Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 25

"BARU tadi kita hilang Aina, sekarang the boys pula?" Soal Miss Kay dengan wajah yang sukar digambarkan. Kedua belah tangannya ditongkat menutupi mulut sambil matanya merenung kosong ke arah lantai.

Nampak sangat gaya pasrahnya.

Kai menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aduh .. mana pulak diorang merayau ni? Menyusahkan betul!"

"Kau pun menyusahkan juga. Tendang diorang sampai jauh terpisah. Hahaha." Miss Kay menyampuk. Gelak ketawa dia akhir ayat itu terserlah aura kepalsuannya.

Kai terdiam. Iane yang tersenyum mengejek ke arahnya dijeling tajam.

"Apa senyum senyum macam tu?"

"Apa pandang pandang?"

"Dah, tak payah gaduh dan buang masa. Jomlah terus gerak." Miss Kay terus bangun dari duduknya. Anak muridnya yang lain dituju. Kelihatan dia sedang memaklumkan sesuatu kepada mereka sebelum mereka semua mengangguk faham.

"Kita berpecah kepada dua kumpulan."

Kata kata Miss Kay itu mendapat reaksi hairan daripada dua jejaka itu.

"Jap... Tadi bukan ke kau kata..."

"Masa dah tak banyak. Kau tak payah banyak tanya boleh tak? Ikut jelah arahan aku." Mata beriris hitam pekat Miss Kay itu mencerlung tajam wajah Kai. Tak nampak ke dia tengah serabut sekarang ni?

Kai mengeluh sebelum mengangguk faham. "Kau kumpulan dengan aku."

"Nope."

Kai berkerut hairan. "Kenapanya?"

Miss Kay mendiamkan diri seketika. Kai dan Iane dipandang bergilir gilir dengan wajah tiada perasaan.

"Kau kumpulan dengan Iane."

"Aku bantah."

Serentak kedua adik beradik itu menoleh ke arah Iane yang bersuara tadi. Jelas wajah lelaki itu kelihatan menyampah.

"Kenapa aku kena sekumpulan dengan dia? Kau lah yang sama dengan dia. Selamat sikit diri kau dan aman sikit hidup aku."

Kai membuat muka datar. Aman sikit hidup ya?

"Aku ni huru harakan hidup kau ke apa?"

"Tak dinafikan."

"Bruh..."

"Urgh... Berhenti bergaduh boleh tak? Terima jelah korang sekumpulan."

"Tak nak!" Serentak Iane dan Kai menjawab. Miss Kay memicit kepalanya yang sudah berpusing.

"Ya Allah Ya Rabbi... Kenapa aku ada rakan sekerja macam ni? Iane, kau kena sekumpulan dengan Kai juga."

"Sebab?"

"Sebab kau malu tahap gaban dengan perempuan. Aku tak nak anak murid aku rasa kena palau dengan cikgu sendiri." Jawapan selamba Miss Kay itu mendiamkan Iane.

Namun sekejap jelah diamnya.

"Rine ada kan?"

"Dia pun pendiam masalahnya... Kau ni... Terima jelah takdir kau tersekat dengan adik aku malam ni!"

Iane mengeluh. "Kenapa takdir aku teruk sangat?"

Kai menyekeh kepala Iane. "Dah, cukup buat aku ni nampak teruk."

Miss Kay menggulingkan anak matanya. "Okay, jadi kumpulan first... Aku, Haiz, Fiqa dan Rine."

"Kumpulan kedua pula, Kai, Iane, Nadz dan Isya." Sambung Kay lagi. Wajah kelat salah seorang guru lelaki itu dipandang.

"Kau ambil adik aku, aku ambil adik kau. Pertukaran yang adil. Okay, bye!" Tanpa sempat lelaki itu membalas, terus Kay mengheret ahli kumpulannya ke lain. Dalam beberapa saat, terus jejak mereka dah tiada lagi.

Iane mengenggam tangannya kuat. Mukanya merah menahan geram.

"AKU TAK NAK PUN ADIK KAU WOI!!"

"Isya, Nadz, gerak jom. Tak payah pedulikan atuk tua ni " Kai menoleh ke arah dua orang gadis muda itu.

Apabila mereka berdua mengangguk, dia terus memulakan langkah. Hoodie jaket Iane yang masih meroyan geram ditarik supaya lelaki itu bergerak sekali.

"Kau tunggu Kay, aku paksa kau belanja aku banyak banyak lepas ni," gumam Kai sambil menahan geram.

Nadz yang hanya menurut arah Kai dan Iane berbisik kepada Isya. "Selamat ke kita dengan dua orang sir ni?"

"Aku pun risau honestly..." Jawab Isya sambil memandang Kai dengan Iane dengan wajah yang sukar digambarkan.






AINA membuka matanya. Apabila melihat satu wajah sudah mendekat dengan mukanya, terus matanya membulat. Lelaki itu ditendang kuat.

"Pergi!"

Lelaki itu tergelak sinis sambil mengusap dadanya yang senak itu. Kuat juga ya tendangan minah depan dia ni? Ingatkan lemah lembut je gaya.

"Nak pergi mana lagi? Rezeki ada depan mata ni kan?" Lelaki itu mendekati Aina semula. Kaki Aina ditahan menggunakan lututnya.

Aina meronta kuat. Baru sahaja dia ingin menumbuk lelaki itu, kedua belah tangannya pula dicengkam erat.

"LEPASLAH!" Jerkah Aina. Tangannya cuba direntap namun kudrat nya tidak membantu.

Lelaki itu tersenyum senget melihat gadis itu berusaha.

"Berusahalah sekuat mana pun, dear... Kau tetap akan jadi rezeki aku malam ni." Tangan Aina dikucup perlahan. Hujung awning tudung bawal milik gadis itu dipegang sebelum ditarik perlahan.

Aina terbeliak apabila lelaki itu cuba mencabut tudungnya.

"JANGAN!"

Lelaki itu tidak mempedulikan kata kata gadis tersebut. Ditarik lagi tudung Aina sehingga ia hampir terlurut.

PANG!

"Kau memang tak faham bahasa ke apa? Dia cakap jangan kan?"

Aina tercungap cungap apabila tangannya berjaya terlepas. Tudungnya yang hampir tercabut itu lekas dibetulkan. Nasib aurat nya masih belum berjaya kelihatan!

"Aina?'

Aina menoleh pada si pemanggil namanya. Apabila matanya bertembung dengan mata merah delima si penyelamat, dia berkerut hairan.

Kenapa mamat mata merah ni blushing?

"Kau okay tak, Aina?" Halilintar yang baru sahaja tiba itu berjalan melangkah jasad lelaki itu ke arah Aina. Lelaki itu sudah terbaring tidak sedarkan diri ke atas lantai, akibat dihempas kuat dengan kaki kerusi.

Aina mengangguk. "Thanks sebab selamatkan saya."

Mendengar suara Aina itu, wajah Halilintar semakin memerah. Urghh... Tiba tiba hati nak buat hal bila jumpa dengan crush.

Ececeh...

"Kenapa muka awak merah ni? Tak sihat ke?" Soal Aina lagi. Perlahan lahan dia menjauhi sikit dirinya dari Halilintar. Lain macam perangai lelaki sorang ni,fikirnya.

Halilintar menggelengkan kepalanya laju. Pipinya ditepuk perlahan untuk menyedarkan diri. Wajah Aina itu dipandang semula.

"Err... Aku penat tadi sebab lari... Tu merah teruk tu..." Jawab Halilintar dengan jawapan separa jujur, separa bohong.

"Kau okay tak ni? Dia buat apa tadi ke kau?" Soal Halilintar pula. Wajahnya bertukar risau, macam dia tak nampak tadi lelaki itu seperti ingin melakukan perkara kotor.

Aina terdiam. Wajahnya memerah apabila mengingati semula kejadian tadi. Merah kerana perasaan marah bercampur malu.

"Dia..."

ZINGG!!

"Jaga jaga!"

SHRAKK!!

"ALLAH!"



TBC

AUTHOR'S NOTE

Kalau Ika un pub buku macam mana? Makin hambar rasanya... TvT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro