Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 49 [EPILOG]

DI hadapan bilik pembedahan. Sir Erald mundar-mandir menunggu keputusan doktor tentang kakak kesayangannya itu.

Setelah mereka diselamatkan, Miss Kay dan semua murid yang tercedera termasuk juga para guru-guru lelaki dibawa ke hospital bagi memberikan rawatan segera kepada mereka.

Miss Kay terpaksa melakukan pembedahan segera kerana kecederaannya terlalu parah. Disebabkan itu juga Sir Erald sedang mundar-mandir sekarang ini.

Doktor kata tipis untuk pembedahan itu berjaya kerana kecederaan terlalu lama dibiarkan sebegitu. Boleh jadi kuman telah merebak ke seluruh anggota badannya.

KREEKK

Bunyi pintu bilik pembedahan dibuka seraya Sir Erald berjalan mendekati doktor itu.

"Bagaiman keaadaan kakak saya doktor?" soal Kai cemas. Doktor dihadapannya itu dipandang dengan penuh harapan agar jawapan yang dia ingini keluar dari kata-kata doktor tersebut.

"Maaf Encik, Cik Kay tidak dapat diselamatkan. Kecederaan dia terlalu teruk dan dia telah kehilangan banyak darah. Sabar ya encik," terang doktor itu sebelum pergi meninggalkan Sir Erald.

Sir Erald tergamam.

Betul ke apa yang doktor tu kata sebentar tadi?

Betul ke satu-satunya ahli keluarga yang dia ada telah pergi meninggalkan dia?

Sir Erald jatuh melutut. Air mata jantannya mengalir di pipi. Dia tidak boleh menerima atas pemergian kakaknya.

Di sebuah wad, seorang gadis yang sedang baring di atas katil itu perlahan-lahan membuka matanya. Erghh... Cahaya lampu menusuki kornea mata menyakitkan matanya.

Perlahan-lahan kiri dan kanannya dipandang. Kelihatan seorang jejaka berambut putih elok tidur di tepi birai katilnya.

"Apa aku buat dekat sini?" gumam Rine. Ya gadis itu ialah Rine. Dia berjaya dijumpai oleh anggota bomba di tengah-tengah kawasan hutan dengan kepala yang berdarah banyak serta sebilah pisau yang tertusuk di perutnya.

Tangannya dilihat Iane menggenggam erat tangannya sambil tidur. Tangannya cuba ditarik dari genggaman itu. Sesekali dia menyentuh kepalanya yang sudah berbalut itu.

"Macam mana aku boleh lari dalam keadaan macam ni," gumam Rine lagi dengan nada tidak puas hati. Perlahan-lahan di menukar posisinya kepada duduk. Dia masih mencuba untuk melepaskan tangannya.

"Eh dia ni. Ada aku tendang jatuh katil satgi." Kali ini dia menarik lagi tangannya kuat dari genggaman jejaka itu dan akhirnya dia berjaya melepaskannya.

Sir Iane terjaga. Dia mengangkat kepalanya yang dilentokkan pada birai katil sebentar tadi. Dia menggeliat sebelum Rine dipandang dengan pandangnya tidak percaya.

"RINE!" jerit Iane seraya menarik tubuh Rine ke dalam dakapan.

"Aku tahu kau akan bangun secepat mungkin," kata Iane sambil memeluk erat tubuh adiknya.

Dia nak bunuh aku ni?

Ahhh aku acah sesak nafas!

"Secepat mungkin....... Maksud kau?" soal Rine pelik. Dia sedikit menyampah melihat kelakuan Sir Iane sebegitu.

"Doktor kata kau mungkin akan koma selama seminggu tapi tak sangka sehari je kau mati astu hidup semula." Rine mengerutkan dahi mendengar penerangan Sir Iane. Mati?

"Aku tahu adik aku kuat sebabtu dia bangun cepat sangat," kata Iane dengan sikit nada perlian. Rine hanya membuat muka datar sebelum dia perasan akan sesuatu.

Mukanya mula membahang bak tomato segar dari ladang apabila memikirkan sesuatu itu.

"Iane lepaskan aku." Mendengar arahan Rine itu Iane melepaskan pelukannya. Muka Rine dipandang pelik.

"Pahal muka kau merah ni Rine? Kau blush eh~" ejek Sir Iane dengan senyuman nakal.

"Rare ni rare."

"Pala kau RARE!" jerkah Rine geram. Lengan Iane dicubit kuat. Iane mengaduh kesakitan tidak henti-henti.

"Tudung aku MANA? Jaket, hoodie, seluar aku mana? Kenapa aku kena pakai baju hospital ni? Tak selesalah! Ahhhhhhhhh," jerkah Rine yang terselit rengetannya bersama.

Sesungguhnya disebabkan pakaian hospital dan tudungnya entah ke mana membuatkan dia membahang kuat gitu.

"Rilex Rine. Bilik kau VIP ni. Aku tak benarkan mana-mana lelaki masuk selain aku," terang Sir Iane sebelum jaketnya dilemparkan ke atas kepala Rine.

"Nah! Baju bersih kau ada dalam beg sana tu," kata Sir Iane lagi sambil menunjukkan sebuah beg di atas kerusi bersebelahan katilnya.

Tak sekarang ni dia nak tudung dia! Faham tak! Rambut dia ngeh!

"Aku nak tudung aku lah!" jerkah Rine. Sir Iane tergelak nakal sebelum kepala adiknya digosok kasar. Satu tudung labuh hitam dihulurkan ke arah Rine. Rine merentap kasar tudung di tangan Sir Iane sebelum menyarungkannya di atas kepala.

"Iane nak laptop," minta Rine.Sir IaneIane memandang pelik ke arahnya.

Sewel ke apa budak ni? Bangun bangun minta laptop?

"Bagi je lah tak payah banyak tanya," arah Rine bengang. Sir Iane mencapai satu lagi beg di atas kerusi lalu mengeluarkan sebuah laptop dan diberikan kepada Rine.

"Kau nak buat apa?" soal Sir Iane sambil melihat Rine yang sedang membuka laptop itu.

"Ada lah," jawab Rine sambil tersenyum sinis.

PANG!

Bunyi pintu dibuka kasar menyentakkan mereka berdua. Sir Iane memandang pelik ke arah Sir Erald yang berkelakuan begitu.

Rine menghembuskan nafas berat sebelum dia mengabaikan sahaja jejaka tersebut.

Nasib dia dah pakai tudung kalau tidak ada aku pancung guna besi satgi.

Kelihatan Sir Erald masih lagi tersedu-sedu menahan tangisan. Sir Iane mendekati Sir Erald.

"Macam mana dengan Kay?" soal Sir Iane.

"Dia dah takde. Satu-satunya ahli keluarga aku dah takde," jawab Sir Erald dingin dengan kepala yang ditundukkan. Sir Iane memandang simpati ke arah Kai.

Dia tahu Sir Erald baru lepas menangis tadi. Sir Iane tersenyum kelat. Kepala Sir Erald diusap perlahan cuba menenangkan jejaka tersebut.

Rine hanya menjeling dari jauh sambil jarinya lincah menekan papan kekunci pada laptop itu.

Woi abang aku tu!

"Allah lagi sayangkan dia Kai..... Segala sesuatu yang terjadi adalah kehendak Allah. Takziah Kai," nasihat Sir Iane sambil sambil tersenyum. Bahu Sir Erald ditepuk lembut.

Nasihat yang Sir Iane berikan kepadanya membuatkan memorinya ketika dia memujuk kakaknya atas pemergian Hana terngiang-ngiang di dalam fikiran.

"Maaf sebab aku main terjah je bilik ni tadi." ucap Sir Erald. Tiba-tiba rasa bersalah pula terjah bilik ni.

"Takpe." balas Sir Iane lembut.

"YES! DAPATPUN!" jerit Rine teruja sambil tersenyum sesaat sebelum kembali membuat muka datar.

"Ceh nak senyum tu senyum je lah," kata Iane sambil mendekati Rine lalu disekeh kuat kepala Rine.

"ADEH! SAKITLAH!" Rine terjerit kecil menahan sakit di kepalanya. Iane ditendang Sir Erald dari belakang.

"Kau nak bunuh adik kau ke Iane? Dah tahu kan kepala adik kau berbalut tu! Yang kau gi sekeh dia kenapa?" soal Sir Erald geram. sir Iane hanya tersengih panda.

Rine yang tidak menghiraukan pergaduhan kedua orang lelaki dewasa itu tersenyum sinis. Paparan koordinat kelihatan pada skrin laptopnya.

"Kau orang bermain dengan orang yang salah Ika, Hayyan."

• TAMAT •

Macam mana? Seronok setelah kisah ni tamat?






Jangan marah kami jika watak anda mati. Kebanyakan yang mati semua atas pilihan anda sendiri.
Bukan semualah, tapi majoriti.




Perasaan korang sepanjang membaca kisah ni?







Adegan kegemaran korang.







Pendapat bagi ending?






























































Di sebuah tempat...

Tit!

Punat 'enter' ditekan sekaligus memuat naikkan satu video ke sebuah laman web gelap. Senyuman puas tersumbing di bibir. Dua orang 'pekerja'nya yang cuma duduk diam tidak berkutik membuat wajah bosan.

Salah seorang dari para 'pekerja', Ika Elyana mengeluh berat. Satu cip kecil yang digenggamnya tadi direnung. Senyuman sinis terbit dari wajah sebelum dia menyisipkan alat tersebut di bawah lipatan sofa.

Pap! Dia menyandarkan badannya. Matanya mengerling ke arah Supra yang kekal memandang kelain lalu dipejam seketika.

"Elyana, Supra."

Ika kembali membuka matanya. Wanita yang memuatnaik video tadi kini berada di hadapan mereka berdua.

"Kenapa, puan?" Soal Supra dengan wajah kosong.

"Bayaran kamu berdua dah saya masukkan dalam akaun. Tahniah kerana berjaya selesaikan kerja ni. Video kali ni dapat sambutan yang hebat tahu tak?" Wanita itu tergelak suka. Ika merenung komputer di atas meja.

Terpampang beberapa video yang dirakam secara haram. Kebanyakan nya terdiri daripada video bergenre thriller dan aksi. Banyak babak kematian dan penyeksaan yang berlaku di setiap rakaman...

Dan yang lawaknya, itu semua benar.

Realiti yang menyakitkan, bukan lakonan dengan dialog yang direka akal fikiran.

"Elya... Jangan sedih sangat..." Ika tersentak. Wanita tadi dipandang pula. Supra di sebelah sudah menggumam perlahan, mengharap supaya rakannya itu tidak dicurigai.

Ika tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak sedih?"




BAM!

Pintu dihempas kuat. Supra menoleh ke arah Ika yang hanya membisu sejak mula. Jarang mahu mendengar suara gadis tersebut

Nah... Bukan benda pelik baginya. Elyana bukanlah jenis yang banyak cakap. Cuma jika dia berlakon sebagai 'Ika'... Itu lain cerita.

"kau masukkan apa dalam sofa tadi, Elya?"

"Cip pengesan," jawab Ika selamba. Kejadian di mana dia menjumpai cip pengesan yang diletakkan padanya bermain di fikiran. Hujung bibirnya terbaik sedikit.

"Motif?"

"Sengaja."

Keadaan kembali senyap. Mereka berdua masih meneruskan jalan. Sesekali mereka terpaksa menyembunyikan diri seketika ketika ada beberapa orang murid yang lalu berdekatan.

"Supra, kau rasa bila dia akan berhenti?"

Supra mengerling Ika. "Kau cakap tentang siapa?"

"Guru besar. Bila dia nak berhenti gunakan murid sebagai mangsa lakonan hiburan dia tu?" Ika berbisik perlahan. Tidak mahu ada telinga lain mendengar isi perbualan mereka.

Supra mengangkat kedua belah bahu. Sejujurnya, dia pun tak tahu sampai bila keadaan akan menjadi begini. Langkah mereka masih tidak dihentikan, menuju ke arah kelas yang semakin sikit bilangan pelajarnya. Supra mengetap bibir menahan rasa sakit di hati.

Tap! Ika berhenti melangkah. cukuplah jarak yang ada untuk mereka melihat keadaan kelas sendiri. Selepas ini mereka akan dipindahkan ke lain pula. Matanya memandang sayu tempat kosong rakan rakannya. Lengan baju Supra ditarik sedikit.

"Jom Supra, kita berhenti dari kerja ni. Lari dari perkara yang mengerikan ni."

Supra memandang wajah rakannya yang seorang itu, lama. Senyuman pahit terukir.

"Aku sokong untuk kau lari, tapi aku tak boleh ikut. Maaf..."













TIT!

Wanita yang bergelar guru besar Dream Highschool itu tersenyum sinis melihat permintaan video baharu. Senarai nama pelajar dan guru diselak.

"Hurm... Siapa ya yang sesuai untuk cerita kali ni?"



TAMAT YANG SETAMAT TAMATNYA.... •


CAMP
Author :
-loveya  [Ika]
Erica_Airine [Rine]

Start : 18th August 2021

End : 13rd January 2022

Status : Completed

CONGRATS TO ALL STUDENTS THAT PASS THE CAMP SAFELY...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro