Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 46

KEADAAN menjadi huru-hara. Bunyi letupan semakin kuat. Gegaran besar secara tiba-tiba membuatkan beberapa orang dari mereka berlari bertempiaran. Sir Erald dan Sir Iane sudah buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"SIR! IKUT SINI!" Panggil Gempa kepada guru-gurunya. Laluan ke kiri ditunjukkan. Tanpa berlengah Gempa yang merasakan jalan itu seakan-akan jalan yang benar memasuki laluan itu diikuti Glacier, Fiqa, Frostfire,Hali, Nadz,Ice dan Nuura.

Sir Erald berdecit melihat anak muridnya yang memilih tanpa sebarang keraguan. Miss kay yang dipapah Sir Erald menghembus nafas lelah. Tubuh badannya seperti mahu tumbang dek kekurangan darah yang mula keluar melalui lukanya di bahagian perut.

Kedua-duanya hanya mengikuti jejak langkah Gempa dan yang lain. Sir Iane memandang ke arah segelintir pelajar yang tidak mengikuti Gempa sekali.

"KAU ORANG IKUT SINI!" laung Sir Iane kepada anak muridnya yang lain namun hampa kerana mereka tidak mendengar laungannya dek bunyi runtuhan yang bergema kuat di seluruh pelusuk bangunan. Mereka memilih untuk memasuki ke laluan sebelah kanan.

Sir Iane mendengus geram,tiba-tiba lengannya ditarik seseorang. Gadis yang menariknya dipandang sekilas. Ternyata adiknya yang menarik lengan tangannya. Dia hanya mengikuti adiknya tanpa banyak soal memasuki laluan kiri.

Nasib bukan orang lain yang tarik......

"Permainan baru bermula lagi," ujar si pemerhati dengan senyuman sinis.

Sekumpulan menuju ke arah laluan kanan manakala sekumpulan lagi berlari menuju ke arah laluan kiri. Kumpulan yang memilih laluan kanan telah terpisah dari kelibat kesemua guru-guru mereka.

"Aina ada nampak Nuura tak?" soal Nana cemas. Nana berlari mengikuti sahaja ke mana lorong ini membawa diikuti dengan ahli yang lain. Laluan yang tiada kiri dan kanannya. Keadaan suram tidak begitu cerah di laluan itu.

"Takde rasanya," jawab Aina. Keringat peluh di dahi di kesat. Dirinya sudah letih mahu meneruskan larian namun pada masa seperti ini hanya berlari mampu menyelamatkan nyawa mereka.

Muka Nana sedikit memucat ketika mengetahui dia telah terpisah dari kawan baiknya.

"Blaze aku penat weh!" rungut Haiz yang setia berlari di sebelah Blaze.

"Tak boleh berhenti............"

BDJSKSDNHEJAKWKKSJDJJSNN

Bunyi letupan tersebut menghentikan percakapan Blaze.

"Now, kau dah dengar kita tiada pilihan lain melainkan lari." Haiz hanya menganggukkan kepalanya mendengar jawapan Blaze.

"Weh! Betul ke jalan ni?" soal Isya dengan nada sedikit dingin kepada Thorn. Thorn terus menoleh ke arah gerangan si penyoal.

"Aku pun tak tahu weh," jawab Thorn dengan nada cemas. Ketika itu mereka semua hanya mampu berlari mencari penghujung kepada laluan itu namun tiada tanda-tanda laluan itu mempunyai penghujungnya.

Taufan yang berada di hadapan sekali. Memandang pelik keadaan laluan di hadapannya. Dia seakan-akan ternampak cahaya di hujung laluan. Makin dia dekat makin jelas cahaya itu. Terasa hangat ketika semakin mendekati dengan cahaya itu.

"APIIIIII!" jerit Taufan. Langkahnya terus terhenti apabila penghujung kepada laluan itu dihalang oleh api yang merah menyala. Yang pasti.....

Satu satunya jalan keluar yang ada ketika ini kini dibakar api yang marak menjulang.

Jeritan Taufan yang berada di barisan paling hadapan menghentikan larian mereka semua.

"FAN! PATAH BALIK CEPAT!" laung Thorn melihat api di hadapan itu semakin dekat dengan kawannya.

Taufan menoleh ke arah api itu semula. Dia terkedu melihat api yang semakin mendekat dengannya. Taufan berlari semula ke arah kawan-kawannya yang berada di belakang. Mukanya sudah mula pucat melihat api yang marak dan besar tadi.

"ARGHHHHHHHHH!"

Jeritan dari seorang perempuan mencemaskan lagi mereka semua.

"AINA!" jeritan Nana. Air mata sudah mula mengalir deras melihat kawannya di baham api. Nana mahu berlari menyelamatkan Aina namun Taufan menghalang kerana api yang marak semakin mendekat dengannya.

Jeritan Aina bergema di seluruh kawasan itu. Sedikit demi sedikit tubuh gadis itu dibaham api. Nana, Haiz dan Isya tergamam melihat Aina dibaham api begitu sahaja. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi dengan keadaan sekarang mereka tidak mampu melakukan apa.

Dua kalimah syahadah perlahan-lahan diucapkan. Melihat mereka telah dikepung oleh api yang membara di belakang dan juga hadapan.

Mustahil untuk mereka keluar dari situ.

Sudah tiada jalan lain. Mereka tidak boleh kemana-mana lagi. Api semakin mendekat mengepung mereka.

ARGGJGHGHHHHHHHHHHHH

Nana menekup telinganya tidak tahan mendengar jeritan tersebut. Air matanya mengalir laju di pipi.

Satu satunya perkara yang mereka dapat lakukan saat ini hanyalah memohon keselamatan daripada Sang Ilahi.

Air mata Nana mengalir. Hatinya seakan tersedar sesuatu.

Mengapa hanya ketika mereka seakan berada di akhir nyawa, baru mereka ingin mengingati Dia yang Maha Berkuasa?








KEADAAN di lorong kiri, tidaklah berbeza sama sekali. Cuma yang bezanya, mereka tidak diuji dengan kebakaran, sebaliknya...

KRASHHHH! GROWHHHHHH!

Sir Erald memeluk erat tubuh Miss Kay. Melindungi kakaknya dari terkena hempasan batu yang runtuh dari dinding dan siling.

Ya! Mereka berhadapan dengan bangunan yang mula runtuh! Alangkah gerunnya kejadian kali ini apabila satu persatu alatan mahupun hiasan jatuh ke bawah menemui tanah.

KRASH!

Kaca tingkap yang pecah merobek sedikit lengan Sir Iane. Sir Iane mengetap gigi menahan sakit. Sudah, tiada masa untuk melayan rasa sakit yang mampu diubati! Kini nyawa mereka harus diutamakan. Kerna nyawa tidak dapat dituntut ganti jika sudah melayang pergi.

Rine mengusap kepalanya yang sedikit benjol. Tadi, dia terhantuk sebuah dinding. Berita baik? Ingatannya mula kembali normal.

Berita buruk, kesakitan yang dialaminya seakan mengaburkan pandangan. Kuat dia mencengkam baju Sir Iane supaya tidak tersesat jalan.

Di satu sudut pula, Fiqa, Nadz, Nuura dan Ice berdiri. Mata mereka tekun mengawasi keadaan sekeliling. Takut takut jika ada runtuhan yang berlaku berdekatan.

GROWHHHHHH!

Hah, baru fikir dah jadi--

Pantas. Ice menarik Nuura ke tepi. Fiqa dan Nadz turut cuba dicapai namun malangnya kaki nya tergelincir.

"Hati hati!" Jerit Ice sebelum terjatuh tersadung ke belakang. Nuura yang turut terjatuh meringis kesakitan. Argh, tangannya yang luka digunakan ketika ingin menahan diri dari tersembam tadi!

Fiqa menjerit ketakutan. Nadz sudah memejamkan mata erat saat pecahan simen dan batu yang agak besar itu jatuh ke arah mereka berdua.

"KENAPA BERDIRI KAT SITU JE?!" Halilintar memecut laju ke arah mereka. Nadz dicapai sebelum ditolak menjauh. Fiqa yang ada di sana juga dicampak menjauhi dari tempat berbahaya itu.

Srak!

Kaki Fiqa tersadung. Matanya dipejam erat saat ingin jatuh. Bahagian lantai yang mula dipenuhi serpihan kaca dan batu seakan bakal menjadi tempat pendaratannya.

"Hati hati."

Fiqa membuka mata. Glacier yang menyambutnya dipandang tidak berkelip. Sebelum tubuhnya ditolak lembut ke seseorang.

"Gempa, bawa Fiqa jauh!"

Fiqa menoleh pula ke arah Gempa yang berada dibelakangnya. Kelihatan wajah Gempa resah melihat Glacier.

Mengapa?

"Kau duduk diam. Aku akan cuba lepaskan kaki kau." Ujaran Gempa membuatkan Fiqa spontan memandang kaki mereka. Matanya yang sedia bulat bertambah bulat melihat kaki Glacier yang dihempap batu besar.

"Selamatkan diri, Gempa..."

Fiqa memandang ke arah Glacier yang tersenyum pahit sebelum memandang Gempa yang sudah berair mata.

"Jangan..."

"PERGI JELAH!"

GROWHHHHHH!

Gempa berdecit geram. Fiqa yang cedera itu ditarik ke tempat yang sama Nadz berada. Baru sahaja dia ingin berpatah balik untuk menyelamatkan kembarnya, satu pemandangan ngeri menyapa matanya.

"CIER!"

Fiqa jatuh terjelepok. Air matanya turut mengalir bersama Nadz di sebelah.

"Ya Rabbi... Tiada lagikan jalan keluar untuk kami?" Gumamnya hiba dalam keadaan yang teramat hina.






TBC

AUTHOR'S NOT
OvO

Kbye


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro