KEM • 40
"NGEH mung." Nadz mengambil pisau yang dihulurkan Hali.
Sir Erald yang sudah mencebik cemburu melihat anak-anak muridnya mengatasi beruk itu tanpa meminta sedikit pun pertolongan darinya berlari ke arah beruk itu mahu menumbangkannya.
Nadz tersenyum nakal melihat Sir Erald yang berlari ke arah beruk yang sedang menari-nari mengikut rentak seksaan.
Eh lain macam bunyi tariannya-
Nadz berlari memintas Sir Erald ke arah beruk tersebut. Dia melompat lalu pisau ditangannya dihayunkan ke arah muka beruk di hadapannya. Akhirnya beruk itu mati selepas mukanya elok ditoreh sehingga terbentuk huruf 'X' di mukanya.
Boleh tahan dalam jugalah Nadz toreh muka beruk tu.
"NADZZZZZZZ!" Sir Erald menjerit kegeraman sambil mendekati Nadz.
"Ya saya. Pakcik ada masalah mental ke? Nak saya bawakan pakcik ke hospital sakit jiwa tak?" soal Nadz kepada Sir Erald dengan muka polosnya.
Padahal dalam hati dah gelak sakan.
"Aku lupa author kali ni lain macam sikit orangnya. Banyak tak puas hati dengan aku," omel Sir Erald. Muka Nadz dipandang semula sebelum memulakan pergaduhan antara anak murid dan cikgu buaya.
Eh autocorrect mengjujur kali ini~
"Masa untuk mulakan rancangan baru!" si pemerhati tersenyum sinis.
"Ice, nah masukkan peluru ni dalam pistol kau. Pistol kau jenis Glock-19 kan?" soal Hali kepada Ice. Keningnya terangkat sedikit ke atas.
"Mana kau tahu nama pistol apa semua ni?" soal Ice balik. Banyak tanya pula dia ni.
"Banyak soal kau kalau tak tahu cakap je lah. Tak payah banyak tanya, " cebik Hali manakala Ice membuat muka masam. Dapat dilihat mulut Ice terkumat-kamit mengutuk Hali.
Pistol Ice yang dilemparkan ke lantai sebentar tadi diambil. Satu kelopak peluru dikeluarkan dari kocek seluar lalu dimasukkan ke dalam bahagian khas untuk peluru di pistol tersebut.
Setelah Hali selesai mengisi peluru, pistol itu dikembalikan semula kepada Ice.
"Jangan kerja nak bazir peluru je. Belajar berjimat cermat sikit. Itu magazin yang terakhir je aku ada." sindir Hali lalu beredar meninggalkan Ice.
"Cakap senanglah. Ingat senang ke nak tembak beruk tadi tu," ujar Ice tidak puas hati apabila dirinya disindir sebegitu. Pistol ditangan dibelek-belek.
UKUKA AK AK
Bunyi makhluk pelik yang tiba-tiba muncul entah dari mana membuatkan semua orang di situ terpinga-pinga mencari punca suara tersebut.
"New game start now." Si pemerhati tersenyum sinis.
"INNALILLAH WA INNALILLAHI RAJIUN..." Glacier mengetap bibir menahan sebak melihat keadaan mayat salah seorang rakan nya itu. Dengan wajah yang pecah di sana sini dan badan yang berdarah hebat akibat ditembusi beberapa bahan serangan seperti peluru contohnya...
Tempurung kepalanya yang turut pecah dan kakinya yang terkehel teruk ke belakang. Ya Allah... Perkara apa yang berlaku pada Solar ni?
Blaze yang tadinya menawarkan diri untuk mengikut terus pergi dari situ. Rasa mual menguasai melihat darah yang terpercik ke sana sini.
Haiz yang turut berada bersama mereka memandang datar ke arah Blaze. Penakut sungguhlah...
Grab! Belakang kolar milik Blaze dicengkam kuat sebelum sempat jejaka itu keluar.
"Kau nak pergi mana?"
"Haiz... Lepaskan aku boleh tak? Aku nak muntah dah ni..." Soalan Haiz tidak dijawab. Sambil mulutnya ditekup menggunakan tangan sendiri, dia merayu. Mahu sahaja dia merentap kasar tetapi takut pula Haiz jatuh tergolek ke dalam dakapan dia karang...
Eh, imaginasi Blaze lain macam.
Haiz menggelengkan kepala. Cengkamannya dikuatkan apabila Blaze seperti ingin melepaskan diri.
"Takde, teman aku duk sini."
"Ergh... Fine..." Blaze mencebik geram. Rasa loya cuba ditahan. Dengan mata dipejam erat, dia kembali berdiri di sebelah Haiz.
"Good boy..." Ujar Haiz dengan nada perlian.
"Senyap ah kau, nasib sayang."
GEMPA hanya memandang kosong ke arah mayat tersebut. Semakin kuat hatinya menjerit bahawa tiada lagi sinar harapan buat mereka selamat dari tempat ini. Satu keluhan dilepaskan, sudah. Dia menyerah kalah.
"Ambil jelah nyawa aku... Aku penat nak hadap semua ni..." Gumam Gempa perlahan. Tanpa disedari, air matanya menitis keluar.
Fiqa yang memandang ke arah lain kerana tidak sanggup melihat perkara itu, menoleh ke arah Gempa. Wajah simpati dibuat. Lengan baju milik Gempa itu ditarik sehingga jejaka itu turut membalas pandangannya.
"Jangan macam ni... Kita masih ada Allah, betul tak?" Senyuman penenang dihadiahkan saat mata mereka bertembung. Gempa terkesima sebelum dia menundukkan kepala. Sebelah tangannya menutup wajah sebelum air matanya semakin deras mengalir.
Fiqa melepaskan pegangan nya pada lengan baju Gempa itu. Ingin sahaja dia memeluk erat tubuh tegap itu sambil membisikkan kata kata semangat...
Tapi...
"Ya Allah, apa kau fikir ni Fiqa?" Fiqa menepuk kedua belah pipinya saat fikirannya makin menerawang jauh. Gempa yang menunduk tadi memandang nya hairan.
Sekali lagi mata mereka berdua bertembung. Namun keadaan tak sama lagi seperti tadi. Wajah Fiqa mula memerah.
"Kenapa ni Fiqa?"
"Tak... Takde apa! Jangan dekat! Dah, saya nak pergi lain! Erghh..." Fiqa cepat cepat menoleh sebelum melangkah menjauhi Gempa yang terpinga pinga.
"Huh, apa kena dia tu?" Gempa menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Dia ter fall in love ngan kau tu~"
"Eh, Ika! Kau buat apa kat sini?"
Ika tersengih. Dua jari dikeluarkan tanda peace. "Tengok drama kau."
Gempa memasang muka datar. Jawapan minah ni lain macam...
"Seriuslah Ika..."
"Takde lah, gurau je. Tu, Sir Iane panggil semua orang keluar dari sini. Katanya biarkan je mayat Solar tu kat sini sebab kita dah takde banyak masa lagi," terang Ika seterang terangnya.
Gempa mengangguk faham. Matanya meliar ke bahagian luar di mana Sir Iane, Rine, Miss Kay, Isya dan Thorn berada.
Memang mereka tak masuk tadi. Alasan? Sir Iane tak nak Rine lihat apa yang jadi memandangkan otak Rine dah tersekat kat memori kanak kanaknya. Miss Kay pula perlukan rehat dan Isya yang kena tolong jaga dia.
Thorn? Dengar saja Isya tak masuk, auto keluar balik dari bilik disiplin lama ni. Nak teman kononnya. Pala dia...
"Ermmm... Btw, Gem..."
Ika yang masih berada di tepinya dilihat. Sebelah kening diangkat apabila melihat Ika seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Betul ke kau nak mati?"
Gempa merengus kasar. Ni mesti nak nasihat dia lagi! Penyibuk!
"Kalau ya?" Dengan nada tidak mesra alamnya dia bertanya.
Ika mengangguk faham. Senyuman senget terukir sebelum dia terus pergi dari situ.
Gempa berkerut hairan. "Eh, dia bukan nak nasihatkan aku?"
"Termenung apa lagi tu? Keluarlah cepat!"
Cepat cepat Gempa menurut arahan apabila Ika sudah menjerit dari jauh.
TBC
AUTHOR'S NOTE
Ngehhhhhh
Ship haze Ngan gemfi ya kali ni 🌚
Btw, macam tadi, scene paling atas oleh cik Rine kita UwU
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro