KEM • 42
NUURA dan Nana menyandarkan Miss Hana yang telah pengsan di tepi dinding. Darah dari tangan Miss Hana tidak berhenti-henti mengalir membasahi bajunya.
"Nuura, kau rasa kita sempat ke nak keluar dari tempat yang macam neraka ni?" soal Nana, kepalanya ditundukkan kebawah. Setitis demi setitis air mata jernih Nana mula jatuh ke tanah.
Nuura memandang sayu ke arah Nana. Belakang badan sahabatnya diusap perlahan bagi menenangkannya.
"In Sha Allah, kita sempat keluar dari sini," pujuk Nuura. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Keperitan menahan kesakitan di tangan kanannya yang tercedera masih tersisa.
Hali dan Nadz yang setia bersama dari tadi lagi bersungguh-sungguh mengalahkan monyet-monyet liar yang menyerang mereka. Sekali pandang macam duo maut pun ada..... Seorang pegang pistol seorang lagi pegang dua bilah pisau.
Tak ke cool gitu~
Beberapa ekor monyet teruk dikerjakan mereka berdua. Ada yang buta, ada yang kena headshot dekat kepala, terputus tangan, terputus kepala. Sungguh indah pemandamgn ketika itu. Mereka berdua dikelilingi banyak bangkai monyet yang berbau hanyir.
"Euuuuuuu busuk gila bau monyet ni. Aku rasa monyet-monyet ni mesti tak pernah mandi kan," sindir Nadz. Muka jijik ditayang melihat bangkai monyet yang bergelimpangan di sekeliling mereka.
"Peluru aku dah nak habis ni. Kita kena keluar cepat dari sini," ujar Hali, persekitaran di sekelilingnya di pandang.
"Kenapa monyet-monyet gila ni macam tak berkurang je?" gumam Hali pelik. Dia rasa dia dah bunuh banyak ekor dah binatang ni dengan Nadz tadi tapi macam makin bertambah pula.
Seekor monyet datang menerkam bahu Hali. Dia menggigit dan mencakar bahu Hali sepuas hati. Laju darah merah mengalir di sebahagian tubuh Hali.
"ARGHHHHHHH!" Hali meringis kesakitan. Tubuh monyet itu cuba dialihkan dari dirinya malangnya semua itu sia-sia. Makin dia tolak monyet itu makin besar kesan cakaran monyet itu pada badannya.
Kesakitan yang dia hadapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apabila isi di bahunya dirobek oleh seekor monyet yang mempunyai gigi dan kuku yang tajam datang mencengkam bahunya.
"HALIIIIIII!" Jerit Nadz. Dia terus meluru ke arah Hali macam Naruto. Pisau di tangan digenggam erat bersedia mahu menikam monyet itu bila-bila masa sahaja.
"MATI KAU!" Nadz mengelar leher monyet itu. Darah monyet itu terpercik ke muka Nadz. Muka bengis Nadz ditambah lagi dengan percikan darah pada mukanya menambahkan lagi aura keseraman Nadz. Hali yang terlentang di atas lantai dipandang geram.
"Kau boleh bangun lagi kan Hali?"
"Boleh boleh!"
"Good girl, now bangun.'
" Good girl, pala kau! Aku lelaki lah."
"I don't care girl, Stand up now. We need to fight and survive not to rest and give up," ujar Nadz dengan nada tegas. Hali membuat muka poker.
Nadz jadi gentleman jap. Eh silap, maksud author gentlewoman.
"Sir boleh gerak lagi kan?" soal Frostfire cemas kepada gurunya. Sir Erald menganggukkan kepalanya. Badan Sir Erald di penuhi dengan kesan cakaran yang dalam. Bajunya juga penuh dengan kesan cakaran monyet dan tompokan darah nasib baju tu tak terkoyak teruk sangat.
Monyet yang mencengkam Sir Erald berjaya dimampuskan oleh Frostfire dan Taufan. Taufan dan Frostfire berlawan dengan monyet gila itu tanpa menggunakan sebarang senjata. Seluruh kudrat mereka digunakan untuk berlawan dengan monyet gila tersebut.
Maaf sengaja buat silap. Dihapuskan bukan dimampuskan.
"TAUFAN! FROSTFIRE! BELAKANG KAU ORANG!" jerit Sir Erald apabila mendapati beberapa ekor monyet datang menyerang kedua-dua anak muridnya itu dari belakang.
ARGHHHHHHH!
Jeritan nyaring kedua-dua orang jejaka itu bergema di seluruh pelusuk bangunan. Ice yang sedang menembak seekor demi seekor monyet gila yang entah bila nak berkurang bilangannya terkedu mendengar jeritan tersebut.
Seekor monyet tiba-tiba melompat ke arah muka Husna sehingga Husna terdorong ke belakang. Kepalanya terhentak ke dinding sekali lagi. Kecederaan di kepala Husna yang lepas masih lagi tidak sembuh sepenuhnya.
KEADAAN menjadi huru hara seketika. Semua di situ cuba menyelamatkan Haiz yang menjadi mangsa kemalangan ketika itu.
Betul ke kemalangan?
Rine yang hanya memerhati dari tepi kini mengerling ke arah seseorang. Kelihatan senyuman lebar yang terlorek di wajah gerangan itu. Seperti gembira dengan apa yang terjadi.
Rine mengeluh... Perbincangan nya dengan gerangan itu tadi bermain semua di kotak memori...
•••
Flashback...
Rine yang hanya memerhati menoleh ke arah si pemanggil. Wajah polosnya bertukar keliru mendengar perkara yang dikatakan kepadanya itu.
"Seriuslah?"
Si pemanggil itu hanya mengangguk mengiyakan sambil tersenyum senget.
"Nak join?"
Rine terdiam. Seakan memikirkan jawapan bagi tawaran gerangan itu.
"Kau tak akan rugi... Percayalah." Tangan Rine dicapai. Telapak tangan nya dibuka sebelum gerangan itu menulis sesuatu menggunakan hujung jarinya.
"Kalau kau join aku untuk singkirkan diorang ni... Kau akan selamat dari malapetaka paling dahsyat kat tempat ni." Sambil melorek sesuatu yang tidak dikenal pasti gerangan itu berbicara. Wajah Rine yang mula kelihatan teragak agak dijeling dengan ekor mata.
"Kau nak selamat kan?" Soal gerangan itu dengan senyuman manis di mulut. Tangan Rine diusap perlahan seperti ingin memujuk rakannya itu.
Rine menoleh ke arah seorang lelaki yang berdekatan. Gerangan yang melihat itu turut tidak ketinggalan. Lelaki itu turut dilihat dengan senyuman tersirat penuh makna.
"Kau takut abang kau turut tersingkir huh?"
Rine mengetap bibirnya kuat sebelum mengganguk perlahan. Semakin lebar senyuman gerangan tersebut. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.
"Kalau kau nak abang kau selamat...Join aku."
"Betul ni dia akan selamat?"
Gerangan itu mengangguk yakin. Rine menarik nafas panjang.
"Baik, Rine terima."
Gerangan itu menepuk tangan perlahan tanda suka. Hahaha! Seronok naw dapat tarik orang ke arah dosa!
*Author roll eyes+muka menyampah*
"Tapi, sebelum tu..." Rine memandang semula ke arah gerangan itu. "Apa nama awak?"
"Ouh... Saya Ika Elyana," jawab gerangan itu sambil mengenyit sebelah mata.
Flashback end...
•••
Rine mengepal penumbuk geram. Ya, dia yakin bahawa Ika tahu dia telah lupakan banyak perkara. Ingatannya kini terhad pada memori ketika dia kecil sahaja. Bererti dia masih polos. Terlalu polos.
Ika yang kini menangis kesedihan dipandang benci. Pergh, manusia bertopeng! Perbualan singkat mereka beberapa minit lepas dibayang semula.
•••
Flashback... Lagi TvT
"Kau jalan dengan aku. Tangga ni memang dikhaskan untuk beberapa orang je yang lalu. Baik kita lalu awal sikit sebelum benda ni pecah," bisik Ika ketika melihat tangga reput itu.
Rine berkerut. "Macam mana dengan yang lain kalau camtu? Tak ke bahaya jugak untuk diorang?"
Ika tersengih.
"Tu... Biarkan je mereka. Hehe!"
•••
"Haiz selamat!"
"Alhamdulillah..."
Jeritan beberapa orang lain menyentak fikirannya. Serentak dia dan Ika menoleh ke arah Haiz yang dipeluk Fiqa erat. Kedua mereka menangis takut akibat kejadian tadi.
Rupa rupanya, lengan Haiz sempat ditangkap oleh Blaze tadi. Untung Blaze atlet sekolah, maka kudratnya cukup untuk menarik gadis itu ke atas semula.
Rine yang sudah selamat turun ke bawah, menelan air liur gerun apabila melihat satu pemandangan yang agak dahsyat.
Mayat seorang wanita yang cedera parah. Mukanya sudah mula membusuk dan tidak lagi menampakkan rupa. Patutlah Fiqa terlopong ketakutan tadi
"Babak tadi menghiburkan kau kan?"
Kata kata yang hampir seperti bisikan kedengaran di telinga. Ika yang sedang menggumam sesuatu sambil menekan telinganya dipandang lama. Dia yakin ada satu alat berkomunikasi di situ.
Alat yang menghubungkan sang pengkhianat... Dan...
"Hahaha aku suka tengok babak tu. Sweet!" Ujar sang pemerhati sebelum alat di atas meja tadi ditekan semula.
Tiit....
TBC
AUTHOR'S NOTE
Jangan salahkan saya! Yang jahat tu Ika! Dia jahat! *Tunjuk Ika*
Otak be like... Kau pun Ika ngek =_=
... *Auto diam sat menung masa depan*
Okay, Ika dalam ni je yang jahat. Kat realiti alhamdulillah iman masih ada TvT
Tahu nak membezakan dosa pahala lagi... Hiks--
Okay, sekian. Tu je nak meroyan wkwkwkwkek
Author pun bengang tengok kesetanan oc sendiri-- UwU
Btw, benda sama. Rine tulis part team Sir Erald,
Ika tulis part Sir Iane.
-ika
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro