KEM • 47
"SUPRA! Lepaskan aku!"
"Tak nak, bahaya kalau diorang jumpa kau," jawab Supra dengan nada yang teramat dingin. Langkahnya dilajukan menjauhi bangunan sekolah terbiar tersebut.
Ika yang dari tadi meronta mula tersenyum senget.
"Awww... Kenapa jantung aku berdebar laju ek bila dengar ayat kau? Macam sweet--"
"Bukan sekarang, Ika Elyana. Takde sesiapa yang ada kat sini pun kecuali aku. Kau tak payah berlakon lagi!" Supra membuat muka menyampah. Pergelangan tangan Ika yang berlapik dicengkam semakin kuat. Benci tho dengar suara minah ni versi Ika!
Ika tergelak nakal sebelum wajahnya bertukar sinis. Matanya yang biasanya terserlah aura kenakalan bertukar beku.
"Nampaknya aku dah terbiasa dengan diorang semua..." Ika menggumam perlahan. Supra yang masih mengheretnya lari dipandang tajam.
"Woi."
Tegurannya tidak berbalas.
"Woi, spray."
Masih tidak berbalas.
"Spray baka."
"Kau pehal, Elya? Tak nampak aku tengah cari jalan nak selamatkan kita berdua ni?" Supra menjengilkan mata ke arah Ika.
KRASH!
Buk! Supra jatuh tersembam ke belakang apabila satu sepakan mengena kuat wajahnya.
"Hadiah terima kasih sebab buat aku hadapi diorang seorang diri tadi," ujar Ika sambil tersenyum sadistik. Belum sempat Supra ingin menjawab, satu lagi sepakan dihadiahkan. Supra terbaring kesakitan dengan wajah yang mula berdarah.
Ika cuma membuat riak kosong. Kepala Supra dipijak kuat. Menghalang lelaki itu dari bangun semula.
"Aku... Betul betul teringin nak pecahkan kepala orang..." Bisik Ika kepada dirinya. Pijakannya semakin dikuatkan...
LWUWMSHAKSHWMWSBH!
"What the..." Ika menoleh semula ke kawasan di mana sekolah terbiar itu tak jauh berada. Matanya terbeliak melihat asap yang berkepul kepul keluar dari kawasan itu.
"Final show."
Zap! Posisi mereka berubah. Ika jatuh terduduk apabila kakinya tiba tiba ditangkis. Namun itu langsung tidak dihiraukan nya apabila matanya mula menangkap satu kejadian yang aneh.
Mengapa bangunan terbiar tadi mulai hancur?
"Final show?" Ika mengulang ayat Supra tadi. Wajah jejaka itu dipandang dengan wajah meminta penjelasan.
Supra mengeluh perlahan sebelum menjawab. Hatinya yang dipagut pilu ditahan daripada pecah.
"Separuh daripada diorang akan mati dalam rancangan ni."
Zap! Air mata Ika mula mengalir. Bajunya dicengkam kuat. Apa?
"Kenapa aku tak pernah tahu tentang benda ni? Mati?"
"Sebab kau tak suka main nyawa manusia, Elya... Dan hiburan perlu ditambahkan dengan cara macam ni..." Bisik satu suara dari alat komunikasi nya. Memberitahu satu kepahitan yang teramat pahit bagi kedua pengkhianat muda itu.
"Bertenang Elya, kau dah buat kerja yang baik kali ni."
"Terima kenyataan Ika Elyana, kau dan aku pendosa..." Ujar Supra dengan tubuh yang mula menggigil. Air matanya yang ditahan dari pecah akhirnya turun jua.
"Pendosa yang tak layak untuk hidup..."
SETELAH berhempas pulas bertarung menyelamatkan nyawa. Jalan keluar yang terlihat kelam akhirnya muncul jua.
Air mata mereka mengalir lega. Tubuh yang penat dan sakit sebentar lagi bakal dirawat. Tiada lagi kejadian mengerikan yang akan dialami selepas ini.
Kreeek... Pintu yang hampir musnah itu ditolak. Dengan kudrat yang tersisa, mereka menapak keluar.
Bangunan yang sudah 80% musnah ditinggalkan. Langkah demi langkah tidak dihentikan sehingga kaki mereka akhirnya menjejak tanah hutan.
"Alhamdulillah, kita berjaya..." Ucap seorang dari mereka dengan nada lega. Beberapa mereka tersenyum mendengarnya.
Ya, mereka berjaya...
"Tapi..."
Hampir kesemua mata di situ memandang ke arah gadis yang mencelah. Jelas wajah gadis itu kelihatan gelisah dan takut dengan mata masih memandang ke arah bangunan hancur itu.
"Kenapa ni?" Soal sahabat si gadis.
Gadis itu mula menangis sekali lagi. Jari telunjuknya dihala ke arah satu bahagian blok sekolah.
"Mana kawan kawan kita yang lain?"
Bahagian bangunan yang sudah rentung terbakar dipandang dengan linangan air mata. Nuura meraung sedih. Nadz mengusap lembut bahu rakannya. Air matanya tidak lagi mampu mengalir.
Cukuplah... Cukuplah dia menangisi seterusnya pemergian Halilintar tadi. Dia dah tak larat...
Fiqa menyembamkan wajahnya pada bahu Nadz. Menyembunyikan muka yang kembali sembap kerana air mata.
Sir Iane menyedekahkan Al-Fatihah pada mangsa yang tidak berjaya. Sisa anak muridnya dipandang simpati.
Daripada 20 orang pelajar, cuma enam orang je yang terselamat?
Ice yang kebiasaannya tenang pun mengalirkan air mata. Gempa sudah menutup mata dengan bahu terhenjut henjut menahan tangis akibat kehilangan kembarnya. Frostfire memandang kosong ke arah serata arah. Melihat Sir Erald yang cuba membangunkan kakaknya yang hampir tidak menyedarkan diri.
"Kay! Bangun Kay! Jangan tutup mata! Kau kena kuat!" Jeritan Sir Erald bergema di tempat tersebut.
Sir Iane mengeluh. Mereka selamat... Tapi apa nilai yang perlu dibayar?
"IKA!" satu suara dengan nada dingin datang menerjah perbualan mereka berdua. Ika dan Supra seraya menoleh ke arah punca suara tersebut.
"Rine......" Ika membalas dengan nada cemas. Supra berdecit geram, air matanya diseka.
Bagaimana mereka berdua dapat dijejaki oleh Rine?
"Kenapa kau orang berdua sanggup buat perkara macam ni? Kau orang tahu mengkhianati itu berdosa!" jerkah Rine dengan mata memandang Ika dan Supra silih berganti.
Ika terdiam. Lidahnya seakan-akan terkelu. Tidak mampu membalas percakapan Rine. Ika mengetap bibir kuat. Kepala ditundukkan dengan air mata yang masih mengalir di pipi.
"KAU TAK PAYAH SIBUKLAH RINE!"
"Menjadi tugas aku sebagai salah seorang khalifah di atas muka bumi ini untuk menegur kesilapan kau orang," ujar Rine. Ika yang menundukkan kepalanya dipandang.
Rine dapat rasakan kawannya itu sedang menangis. Rine menghampiri Ika. Ika yang perasan akan perkara tersebut lantas megeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.
"Ja......jangan dekat!" jerkah Ika gagap. Kepalanya turut diangkat. Seperti yang dijangka Rine, Ika sedang menangis sekarang ini.
Bukan dia tak tahu kawan dia yang seorang ni cengeng tapi kawan yang cengeng ni juga dia paling sayang.
Ika mengacukan pisaunya ke hadapan. Tidak mahu Rine mendekatinya. Rine hanya menayangkan riak wajah datar.
"Ya lah aku tak datang dekat. Tenang Ika tenang. Buang pisau tu ke tepi," arah Rine cuba menenangkan Ika yang sudah mula menggelabah.
"Kali terakhir aku tanya! Jawab soalan aku! Kenapa kau orang sanggup buat begini?" soal Rine sekali lagi dengan muka dingin bak bongkah Ice.
"Sebab itu kemahuan kita orang sen......"
"KITA ORANG TERPAKSA!" belum sempat Supra menghabiskan ayatnya Ika menyampuk.
Rine menghembus nafas berat. Tanpa menghiraukan ugutan Ika sebentar tadi dia menghampiri Ika.
"Janganlah nangis weh. Aku tahu kau dan Hayyan terpaksa buat semua ni. Masih ada masa untuk kau orang berubah," ujar Rine. Tudung Ika ditarik sedikit lalu digunakan untuk menyeka air mata tuan kepada tudung tersebut.
Kerek punya member-- tak Sweet langsung.
Kata-kata Rine menyentakkan Supra. Supra berdecit geram. Perempuan ni tahu apa tentang mereka sampai sesuka hati je ingin mengarah? Dia mengambil sebatang kayu yang berukuran tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil.
Supra menghampiri Rine yang sedang memujuk Ika dari belakang.
"ORANG YANG TIDAK BERKENAAN PERLU DIHAPUSKAN."
BUK!
Supra memukul kepala Rine menggunakan kayu tersebut sehinggakan Rine jatuh terdorong ke hadapan. Pisau yang masih lagi diacukan ke hadapan terbenam di dalam perut Rine. Akhirnya, Rine jatuh dipangkuan Ika.
Ika tergamam. Air mata yang sudah diseka sebentar tadi kembali membanjiri pipinya. Supra tersenyum puas.
"Good Elya," puji Supra sambil tersenyum sinis. Puas dia melihat perempuan penyibuk ini ditikam.
Kepala Rine selamat mendarat di atas bahu Ika yang masih berdiri tegak sambil memegang pisau lipat yang sudah terbenam di dalam perut Rine.
"Berubahlah Ika. Masih ada peluang untuk kau berubah selagi kau masih hidup. Jangan sia-siakan masa muda kau dengan perkara terkutuk sebegini. Kenapa kau tidak pernah cerita dekat aku pasal benda gini?" Nasihat diberi kepada Ika dengan bisikan lembut pada telinganya.
Rine tergelak kecil sebelum menyambung bicaranya.
"Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang melakukan kesilapan," kata Rine sebelum badannya jatuh terkulai lemah di atas tanah. Sungguh dari tadi dia manahan dengungan di kepalanya.
Ika jatuh melutut. Rine dipandang dengan riak wajah tidak percaya.
Adakah dia telah membunuh rakannya sendiri?
Badan Rine yang kelihatan lemah ditarik lalu dipeluk erat ke dalam dakapan.
"Rine jangan tinggalkan aku weh." Dengan linangan air mata dia berkata. Pipi Rine ditepuk lembut.
"Rine jangan tutup mata tu. Jangan tidur weh kalau kau tidur aku letak kucing dekat tepi kau," ugut Ika. Dia tidak sanggup melihat kawannya sebegitu rupa.
Rine masih dalam keadaan separa sedar. Masih terasa denyutan dikepalanya. Pandangannya mulai kabur.
"Biarkan je dia Elya. Tinggalkan dia di situ." bisik satu suara yang berpunca dari alat komunikasinya.
"KAU DIAM! KAU TAK FAHAM PERASAAN AKU!" jerkah Ika geram kepada suara di dalam alat komunikasinya.
"Terima je lah Ely. Sudah terang lagi bersuluh kau yang tikam kawan kau tadi," balas suara tersebut dengan nada selamba.
Ika berdecit geram. Bukan dia yang menikam kawannya itu. Mata ditutup erat sebelum Supra dipandang dengan pandangan maut.
"Sebab kau! Rine jadi macam ni!" garau suara Ika memarahi Supra. Supra meneguk air liur kasar sebelum pergi meninggalkan Ika bersendirian bersama Rine.
"Dasar Supra lembab......" Ika menangis lagi. Tubuh Rine dipeluk erat sebelum dia melepaskannya.
"Maafkan aku, Rine." Ika mengesat air matanya yang tersisa. Wajahnya berubah dingin semula. Tempat Supra pergi dihampiri.
"Supra, jom balik. Aku muak dengan tempat ni," ujar Ika dengan nada menyampah. Tiada lagi emosi sedih berada dalam dirinya.
Supra memandang kosong ke arah Ika. Senyuman paksa diukir.
"Elya in the house, huh?"
Ika tersenyum sinis.
"Kehidupan mesti diteruskan," balasnya sebelum berlalu pergi. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang lagi.
TBC
AUTHOR'S NOTE
Maafkan kami jikalau watak anda mati secara tiba-tiba.
*Inesen face*
( Rine ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro