Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 41

"SIR Erald tengok tu," panggil Taufan sambil menunjukkan ke arah sebuah koridor gelap yang diyakini dari situ punca suara bunyi pelik itu datang. Sir Erald melihat ke arah yang ditunjukkan Taufan.

Dapat dilihat sekumpulan makhluk menuju ke arah mereka. Makin dekat makhluk-makhluk itu makin kuat bunyi suara dapat didengari namun bentuk dan rupa mereka masih tidak dapat dilihat dengan jelas kerana habuk yang tebal di sekeliling makhluk-makhluk itu menghalang pandangan mereka.

"LARIIIIII SEMUA. BIAR AKU HALANG MEREKA SEMENTARA MASIH SEMPAT," arah Sir Erald dengan riak wajah cemas.

"Sir jangan nak tunjuk hero dekat sini  boleh tak? Jok ikut kita orang sekali," sindir Nadz sambil menjeling Sir Erald tajam.

"AKU KATA LARI KAN! Kita takde banyak masa ni!" jerkah Sir Erald. Geram sungguh dengan murid dia yang seorang ni sikit-sikit nak membantah.

"Betul kata Nadz tu sir. Sir pun kena ikut lari bersama juga. Kita orang takkan biarkan sir lawan seorang diri dekat sini," ujar Hali dingin. Sir Erald berdecit geram.

"NADZ! SIR! HALI! LARI CEPAT MAKHLUK TU DAH DEKAT!" Jerit Husna bimbang.

Nuura dan Nana yang sedang memapah Miss Hana menahan empangan air mata dari pecah dek ketakutan yang tiba-tiba hadir dalam diri mereka.

Frostfire dan Taufan menarik lengan Sir Erald menjauhi koridor tersebut.

"Nadz kau pun kena lari juga." arah Hali tegas.Nadz menganggukkan kepalanya.

"Kau pun kena lari juga." Nadz menarik hujung lengan baju Hali berlari menjauhi dari situ. Hali terkedu sebentar sebelum segaris senyuman kecil terukir dibibirnya.

BANG BANG BANG

Kelihatan Nuura menangis teresak-esak apabila seekor makhluk secara tiba-tiba datang menyerangnya sebentar tadi namun Ice pantas menembak makhluk tersebut tepat di kepala menyebabkan makhluk tersebut jatuh menyembam tanah.

"Shhhhh jangan menangis. Aku ada kan, lagipun makhluk tu dah mati rasanya," pujuk Ice sambil tersenyum tenang ke arah Nuura. Nuura hanya menganggukkan kepalanya. Air mata diseka menggunakan hujung lengan baju.

Nana yang mahu menangis terus tak jadi menangis apabila melihat Nuura dan Ice malahan senyuman nakal sempat diukir di bibirnya.

"ARGHHHHHHHH!" jeritan nyaring seorang jejaka bergema di seluruh pelusuk kawasan itu.

"SIR!" jerit Taufan lantas mengambil sebatang rod besi yang berada di tepi dinding. Sir Erald yang meringis kesakitan akibat dicengkam beberapa ekor monyet dihampiri.

"Aku rasa kali ini bukan beruk yang datang tapi monyet," ujar Nadz.

"Lebih tepat monyet gila. Melihat kepada rupa monyet tu mempunyai kuku yang tajam, taring seperti drakula ditambah dengan mata dia orang berwarna terang. Aku rasa monyet ni kena mutasi kut," terang Hali panjang lebar.

Kelihatan Sir Erald dicengkam lima ekor monyet gila. Dua ekor di kaki kiri dan kanan, dua ekor di lengan kiri dan kanan, seekor lagi elok mencengkam tubuh Sir Erald.

Taufan menendang monyet yang tergantung di kaki kanan Sir Erald tetapi monyet itu tidak melepaskan juga. Cengkaman monyet itu makin kuat menyebabkan seluar Sir Erald di bahagian kaki kanan terkoyak.

Kuku tajam monyet itu tertusuk di dalam isi kaki Sir Erald. Sir Erald meringis kesakitan. Darah merah pekat keluar dari kakinya. Taufan mengetap bibir kuat memandang monyet-monyet yang masih lagi mencengkam gurunya itu.

Tanpa berlengah Taufan membuat keputusan untuk mencekik monyet liar tersebut. Monyet itu menggelupur kesakitan dek dicekik oleh Taufan. Muka Taufan menjadi semakin bengis tanpa balas kasihan dia mencekik dan memulas tengkuk monyet itu sehingga mati.

Sir Erald jatuh terlentang di atas lantai. Badannya terasa sungguh berat kerana dicengkam monyet-monyet gila itu. Darah membasahi tubuh badan Sir Erald dek cengkaman yang kuat.

Frostfire turut membantu Taufan melepaskan monyet-monyet gila yang mencengkam guru mereka.

Husna mengambil rod besi lalu menghayunkannya sekuat hati ke arah monyet-monyet yang cuba mendekatinya. Walaupun ketakutan dengan empangan yang cuba ditahan dari pecah Husna tetap menguatkan semangatnya melawan monyet-monyet gila tersebut.












IMEJ yang terpancar pada skrin komputer nya itu ditonton dengan penuh rasa seronok. Satu persatu kecelakaan yang dialami 'pelakon-pelakonnya' ditertawakan. Ibarat semua itu hiburan, bukan satu perkara yang patut dikasihankan.

"Haih... Bosan pula aku asyik fokus ke diorang ni," rungutnya sambil mengetuk ngetuk permukaan meja dengan hujung jarinya. Wajahnya yang serius bertukar gembira apabila satu idea muncul di benak fikirannya.

Tit!

Satu alat kecil ditekan. Apabila cahaya merah bertukar biru, dia terus berkata sesuatu.

"Aku nak konflik baru kat kumpulan Sir Iane tu. Hahaha!"

Tiit... Alat tersebut ditutup kembali.














"HATI hati sikit kat sini. Tangga ni macam mereput..." Ujar Sir Iane sambil matanya fokus melangkah satu persatu anak tangga kayu tersebut. Dalam hati tidak habis habis dia merungut geram.

Kenapalah antara dua blok bangunan, mereka boleh sampai ke blok bangunan lama ni? Nampak je dari luar kemas, tapi tulah... Kayu tetap kayu. Susah nak bertahan lama.

"Miss okay tak ni? Nak saya tolong?" Ika menghulurkan tangan apabila melihat gurunya itu seperti sedang kesusahan untuk melangkah turun. Rine di sebelah turut bersedia, mana tahu kudrat dia juga diperlukan.

Miss Kay mengangguk. Tangan Ika dicapai. Sememangnya dia perlukan bantuan. Kepalanya terasa berat semacam ketika ini, pandangannya pula mula menjadi berpinar pinar. Silap langkah, tergolek juga dia dekat tangga ni.

"Isya... Nak Thorn tolong?" Thorn yang melihat perbuatan Ika itu kini mengulang perkara sama...

Dengan ajnabi. =_=

Isya membuat muka datar. Tangan Thorn yang dihulur dipandang lama sebelum dia terus berlalu melepasi jejaka itu. Dengan penuh selambanya dia menuruni tangga itu seorang diri.

"A... Aku dipalau..." Thorn mencebik sedih. Blaze di belakang sudah tergelak nakal. Kelakar pula melihat kesenduan kawannya itu.

"Sian kau bro... Tulah... Muka tak hensem lagi," sakat Blaze sambil merangkul bahu Thorn. Thorn membuat muka menyampah.

"Husnudzon... Mana tahu Allah nak lindung aku dari dekati zina," jawab Thorn dengan muka penuh perlian. Blaze terkedu.

"Rileks Blaze... Ada masa lagi kau nak ubah diri..." Tangan Blaze ditepuk kasar sebelum dia menolak tubuh jejaka itu menjauhi dirinya. Ha, dari tadi dia tahan. Masam tahu tak bau ketiak kawan dia sorang ni?!

Blaze hanya mendiamkan diri. Tiba tiba cahaya keinsafan muncul di sebalik kegelapan. Aiwah aiwahhh!

Haiz yang dari tadinya mendengar isi bualan mereka hanya tersenyum sendiri. Malas mahu menyampuk seperti biasa. Fiqa yang kelihatan ragu ragu ingin menjejaki anak tangga itu dipandang.

"Kenapa ni mama?"

"Fiqa tak yakinlah benda ni selamat..." Fiqa menekan sedikit papan tangga itu dengan hujung kaki. Wajah nya bertukar gelisah mendengar bunyi berkeriut yang agak kuat.

Haiz mengetap bibirnya. Rasa risau turut ada sebenarnya... Lagi lagi melihat ketinggian tangga itu, pergh bertambah gerun!

Kakinya kini melangkah ke anak tangga pertama.

"Takpe, aku yakin..." Sebelah lagi kaki menjejak anak tangga yang sama.

Prak!

"Aku benci tempat ni."

KRASH!

Dalam sekelip mata, susuk tubuh Haiz lesap dari pandangan mata Fiqa. Jatuh menjunam ke bawah akibat kayu yang patah.

Fiqa terlopong. Suaranya seakan tersekat untuk dikeluarkan dari kerongkong.

BUM!

"HAIZ!"

Suara jeritan Blaze menyentakkan dirinya. Sesaat, dua saat. Dia menoleh ke bawah.

"Arghhh!" Mulutnya ditekup kuat. Imej tubuh seorang gadis yang cedera parah bermain di layar mata.

"Good..." Sang pemerhati tersenyum puas melihat perkara yang terjadi.






TBC



AUTHOR'S NOTE

Huwaaaaaa, Cian Haiz! TvT sowwy... Hiks--









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro