KEM • 22
RASA risau, takut dan marah bercampur baur ketika itu. Lutut yang terketar ketar berdiri cuba ditahan dari rebah. Mulutnya dikatup kuat, tidak mahu mengeluarkan apa apa bunyi yang akan membongkarkan tempat persembunyiannya.
Tap! Tap!
BUM!
"Hei hei... Mana kau? Aku rindu lah..."
Mendengar suara lelaki itu mula masuk ke bilik muzik tersebut, air mata Aina mengalir. Rasa takut semakin menjadi jadi apabila bunyi beberapa barang dilibas kuat dengan kayu miliknya.
'Ya Allah... Tolong aku..."
HALILINTAR cuba menarik kakinya supaya terlepas dari pelukan tiga ekor makhluk. Wajah bosan ditayang apabila makhluk makhluk tersebut masih tidak henti merengek sendu.
Semua sebab dia panggil mereka beruk. Terus menangis sendu ketiga mereka. Hampeh bukan?
"Huwaaaa!! Hali! Sampai hati kau samakan aku dengan beruk!" Taufan mengesat air mata palsunya. Blaze pula sudah meraung semakin kuat. Thorn? Thorn sudah menguis lantai sambil membebel geram.
Halilintar membuat wajah menyampah. Kepala diorang terhantuk kuat sangat ke apa ni?
Shhh...
Tiba tiba sahaja angin kuat meniup kencang tempat mereka berada. Automatik semua mulut yang bersuara terkatup erat.
Psst...
Bunyi benda bergerak menyentakkan keempat empat mereka. Ditoleh ke belakang, tiada apa yang mencurigakan.
Sehinggalah salah seorang dari mereka ditarik ke satu arah dengan kasarnya.
"ARGH!! TOLONG!!"
"Blaze!"
"KAY!" Pintu dibuka luas. Peluh yang mengalir di dagu dan leher tidak dipedulikan. Matanya pantas melilau mencari kelibat kakaknya itu.
"PERVERT!"
BUK!
Satu tumbukan hinggap di pipi. Kai terjatuh terduduk. Pipi yang mula bertukar biru disentuh sambil matanya menjeling tajam wajah anak murid yang menumbuk itu.
Rine terbeliak apabila menyedari dia baru sahaja menyerang cikgu sendiri. Yelah, ingatkan lelaki mana tiba tiba masuk. Pandangan tajam dari Kai cuba dielak. Cepat cepat dia pergi semula ke Miss Kay.
"Ya Allah, Kai... Kenapa masuk tak beri salam ni?" Miss Kay mencerlung tajam wajah si adik. Ditarik tangan Kai sehingga jejaka itu bangun semula. Mendengar desis Kai, dia tersenyum mengejek.
"Fuh... Kena pukul dengan awek pun lebam teruk? Kau pondan ke bapok,nyah?"
Keluar sudah ayat tak berapa molek Miss Kay.
Kai menjeling tajam Miss Kay. Ceh, orang penat penat datang tengah malam sebab risau, dia pergi tuduh dirinya bapok. Ngek betul.
"Aku risau kau banjirkan tempat ni sebab menangis tahu tak? Tu aku masuk tak fikir dulu. Maaflah, tapi bukan aku nampak apa apa nikmat pun kan?" Kai mengelip ngelipkan matanya. Cuba membuat muka comel.
Miss Kay menayang muka geli. "Apa nikmat? Kasut a..." Terhenti ayat Kay apabila melihat satu kelibat sudah berdiri menyandar ke pintu.
"Eh, Iane?" Soalnya apabila mengecam rambut lelaki itu.
Iane yang dari tadi hanya menikmati tayangan Kai ditumbuk adik sendiri mengangguk apabila disoal. "Haah. Aku ni..."
"Kenapa tercegat je kat situ? Aku ingat datuk Kentucky manalah tadi..." Soalan Miss Kay mengundang tawa Kai. Ngek dia Atuk Kentucky.
Iane menggulingkan anak matanya. Soalan Kay tidak dibalas. "Macam mana dengan Hana?"
Kay terdiam. Hana yang masih tidak menyedarkan diri dipandang sipi.
"Masih pengsan. Teruk jugaklah bengkak kat kepala dan tubuh dia."
"Husna?"
"Luka kat kepala dia boleh tahan besar. Aku dah rawat tapi kena dapatkan rawatan hospital secepatnya juga," terang Kay lagi.
Iane dan Kai mengganguk faham. Sekali sekala Kai cuba mengintai ke dalam tetapi apabila dirinya menerima renungan maut, terus dirinya menikus.
Apalah nasib jadi cikgu paling muda kat sini... Huhuhu...
Iane mengusap dagunya yang bersih tanpa jambang. Mata redupnya memandang kosong ke arah lantai. Sambil mindanya memikirkan apa tindakan mereka yang seterusnya.
"Aku rasa kita dah tak boleh berpecah... Sebab setiap kali kita buat macam tu mesti ada je yang hilang."
Kai mengerutkan dahinya. "Dah tu? Kita gerak ramai ramai? Macam tu?"
Iane mengetap bibirnya. Kepala diangguk perlahan.
"Semak ah kalau macam tu..." Kai memprotes.
"Aku rasa okay je kut cadangan Iane. Aku tak nak anak murid di bawah tanggungan aku cedera lagi."
Kay menundukkan wajahnya yang kembali muram. Digigit bahagian bawah bibir untuk menahan air mata dari keluar.
Kai memandang ke arah Kay sebelum memandang Iane yang sudah mengangkat kening ke arahnya. Kepala kakaknya diusap perlahan. Dia mengeluh.
"Okay... Kita ikut atuk tua ni... Ouch!" Kai mengaduh apabila kakinya dipijak kuat. Iane yang sudah mengeluarkan aura membunuh, dipandang.
"Aku tua beberapa tahun je dari kau, faham?"
"Erk, faham faham." Kai mengangguk laju.
"Dah, panggil pelajar lain. Dari tadi tak nampak diorang ni," arah Iane sebelum menyandarkan diri ke dinding semula. Kedua belah tangannya memeluk tubuh.
"Eh, yang lain pun ada ke?" Soal Kay sambil meninjau ruang belakan Iane dan Kai. Takde sesiapa pun...
Kai tersengih kekok.
"Err... Aku tendang diorang dari tangga tadi."
Kai membulatkan matanya. "APA?!!"
"Okay! Aku panggil diorang! Jangan marah!" Cepat cepat Kai menuju ke tangga semula apabila suara Kay mula meninggi. Mahu lari dari amarah Kay.
Kay mengeluh apabila melihat perangai adiknya itu. Tak pernah nak matang. Iane yang berada berdekatan dipandang.
"Jangan jerkah aku." Iane berkata tegas.
"Kau ingat aku nak sangat ke?"
TBC
AUTHOR'S NOTE..
Ngeh...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro