Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 31

"PATUT ke kita cek benda tu?" Soal Haiz.

Aina mengangkat kedua belah bahu, Rine di sebelah dikerling.

"Aku rasa baik kita panggil sir dan yang lain dulu. Bahaya kalau kita bertiga je," ujar Rine. Aina dipandang. "Kau ada walkie talkie kan?"

Aina mengangguk. Walkie talkie yang sempat diambilnya tadi dikeluarkan sebelum beberapa punat ditekan. Selang beberapa saat, dia mula bersuara menyatakan segala perkara yang terjadi.

"Sir Erald kata dia dalam perjalanan." Walkie-talkie tadi disimpan semula setelah tamat berbicara.

"Boleh percaya ke?" Rine membuat muka datar. Entah kenapa dia tak boleh percaya sangat dengan cikgunya yang seorang itu.

"Kakak dia sendiri kut dalam bahaya, datanglah nanti..." Kata Haiz sebelum terus pergi pulang ke kelas semula.





"EH?"

Frostfire mengangkat sebelah keningnya. "Eh apa?"

"Eh, aku balik kelas dulu ek," ujar Ika selamba sebelum terus pecut ke arah pintu keluar. Tak sempat nak ditahan, terus hilang kelibat budak tu.

Frostfire terkelu. "Apakah..."


"ARGHH!! Penat gila nak lari! Sampai bila dia nak kejar kita ni, Nana?" Nuura membuat muka frust. Kakinya yang penat dihentikan langkah.

Nana membulatkan mata melihat perbuatan rakannya itu. "Eh, jangan berhenti lari! Kalau dia tangkap kita macam mana?"

"Tak boleh ke kita berbaik je dengan dia? Entah entah dia herbivor," ujar Nuura.

"Kalau dia karnivor?"

Nuura terdiam sebentar.

"Husnudzon Nana... Sian dia kena main tuduh dengan kau."

Nana memicit dahinya. Astaghfirullahalazim... Dia syak Nuura dah jatuh hati ke singa tu! Eh...

"Serius Nuura, kau terhantuk apa tadi sampai jadi macam ni?"

"Jangan salahkan aku. Aku selalu tengok dalam cerita yang cara nak kalahkan musuh adalah dengan menjadi kawan diorang." Nuura membuat muka bangga ketika berkata. Seolah dirinya baru sahaja memberitahu idea yang bijak.

Nana mengetap bibirnya. "Lah... Ye ke? Aku pula selalu tengok cerita yang waktu diorang nak jadi kawan, waktu tu jugalah raksasa tu ngap. Tak pun tiba tiba diorang kena khianat."

Nuura terkelip kelip mata kerana terkelu. "Kesian otak kau dicemari benda negatif..."

"Astaghfirullah..." Beristighfar Nana dibuatnya apabila mendengar segala balasan Nuura. Macam macam betul! Sampai tak sedar dah yang ada seekor buruk sedang elok perhati diorang kat sebelah.

Eh?

Rawgh...

Sayu suara makhluk itu. Seakan sedih sebab kena palau dari tadi. Huhuhu...

Nana menelan air liur gerun. Nuura di sebelahnya sudah memucat wajah melihat kemunculan makhluk tersebut. Dibisikkan sesuatu pada telinga Nana...

"Kena lari lagi lah ni kan?"

"Kau tak nak cuba berbaik dengan dia?" Sengaja Nana menguji.

Nuura terdiam. Wajah sendu makhluk itu direnung atas bawah.

Buruk...

"Tak, kita lari."

Grab! Tudung Nana ditarik untuk pecut.

"Woi! Asal kau tarik tudung woi?!"

"LARI JELAH!!!"

WARGHHHH!!





WAJAH Kay yang semakin normal menimbulkan rasa lega di hati Fiqa. Balutan di perut wanita itu ditutup semula. Agak dalam juga lukanya. Nasib tiada kaca yang masuk ke dalam tubuh.

"Fiqa, macam mana dengan miss?"

Spontan pandangan Fiqa teralih ke Haiz yang melangkah masuk ke dalam. Senyuman tawar diukir apabila melihat dua orang lagi rakannya turut pulang dengan selamat.

"Okay je, cuma tulah..."

BUK!

"MANA KAY?"

Terlopong Aina dan Fiqa dibuatnya apabila melihat Haiz terjatuh terduduk akibat dilanggar seseorang. Dari Haiz, pandangan mereka berarah ke wajah risau Kai.

"Dasar cikgu..." Haiz mengetap giginya, cuba menahan diri dari mencarut. Rine yang berjalan melepasinya pula tersenyum senget sedikit apabila mata mereka berdua bertembung.

Ni sorang lagi. Bukannya nak ditolong Haiz tu. Masya Allah...

"Thial," gumam Haiz sambil bangun semula. Geram pula lihat senyuman tadi.

"Dah, solat cepat jom." Mendengar arahan Rine itu, dia hanya akur terhadapnya.

"Kenapa sir tiba tiba terjah masuk ni? Dahlah tak bagi salam, langgar kawan saya pula tu." Soal Fiqa dengan nada sedikit serius ke arah Kai.

Kai tidak mempedulikan nya. Soalan Fiqa dibiarkan berlalu. Kay yang terbaring di sisi Fiqa dituju.

"Siapa yang buat dia macam ni?" Soal Kai dengan wajah bengis. Balutan di bahu Kay yang sudah dipenuhi darah dipandang geram.

"Kay, kau bangun sekarang Kay. Aku nak bebel ke kau ni. Aku suruh kau dengan aku, kau tak nak... Kau kata kau okay... Kau kata kau tak perlukan aku untuk jaga kau... Ni apa yang jadi ni?" Soal Kai kepada jasad wanita itu. Wajahnya merah menahan geram dan kecewa.

Apabila kakaknya itu kekal tak berikan sebarang reaksi, wajah Kai bertukar muram.

"Bangun Kay... Kau ada hutang lagi dengan aku. Kau tak ingat ke kau kena belanja aku sebab aku menang pertandingan memasak haritu?"

Pipi Kay ditepuk beberapa kali. Senyuman hambar dilorek Kai. "Jangan mati weyh, kalau tak aku hancurkan pertunangan Hana tu."

Pak!

Tertunduk Kai dibuatnya apabila satu tangan mengetuk kepalanya dari belakang. Dengan wajah yang masih terkejut, dia menoleh...

"Apa nak hancurkan hubungan orang ni, sir? Boleh jelaskan?" Soal Fiqa dengan senyuman yang paling manis sekali.

"Aku tarik balik ugutan aku tadi. Gulp..."




TELEKUNG miliknya dilipat seusai dia selesai mengerjakan solat. Ditadah tangan membaca doa, memohon agar mereka semua dibebaskan dari perangkap maut sekolah tersebut.

Aaminn dilafazkan, wajah diraup. Kai yang teruk dibebel ek Fiqa yang tidak jauh dari situ dikerling sekilas sebelum Aina dan Haiz yang turut bersolat dengannya dipandang.

"Aku rasa kita kena cari sendiri jalan keluar dari tempat ni," ujarnya dengan riak tiada perasaan.

Aina mengangguk setuju. "Makin lama kat sini, makin bertambah bala."

"Tapi aku rasa kan... Bahaya lah kalau kita keluar ke hutan tu waktu gelap macam ni. Tunggu pagi tak boleh ke?" Haiz bertanya.

"Tapi duduk kat sini lama lama pun bahaya juga kan?" Rine membalas.

Aina melihat jam tangannya. "Dah hampir pukul lima dah pun... Kita tunggu sekejap jelah lagi," sampuknya dalam perbincangan dua orang gadis tersebut.

Haiz mengangguk setuju. "Lagipun ada lagi kan yang hilang? Takkan nak tinggalkan diorang kut?"

Mendengar bicara Aina dah Haiz, Rine mengeluh kecil. Dia cuma nak selamatkan sesiapa yang tinggal. Dari bunyi apa yang dia dengar tadi, dia yakin itu merupakan bunyi binatang buas.

Ditambah lagi dengan kesan darah yang dijumpainya ketika berjalan pulang dari tandas tadi...

Entah kenapa hatinya mula ragu tentang status kawan kawannya yang lain. Entah masih hidup ke tidak.

"Aku setuju dengan Haiz dan Aina. Kita cari yang lain dulu sebelum pulang."

Iane yang dari tadi hanya duduk di luar sudah pun berdiri di belakang Rine. Rine membuat muka menyampah melihat kemunculan tersebut sebelum kepalanya mengangguk perlahan.

"Okay, kita cari diorang."









"WAYAR apa ni?"

Supra yang sedang melepak di koridor hadapan kelasnya berkerut hairan melihat tali dawai hitam itu. Ditilik wayar itu hingga ke hujungnya. Semakin bertambah riak tertanya di wajah melihat perkara yang dijumpainya.

"Jap... Apa benda..."

SHRAKKKK!!




TBC

AUTHOR'S NOTE

Bye bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro