek perlahan. Anak anak muridnya yang sedang fokus membuat hidangan dipandang.

"Kesian diorang sebab dapat cikgu menyusahkan macam ni..." Ujar Kay sendu. Anak anak muridnya masih lagi dilihat.

Fiqa yang sedang menyiapkan masakan mereka bersama Isya, Aina pula sedang membuat pencuci mulut manakala Haiz pula sudah membersihkan tempat memasak.

Tengok. Senang je diaorang buat kerja. Tak ada cikgu pun takpe ni. Huhuhu...

Kay berkerut sedikit apabila merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Anak muridnya dipandang satu persatu.

Fiqa, Isya, Aina dan Haiz.

Kay menepuk dahinya perlahan. Ya Allah, patutlah rasa seperti ada yang kurang!

"Mana Rine?" Soalan Kay itu dibalas dengan gelengan kepala tanda tidak tahu. Melihat kelibat gadis itu langsung tiada, dia beristighfar perlahan.

"Astaghfirullah..."










"HUSNA, siapkan pinggan dan cawan. Kita nak hidang dah ni."

Husna mengangguk mendengar arahan Miss Hana itu. Pinggan mangkuk yang disediakan pihak kem diambil sebelum dibawa ke arah meja di kantin. Sempat dia menyapa Fiqa yang turut menghidang makanan kumpulannya.

"Cepatnya masak..." Ujar Husna kagum melihat kumpulan kawannya itu.

Halilintar yang kebetulan lalu di situ turut membuat muka kagum melihat masakan kumpulan Miss Kay itu.

Bukan ke Sir Erald kata yang Miss Kay tak pandai masak?

Saat jejaka itu terpegun, Husna memusingkan badan ingin pulang ke tempat kumpulannya. Apabila tubuh Halilintar menjadi tempat yang dipandangnya apabila berpusing, dia terdiam.

Masya Allah, bila masa lelaki ni duduk dekat dengan dia?

Wajahnya mula memerah apabila posisi mereka masih tidak berubah lantaran Halilintar langsung tidak perasan akan dirinya.

Ingin sahaja dia pecut lari dari situ namun apabila menyedari kedudukannya agak terkepung dengan kerusi yang berada di kiri kanan dan meja yang terletak di belakang, dia menarik nafas panjang. Halilintar yang masih melihat masakan kumpulan Kay itu ditolak ke tepi sedikit.

Melihat reaksi terkejut Halilintar saat Husna menolaknya itu, wajah Husna semakin memerah.

Comel...

"Err... Tumpang lalu..."

Halilintar mengundur ke belakang sedikit untuk memberi lakuan. Wajah Husna yang memerah itu dipandang pelik.

"UuUuUUuuuUUU movie apa tadi?"

Fiqa yang tersenyum nakal itu dipandang dengan muka bosan.

"Senyaplah mama."

"..."


TBC

WATAK TAMBAHAN

━━━━━KEM━━━━━

TUAN HAYDER


Nama penuh : Tarung Hayder
Jawatan : tentera Malaysia

━━━━━KEM━━━━━

TUAN KAIZO


Nama penuh : Kaizo Izyan
Jawatan : tentera Malaysia

•END•

AUTHOR'S NOTE

Apa kebenda entah aku merepek kat chap ni--

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro