KEM • 30
"KAU ingat lawak ke prank macam tu?"
"Tak,benda tu memang tak lawak tapi muka kau tu lawak. Pucat weyh! Ada lagi tak darah tu?" Ika tergelak nakal ketika menjawab. Langsung tidak mempedulikan pandangan bengang dari si mangsa usikannya.
Frostfire mengetap giginya. Wajah Ika yang tergelak sakan itu dipandang lama sehingga ke dagunya. Apabila melihat sesuatu, dia mengangkat sebelah kening.
"Jap, cecair merah kat mulut kau tu bukan darah kan?" Soal Frostfire.
Ika berhenti ketawa. Hujung bibirnya yang dipenuhi cecair merah pekat disentuh. Sebuah senyuman senget terukir.
"Ouh... Ni... Darah sungguhlah. Buat apa nak main mainnya? Bahan takde nak buat yang palsu." Ika tergelak kecil.
Frostfire membesarkan matanya. "Gila, kau gigit lidah kau sampai berdarah banyak ni ke apa?"
"Weyh, camne kau tahu? Mantaplah!"
Buk!
Satu kain mendarat tepat ke wajah Ika. Terdiam gadis itu dibuatnya. Perlahan lahan dia mengambil kain tersebut dari wajah sendiri. Wajah Frostfire yang memerah dipandang hairan.
"Masya Allah, Fara! Asal kau blush?"
"Aku tak blush, gila! Aku tengah bengang tahu tak?!'
Ika membuat muka keliru. "Kenapa?"
Frostfire mengeluh kasar. Dahinya diurut perlahan. "Kau lembap ke takde otak? Mestilah aku marah sebab kau buat perkara gila tahu tak?"
Ika mengetap bibirnya menahan geram. Uih, terasa dihina terus ya bila dengar ayat pertama tu...
Tapi ayat kedua? Ika tersengih semula.
"Awww... Caring nya kau! Ni nak terharu ni," ujar Ika sambil mengelap mulutnya menggunakan kain tersebut. Apabila menyedari kain itu merupakan kain yang diberi olehnya kepada Frostfire pada aktiviti merentas hutan, dia terbeliak.
"Woi Fara! Kau bagi aku kain yang kau dah guna pehal? Pengotor lah ngok!"
Frostfire meraup mukanya. Ya Allah... Sesungguhnya dia pergi merayau ke sini sebab dia nak terangkan fikiran je... Kenapa lah tiba tiba ada perempuan tertelan mic yang menyibuk sekali?
"Aku tak guna lagi kain tu. Kau simpan jelah," ujar Frostfire dengan wajah bosan.
"Lah... Kenapa kau tak guna? Kau nak simpan sebagai kenangan ek? Cewiit woi! Tapi maaf lah, aku dah suka orang lain." Dengan nada divanya Ika berkata.
Frostfire memutarkan anak matanya. "Aku tahu... Kau suka bestie kau tu kan?"
Spontan senyuman Ika bertukar kaku. "Eh?"
"MESTILAH aku selamat! Kau ingat aku dah mati ke?" Nana memandang wajah Nuura yang masih terkejut itu.
Nuura tidak membalas. Helaan nafas lega dilepaskan. "Aku takut kau tinggalkan aku je tadi..."
Nana mengetap bibirnya mendengar luahan kawannya itu. Bahagian luar diintai sekali lagi, menyedari keadaan mereka itu selamat, dia melepaskan Nuura.
"Aku masih hidup, Alhamdulillah sebab singa tu terhantuk dinding waktu bawa aku. Entah macam mana dia boleh tak nampak dinding besar gedabak tu..." Ujar Nana dengan senyuman depres. Nak gelak, tapi bila ingat balik yang dia hampir mati tadi... Auto tak jadi.
Nuura berkerut hairan. Apa dia dengar tadi?
"Singa? Bukan beruk ke?"
"Beruk celah mana pula ni? Aku nampak singalah." Nana menggelengkan kepala menidakkannya.
Nuura memeluk tubuhnya. Wajah Nana yang semakin memucat dipandang curiga. "Jangan buat lawaklah Nana... Singa apa rupa macam beruk?"
Nana mengangkat jari telunjuknya. Ruang belakang Nuura ditunjuk dengan wajah ketakutan. "Err... Singa macam tu?"
"Macam ap..."
RAWGHHH!!
"WOOO! SINGA GANGSTER!" Nuura sudah membuat muka teruja. Ini... Ini rare!
Nana menepuk dahinya. Lengan Nuura digenggam sebelum ditarik untuk lari dari situ.
"Larilah Nuura! Ni bukan masa untuk kagum!"
RAWGHHHHHHHH!!!!
RAWGHHHHHHHH!!!!
Rine terkedu apabila mendengar suara ngauman yang teramat kuat itu. Wajah Haiz dan Aina yang turut terkejut dilihat.
"Korang dengar apa aku dengar?" Soal Haiz kepada dua orang rakannya tersebut.
"Bunyi ngauman ke? Aina pun dengar..." Jawab Aina manakala Rine hanya mengangguk mengiyakan.
Haiz berfikir sebentar sebelum bertanya lagi.
"Patut ke kita cek benda tu?"
"WEYH, thanks."
Isya yang sedang berjalan di sebelahnya dipandang dengan senyuman. Namun apabila gadis itu tidak memberikan sebarang reaksi, terus senyumannya mati.
"Hei, awak dengar tak ni?"
Sengaja tangan dilambai ke depan wajah gadis itu sehingga dia terhenti. Isya menoleh ke arah wajah empunya tangan. Pandangan tertanya diberikan.
"Saya cuma nak cakap, thanks." Thorn tersenyum sekali lagi.
"Ouh... Okay," balas Isya sebelum menyambung langkah. Sedikit demi sedikit dia menjauhi diri daripada Thorn.
"Sombongnya..." Thorn mencebik melihat respon sebegitu. Darah akibat luka di kepalanya yang mula mengalir ke mata cuba dikesat menggunakan tangan.
"Weyh, awak ada tisu tak?" Dengan tak malunya Thorn meminta kepada gadis itu lagi. Disebabkan dia tidak tahu nama gadis itu, 'weyh' jelah yang mampu. Huhuhu.
Tersentak Isya dibuatnya apabila tiba tiba sahaja Thorn berada di sebelah semula. Dibisikkan berkali kali ke dalam hati supaya ikhtilat dijaga. Pandangannya pada Thorn dialihkan ke lain.
"Hello, ada ke tak ni?" Soalan tadi diulang semula dengan wajah bosan.
Isya cepat cepat menyeluk poket beg sandangnya dan mengeluarkan sepeket tisu kecil. Dihulurkan tisu itu kepada Thorn sebelum dia terus pergi ke arah Nadz yang berjalan lebih ke depan. Serius tak selesa bercakap ataupun dipandang ajnabi.
Thorn mengangkat kening melihat ragam Isya. Tisu di tangannya dipandang sebelum senyuman manis terbit dari wajahnya.
"Yeah... Dia taklah sombong mana pun."
"LEPAS ni aku dah tak nak tengok pokok lagi," gumam Blaze dengan wajah bengang. Duri yang melekat di tangannya dicabut satu persatu sambil mereka berjalan pulang.
Ice membuat muka datar. "Blaze, kita kat hutan..."
"Then?"
"Kalau kau tak faham, kau tak layak digelar budak tingkatan empat," jawab Ice sebelum terus berjalan laju ke depan. Makin lama berkawan dengan Blaze, makin sengal perangainya jadi.
Bukti? Main osom dengan pokok tadi tu apa?
Kai yang sedang berbincang sesuatu dengan Iane diperhati. Sekali sekala kelihatan mata guru yang paling muda itu merenung Nadz.
Nadz pula tidak membiarkannya, ditunjukkan satu buku lima miliknya pada sir itu. Wajah gadis itu turut dijadikan segarang mungkin. Malangnya apabila Kai yang merenungnya itu langsung tidak takut malahan tergelak kecil pula.
"Cikgu aku bercinta dengan murid ke apa?" Gumam Ice hairan. Nak tanya tapi malas. Jadi dia anggap jelah 'ya'.
Nadz jangan marah •-•
RAWGHHHHHHHH!!!!
Bunyi ngauman itu menyentakkan Ice. Kiri kanannya dipandang. Dari mana datangnya bunyi yang menggerunkan itu?
Rakan rakan dan guru gurunya yang lain kelihatan masih normal pergerakan mereka. Langsung tiada riak terkejut mahupun takut tergambar di wajah. Boleh jadi hanya Ice yang mendengarnya kerana ketika itu kedudukannya lah yang paling hujung.
"Ice, kau dengar tak bunyi tu?"
Ice yang dari tadi mengerah minda untuk memikirkan sebarang kemungkinan berkenaan bunyi itu menoleh ke arah Taufan di sebelah. Diangguk sekali kepala bagi membalas soalan tersebut.
"Aku rasa tak sedap hati..." Ujar Taufan lagi.
TBC
AUTHOR'S NOTE
Rasa mengada sat tulis pasal diri sendiri atas tu. Ya Allah... TvT
Btw, saya tahu singa tu cool. Eh eh. Wkwkwkwkw
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro