Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 38

"T... TANGAN..." Miss Hana mengulang perkataan tersebut tanpa henti. Sebelah tangannya yang kudung ditatap sayu tanda peritnya hati.

Nana memeluk erat Miss Hana. Cuba menyalurkan semangat. Husna yang tadinya kaget bersuara sudah terdiam tanpa apa apa bicara. Nuura pula khusyuk melihat perlawanan, ingin menganalisis apa apa kemungkinan untuk menang walaupun semua di situ sudah patah cedera.

"Ergh, tak guna punya beruk! Berani kau serang cikgu aku?!" Taufan menjerkah geram. Tanpa rasa takut dia melangkah ke hadapan. Rod besi miliknya dihayunkan ke hadapan belakang berkali kali. Mata biru gelapnya memandang tepat mata sang raksasa, seakan mencabar nya bertarung dengan lawan yang sama upaya.

Eh jap, yeke sama upaya?

Author : upaya berfikir kut//plakkkk

:b

Raksasa beruk itu mendengus berkali kali. Tanda ia mula bersedia menerima cabaran yang diberi. Giginya yang tajam dijilat beberapa kali oleh lidah sendiri sambil mata merahnya ghairah melihat Taufan dan lain lain. Seakan mereka semua merupakan satu hidangan bufet istimewa buatnya.

"ARGHHH! Mampus kau raksasa!" Rod besi diangkat tinggi sebelum dia berlari ke arah raksasa itu. Kali ini tenaganya digunakan sepenuhnya, mengharapkan dengan pukulannya kali ini akan membawa hasil!

Malangnya author tak suka tengok watak dia hidup senang...

KRASH!

Rod besi itu patah! Betapa terkejutnya dia apabila melihat perkara itu terjadi.

Beruk itu... Baru sahaja menangkis serangannya menggunakan sebelah lengan. Manakala sebelah tangan lagi menggengam kuat tubuh Taufan sebelum mencampaknya me tanah.

Buk!

Taufan jatuh tergolek. Wajahnya luka terkoyak sedikit akibat terseret ke lantai. Lututnya kini terkehel teruk.

Hahaha! Author gelak!

Ice mengetap gigi. Pistol di tangan yang masih tersisa sedikit peluru dihalakan ke arah sang pemangsa.

"PERGI MATI!!"

BANG! BANG! BANG!

Bertubi tubi tembakan dilepaskan tanpa henti hingga perlahan lahan pistolnya sudah tidak lagi terisi.

Beruk yang sedang bergayut dengan wajah menyindir itu berbunyi sakan. Ibarat mengejek keupayaan Ice menembak yang dari tadi tak kena target. Huhu.

Pak! Pistol dilepaskan ke tanah. Ice jatuh melutut. Wajahnya ditunduk lesu. Keringat peluhnya mula mengalir membasahi wajah dan baju.

"Aku mengalah..."

Nuura terbeliak. Nana terlopong. Husna sudah menangis tidak percaya. Manakala beruk itu sudah tertawa puas.

Kini mereka tertanya... Apa dosa mereka sampai author iri sangat ni?

"Semua berundur!"

Dan tanpa diduga, satu pertolongan muncul. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan cantik lagikan comel berlari ke arah mereka.

Sekali tengok macam perempuan itu puteri yang dikelilingi beberapa pahlawan tampan.

Dua kali tengok. Lah... Nadz dengan Sir Erald, Halilintar dan FrostFire sahaja...

"Biar aku uruskan..." Sir Erald berbicara perlahan sebaik sahaja berada di tepi Miss Hana. Wajahnya yang sentiasa tampak nakal bertukar dingin.

"Tak payah acah hero, sir. Miss Hana dah bertunang."

"Senyap ah kau Nadz."

Di sebalik semua itu, terdapat satu sosok tubuh yang tidak kelihatan. Namun leka memerhati keadaan tersebut.

"Haha, ada hero baru... Menarik..."







"KAU jujur, Rine. Betul ke kau tak ingat siapa pun aku ni?"

Rine menggeleng polos. Wajah Blaze dipandang jengkel.

"Awak ni siapa ek? Pak cik sesat ke apa nak tegur saya macam kawan ni?"

"Tapi aku memang kawan kau!"

"Err... Secara teknikalnya, kau tak pernah berkawan dengan dia," balas Haiz dengan wajah selamba. Sekaligus menambahkan rasa kecewa di hati Blaze. Huhu~

"Sanggup kau lupakan aku Rine. Hiks..." Ujar Blaze sambil mengelap air mata halimunannya.

Rine yang melihat nya membuat muka menyampah.

"Maaf, tak kenal dan tak nak kenal."

Deg! Makin bertambah rasa hina Blaze nampaknya... WKWKWKWKW!

Sir Iane mengurut pelipis dahinya. Pening pula memikirkan masalah si adik. Dah dijumpai tapi keadaan dia sekarang pula yang merisaukan. Alahai...

Pelik juga bila Rine tiba tiba hilang ingatan. Kini perangainya persis ketika kecil dahulu. Kadang innocent tapi tulah... Innocent dia lain macam...

"Sir."

"Apa lagi?" Automatik Sir Iane menoleh ke arah Aina. Melihat wajah penuh aura keseraman jejaka itu, Aina menelan air liur takut. Nafas ditarik dalam.

"Huff... Macam ni... Tadi saya terjumpa satu kertas ni." Seraya berkata, sehelai kertas kecil dilipat cantik dihulur.

Sir Iane berkerut dahi. Eh, ni bukan surat cinta kan? Dengan penuh teragak agak dia mengambilnya.

"Tu bukan surat cinta, Sir. Jangan risau untuk buka."

Deg! Sir Iane tersentak. Aina yang membuat muka selamba dijeling sebelum cepat cepat dia mengawal air muka sendiri.

Ehem! Perasan kau Iane!

Dengan lafaz basmalah, surat itupun dibuka.

Saa! Cecair merah pekat mengalir sedikit daripada isi surat tersebut. Sir Iane berkerut. Apa kebenda?

Aku dah tolong selesaikan masalah kau dengan adik kau. Tiada hadiah terima kasih?

"Hadiah? Sah tak ikhlas." Blaze yang dari tadi mengintai ke arah permukaan kertas itu selepas sendu kerana tak diingati memberi komen perlahan.

"Orang jahat kan... Biasalah tu," balas Haiz dengan wajah selamba.

Ya, dia pun join mengintai isi surat tu.

Sir Iane berdiam sebentar sebelum mengeluh berat. Surat tersebut dicampak ke lain.

"Eh sir! Jangan buang sampah merata rata!" Blaze memberi amaran.

Aina menepuk dahi. Boleh lagi fikir benda tu? Kertas yang dicampak Sir Iane itu dikutip, mana tahulah kan ada klu apa apa?

Sir Iane menjongketkan kedua belah bahu. Rine yang elok duduk dari tadi dihala.

"Dari fikir pasal benda ni, baik kita cepat cepat cari jalan keluar," ujar Sir Iane dengan wajah tiada perasaan. Tangan si adik dipegang erat sebelum dia melangkah ke arah anak murid nya semula.

"Jom."

Saa.....

Kau palau aku? Haha. Baik, kalau itu yang kau pilih. ^^

"Sekejap... Sejak bila tulisan ni ada kat sini?" Gumam Aina perlahan sambil membelek kertas itu. Dengan kakinya turut melangkah, hatinya berdoa supaya tiada apa apa yang buruk berlaku.










"ERGH... Mana semua orang ni?"

Solar mendesis perlahan apabila kakinya terkena sesuatu. Rasa hairan menerjah hati, kenapa seluruh badannya sakit sangat ni?

Tap! Tap!

Bunyi derapan kasut seseorang menarik perhatiannya. Dengan kudrat yang tersisa dia mengangkat wajah sehinggalah mata lelakinya bertembung dengan mata seseorang di situ yang setia menatap dari tadi.

"Kau siapa?" Soal Solar tidak percaya. Wajah kelibat itu dipandang dengan mata membulat.

"Hahaha. Takkan kawan sendiri pun dah tak ingat, bro?"

Solar menggelengkan kepalanya laju. "Kau bukan kawan aku!"

Sang kelibat itu hanya tersenyum senget. Melihat sendiri bagaimana 'rakan' di hadapannya itu cuba menafikan kenyataan yang terbongkar di hadapan mata.

Solar berhenti menggeleng. Pandangan tajam diberikan.

"Kawan aku tu dah lama mati... Kau siapa?"

Kelibat itu tergelak kecil. Rambutnya dikuak ke belakang.

"Apa kata kalau aku kata... Semua yang kau nampak tadi dah dirancang?"

TBC

AUTHOR'S NOTE

And yeah... Plot twist again and again and again... Wkwkwkw

Jangan marah saya, saya dah kata cerita ni mengarut (~ ̄³ ̄)~






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro