Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 23

"TOLONG aku weyh! Tolong!!" Sekuat hati dia menjerit. Kaki yang dililit sesuatu dihentak hentak untuk melepaskan diri. Namun segalanya mustahil, makhluk tersebut masih lagi mengheretnya laju.

Buk! Pang!

Blaze mengetap gigi menahan sakit apabila makhluk itu melalui selekoh. Habis kepalanya terhantuk kuat ke dinding!

"Blaze!"

Suara kawan kawanku kedengaran. Blaze tergelak lega. Sekurang kurangnya, kawannya dapat mengesan di mana dia berada.

"Korang! Aku kat si..."

PANG!

Kepalanya terhantuk kuat sekali lagi ke sebuah dinding. Blaze berkerut sakit, rasa macam nak pecah tempurung kepala!

Namun apabila melihat di mana tempat dia berada sekarang selepas diheret berapa lama itu, matanya terbuntang. Seorang remaja lelaki yang elok dililit pelbagai akar dipandang dengan wajah tak percaya.

"Ice? Apa kau buat kat sini?"

Ice mengangkat muka apabila mendengar suara Blaze.

"Ouh... Blaze?"





"HUSNA, dah bangun?" Miss Kay tersenyum kecil apabila gadis kecil itu terpisat pisat membuka mata.

"Miss?" Husna berkerut hairan melihat persekitarannya. Rasanya... Tadi dia berada di tandas. Miss Hana yang masih memejamkan mata di sebelah dipandang pelik. Sekejap kepalanya berdenyut kuat, rasa pedih mula hadir.

"Urghh..." Husna mengerang kesakitan. Bahagian lukanya dipegang sambil dia menyembamkan wajah ke lutut sendiri.

Kay tersenyum kelat melihat reaksi Husna itu, rasa bersalah di hati semakin menebal. Fiqa dan Isya dipandang. "Tolong kejut yang tidur tu. Kita nak gerak dah ni."

Mereka berdua mengangguk. Nana, Nuura dan Ika yang masih lena dikejut.

"TAK NAK!" Ika menjerit kuat. Telinganya ditekup erat.

Isya membuat muka geram. Bahu Ika digoncang sekali lagi.

"Bangunlah! Kita nak pergi dah ni!"

"Pergi mana?!" Mata kuyu milik gadis itu mencerlung tajam wajah Isya.

"Cari Aina! Dia hilang tahu tak? Hilang!"

Ika berkerut hairan. Automatik dia bangun dari posisi baring ke duduk. Mata digosok perlahan sambil memandang Isya dengan wajah keliru.

"Macam mana boleh hilang?"

Isya mengangkat kedua belah bahunya. "Entah. Dia pergi ke tandas dengan Miss Hana dan Husna tadi..."

"Ouh... Sebab minah tu lagi?" Nada Ika yang penuh sarkastik itu menyebabkan Isya memandangnya hairan.

"Apa maksud kau?"

Ika tidak menjawab. Wajah Husna yang masih menahan sakit itu dipandang tajam.

"WOI! ASAL EK KAU SELALU TIMBULKAN MASALAH PADA KITORANG?" Laungnya kuat. Husna terpinga pinga apabila menyedari soalan itu ditanya kepadanya.

"Ika! Apa kata macam tu?" Isya menutup mulut Ika secepat mungkin. Mata merah milik rakannya kerana mengantuk itu sudah menjeling tajam dirinya pula.

Ha, sudah.

"Kau blah boleh tak?! Aku tanya minah tu! Bukan kau!" Jerkah Ika bengang. Tubuh Isya ditolak sebelum dia berjalan menuju ke arah Husna.

Husna menelan air liur apabila melihat pandangan benci dari Ika. Macam dia terlalu bersalah!

"Woi, asal kau menyusahkan semua lagi?"

"Ika!" Kay menjengilkan mata saat mendengar soalan biadap itu. Husna yang mendengar soalan itu menundukkan kepala.

"Tak cukup dengan kau buat semua risau sebab hilang mula mula, pastu kau buat Aina hilang pulak? Ya Allah... Apa kah ini weyh?" Ika tergelak sinis. Pandangan dari Miss Kay tidak dihiraukan.

Yang dia tahu, dia mengantuk.

"Bukan aku yang buat dia hil..."

"KAU KENAPA NGUK SANGAT NAK PERGI TANDAS MALAM MALAM BUTA?!" Tidak sampai dua saat, emosi Ika berubah semula.

"TAK BOLEH TUNGGU ESOK? TAK BOLEH? MENGADA LEBIH!"

"IKA ELYANA! APA KATA MACAM TU?!" Kay memandang wajah gadis itu dengan pandangan marah.

"SENYAP LAH! AKU TENGAH CAKAP NI KAN? SENYAP!"

Nadz dan Haiz tersentak apabila guru mereka dijerkah semula. Uih, ada orang tak sayang nyawa...

Ika memandang semula wajah Husna. "Kau ni buat aku geram, tahu tak? Geram! Tak boleh ke bagi yang lain tidur? Diorang mengantuk tahu tak? Kau buat masalah kenapa?"

Kay menepuk dahi. Sekarang dia tahu kenapa Ika Elyana itu marah. Belum sempat dia membuka mulut ingin memarahi Ika, suara Husna memintas.

"Kau ingat aku nak sangat ke semua ni berlaku?" Husna memaparkan wajah dingin. Dari tadi dia hanya berdiam dan membiarkan dirinya dijerkah.

"Kau ingat aku minta semua ni jadi? Aku pun cedera tahu tak? Kau ingat aku suka?" Wajah Husna semakin dingin apabila melihat Ika tergelak kecil.

"Lah... Cedera ke? Kesiannya... Jap, ada aku tanya kau cedera? Takde kan?" Soal Ika sinis.

Husna mengeluh. Memang minah ni tengah mood swing ke apa tiba tiba cari pasal?

"Ikut kaulah. Yang pasti sekarang aku nak cari Aina. Dah, blah."

"Lepas buat baru nak cari?"

"BLAH AKU KATA!!"

"Okay! Aku blah! Tapi jangan heret aku sertai korang dalam pencarian kawan baik kau tu. Aku nak tidur, bye!" Dengan senyuman manisnya, Ika terus kembali ke tempat tidurnya.

"IKA ELYANA! KAU IKUT KITORANG!"

Ika berdecit geram apabila mendengar suara itu. Kai yang berdiri di pintu dilihat.

"Lah... Kenapa ada buaya dengki sangat aku nak tidur ni? Hurm... Abaikan abaikan," gumam Ika sendiri sebelum terus melelapkan mata.

Kai mengetap gigi geram. Eh, budak ni... Kurang ajar gila perangai.

"KAU IKUT, IKA ELYANA!"

"AKU MENGANTUK! TAK FAHAM FAHAM KE?!" Jerit Ika sambil memejamkan mata erat.

"Shh, Kai. Biar je dia tidur tu. Aku rasa kena ada juga yang tinggal kat sini memandangkan ada yang cedera... Lagipun Hana masih pengsan kut." Kay memandang ke arah Nuura yang tersengguk sengguk menahan kantuk.

Kai mengeluh perlahan. "Selamat ke?"

Kay terdiam. Semua anak muridnya dipandang.

"Rine, Fiqa, Isya, Haiz dan Nadz ikut saya dan Sir Erald. Yang lain duduk dalam kelas ni. Jangan keluar. Jangan berpecah. Jaga keselamatan, faham?" Arah Kay. Beg sandang miliknya dicapai. Pandangan risau dari Kai cuba tidak dihiraukan.

"Kita doakan je semua okay. In Shaa Allah..." Ujar Kay perlahan. Kai mengangguk faham.






"AKU nak ikut juga..." Husna merayu.

Fiqa tersenyum hambar. "Husna rehat ek? Husna sakit lagi ni..."

Husna menundukkan wajah yang muram. "Tapi..."

"Takde tapi tapi, kau duduk sini elok elok. Jaga diri, jaga yang lain. Ada sebab munasabah kenapa Miss Kay tak bagi kau ikut. Faham?" Ujar Rine sambil menyediakan senjatanya. Pistol yang sudah siap diisi peluru dicampak ke Haiz dan Nadz. Manakala Fiqa pula dia berikan pisau survival miliknya.

Husna mengangguk faham walaupun wajahnya masih muram. Fiqa ditarik sedikit.

"Kenapa ni, Una?"

"Husna minta maaf kalau menyusahkan semua..." Bergetar suara Husna ketika berbicara. Kata kata Ika tadi berulang dalam ingatan, tipulah jika dia tidak terkesan dengan kata kata begitu.

Rine mengeluh apabila mendengar pintaan maaf dari gadis itu. Fiqa pula sudah memeluk Husna dari sisi.

"Jangan macam tu Husna... Fiqa okay jelah," ujar Fiqa sambil tersenyum manis.

"Tak menyusahkan pun. Kau kawan kitorang. Aina pun kawan kitorang." Nadz menepuk bahu Husna perlahan. Senyuman hangat diberi.

"Jangan sebab satu kesalahan, kita berpecah belah. Okay?" Kata kata daripada Haiz itu menerima anggukan dari semua.

Rine mengetuk perlahan dahi Husna menggunakan hujung pistol nya. Pandangan tanpa perasaan masih kekal.

"Doakan kitorang berjaya cari Aina."

Husna mengangguk perlahan. Satu senyuman nipis terbentuk di bibirnya.

"Korang, Miss Kay panggil." Isya yang sudah berdiri di hadapan mereka dipandang. Pelukan pada Husna, Fiqa leraikan. Mereka semua mengangguk sebelum terus beredar dari tempat itu.

Husna melambai ke arah mereka. Apabila Mihat Isya masih tidak berganjak dari depannya, dia berkerut hairan.

"Kenapa ni, Isya?"

Isya mengetap bibirnya. Riak bersalah kelihatan di wajahnya.

"Aku minta maaf tentang Ika..."

Husna tersenyum hambar.

"Kau pergilah ke Miss Kay tu. Yang lain tengah tunggu."


TBC

AUTHOR'S NOTE

Maafkan saya anak pokok sekalian.

Ika dalam ni yang salah, author budak baik... Huhuhu TvT

Eh--- yeke budak baik? *Smirk*

Bye bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro