Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 43

KAWASAN luka yang lepas di kepala Husna mengeluarkan banyak cecair merah hangat. Monyet yang menggoncang-goncangkan kepala Husna cuba ditolak menggunakan tangan. Mata Husna mula menjadi kabur akibat kehilangan darah yang banyak.

Nuura lantas berlari ke arah Husna bagi menghulurkan bantuan kepada kawannya itu. Walaupun Nuura sedikit teragak-agak untuk memegang makhluk yang dipanggil monyet gila itu tetapi dia tetap memberanikan diri.

Nuura menarik badan monyet yang elok memeluk kepala Husna sekuat hati.

"Lepas gilerrr!" Geram Nuura berkata. Nuura mencengkam bulu monyet itu lalu menariknya tetapi monyet itu tidak melepaskan juga.

Nana turut membantu Nuura melepaskan Husna dari cengkaman monyet gila itu.

"Nuu-chan jom kita cuba pulas lengan makhluk ni sampai patah," cadang Nana.

"Nana ni bukan masa nak main-main lah."

"Kita cuba je lah Nuura."

"Nope."

"Biar aku buat dulu lah macam tu," kata Nana.

Sempat eh dia orang gaduh masa-masa camni.

Nana menggenggam lengan monyet yang kecil molek tu.

"Nuura genggam lengan sebelah monyet tu juga," arah Nana. Tanpa berfikir panjang Nuura pun menurut arahan Nana.

1,2,3

Mereka berdua memulas kedua belah tangan monyet itu sehingga terkehel. Habis belok tangan monyet tu.

"YEAH BERJAYA!" sorak Nana.

Terlompat-melompat macam budak kecil Nana dibuatnya kerana berjaya lepaskan monyet tu dari Husna. Monyet tu dah berguling-guling atas tanah kesakitan.

Nana memalingkan muka ke arah Nuura. Nana terkedu melihat air mata Nuura mula mengalir di pipinya.

"Eh Nuura kenapa ni?" soal Nana cemas melihat sahabatnya itu tiba-tiba menangis.

Kan dah berjaya kalahkan monyet seekor tu mestilah kena gembira mana boleh sedih-sedih.

Husnudzon Nuura mengeluarkan air mata gembira tu.

Makin lebat air mata Nuura membasahi pipinya. Mulutnya seakan-akan terkunci tidak mampu berkata-kata. Nuura menunjukkan Nana ke arah Husna yang sudah terbaring lemah di tepi dinding.

Nana terlopong, mulutnya ditekup menggunakan tangan menahan diri daripada menjerit ketakutan. Air mata Nana turut membasahi pipi.

Kepala Husna dipenuhi dengan darah yang tidak berhenti mengalir dari rekahan luka pada kepalanya. Tedapat juga lubang-lubang kecil sebesar 1 cm pada kepalanya akibat kuku tajam monyet yang datang mencengkam.

Alangkah terkedunya mereka berdua melihat kawannya Husna tidak menyedarkan dirinya. Nuura cuba memastikan nadi Husna masih bergerak. Jari diletakkan di bahagian nadi Husna.

Nuura terdiam. Dia mengetap bibir kuat, air mata tidak berhenti mengalir.

"Husna.......hus.....na....dah......tak.....de......Nana." gagap Nuura berkata. Kepalanya ditundukkan. Nana jatuh terduduk mendengar kata-kata Nuura. Mereka seperti tidak boleh menerima pemergian Husna.

Miss Hana memandang sayu ke arah jasad Husna. Dia tidak mampu melakukan apa-apa selain berdoa akan keselamatan murid-muridnya. Tubuh Miss Hana menjadi lemah kerana banyak kehilangan darah.

Si pemerhati yang memandang Miss Hana yang langsung tidak berlawan itu berdecit geram.

"Aku benci 'watak' yang membosankan. Lepaskan banyak lagi makhluk-makhluk tu ke arah perempuan itu," arah si pemerhati.

UKUKUKAK AK AK!

"Makhluk tu makin banyak pula yang datang," kata Frostfire.

"Bila nak habis ni!" Taufan menyerabutkan rambutnya. Semua orang di situ sudah penat menghadapi situasi begini.

Tanpa mereka sedar beberapa ekor monyet menghampiri Miss Hana. Monyet-monyet tersebut mengheret Miss Hana ke satu ruangan gelap.

"MISS HANA!" jerit Nadz seraya semua orang di situ berpaling ke arah Miss Hana yang sedang bergelut melepaskan diri dari cengkaman monyet.

"HANAAAAAA!" jerit Sir Erald bengang melihat Miss Hana ditarik. Mereka semua cuba berlari ke arah Miss Hana namun monyet-monyet itu datang mengepung mereka.

"NATANG BERUK NI!" jerkah Sir Erald dengan suara garau yang bergema di seluruh pelusuk bangunan. Meremang bulu roma semua orang di situ mendengar jerkahan Sir Erald selaku sir paling buaya di dunia.





"NATANG BERUK NI!"

"Aku je ke yang dengar suara Sir Erald mencarut tadi?" Soal Glacier hairan. Thorn menggeleng dengan tangan sudah menekup kedua belah telinganya. Oh tidak, my not-so-innocent ears!

Gempa menggelengkan kepalanya juga. Matanya sudah meliar memandang sekeliling, cuba mencari dari mana arah suara tersebut.

"Tak... Aku pun dengar."

"MISS HANA!"

Gempa yang tiba tiba menjerit lantang menarik perhatian semua. Terus mereka berlari ke arah tempat Gempa berada.

Melihat keadaan yang berlaku di satu kawasan dipenuhi darah itu, mereka semua terbuntang mata.

Miss Hana yang bergelut dengan beberapa ekor raksasa kecil berupa monyet menyapa mata.

"Hana!" Miss Kay cuba berlari ke arah rakannya itu. Namun pantas satu tangan menghalang.

"Jangan! Kita perlukan dia terkorban atau kita semua akan mati."

Kata kata Ika itu menerima pandangan pelik daripada semua orang. Ika mengetap bibirnya kuat. Alahai, tiba tiba rasa diri ini famous.

"Kau merapu apa? Cikgu sendiri dalam kesusahan dan kau kata biarkan? Anak murid tak guna betul!"  Gempa menjerkah geram.

Ika terdiam. Tangan miss Kay dilepaskan sebelum perlahan lahan dia menapak ke hadapan semua mereka. Tangan didepakan, menghalang semua manusia dari mendekati tempat Miss Hana dibawa.

"Maaf, tapi..."








FLASHBACK....

"Halang mereka semua dari selamatkan Miss Hana."

Ika mengerutkan dahi mendengar arahan seterusnya itu. Sejak bila miss Hana... Ah, abaikan! Mesti sang pemerhati itu sudah lakukan sesuatu.

Dipandang sekeliling, okay line clear! Satu cip komunikasi di sebalik tudungnya dibuka.

"Macam mana?" Alangkah lembapnya soalan yang diberikan Ika ketika itu pada fikiran sang pemerhati dan Ika sendiri.

"Halang jelah macam mana pun. Kata ke mereka yang pengorbanan cikgu tu diperlukan kalau mereka nak keluar hidup hidup."

Ika mengerling jam tangannya yang disimpan ke dalam poket. Pukul 5:45...

"Tapi macam mana kalau identiti aku terbongkar?"

"Bongkarkan jelah, ha senang."

"Gila ke? Tak pasal pasal aku kena tangkap nanti! Dahlah aku dah kata ke diorang yang Frostfire tu pengkhianat!"

"Elyana... Elyana..."

Ika terdiam. Benci pula dia mendengar panggilan namanya yang satu itu.

"Kau lupa ke aku boleh lindung kau dari pihak berkuasa? Dan tentang penipuan kau tu... Aku tak rasa mereka percaya pun... Hahaha!"

Ika kekal berdiam. Dalam hati sudah mengangguk setuju. Namun entah kenapa masih ada sebahagian dari dirinya tidak mahu membongkarkan rahsia sendiri.

Mungkin kau takut dibenci kawan sendiri... Bisik satu suara dalam fikirannya.

"ELYANA!"

"Ha, ye saya cikgu!" Spontan Ika menjawab seperti di dalam kelas. Sang pemerhati membuat muka datar sesaat.

"Kau boleh kan halang mereka dari selamatkan Miss Hana? Aku janji ni je arahan terakhir sebelum kau keluar dari tempat tu. Please... Aku perlukan sikit lagi drama..."

Ika mengetap gigi apabila mendengar suara merayu itu. Perlahan dia mengeluh...

Flashback end











"KALAU KAU SEMUA NAK SELAMAT, TINGGALKAN MISS HANA NI SEORANG DIRI!" Dengan sekuat tenaga Ika menjerit. Harap supaya semua di situ mendengar arahannya.

Sir Erald yang sudah berjaya melepaskan diri dari kurungan monyet itu memandang Ika dengan pandangan tidak percaya.

"Kau kenapa, Ika? Apa masalah kau hah?!" Blaze menyoal kegeraman. Thorn turut memandang hairan.

Ika menunduk. Dalam hati tidak lepas mengharap supaya Supra turut berada di sini. Biar sama sama kena pandangan jelek begini.

Tak guna kau spray, kau blah tak ajak aku. Rungut hati Ika.

"Ika..." Nadz dipandang apabila mendengar suara itu memanggil namanya. Melihat pandangan yang diberikan Nadz hampir sama seperti yang lain, Ika mengetap kuat gigi sendiri.

"Apa Ika tengah cuba buat ni?"






TBC



AUTHOR'S NOTE

Maafkan Rine sebab merapu nakmati tulis part atas tu dan sebelum-sebelum ni *Bow* dan Sorry Husna......*masuk dalam selimut sambung kemas Barang-barang*

Btw ika dah tunang tau OvO

Satu perkataan sebagai penutup acara Rine merapu kali ini.

-MERAPU

sekian--- ceh panjang pula aku merapu.


-Rine

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro